PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA KM 6, JALAN MATANG 93050 KUCHING. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 SESI 2021/2023. Tarikh : 23 Oktober 2021 Hari : Sabtu Masa : 09.00 pagi Tempat : Lokasi masing-masing (Google Meet) Kehadiran : ( Rujuk Lampiran ) Agenda : 1. Ucapan PK 1 (Wakil Gurubesar) 2. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 3. Pengesahan minit mesyuarat lepas 4. Perkara berbangkit 5. Laporan Setiausaha 6. Laporan Bendahari 7. Pembentangan usul 8. Pembubaran AJK sesi 2018-2020 9. Pemilihan Pengerusi sementara 10. Pemilihan AJK sesi 2021-2023 11. Hal-hal lain 12.Penangguhan Mesyuarat 1.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (Wakil Guru Besar) 1.1 PK 1 mengalu-alukan kehadiran exco PIBG,ibubapa dan guru-guru yang hadir ke Mesyuarat Agung kali ini walaupun mesyuarat kali ini diadakan secara maya. (Google Meet) 1.2 PK 1 memaklumkan tentang persaraan Gurubesar pada 23 Ogos 2021 iaitu bersara wajib. 1.3 PK 1 juga memaklumkan buat masa sekarang sesi P&P masih dijalankan secara PDPR. Dalam pada itu beliau juga memaklumkan bahawa sepanjang bulan Ogos seramai 25 orang murid-murid SK Matang Jaya telah tercicir PDPR. Antara langkah yang dibuat oleh pihak sekolah ialah dengan menghubungi ibubapa murid-murid berkenaan dan bertanyakan masalah yang mereka hadapi. Kebanyakan mereka memberitahu bahawa masalahnya ialah liputan talian internet yang lemah dan kekurangan gajet (telefon). Beliau mengingatkan kepada ibubapa supaya sentiasa berhubung dengan pihak sekolah sekiranya menhadapi masalah seperti ini supaya anak-anak tidak terus ketinggalan dalam bidang akademik.l Tindakan : Ibubapa 1.4 PK 1 turut menyentuh tentang beberapa kejayaan yang telah diraih oleh muridmurid walaupun dalam keadaan tidak dapat bersemuka. Kebanyakan pertandingan yang disertai oleh murid-murid adalah secara atas talian.
Beliau juga merakamkan ucapan berbanyak terimakasih kepada ibubapa yang sama-sama memberi sokongan kepada anak-anak mereka sehingga mencapai kejayaan. Beliau juga merakamkan ucapan terimakasih kepada pihak PIBG kerana banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai aktivit 1.5 Akhir sekali beliau berharap agar kita semua bersama-sama menjulang SK Matang Jaya agar menjadi sekolah yang disegani di kawasan Padawan dan seterusnya di peringkat yang lebih tinggi lagi. 2.0 Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 2018-2020 2.1 YDP mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir ke mesyuarat agung PIBG secara atas talian (Google Meet) dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dengan persiapan mesyuarat PIBG kali ke10 ini. 2.2 YDP juga memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan mesyuarat mengikut perancangan disebabkan oleh pendemik covid 19 ini.. 2.3 Seterusnya beliau memberitahu bahawa dana PIBG disalurkan kepada pihak sekolah dengan sebaik-baiknya bagi membantu kelicinan pentadbiran di peringkat sekolah. 2.4 YDP juga berharap agar hubungan antara PIBG dan warga SK Matang Jaya sehaluan dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Segala permasalahan hendaklah diselesaikan mengikut saluran yang betul. Kerjasama ibubapa dalam PDPR juga sangat-sangatlah diharapkan supaya anak-anak tidak tercicir. 2.5 Akhir sekali, beliau memohon kemaafan kepada semua ibubapa sekiranya ada menyinggung perasaan semasa beliau menerajui tampuk PIBG. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang telah samasama berganding bahu menjalankan amanah yang diberikan oleh pihak ibubapa. 3.0 Membaca dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas (Sesi 2018-2020) (Lampiran Minit Mesyuarat Tahunan) 3.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Manisah binti Zuliadin Disokong oleh Encik Mohamad Azmi bin Bentanie 4.0 Perkara berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit 5.0 Membaca dan mengesahkan Laporan Setiausaha (Lampiran Laporan Setiausaha) 5.1 Encik Aluwi bin Benga selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti PIBG sesi 2018-2020. Laporan Setiausaha disahkan oleh Encik Zafardi bin Saidi Disokong oleh Puan Norliza binti Amit
6.0 Membaca dan mengesahkan Laporan Bendahari (Lampiran Laporan Bendahari) 6.1 Puan Norhaizean binti Sahari selaku Naib Bendahari membentangkan laporan kewangan PIBG sesi 2018-2020. Laporan Bendahari disahkan oleh Encik Ahmad Jumry bin Kassim Disokong oleh Puan Nurazura binti Rali 7.0 Membentangkan usul Maklum balas pihak sekolah berhubung usul dan cadangan daripada pihak ibubapa. 1 Dyg Adzlisa Natassia binti Abg Bolhassan 840405135010 0198057017 Membaikpulih tandas, menutup longkang di laluan pejalan kaki 2 Joliken anak Dakan 840505135739 0145815542 Penambahbaikan terhadap tandas murid 3 Kheyrany bt Jamal 790108135206 0197254373 Tandas sekolah diperbaiki 4 Luzman Hafiz bin Jaafar 821130135359 01162621979 Tandas diperbaiki. Tiada air paip. Kotor. 5 Melissa anak Nesaw 820614135692 0145923458 Perbaiki tandas 6 Mohamad Jamal Bin Sahari 750214135449 0194596649 Kebersihan tandas murid-murid perlu diutamakan 7 Norhaizean binti Sahari 770917-13- 6008 0198880428 Perbaiki tandas sekolah. 8 Norliza binti Amit 761212135238 0168592787 Penambahbaikan tandas murid lelaki dan perempuan 9 Norolaini Bt Ahmad 790731135398 0198397300 Perbaiki tandas. Tiada paip, sabun, tisu 10 Sharoniza binti Abdul Wahap 730126135686 019-8949772 Kebersihan Jamban - pastikan tiada yang tersumbat atau sebaliknya memudahkan para pelajar untuk menggunakannya. 11 Siti Hajah binti Haji Ali 770701136068 0168940969 Membaik pulih tandas murid-murid ketahap keselesaan dan kebersihan pada mereka. 12 Tuti Mertini Ismail 780807135556 0128878980 Tandas yang sedia ada perlu dibaiki, ditambahbaik. Bina tandas yg mesra pengguna.
13 Zool Nasri Bin Yusuf 780723135129 0168589429 Tandas gelap sebab kurang lampu, tiada hos paip, mohon tandas ditukar ke jenis tandas mangkuk. Pihak sekolah berterima kasih di atas keprihatinan pihak ibu bapa terhadap kebersihan tandas. Untuk makluman semua,pihak sekolah akan mengambil perhatian terhadap usul-usul yang telah dibangkitkan. Untuk makluman semua,Tindakan sekolah untuk menjamin kebersihan tandas murid ialah dengan sentiasa memantau kebersihan tandas. Pihak Pekerja Swasta membersihkan tandas sebanyak 3 kali sehari iaitu waktu pagi,selepas waktu rehat dan pukul 2 petang.Pihak PIBG juga telah menyumbangkan baldi dan juga gayong untuk kegunaaan murid-murid. Pihak sekolah juga telah menulis surat permohonan ke pejabat bagi membaiki paip yang telah rosak (surat yang bertarikh :11 Oktober 2021). 14 Azlina Morshidi 730526135298 0128095298 Mohon guru melaksanakan banyak online kelas berbanding hanya menggunakan arahan melalui whatsapp/telegram sewaktu pdpr. 15 Nadia Binti Ahim 810310135248 0105925108 Mantapkan lagi proses pdpr dan meningkatkan lagi pengajaran secara live(syncrousous) kerana kebanyakan cikgu hanya membuat pengajaran secara (asyncronous- telegram, whassap,) sahaja. 16 Norhasimah binti Mustafa 741101016908 011 26009081 Disamping memberi kerja sekolah secara 'online', dicadangkan pembelajaran setiap subjek dijalankan atas talian(online) selagi sekolah secara fizikal belum bermula. Sepanjang PdPR guru-guru di SK Matang Jaya telah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah menggunakan google meet,telegram,whatsapp,sms modul,lembaran kerja,buku aktiviti dan sebagainya.Kita percaya guru-guru akan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terbaik supaya ramai murid-murid dapat melibatkan diri. Untuk makluman semua,pihak guru melaksanakan pentaksiran bilik darjah secara berterusan kepada murid-murid. Pihak pentadbir sentiasa memantau kaedah serta penglibatan murid dalam PdPR. Cadangan memperbanyakkan kelas secara online akan diambil perhatian dan akan dikongsikan kepada semua guru.
17 Caronica anak Sugi 860125135356 01116199026 Cadangan penyuraian murid selepas sesi persekolahan dan penguatkuasaan SOP yang ketat di sekolah jika dibuka kelak. 18 Mohamad Fadhil Aren 810603135559 0168910036 Sop ambil anak balik sekolah, anak2 beratur mengikut kelas masing..ibu/bapa dibenarkan masuk secara beratur mengambil anak dibarisan kelas di dewan. Bukan berkumpul & berasak2 menunggu diluar pagar.. Berdasarkan garis panduan pengurusan dan pengoperasian Sekolah 3.0. Pihak Sekolah Kebangsaan Matang Jaya telah memilih model 1 iaitu murid-murid menunggu di dalam Kawasan sekolah sebagai kaedah penyuraian murid-murid. Tatacara penyuraian murid SK Matang Jaya ialah murid-murid akan keluar secara berperingkat dari kelas masing-masing untuk bergerak ke dewan. Murid-murid akan di jaga guru bertugas semasa di dewan. Murid-murid akan keluar dari Kawasan sekolah setelah mendapati ibu bapa atau penjaga mereka telah berada di luar pagar. Buat masa ini pihak pengurusan sekolah tidak membenarkan ibu bapa untuk masuk ke Kawasan sekolah sama ada waktu datang ke sekolah atau waktu balik. 19 Hardy Sudiro 730708135803 0168868949 Buku teks DLP tak cukup. Buku teks DLP tidak mencukupi untuk tahun 1 disebabkan pertambahan murid mendaftar untuk tahun 1. Pada mulanya jumlah murid mendaftar seramai 166. Jumlah meningkat kerana SK Matang Jaya membuka sebuah lagi kelas tahun 1 menjadikan sebanyak 6 kelas. Bilangan murid turut bertambah. Bagi mengatasi masalah kekurangan buku teks DLP,pihak sekolah telah berhubung dengan sekolah lain untuk mendapatkan buku teks. Guru buku teks juga mencari di kedai buku. Untuk tahun 3, kekurangan buku teks disebabkan buku teks yang dikembalikan dalam keadaan yang rosak.
20 Elvina anak Narang 760426135300 016-8539822 Perbanyakkan tempat mencuci tangan Setiap blok bangunan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu sinki untuk mencuci tangan. Setiap sinki akan diletakkan cecair pencuci tangan. Untuk makluman,sinki ceramik yang diletakkan disetiap bangunan adalah hasil sumbangan pihak PIBG. 21 Wendy Tricia anak Taha Biru 861120525632 0105098019 Jika boleh sila pertimbangkan untuk membuat jalan yang mempunyai atap untuk murid dari bangunan baru yang dibina untum menuju ke tempat lain supaya tidak terkena hujan dan panas. Jika boleh tandaa baru dibina berdekatan dengan bangunan baru. Terima Kasih Pihak sekolah telah memohon ke PPD pada 8 Mac 2021. Setakat hari ini,pihak sekolah masih belum menerima maklum balas mengenai permohonan tersebut.Pihak PIBG juga ada memohon agar dibuat laluan berbumbung ke Pejabat YB pada 18 Oktober. 22 Mustafa bin Ibrahim 790615133697 0165223697 Mengadakan majlis graduation murid tahun 6 dan penyampaian hadiah untuk murid² cemerlang Pihak pengurusan sekolah akan memaklumkan perkara ini kepada semua ibu bapa murid tahun 6 nanti sekiranya keadaan telah mengizinkan. Untuk makluman semua sesi persekolahan tahun ini masih berlanjutan sehingga Mac 2022. Buat masa kini pihak sekolah masih meneruskan PdPR untuk menghabiskan kandungan asas kurikulum dan masih tertumpu kepada Pentaksiran Bilik Darjah.
23 Mohamad Zabri Mohd Sabran 800416125911 0136654070 1. Hendak mengetahui Guru, Ibu, Bapa dan Murid sekolah yang dah dan belum mengambil Vaksin. 2. Kehadiran murid ke sekolah perlu la di beritahu secara jelas dan mudah difahami, tidak seperti pengumuman sebelumnya agak sukar difahami oleh ibu, bapa dan murid. 3. Mesin imbas Suhu Wajib berdiri sendiri diletak didepan pagar sekola untuk mengimbas setiap murid-murid bah kan guru-guru, serta ibu bapa. 1. Status vaksinasi guru, murid,perkhidmatan pembersihan swasta dan perkhidmatan pegawai keselamatan setakat 23 Oktober 2021 adalah seperti berikut: Guru 72 orang : 100% lengkap 2 dos. Murid Tahun 6 : 122 orang PPS 5 orang : 100 % lengkap 2 dos Perkhidmatan pegawai keselama 4 orang : 100% 2. Pihak sekolah menggunakan kaedah whatsapp melalui guru kelas untuk menyalurkan maklumat terutamanya penyaluran maklumat mengenai kehadiran ke sekolah di waktu pandemik ini. Di sekolah SK Matang Jaya,pengumuman pembukaan untuk kelas Prasekolah secara bersemuka pada 18 Oktober 2021 telah diumumkan dalam surat yang bertarikh 1 Oktober 2021.Satu sesi libat urus bersama ibu bapa dan penjaga murid prasekolah telah diadakan pada 16 Oktober 2021 pada pukul 2.30 petang. 3. Alat pengimbas suhu berdiri sendiri ada diletak di pintu pagar utama sekolah. Untuk makluman,Sebagai makluman pihak sekolah juga menyediakan QR kod untuk diimbas oleh pelawat yang memasuki kawasan sekolah.
24 Aniza binti Abdul Wahab 790425135592 0103630093 Memasang awning di luar pagar sekolah tempat ibubapa menunggu anak-anak balik dari sekolah. NYDP menjelaskan bahawa untuk membina awning di luar pagar sekolah adalah bukan dibawah bidang kuasa pihak sekolah. Walaubagaimanapun pihak sekolah melalui PIBG ada membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Padawan untuk membina awning tersebut, tetapi sampai sekarang belum ada keputusan. 25 Dewi Laila binti Jerani 800520135706 0194596743 Saya amat tidak bersetuju dengan pembayaran sumbangan PIBG sebelum ini. Pembayaran itu sepatutnya bukan suatu paksaan kerana ia adalah sumbangan dan pembayaran mengikut satu orang pelajar juga tidak relevan. Baru pertama kali dalam sejarah, pembayaran ini dibayar mengikut seorang murid bukannya satu keluarga. Dan saya berharap YDP memandang serius akan hal ini kerana tiada paksaan dalam Akta yang berkaitan dengan PIBG, Terimakasih NYDP memaklumkan bahawa sumbangan RM 10 seorang murid, bukanlah keputusan AJK PIBG, sebaliknya telah dipersetujui oleh ibubapa dalam Mesyuarat Agung pada tahun 2018.Dalam pada itu beliau juga memaklumkan sekiranya ibubapa menghadapi masalah untuk menjelaskan sumbangan berkenaan bolehlah berhubung terus dengan YDP PIBG bagi menyelesaikan perkara tersebut.Sekiranya ada usul untuk mengurangkan atau menambah jumlah sumbangan tersebut atau sumbangan mengikut keluarga bolehlah diusulkan dalam mesyuarat PIBG yang akan datang.
8.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018-2020 8.1 Encik Mohamad Guntor bin Rajaee selaku YDP PIBG Sesi 2018-2020 membubarkan AJK PIBG Sesi 2018-2020 dengan rasminya. 9.0 Perlantikan Pengerusi Sementara 9.1 Majlis melantik Puan Zainon binti Tahir sebagai pengerusi sementara. 10.0 Pemilihan AJK sesi 2021-2020 10.1 Setelah pemilihan dijalankan berikut merupakan senarai AJK PIBG Sesi 2021- 2023 Yang Dipertua PIBG : Encik Unlong bin Nudin Timbalan YDP : Encik Soria bin Ahmat Setiausaha : Encik Norazhar bin Haji Mohamad Naib Setiausaha : Puan Aniza binti Abdul Wahab Bendahari : Puan Nor Haizean binti Sahari Naib Bendahari : Puan Monica Tan Yin Yin AJK Guru : Encik Abdul Aziz bin Ibrahim Encik Mohd Arshad bin Affindi Encik Mohd Yunus bin Sapuan Puan Nor Faezah binti Hironi Puan Salmi Herdawati binti Aini AJK Ibubapa : Encik Wan Ahmad Rafiq bin Wan Julihi Encik Ahmad Jumry bin Kassim Encik Bukharry bin Sulaiman Puan Nurazura binti Rali Puan Firdausiah binti Rahim 10.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2021-2023 Beliau berharap agar semua ahli PIBG boleh bekerjasama dan menyokong apa sahaja program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak kita. Sebarang ketidak puas hati hendaklah disalurkan menerusi saluran yang betul.. 11.0 Hal-hal lain Tiada 12.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.
Disediakan oleh ; Disemak oleh : ……………………………………….. ………………………………… ( ALUWI BIN BENGA ) ( UNLONG BIN NUDIN ) Setiausaha PIBG Naib Yang Dipertua PIBG SK Matang Jaya SK Matang Jaya Sesi 2018-2020 Sesi 2018-2020 Diperakui oleh : ……………………………………………. ( MOHAMAD GUNTOR BIN RAJAEE ) Yang Dipertua PIBG SK Matang Jaya Sesi 2018-2020