Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan KRIAN AEB3042 Guru Pembimbing: GAN PHAIK CHIN Peserta: 1. S’NG XIAO QING 4S1 2. LIM JIN YU 4S1 3. EMILY KIU PEI XIN 4S2 BUKU SKRAP DIGITAL
Dadah (Bahasa Inggeris: Drug) -> bahan kimia yang amat membahaya kepada individu yang mengambilnya kerana ia mampu mengubah cara minda serta tubuh seseorang itu berfungsi.
Ciri-ciri Dadah 1. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf) 2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. 3. Diperolehi secara haram. 4. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. 5. Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
1. Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. 2. Pada kebiasaanya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. 3. Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh menganggu kehidupan seharian Apakah penyalahgunaan dadah?
1. Melemahkan tenaga & menjadi malas 2. Melemahkan tenaga batin sehingga tidak dapat dipulihkan semula 3. Kemungkinan menjadi mandul di kalangan wanita 4. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman 5. Menyebabkan pitam, pengsan atau tidak sedarkan diri Akibat / kesan dadah kepada Kesihatan Diri
1. Rumahtangga akan menjadi porak peranda, perpisahan dan perceraian di antara ahli keluarga. 2. Harta benda akan berkurangan atau habis terus seperti menjualnya sedikit demi sedikit. 3. Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga. 4. Harapan keluarga tidak dapat dipenuhi. 5. Hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Akibat / kesan dadah terhadap Keluarga
1. Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh. 2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain. 3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat. 4. Menimbulkan kecurigaan kepada ibubapa terhadap anak-anak mereka. 5. Melibatkan perselisihan faham antara perbeza kaum. 6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama mereka. 7. Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan. 8. Membebankan dari segi kos pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan. Akibat / kesan dadah terhadap Masyarakat
1. Opiat - Heriin, Morfin, Candu dan Kodein 2. Kanabis - Ganja, Hashish 3. Depresen (Penekan) - Sedatif-hipnotik, jenis Barbiturat dan bukan Barbiturat serta tranquilizer 4. Stimulan (Perangsang) - Jenis Amfetamin dan Kokain 5. Halusinogen - Lysergic Acid Diethylamine(LSD), Meskalin Jenis-jenis dadah (Dadah boleh dibahagikan kepada lima jenis)
Cara mengatasi penyalahgunaan dadah ▪ Menjalankan gaya hidup sihat ▪ Mengadakan kempen kesedaran ▪ Memperketatkan tidankan undang-undang
Panduan Anak-Anak ( murid dan pelajar ) 1. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. 2. Meningkatkan kemahiran asertif, kemahiran hidup dan kemahiran kendiri. 3. Meningkatkan pengetahuan berkaitan penyalahgunaan dadah dan kesan buruknya. 4. Melaporkan kepada guru/pihak pengurusan sekiranya berlaku sebarang kegiatan jenayah di sekolah/institusi pendidikan. 5. Menghormati dan mentaati ibu bapa/penjaga dan guru/pensyarah.