FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 110 2.4 PROJEK D: ROBOTIK 2.4.1 PEMBANGUNAN PROJEK Masa 540 minit Objektif Melahirkan murid yang boleh: • membuat lakaran projek yang telah dilabel komponen dan bahan. • membuat carta alir asas konsep pengaturcaraan projek robotik. • membina prototaip dan membuat pengaturcaraan projek robotik. Kaedah pelaksanaan SET INDUKSI (40 MINIT) 1. Murid diperkenalkan mengenai penggunaan robotik yang kini dipasarkan untuk kegunaan awam melalui pautan video di YouTube. Video ditayangkan mengenai palang keselamatan automatik, mainan bayi interaktif dan robot vakum. 2. Murid diperkenalkan mengenai elemen robotik yang perlu ada dalam sebuah robot iaitu elemen kawalan, kuasa, pergerakan dan sensor. Nota boleh dirujuk dalam Lampiran 2.4.1.1. AKTIVITI PEMBELAJARAN (500 MINIT) 1. Murid diberi peluang untuk membuat bayangan idea reka bentuk robot yang telah ditonton dalam video Youtube. 2. Murid dibimbing dengan ditunjukakan komponen dan bahan yang ada yang menjadi perkara asas dalam penghasilan komponen robotik, seperti dalam Lampiran 2.4.1.2 dan Lampiran 2.4.1.3. 3. Murid dibimbing bagi menghasilkan lakaran bagi jenis robot palang, robot interaktif dan mobile car, seperti dalam Lampiran 2.4.1.4. 4. Guru perlu memastikan lakaran yang dihasilkan murid mempunyai label komponen dan bahan yang digunakan. 5. Lakaran terbaik dipilih dan penambahbaikan dilakukan kepada lakaran tersebut 6. Murid dibimbing untuk menghasilkan carta alir mudah pengaturcaraan bagi prototaip yang dibina. Contoh carta alir boleh dirujuk dalam Rajah 2.4.1.6B, Rajah 2.4.1.7B dan Rajah 2.4.1.8B. 7. Guru perlu memastikan simbol geometri carta alir adalah tepat. 8. Sebelum memulakan langkah penghasilan prototaip robot, murid ditunjukkan mengenai proses asas sambungan dan asas pengaturcaraan komponen, seperti dalam Lampiran 2.4.1.5. 9. Setelah proses asas tersebut selesai, murid dibahagikan mengikut kumpulan untuk menghasilkan prototaip robot. Lampiran 2.4.1.6 boleh dirujuk sebagai panduan. 10. Murid ditunjukkan mengenai tatacara untuk tujuan pengaturcaraan asas dan pengaturcaraan projek. Lampiran 2.4.1.4 boleh dirujuk sebagai panduan. 11. Murid membuat pengaturcaraan berdasarkan contoh yang diberi. Lampiran 2.4.1.6, Lampiran 2.4.1.7 dan Lampiran 2.4.1.8, boleh dirujuk sebagai panduan. Hasil projek dibentangkan mengikut panduan yang telah ditetapkan. Buku Teks RBT Tahun 6 muka surat 21 boleh dirujuk untuk panduan senarai semak
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 111 pembentangan produk. Refleksi / Nota ● Guru memastikan murid dapat membuat lakaran projek yang telah dilabel komponen dan bahan. ● Guru memastikan murid dapat membuat carta alir asas konsep pengaturcaraan projek robotik ● Guru memastikan murid dapat membina prototaip dan membuat pengaturcaraan projek robotik.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 112 LAMPIRAN 2.4.1.1: ELEMEN SISTEM ROBOTIK ● Eleman Kawalan (Control) Elemen kawalan berfungsi untuk menghasilkan sesuatu tindakan seperti pergerakan mekanikal, mengeluarkan bunyi atau memancarkan cahaya. Segala bentuk tindakan dan pergerakan adalah melalui pengaturcaraan yang ditetapkan. Rajah 2.4.1.1A: Microbit ● Elemen Kuasa (Power) Elemen kuasa adalah merupakan punca kuasa pada sistem robotik tersebut. Contohnya seperti bateri dan sebagainya. Rajah 2.4.1.1B: Bateri AA ● Elemen Sensor (Input) Elemen sensor adalah peranti yang boleh mengesan perubahan pada persekitaran seperti cahaya, haba, tekanan, kelembapan, jarak dan sebagainya. Semua perubahan input akan dihantar kepada mikropengawal untuk diproses dan ditukarkan output yang dikehendaki seperti pergerakan dan sebagainya. Rajah 2.4.1.1C: Sensor Ultrasonik ● Elemen Pergerakan (Hasil Output) Elemen ini membolehkan pelbagai gerakan dilakukan dan dihasilkan mengikut fungsi atau kerja yang dihasilkan.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 113 Rajah 2.4.1.1D: Sensor Output Motor Servo dan Big LED LAMPIRAN 2.4.1.2: KANDUNGAN KIT Jadual 2.4.1.2A: Komponen yang terdapat dalam REKA:BIT bagi pembinaan produk robotik REKA:BIT Sensor Kelembapan Tanah Pita Pelekat Micro:bit Pam Air Wayar Grove Motor Servo Motor Arus Terus (DC Motor) Wayar USB
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 114 Papan Lampu RGB Tayar Getah Bateri AA Modul Lampu LED besar Roda Omni Pemegang Bateri Sensor Ultrasonik Pemutar Skru Mini LAMPIRAN 2.4.1.3: PERINCIAN PAPAN REKA:BIT & MICRO:BIT Micro:bit Berikut merupakan paparan bagi Micro:bit V2. Micro:bit merupakan komponen pengawal yang digunakan untuk tujuan pengaturcaraan mudah.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 115 Rajah 2.4.1.3A: Paparan hadapan Micro:bit Papan Litar REKA:BIT Papan REKA:BIT merupakan komponen expansion yang digunakan bersama-sama dengan Micro:bit. Micro:bit boleh disambungkan kepada papan REKA:BIT ini dengan mudah. Rajah 2.4.1.3B: Paparan hadapan Rekabit
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 116 LAMPIRAN 2.4.1.4: PENGENALAN UNTUK PENGATUCARAN MAKECODE Makecode untuk membina pengaturcaraan projek. Murid perlu mengikut langkah-langkah berikut. Langkah 1 Melayari laman web makecode iaitu https://makecode.microbit.org/. Rajah 2.4.1.4A: Paparan https://makecode.microbit.org/ Langkah 2 Log masuk menggunakan email. Log masuk ini perlu untuk tujuan simpan projek pada masa depan. Rajah 2.4.1.4B: Log in Langkah 3 Klik New Project.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 117 Rajah 2.4.1.4C: New Project Langkah 4 Namakan projek anda mengikut kesesuaian. Rajah 2.4.1.4D: Nama projek Langkah 5 Klik extension di bahagian paparan kotak kiri.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 118 Rajah 2.4.1.4E: Klik Extension Langkah 6 Di ruangan search taip Reka:bit dan tekan enter. Rajah 2.4.1.4F: Taip Reka:bit Langkah 7 Double klik pada rekabit-rbt-project-kit. Rajah 2.4.1.4G: Double klik rekabit-rbt-project-kit Langkah 8 Sekarang terdapat pelbagai blok extension yang diperlukan bagi pembinaan projek.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 119 Rajah 2.4.1.4H: Pelbagai blok LAMPIRAN 2.4.1.5: PEMASANGAN DAN PENGATURCARAAN ASAS Rajah 2.4.1.5A menunjukkan komponen diperlukan untuk projek asas motor arus terus. Rajah 2.4.1.5A: Komponen projek Senarai komponen: ● Micro:bit ● REKA:BIT ● Pemegang bateri ● Bateri ● Motor arus terus (DC Motor) ● Tayar getah Rajah 2.4.1.5B menunjukkan penyambungan perkakasan elektronik.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 120 Rajah 2.4.1.5B: Penyambungan projek Rajah 2.4.1.5C menunjukkan pengaturcaraan motor arus terus. Rajah 2.4.1.5C: Pengaturcaraan motor arus terus Rajah 2.4.1.5D menunjukkan pengujian fungsi asas motor arus terus.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 121 Rajah 2.4.1.5D: Pengujian fungsi Motor Servo Rajah 2.4.1.5E menunjukkan keperluan komponen bagi projek asas motor servo. Rajah 2.4.1.5E: Komponen bagi projek asas motor servo Senarai komponen: ● Micro:bit ● REKA:BIT ● Pemegang bateri ● Bateri ● Motor servo
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 122 Rajah 2.4.1.5F menunjukkan penyambungan perkakasan elektronik Rajah 2.4.1.5F: Penyambungan asas motor servo Rajah 2.4.1.5G menunjukkan pengaturcaraan bagi projek asas motor servo. Rajah 2.4.1.5G: Pengaturcaraan projek asas motor servo Rajah 2.4.1.5H menunjukkan pengujian fungsi projek asas motor servo.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 123 Rajah 2.4.1.5H: Pengujian fungsi projek asas motor servo Sensor Ultrasonik Rajah 2.4.1.5I menunjukkan komponen diperlukan untuk projek asas sensor ultrasonik. Rajah 2.4.1.5I: Komponen diperlukan untuk projek asas sensor Senarai komponen: ● Micro:bit ● REKA:BIT
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 124 ● Pemegang bateri ● Bateri ● Sensor ultrasonik ● Wayar grove Rajah 2.4.1.5J menunjukkan penyambungan perkakasan elektronik bagi sensor ultrasonik. Rajah 2.4.1.5J: Penyambungan perkakasan bagi projek asas sensor ultrasonik Rajah 2.4.1.5K menunjukkan pengaturcaraan bagi penggunaan sensor ultrasonik. Rajah 2.4.1.5K: Pengaturcaraan bagi penggunaan sensor ultrasonik Rajah 2.4.1.5L menunjukkan pengujian fungsi projek ultrasonik.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 125 Rajah 2.4.1.5L: Pengujian fungsi projek ultrasonik Papan Lampu RGB dan Modul Lampu Besar Rajah 2.4.1.5M menunjukkan komponen diperlukan untuk projek asas papan lampu RGB dan Modul Lampu LED Besar. Rajah 2.4.1.5M: Komponen projek lampu RGB dan Modul Lampu LED Besar. Senarai komponen: ● Micro:bit ● REKA:BIT ● Pemegang bateri ● Bateri ● Modul lampu LED b ● Papan lampu RGB ● Wayar grove
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 126 Rajah 2.4.1.5O menunjukkan penyambungan perkakasan elektronik Rajah 2.4.1.5O: penyambungan perkakasan elektronik Rajah 2.4.1.5P menunjukkan pengaturcaraan bagi lampu RGB Stick. Rajah 2.4.1.5P: Pengaturcaraan bagi lampu RGB Stick Rajah 2.4.1.5Q menunjukkan pengujian fungsi lampu RGB Stick.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 127 Rajah 2.4.1.5Q: engujian fungsi lampu RGB Stick
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 128 LAMPIRAN 2.4.1.6: PROJEK 1 - PAGAR KESELAMATAN (ARAS MUDAH) a) Project Design / Lakaran Projek Rajah 2.4.1.6A: Lakaran idea awal projek b) Carta Alir Asas Konsep Pagar Keselamatan Rajah 2.4.1.6B: Carta alir konsep asas pagar keselamatan
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 129 c) Keperluan Komponen, Alatan dan Bahan Berikut merupakan komponen beserta alatan dan bahan yang diperlukan bagi membina pagar keselamatan. Rajah 2.4.1.6C: Komponen, alatan dan bahan projek pagar keselamatan Senarai komponen: ● Microbit ● REKA:BIT ● Pemegang bateri ● Bateri ● Papan lampu RGB ● Motor servo ● Wayar grove Senarai alatan dan bahan: ● Gunting ● Cable tie ● Pita pelekat ● Balang plastik ● Pen marker ● Pisau ● Kayu aiskrim
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 130 d) Langkah Pembinaan / Pembangunan Robot Rajah 2.4.1.6D: Langkah pembinaan pagar keselamatan a) Tandakan balang makanan, kemudian potong balang mengikut kawasan bertanda. b) Pasang komponen pemegang bateri dan servo motor. c) Lekatkan lampu RGB pada batang aiskrim d) Pasang wayar grove mengikut terminal yang telah ditetapkan. e) Pasang kayu aiskrim pada servo motor dan buat kemasan pada wayar grove. e) Penyambungan Perkakasan Elektrik Sambungkan bateri dan wayar groove mengikut kedudukan yang betul.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 131 Rajah 2.4.1.6E: Sambungan komponen f) Pengaturcaraan bagi Pagar Keselamatan Rajah 2.4.1.6F: Pengaturcaraan bagi pagar keselamatan
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 132 g) Pengujian fungsi pagar keselamatan Rajah 2.4.1.6G: Pengujian fungsi pagar keselamatan
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 133 LAMPIRAN 2.4.1.7: PROJEK 2 - ROBOPET (ARAS SEDERHANA) a) Project Design / Lakaran Projek Contoh: Rajah 2.4.1.7A: Lakaran idea awal projek b) Carta Alir Asas ROBOPET Rajah 2.4.1.7B: Carta alir asas projek Robopet
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 134 c) Keperluan Komponen, Alatan dan Bahan Rajah 2.4.1.7C: Keperluan komponen dan alatan dan bahan projek Robopet Senarai komponen: ● Microbit ● REKA:BIT ● Pemegang bateri ● Bateri ● Modul lampu LED besar x 2 unit ● Motor servo ● Wayar grove x 2 unit Senarai alatan dan bahan: ● Pita pelekat ● Span ● Bekas makanan panjang ● Bekas makanan bulat ● Pisau ● Kayu Aiskrim ● Pembaris ● Gunting ● Pen marker
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 135 d) Rajah Pembinaan dan Pembangunan Robot Rajah 2.4.1.7D: Pembinaan dan pembangunan projek Robopet a) Ukur dan tanda pada balang makanan b) Seterusnya potong span, bekas makanan bulat dan balang makanan mengikut tempat yang telah ditanda. c) Pasang pemegang bateri dan motor servo pada balang makanan. d) Guna pita pelekat untuk melekatkan span pada batang aiskrim dan lekatkan pada motor servo. e) Seterusnya pasang modul lampu besar kepada bekas makanan bulat dan lekatkan di bahagian atas balang makanan. f) Lekatkan Reka:Bit pada balang makanan dan pasang mikrobit kepada Reka:Bit. g) Buat sambungan wayar grove mengikut terminal yang telah ditetapkan. e) Penyambungan Perkakasan Elektrik Rajah 2.4.1.7E: Penyambungan perkakasan elektrik
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 136 f) Pemindahan Pengaturcaraan Rajah 2.4.1.7F : Pemindahan pengaturcaraan
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 137 g) Menguji Fungsi Robot Rajah 2.4.1.7G: Produk akhir bagi RoboPet
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 138 LAMPIRAN 2.4.1.8: PROJEK 3 – ROBOT MUDAH ALIH (ARAS TINGGI) a) Project Design / Lakaran Projek Contoh: Rajah 2.4.1.8A: Lakaran idea awal projek b) Carta Alir Robot Mudah Alih Rajah 2.4.1.8B: Carta alir projek robot mudah alih
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 139 c) Keperluan Komponen, Alatan dan Bahan Rajah 2.4.1.8C: Komponen, alatan dan bahan Senarai komponen: ● Microbit ● REKA:BIT ● Pemegang bateri ● Bateri ● Motor arus terus (DC Motor) x 4 unit ● Tayar getah x 4 unit ● Sensor ultrasonik ● Papan lampu RGB ● Wayar grove Senarai alatan dan bahan: ● Wireless drill ● Bekas makanan plastik ● Pita pelekat ● Screwdriver ● Pisau ● Pen marker ● Gunting
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 140 d) Pembinaan dan Pembangunan Robot Mudah Alih Rajah 2.4.1.8D: Pembinaan dan pembangunan robot a) Tanda bekas makanan plastik. b) Kemudian potong dan tebuk bekas makanan menggunakan wireless drill. c) Pasang Motor Arus Terus (DC Motor) pada bekas makanan. d) Pasang pemegang bateri, bateri dan tayar kepada bekas makanan. e) Tebuk lubang di bahagian hadapan bagi tujuan memasang ultrasonic sensor dan RGB Light. f) Lekatkan Reka:Bit pada bekas makanan. g) Buat sambungan wayar pada terminal yang telah ditetapkan.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 141 e) Penyambungan bagi projek robot mudah alih Rajah 2.4.1.8E: Penyambungan projek Robot Mudah Alih
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 142 f) Pengaturcaraan bagi projek robot mudah alih Rajah 2.4.1.8F: Pengaturcaraan projek robot mudah alih
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 143 g) Pengujian Fungsi Robot Mudah Alih Rajah 2.4.1.8G: Robot mudah alih
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 144 2.4.2 ANALISA PROJEK Masa 90 minit Objektif Melahirkan murid yang boleh: • Menghuraikan menentukan sama ada objektif projek tercapai atau tidak. • Menentukan kebaikan dan keburukan projek yang dihasilkan mengikut aspek tertentu. • Menyediakan cadangan penambahbaikan bagi aspek-aspek yang perlu ditambah baik. Kaedah pelaksanaan 1. Murid berbincang dalam kumpulan bagi menganialisis projek yang dihasilkan mengikut aspek yang tertentu. 2. Ketua kumpulan membahagikan tugas untuk menyenaraikan kebaikan dan keburukan serta penambahbaikan projek berdasarkan aspek-aspek seperti, Inovasi atau reka bentuk, metodologi, praktikal, kewangan, ergonomik, kesan kepada alam sekitar dan kebolehpasaran 3. Setiap kumpulan boleh mendapatkan maklumat di internet dan sumbersumber lain. 4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan dan membuat perbandingan. 5. Lampiran 2.4.2.1 diedarkan kepada murid dan murid diminta untuk mengisi kebaikan dan keburukan serta penambahbaikan projek. 6. Contoh disediakan dalam Lampiran 2.4.2.2. Refleksi / Nota ● Guru mengenalpasti bilangan atau peratus murid yang berjaya menentukan semua objektif tercapai atau tidak. ● Guru mengenalpasti bilangan atau peratus murid yang berjaya menyenaraikan kebaikan dan keburukan projek. ● Guru mengenalpasti bilangan atau peratus murid yang berjaya membuat penambahbaikan projek.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 145 LAMPIRAN 2.4.2.1: TEMPLATE BORANG ANALISIS PROJEK Nama kumpulan: ___________________________________________________________ Tajuk Projek: _______________________________________________________________ Analisis Projek Objektif Tercapai/ Tidak Tercapai Objektif 1 Objektif 2 Objektif 3 Aspek Kebaikan Keburukan INOVASI/REKABENTUK - Projek yang dihasilkan harus mempunyai inovasi iaitu ciri-ciri yang membantu projek menjadi lebih cekap atau lebih mesra pengguna. - - METODOLOGI - Kaedah yang digunakan dalam pembangunan projek adalah yang terbaik. - EFISIENSI/PRAKTIKAL - Projek dapat memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. - - KEWANGAN - Projek harus meminimakan kos dan sumber. - - ERGONOMIK - Projek perlu mempunyai ciri ergonomik(tahan lasak dan tidak mudah rosak serta mempunyai ciri keselamatan. - KESAN KEPADA ALAM SEKITAR - Projek yang dihasilkan perlu memberi impak yang positif kepada alam sekitar. KEBOLEHPASARAN - Projek yang dihasilkan dapat diterima di pasaran semasa. ASPEK CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 146 INOVASI/REKABENTUK METODOLOGI EFISIENSI/PRAKTIKAL KEWANGAN ERGONOMIK KESAN KEPADA ALAM SEKITAR KEBOLEHPASARAN
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 147 LAMPIRAN 2.4.2.2: CONTOH BORANG ANALISIS PROJEK Nama kumpulan: Waste Robot Tajuk Projek: Cadangan aplikasi robot menyedut sampah Analisis Projek Objektif Tercapai/ Tidak Tercapai OBJEKTIF 1 Membina lakaran asas prototaip robot ✔ OBJEKTIF 2 Melukis carta alir prototaip robot ✔ OBJEKTIF 3 Membina prototaip robot ✔ Aspek Kebaikan Keburukan INOVASI /REKABENTUK - Projek yang dihasilkan harus mempunyai inovasi iaitu ciri-ciri yang membantu projek menjadi lebih cekap atau lebih mesra pengguna. Robot dapat menggantikan manusia menyedut sampah secara berterusan. Terdapat banyak inovasi robot menyedut sampah di pasaran. METODOLOGI - Kaedah yang digunakan dalam pembangunan projek adalah yang terbaik. Kaedah yang digunakan adalah ringkas dan mudah untuk diikuti. EFISIENSI/ PRAKTIKAL - Projek dapat memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. Robot dapat digunakan oleh pelbagai peringkat umur Robot mungkin tidak dapat membersihkan semua jenis permukaan. KEWANGAN - Projek harus meminimakan kos dan sumber. Kos bahan bina yang digunakan adalah minimum kerana menggunakan bahan asas yang terdapat di rumah. Set REKA:BIT yang digunakan memerlukan kos yang agak tinggi.
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 148 ERGONOMIK - Projek perlu mempunyai ciri ergonomik(tahan lasak dan tidak mudah rosak serta mempunyai ciri keselamatan. Robot yang dihasilkan tahan lasak dan mudah diselenggara. Robot ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. KESAN KEPADA ALAM SEKITAR - Projek yang dihasilkan perlu memberi impak yang positif kepada alam sekitar. Robot ini mengedut habuk dan debu yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Robot ini menggunakan tenaga dari bateri yang tidak boleh dicaj semula KEBOLEHPASARAN - Projek yang dihasilkan dapat diterima di pasaran semasa. Robot ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Robot perlu bersaing dengan inovasi yang hampir sama di pasaran. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INOVASI /REKABENTUK Rekabentuk yang dihasilkan menggunakan bahan asas/terpakai dari rumah. Bahan rekabentuk juga boleh dihasilkan menggunakan printer 3D. METODOLOGI Sediakan metodologi tambahan sebagai langkah penyelesaian sekiranya terdapat masalah dengan metodologi asal. EFISIENSI /PRAKTIKAL - KEWANGAN Dapatkan kit Micro pengawal yang lebih berbaloi/murah di pasaran. ERGONOMIK Tambah ciri-ciri keselamatan atau ciri tambahan untuk OKU (berbunyi, berkelip dsb) KESAN KEPADA ALAM SEKITAR Tukar penggunaan bateri kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar. KEBOLEHPASARAN Tambah ciri-ciri tambahan yang baru untuk bersaing di pasaran
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 149 2.4.3 PENGUJIAN DAN PEMANTAUAN PROJEK Masa 60 minit Objektif Melahirkan murid yang boleh: • Membuat penilaian lakaran idea dari aspek ketepatan reka bentuk, kreativiti dan inovasi, kemahiran teknikal dan penyampaian idea murid yang merangkumi elemen elektromekanik dan pengaturcaraan. • Menguji dan menilai keberkesanan, kestabilan dan kefungsian produk atau prototaip yang telah dibina mengikut spesifikasi reka bentuk yang telah dirancang. • Menguji keupayaan murid untuk menyampaikan idea, menjelaskan proses reka bentuk dan pembangunan produk serta mempamerkan keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Kaedah pelaksanaan 1. Murid menggunakan rubrik penilaian dalam Lampiran 2.4.3.1 dn Lampiran 2.4.3.2 yang memperincikan aspek-aspek yang perlu dinilai: a. Penilaian lakaran: Rupa, bentuk, saiz, dan ruang b. Ujian kefungsian: Kesesuaian fungsi, kefungsian mengikut cadangan spesifikasi, ketekalan c. Keberkesanan produk: Pembentangan produk, seperti keupayaan untuk menyampaikan idea dan berfikir secara kreatif. 2. Murid melakukan penilaian formatif, iaitu penilaian secara berterusan sepanjang proses reka bentuk, dan bukan hanya pada akhir pembangunan produk. Penilaian formatif ini membolehkan murid untuk menerima maklum balas yang boleh mereka gunakan untuk membuat penyesuaian dan penambahbaikan sebelum produk akhir dihasilkan. Refleksi / Nota ● Guru memastikan murid menghasilkan lakaran idea bagi projek yang dirancang dengan spefikasi reka bentuk yang relevan dan efektif. ● Guru memastikan murid dapat menguji dan menilai keberkesanan dan kefungsian produk atau prototaip yang telah dibina mengikut spesifikasi reka bentuk yang telah dirancang. ● Guru memastikan murid dapat menyampaikan idea, menjelaskan proses reka bentuk, pembangunan produk, pengujian produk serta mempamerkan keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 150 LAMPIRAN 2.4.3.1: TEMPLATE BORANG PENILAIAN LAKARAN Penilaian lakaran dilaksanakan setelah proses melakar reka bentuk bagi bahagian elektromekanikal dan pengaturcaraan selesai. Elemen Reka Bentuk Asas Teknologi Huraian Kesesuaian Catatan S TS Rupa Elektromekanikal Komponen mekanikal yang tersusun, dengan pemasangan yang bersih dan kemas. Pengaturcaraan Kod mudah dibaca, berserta komen yang bersesuaian untuk menerangkan fungsi. Bentuk Elektromekanikal Bentuk komponen memudahkan penggunaan dan pemasangan. Pengaturcaraan Program memiliki struktur logik yang teratur dan modular. Saiz Elektromekanikal Saiz komponen tidak mengganggu fungsi dan kestabilan produk. Pengaturcaraan Program mesti cekap dalam penggunaan memori dan sumber pemprosesan. Ruang Elektromekanikal Komponen mudah diakses untuk penyelenggaraan dan pelarasan. Pengaturcaraan Program menggunakan ruang kod sedia ada dengan cekap, mengelakkan pembaziran. (S - Sesuai/ TS - Tidak Sesuai)
FASA 2: PELAKSANAAN PROJEK 151 LAMPIRAN 2.4.3.2: UJIAN FUNGSI Ujian kefungsian dijalankan selepas bahagian membina aturcara dan integrasi bersama komponen elektromekanikal selesai, dan juga selepas sebarang kemas kini kod dibuat. Jenis Ujian Objektif Parameter Skala Pencapaian Tinggi (3) Sederhana (2) Rendah (1) Ujian Gerakan Menyemak keupayaan robot untuk bergerak mengikut arahan yang diberikan. Kelajuan pergerakan, kelurusan pergerakan, responsif kepada input pengawal. Robot bergerak dengan tepat mengikut arah, dengan pergerakan yang lancar dan tepat. Respons pantas kepada arahan dengan kestabilan yang konsisten. Robot bergerak mengikut arah tetapi pergerakan kurang lancar. Respons kadangkala mengalami kegagalan atau sedikit kelewatan. Robot gagal bergerak seperti yang diarahkan atau mempamerkan tindak balas yang perlahan dan tidak stabil. Ujian Halangan Menilai keupayaan robot untuk mengesan dan mengelak halangan. Kepekaan sensor, keupayaan mengelak objek, masa tindak balas. Robot secara konsisten mengesan dan memintas halangan dengan cepat dan cekap tanpa pelanggaran. Robot dapat mengesan halangan tetapi tidak selalunya dengan cepat atau cekap, menyebabkan ada kalanya robot hampir bersentuhan dengan halangan. Robot sering gagal mengesan halangan atau bertindak terlalu lewat, menyebabkan pelanggaran atau pergerakan terhenti. Ujian ketahanan Mengukur kecekapan penggunaan bateri robot semasa beroperasi. Tempoh operasi bateri. Robot beroperasi untuk jangka masa yang dijangkakan atau lebih tanpa memerlukan pengecasan semula. Robot beroperasi hampir dengan tempoh yang dijangkakan tetapi mungkin memerlukan pengecasan lebih awal daripada jadual. Robot memerlukan pengecasan semula lama sebelum ia mencapai tempoh jangkaannya.