FOLIO DIGITAL
ALAM SEKITAR
NAMA: NUR HASANAH BINTI MOHAMAD
KELAS : 4 AL- RAZI
PERSATUAN: PUTERI ISLAM MALAYSIA
Definisi
Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di
langit dan di bumi.
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris
disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling
atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar
merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau
abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena
fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan
iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih
kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan
bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang
doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap
aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia
yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock &
O.Stallybrass, 1997)
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara
umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan
fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan
sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang
diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya
terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan
pandangan semesta moden yang berteraskan kepada
metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)
faedah dan kepentingan
menjaga alam sekitar
1.Habitat flora dan fauna
terpelihara.
2.Ekosistem menjadi stabil .
3.Kesihatan manusia terjamin .
4.Menarik kedatangan pelancong .
5.Menjamin bekalan sumber alam .
6.Demi kelansungan hidup generasi
akan datang.
jenis-jenis pencemaran
alam sekitar
1.Pencemaran bunyi.
2.Pencemaran air.
3.Pencemaran tanah.
4.Pencemaran udara.
langkah-langkah
menjaga alam sekitar
1.Kitar Semula.
2.Hindari plastik atau bekas sekali guna .
3. Gunakan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui .
4.Menanam pokok .
5.Kurangkan penggunaan kertas .
6.Fikir sebelum beli. Pilih peralatan yang
jimat tenaga.
7.Jimat penggunaan air,elektrik dan
bahan bakar kenderaan.
penutup
Oleh yang demikian, kita mesti sedar akan
kepentingan memelihara alam semulajadi yang
masihada pada hari ini. usaha-usaha memupuk
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam
sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di
negara ini seperti kempen kebersihan,
perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan
bahan-bahan cetak.
Semuanya adalah bagi meningkatkan
pengetahuan,kesedaran dan penyertaan orang
ramai bagi memelihara alam sekitar.
Pemuliharaan alam sekitar adalah
tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu
turut serta supaya pembangunan lestari
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga
generasi akan datang.