The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zararina83, 2023-03-12 08:04:43

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM BIL JAWATANKUASA SENARAI TUGAS 1. Panitia Mata Pelajaran i. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia. ii. Menyediakan serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan. iii. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. iv. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas. v. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian , mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. vi. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc jika perlu. vii. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. viii. Bertukar- tukar pengalaman atau pengetahuan baru yang diperolehi dengan ahli-ahli yang lain setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat. ix. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).


x. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 2. Kewangan i. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan dengan pcngurusan kevvangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari masa. ii. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penyelaras Tingkatan, Guru Tingkatan dan Pembantu Tadbir /Penyelia Asrama. iii. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan. iv. Mengagihkan buku resit kepada guru kelas. v. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank. vi. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat Ikut peraturan kewangan (pesanan tempatan, invois, bil,baucer dan cek). vii. Menyediakan Buku Tunai Kerajaan/ SUWA/ Asrama / Panjar/ Wang Runcit. viii. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam buku bank. ix. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari masa ke semasa.


3. Pengurusan Maklumat Sekolah i. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian maklumat (pengumpulan. penyemakan, pengemaskinian, penyimpanan. keselamatan, penentusahan, penganalisisan dan penyebaran maklumat yang dihasilkan). ii. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. TUGAS KHAS GURU DATA i. Sebagai Pengurus Data dan Urusetia Jawatankuasa Maklumat sekolah. ii. Bertanggungjawab mengurus pengumpulan data mengemaskini data dan maklumat sekolah. iii. Menyediakan disket maklumat untuk dihantar ke PPD / Cawangan PPD mengikut jadual yang ditetapkan. iv. Memastikan pengaliran data dari sekolah ke PPD/Cawangan PPD dan JPNS sentiasa dikemaskini. v. Tugas-tugas lain sama seperti siaran dari BPPP, Kementerian Pelajaran. vi. Melaksnakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. TUGAS KHAS PEMBANTU TADBIR i. Membantu Guru Data memasukkan data dari borang ke Komputer. ii. Mematuhi Peraturan Menyenggara Sistem Maklumat Staf. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari Surat Pekeliling Perkhidmatan kementerian Pendidikan Bilangan 2 tahun 1998. rujukan KP(PP)OI27/l3/(78) iii. Membantu guru data menyediakan disket EMIS dan SMS untuk dihantar ke PPD/Cawangan PPD iv. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


4. Pusat Sumber Sekolah i. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya. ii. Menentukan sumber kewangan PSS. iii. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahanbahan bantu mengajar/ belajar. iv. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja. v. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain. vi. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluankeperluan di masa akan datang. Contohcontohnya: keperluan fizikal, keperluan bahanbahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya. vii. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya. viii. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


5. Jadual Waktu i. Menyediakan jadual waktu pelajaran untuk guru mata pelajaran dan guru kelas berdasarkan maklumat agihan mata pelajaran mangikut penyeliaan GPK Pentadbiran dan persetujuan guru besar. ii. GPK Pentadbiran dan guru jadual waktu mengadakan perbincangan dengan Ketua Panitia sebelum penyediaan jadual waktu di sediakan bagi memastikan taburan mata pelajaran dapat diagihkan secara optimum dan berkesan dalam kalangan guru opsyen dan bukan opsyen dengan persetujuan guru besar. iii. Mengkaji dan mengubahsuai semual jadual waktu jika terdapat perubahan dari segi tenaga pengajar dan keperluan dari semasa ke semasa. iv. Memaklumkan kepada semua guru berkaitan tentang sebarang perubahan jadual waktu yang dibuat oleh guru jadual waktu dengan penyeliaan GPK Pentadbiran dan persetujuan guru besar. 6. MBMMBI i. Merancang aktiviti untuk memartabatkan Bahasa Melayu disamping Memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. ii. Merancang penggunaan Makmal MBMMBI secara meksimum. iii. Menyediakan rekod penggunaan bilik makmal iv. Memastikan Makmal dalam keadaan baik dan setiap alatan diselenggara dengan baik. v. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


7. Learning Management System (LMS) i. Memberi khidmat bantu kepada pentadbir dan guru dalam penggunaan peralatan dan perkakasan ICT. ii. Memberi latihan dan bimbingan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepada semua guru, staf sokongan dan para pelajar. iii. Menjalankan penyelenggaraan peralatan ICT setiap minggu agar semua peralatan dapat berfungsi dengan baik. iv. Memastikan semua guru dapat menggunakan kemudahan computer atau chromebook secara maksima dalam pengurusan, pengajaran dan carian maklumat. 8. SPLPKM / LADAP/ PLC LADAP i. Merangka aktiviti LDP bagi guru. ii. Menentukan penceramah yang berkaitan. iii. Menyediakan dokumentasi. iv. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. PLC i. Merangka aktiviti PLC bagi guru. ii. Menentukan penceramah yang berkaitan. iii. Menyediakan dokumentasi. iv. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan segala arahan dan tugas yang diberikan oleh pengetua dari semasa ke semasa.


9. Pemulihan i. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan. ii. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. iii. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. iv. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. v. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid. 10. STEM i. Merancang aktiviti untuk Program STEM yang akan dijalankan sepanjang tahun. ii. Menyelaras semua aktiviti STEM yang dirancang iii. Menghebahkan maklumat terkini berkaitan STEM kepada guru-guru dan murid-murid. iv. Melaksanakan aktiviti-aktiviti STEM yang dirancang dengan berkesan. v. Menyediakan laporan lengkap berkaitan aktiviti STEM yang telah dijalankan.


11. KSSR i. Merancang rancangan tahunan dan harian Standard Pembelajaran mengikut aras dan kebolehan murid. ii. Menyediakan eviden mengikut tahap penguasaan untuk ditaksir. iii. Mengenal pasti murid cerdas, sederhana dan lemah. iv. Menyediakan senarai semak untuk pentaksiran. v. Memberi latihan secukupnya sehingga murid kuasai setiap tahap penguasaan yang diuji. vi. Memasukkan prestasi dalam sistem dan pelaporan mengikut tarikh yang dipersetujui. vii. Membuat perjumpaan waris berkaitan masalah pelajar. viii. Membuat pentaksiran selepas tamat kemahiran yang diajar. 12. Transisi i. Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan). ii. Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suaikenal Tahun 1 dan Majlis Penutupan Minggu Transisi. iii. Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang. iv. Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir. v. Mengemaskini fail perlaksanaan program transisi secara berterusan. vi. Membantu menyediakan dan mengedarkan bahan edaran kepada ibu bapa penjaga. vii. Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program. viii. Bertindak sebagai pakar rujuk.


13. SPPB i. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja pentaksiran di dalam kelas bagi mata pelajaran yang berkaitan. ii. Membantu GPK 1 memperolehi data pentaksiran yang kemas kini. iii. Membantu menyediakan rancangan kerja pentaksiran sepanjang tahun. iv. Membantu dan membimbing guru-guru lain menjalankan pentaksiran di dalam kelas. v. Memastikan data-data pentaksiran setiap orang murid disimpan dengan selamat dan mudah diperoleh apabila diminta. vi. Membantu menyelaras soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua proses pentaksiran yang dijalankan. vii. Mengkaji dan menganalisis data-data pentaksiran supaya tindakan susulan dapat diambil. viii. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-murid yang lemah. ix. Menyelenggara fail-fail pentaksiran yang berkenaan. x. Menyimpan eviden proses pentaksiran yang dijalankan. xi. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.


14. Aset & Inventori i. Mengurus semua aset sekolah mengikut arahan pekeliling perbendaharaan semasa. ii. Memastikan semua aset dan stok dilabel dan direkodkan dalam KEW-PA dan KEW-PAS mengikut prosedur yang betul. iii. Memastikan KEW-PA 7 ditampal disetiap lokasi sekolah. iv. Membuat pelupusan dengan mematuhi arahan dan prosedur semasa yang berkuatkuasa. 15. TS25 i. Merancang program/kursus dalaman yang berkaitan TS25 secara berkala / berjadual mengikut kesesuaian. ii. Merancang kursus dalaman yang berkaitan TS25 secara berkala mengikut kesesuaian modul. iii. Menyediakan dan mempamerkan fail dan bahan berkaitan TS25. iv. Merancang program Bersama rakan strategik yang sesuai. v. Menyebarluaskan maklumat program TS25 kepada komuniti. 16. Highly Immersive Programme (HIP) i. Merancang persekitaran HIP di sekolah melibatkan semua murid. ii. Merancang aktiviti untuk menngkatkan pendedahan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. iii. Memastikan semua murid berinteraksi dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi dan pembelajaran. iv. Menyediakan laporan yang memenuhi aktiviti dalam kelas, aktiviti luar kelas, aktiviti kelas bimbingan dan aktiviti outreach.


17. Dual Language Program (DLP) i. Menyediakan perancangan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah. ii. Membentuk jawatankuasa kecil / jawatankuasa pelaksana DLP untuk kelas-kelas DLP di sekolah. iii. Menyediakan pelaporan secara lengkap, pelaksanaan DLP sepanjang tahun. iv. Menyediakan dan mengemaskini fail berkaitan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah. 18. SKPMg2 i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurangkurangnya 3 kali setahun. ii. Memahami dan mengkaji SKPMg2 Standard 1 hingga 5. iii. Melantik jawatankuasa penilai unit-unit pentadbiran, kurikulum, HEM dan kokurikulum. iv. Melaksanakan pemantauan yang berterussan dan menentukan markah yangsepatutnya untuk setiap bidang masing-masing. v. Melengkapkan fail mengikut Standard dengan PEP dan evidens masing-masing. vi. Jawatankuasa menjalankan pemantauan daripada pelaksanaan program dan dokumentasi. vii. Mengumpulkan semua evidens/dokumentasi untuk penilaian SKPMg2. viii. Menjalankan perbincangan markah penilaian. ix. Merumuskan pencapaian sekolah dalam penilaian kendiri.


Click to View FlipBook Version