The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semoga bermanfaat kepada guru-guru, murid-murid dan kalian semua yang menggunakan bahan untuk dimenjadi bahan bantu mengajar/belajar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrul Roslan, 2020-11-11 02:41:34

SEJARAH TAHUN 4: PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Semoga bermanfaat kepada guru-guru, murid-murid dan kalian semua yang menggunakan bahan untuk dimenjadi bahan bantu mengajar/belajar.

SEJARAH

4TAHUN

HASIL PEMBELAJARAN

1. Murid dapat menyatakan latar
belakang pengasas Kesultanan Melayu
Melaka.

2. Murid dapat menerangkan rentetan
peristiwa perjalanan pengasas
Kesultanan Melayu Melaka.

3. Murid dapat menjelaskan
peristiwa pembukaan Melaka

4. Murid dapat menghuraikan asal-
usul nama Melaka daripada
pelbagai sumber.

Latar Belakang Parameswara

Putera Raja Parameswara cuba
Kerajaan Melayu membebaskan
dari Palembang Palembang daripada
jajahan Majapahit
1
2

4 3

Baginda mendapat Parameswara
sokongan pembesar menuju ke Temasik
dan pengikut yang kerana diserang
setia kerana sifat oleh Majapahit
kepimpinannya yang
tinggi

Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan

1

Palembang

5 2
Melaka Temasik

4 3
Sening Muar
Ujong

Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan

Selepas meninggalkan Palembang, Parameswara bersama-
sama dengan pengikutnya melalui pengembaraan yang penuh
cabaran sehingga tiba di Temasik.

Parameswara menuju ke Temasik dan bertemu
dengan Temagi. Temagi merupakan wakil

kerajaan Siam yang memberintah Temasik.

2 Kedatangan Parameswara disambut baik oleh
Temagi. Baginda diizinkan untuk menetap di

Temasik.

3 Parameswara mendapati Temasik sesuai untuk
dijadikan kerajaan kerana kedudukannya yang
strategi.

4 Parameswara merancang serangan ke atas
Temagi kerana baginda hendak menjadi
pemerintah di Temasik.

Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan

5 Kerajaan Siam menyediakan kelengkapan
peperangan untuk menyerang Parameswara di

Temasik.

6 Setelah mengetahui serangan Siam,
Parameswara berundur ke Muar bersama-

sama dengan pengikutnya.

7 Parameswara dan pengikutnya meninggalkan
Muar dan meneruskan perjalanan ke
Sening Ujong.

8 Parameswara melantik seorang wakil
pemerintah di Sening Ujong.

Peristiwa Pembukaan Melaka

Parameswara dan pengikutnya tiba di
sebuah perkampungan nelayan yang
terletak di muara Sungai Bertam.

Parameswara dan pengikutnya
keluar berburu dan mereka

berehat di bawah sepohon pokok.

Parameswara melihat anjing
buruannya ditendang oleh

pelanduk berwarna putih sehingga
terjatuh ke dalam sungai.

Peristiwa Pembukaan Melaka

Peristiwa tersebut dianggap luar
biasa dan tempat itu dirasakan

sungguh bertuah.

Parameswara merasakan tempat
tersebut sesuai untuk didirikan

sebuah kerajaan.

Parameswara menamakan kawasan
tersebut sebagai Melaka sempena
dengan nama pokok tempat beliau

bersandar.

Asal Usul Nama Melaka
daripada Pelabagai Sumber

Melaka dikenali dengan pelbagai nama yang
diperoleh daripada pelbagai sumber. Antara
sumber yang merekodkan asal usul nama
Melaka termasuklah sumber tempatan, India,
Aran dan Barat.

Sulalatus Salatin

Sulalatus Salatin
menceritakan bahawa nama

Melaka berasal daripada
pokok Melaka, tempat
Parameswara bersandar
ketika pelanduk putih
menendang anjingnya.

Sumber Arab

Sumber Arab menyebut
Melaka sebagai Malakat

yang bermaksud
perhimpunan segala

dagang.

Sumber: Muhammad Yusoff Hashim, 2015. Kesultanan
Melayu Melaka. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, hlm. 13

Sumber India

Sumber India mengikut
mitos Hindu menyatakan
Melaka disebut Amalaka,
iaitu pokok pertama yang
tumbuh di alam semesta.

Sumber: Muhammad Yusoff Hashim, 2015. Kesultanan
Melayu Melaka. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, hlm. 13

Suma Oriental

Nama Melaka berasal
daripada perkataan Malaqa

yang bermaksud tempat
perlindungan.

Sumber: A. Cortesao (peny.), The Suma Oreintal of Tome
Pires. Jilid 2, London: Hakluyt Society, hlm. 234

Kepelbagaian sumber yang
merekodkan asal usul nama
Melaka membuktikan Melaka
sebagai pusat pertemuan pelbagai
bangsa dar seluruh dunia.

Ingat pesan ibumu, belajar
bersungguh-sungguh

Dengar kata ayahmu, lanksanakan
tanggungjawabmu

Jangan Malas !


Click to View FlipBook Version