1 SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE KLANG MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/TAHUN 2022 Tarikh : 15 Mac 2022 Hari : Selasa Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik VLE Pengerusi : Pn. Salmiah binti Abdul Hamid ( Guru Besar ) Kehadiran : 1. Pn. Hajah Masita binti Abdul Ghani ( GPK Kurikulum ) 2. En. Afzainizam bin Long ( GPK Hal Ehwal Murid ) 3. En. Abd Rahman bin Yaakob ( GPK Kokurikulum ) 4. Pn. Zarina binti Johari@Kaprawi ( Setiausaha Kurikulum) 5. En. Mohd Nazri b. Mohd Nasir 6. En. Mohd Farid bin Borhanudin 7. Pn. Aslinda binti Ahmad 8. Pn. Thamarai Selvi a/p Munusamy 9. Pn. Haniza binti Musa 10. Pn. Mohanachothy a/p Paramchothy 11. En. Mohd. Khairul Azwan bin Ismail 12. En. Mohamad Yaakob bin Sibiyee 13. En. Mohd Faqhreel Aizad bin Ismail 14. Pn. Thaneswary a/p Arumugam 15. En. Abu Bakar bin Irkani 16. Pn. Hiew Fung Jun 17. Pn. Noraini binti Mutalib 18. Pn. Siti Norasikin binti Yajid 19. Pn. Nur Sakinah binti Ishak 20. Pn. Malida a/p Che Mat 21. En. Mohd. Abdulbar bin Ibrahim 22. Pn. Vanitaa a/p M. Avadayan 23. En. Musfadly bin Abdul Rani 24. Cik Yuvabarte Arun a/p Arumugam 25. En. Kenny Moses anak Beruin 26. Pn. Faizah binti Mustapa Kamal 27. Pn. Rogini a/p Anathuray
2 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Ucapan alu - aluan daripada Guru Besar sebagai tuan pengerusi pada mesyuarat kali ini. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang dapat menyertai mesyuarat. 1.2 Pn. Salmiah memperkenalkan guru baharu iaitu Pn. Faizah dan Pn. Rogini. 2. PERKARA BAHARU 2.1 Jawatankuasa Kurikulum 2022 2.1.1 Pembentangan jawatankuasa dan tugasan setiap guru. Semua guru diminta merujuk edaran jawatankuasa serta tugasan kurikulum 2022. Tindakan : Semua guru 2.2 ERPH 2.2.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) akan menggunakan ERPH. 2.2.2 Penghantaran ERPH akan menggunakan google classroom pada setiap hari Jumaat. Link penghantaran akan diberikan oleh En. Faqhreel Aizad. Tindakan : Semua guru 2.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2.3.1 KPM telah mengeluarkan siaran agar pihak sekolah mengeluarkan pelaporan PBD 2021 kepada ibu bapa sebelum 16 Mac 2022. 2.3.2 Guru besar meminta pelaporan PBD bagi Tahun 1 diserahkan pada 16 Mac manakala Tahun 2 hingga Tahun 5 pada 17 Mac 2022. Tindakan : Semua guru 2.4 Penetapan DSKP dan RPT 2.4.1 Guru besar menyatakan bahawa minggu yang perlu dirangka di dalam rancangan pengajaran tahunan ialah 35 minggu. 2.4.2 Penulisan rancangan pengajaran tahunan dan pengajaran harian adalah bergantung kepada kesesuaian sekolah . 2.4.3 Guru perlu memastikan rancangan tahunan yang disediakan adalah sama dengan guru yang mengajar subjek yang sama untuk tahun yang sama. 2.4.4 Penetapan berkaitan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian perlu diputuskan di dalam mesyuarat panitia. Tindakan : Semua guru 2.5 Minit Mesyuarat Panitia. 2.5.1 Semua panitia perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 2.5.2 Guru besar mengingatkan setiap panitia untuk membincangkan tentang PLC. 2.5.3 Ketua panitia perlu maklumkan kepada ahli panitia tentang penjajaran kurikulum yang terkini, Pelan Strategik Organisasi, jadual waktu serta aktiviti tahunan. 2.5.4 Guru besar menegaskan agar setiap panitia perlu memberi penekanan pada keseragaman penulisan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian. Tindakan : Ketua panitia 2.6 Makluman Pembukaan Sekolah Sesi 2022/2023 2.6.1 Guru kelas beri ingatan kepada ibu bapa jika ada murid yang masih belum memulangkan buku teks. 2.6.2 Maklumkan juga tentang SK La Salle tidak lagi terlibat dengan sesi pembelajaran secara penggiliran serta waktu persekolahan. Tindakan : Guru kelas
3 2.7 Transisi Tahun 1 2.7.1 Transisi tahun 1 akan dijalankan selama 3 minggu. 2.7.2 Modul transsi telah disediakan dan En Mohd Faqreel dan akan diserahkan kepada murid pada hari pertama persekolahan. Tindakan : Guru Mata Pelajaran Tahun 1 2.8 Kebersihan dan Keceriaan Kelas. 2.8.1 Guru kelas perlu memastikan persiapan kelas dibuat dari segi jadual waktu, jadual tugasan, susun atur meja dan sebagainya. 2.8.2 Guru kelas juga perlu mengeluarkan serta melupuskan bahan lama serta buku latihan yang lepas. Tindakan : Guru kelas. 2.9 Pelan Strategi Organisasi (PSO) 2.9.1 Ketua panitia diminta menyediakan serta melengkapkan Pelan Strategi Organisasi (PSO) bagi tahun 2021 – 2025. 2.9.2 PSO ini mestilah diletakkan di dalam fail panitia masing-masing dan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Tindakan : Ketua panitia 2.10 Dual Language Programme (DLP) 2.10.1 Guru besar mengingatkan guru yang terlibat dalam program DLP untuk sentiasa peka dan merujuk dengan garis panduan pelaksanaan yang terkini bagi memastikan proses PdPC berlangsung dengan berkesan. 2.10.2 Guru juga diminta membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk Program DLP di dalam mesyuarat panitia. Tindakan : Guru DLP 3. HAL-HAL LAIN 3.1 Pn. Nur Sakinah memaklumkan pihak sekolah masih belum menerima buku teks Tahun 6. Makluman : Semua guru 3.2 En. Nizam memaklumkan kepada guru kelas untuk mengemaskini kehadiran murid sebelum jam 10.00 pagi. Selain itu, guru kelas juga diminta mengemaskini maklumat murid dalam sistem APDM. Makluman : Guru kelas PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh, .......................................... ……...............................……… ............................................... (ZARINA BT. JOHARI) (HJH MASITA BT ABD GHANI) (SALMIAH BT ABD HAMID) Setiausaha Kurikulum GPK Kurikulum Guru Besar SK La Salle Tarikh: 20.3.2022