DEMAM KEPIALU ( TIFOID )
NUR FATIHAH SYUHADAH BINTI OMAR
2 KAA ( 2021 )
SMK MAJAKIR , PAPAR
APA ITU DEMAM KEPIALU ?
Demam Kepialu (Tifiod) adalah satu jangkitan
bawaan makanan disebabkan oleh bakteria
Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat
di dalam darah, urin, najis pesakit dan juga najis
pembawa.
BAGAIMANA IA MEREBAK ?
Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis
manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh
pesakit dan pembawa.
Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria
Salmonella typhi.
Menggunakan bekalan air tidak bersih.
TANDA DAN GEJALA
Demam panas berpanjangan
Sembelit
Sakit kepala
Cirit birit
Sakit perut
Sakit badan / lemah / letih lesu
Kurang selera makan
Mata layu dan cengkung
Tidak sedarkan diri dan meracau
Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
BAHAYA DEMAM KEPIALU
Pesakit boleh mengalami pendarahan dan bahagian
yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah/bocor
Menyebabkan kematian jika tidak mendapat
rawatan awal dan secukupnya.
Dua (2) hingga 5 peratus kes menjadi “carrier” atau
pembawa kronik kerana bakteria masih wujud dalam
saluran biliari walaupun gejala telah tiada.
LANGKAH PENCEGAHAN
Menutup semua makanan dengan betul.
Menjaga kebersihan diri dan membasuh tangan
dengan betul sebelum dan selepas makan dan selepas
ke tandas.
Menggunakan air bersih yang terawat untuk
penyediaan makanan.
Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih
atau air yang telah dibotolkan.
SEMOGA ILMU YANG DI KONGSI
BERMANFAAT UNTUK SEMUA
SEKIAN , TERIMA KASIH