The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA DAN DUNIA LUAR ANYFLIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d086168, 2022-06-01 09:21:29

PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA DAN DUNIA LUAR ANYFLIP

PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA DAN DUNIA LUAR ANYFLIP

PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
MALAYSIA DAN DUNIA

LUAR

BIL KANDUNGAN
1. DEFINISI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
2. SEBAB WUJUDNYA PERDAGANGAN ANTARABANGSA
3. KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
4. SUMBANGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
5. DUNIA LUAR
6. KEPENTINGAN DUNIA LUAR
7. SUMBANGAN DUNIA LUAR

1. DEFINISI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Perdagangan Antarabangsa ialah pertukaran barang dan perkhidmatan antara negara-
negara melalui kegiatan eksport dan import.

2. SEBAB WUJUDNYA PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Iklim dan tanih
• Panas dan lembap sepanjang tahun.
• Malaysia sesuai untuk menanam (getah, sawit dan padi).
• India sesuai untuk menanam (sawit, teh, gandum, jute).
Sumber semula jadi
• Malaysia kaya dengan petroleum, gas asli, batu granit, bauksit, sawit, kayu,
dll.
• Thailand beras, jagung, tebu, timah, tembaga dan bijih besi.

3. KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
• Pertumbuhan ekonomi negara dan peluang pekerjaan bertambah.
• Pembangunan negara
• Menggalakkan pertumbuhan teknologi baru dan memperluaskan pilihan
pengguna.
• Menambahkan pendapatan negara.

4. SUMBANGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Ekonomi Malaysia

• Pertambahan bekalan wang negara
Kegiatan eksport menyebabkan pengaliran masuk mata wang asing dalam
negara dan seterusnya akan menambahkan bekalan wang dalam negara.
Pertambahan ini akan mengurangkan kadar bunga pinjaman,meningkatkan
pelaburan dan keluaran negara seterusnya akan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara.

• Memperluas pasaran
Kegiatan eksport Malaysia membolehkan pasaran keluaran tempatan
diperluaskan ke negara-negara asing. Kegiatan ini menggalakkan pengeluaran
secara besar-besaran dalam industri eksport. Sektor eksport dapat menikmati
Ekonomi Bidangan (mengeluarkan barang pada kos purata lebih rendah).
Secara tidak langsung pendapatan negara meningkat.

• Pemindahan Teknologi Moden Dan Teknik Pengeluaran
Negara dapat import teknologi moden dan teknik pengeluaran yang lebih baik
dari negara maju. Pemindahan sebegini melalui kegiatan import dapat
meningkatkan kecekapan pengeluaran dan seterusnya dapat menggerakkan
pembangunan ekonomi negara.

• Menawarkan pilihan yang pelbagai
Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang yang diimport.
Pengguna dapat menikmati pelbagai pilihan barangan mengikut cita rasa dan
kemampuan mereka. Contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis
kereta, pakaian, kasut atau beg tangan sama ada model tempatan atau model
import.

Politik Malaysia

• Perkembangan kumpulan serantau dari segi teknologi antara negara.
Perkaitan antara pedagang membolehkan perkembangan dan pengetahuan
mengenai teknologi dikongsi bersama dan akhirnya membawa kepada
perkembangan sistem perdagangan pelbagai hala.

• Mewujudkan dan mengukuhkan kerjasama antara negara dengan negara yang
lain.
Kerjasama mudah dibentuk dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

Sosial Malaysia
• Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Bertukar keperluan dan kehendak masyarakat antara pelbagai negara mengikut
kelebihan dan kepakaran masing-masing.
• Menambah peluang pekerjaan
Sektor perdagangan memerlukan buruh separa mahir dan buruh mahir bagi
proses pelaksanaan serta pertukaran kemahiran dan teknologi.
• Menggalakkan penggunaan teknologi baru
Kemajuan teknologi mampu meningkatkan kecekapan negara. Oleh itu
pertukaran teknologi antara negara sangat membantu membangunkan sektor
sosial negara.
• Pertukaran budaya
Pertukaran budaya berlaku melalui perkhidmatan pelancongan, pertukaran
produk dalam sesama buruh asing dan buruh tempatan.

5. DUNIA LUAR
• Merujuk kepada kerjasama Malaysia dengan negara-negara luar.
• Hubungan dibentuk melalui dasar luar yang diamalkan di Malaysia

• Bilalteral - Hubungan bilalteral merujuk hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu – contoh Malaysia dengan Singapura, Indonesia dan
Thailand.

• Multilateral – Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan - ASEAN,
NAM, APEC dan OIC.

• Malaysia berkerjasama dengan dunia luar melalui :
~ ASEAN – Persatuan Negara- negara Asia Tenggara
~ NAM – Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
~ OIC – Pertubuhan Kerjasama Islam
~ APEC – Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik

5.1 Pergerakan negara-negara berkecuali (NAM):
• Faktor Malaysia menyokong NAM:
✓ Faktor luaran - organisasi NAM disifatkan sebagai organisasi
vital dalam memperjuangkan nasib negara-negara NAM.
Negara NAM harus saling membantu memajukan negara masing-
masing tanpa bergantung harap kepada negara-negara maju.
Dengan cara ini kebergantungan yang keterlaluan akan dapat
diminimalisasikan.
✓ Faktor dalaman - Malaysia dapat memperjuangkan isu-isu yang
menyangkut Negara-negara Dunia Ketiga yang lain.
• Penglibatan Maaysia dengan NAM:
✓ Malaysia mula aktif dalam mesyuarat mesyuarat NAM yang
diadakan di Algiers, Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda •
Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan NAM dan pengerusi
NAM pada tahun 2003.

✓ Kejayaan NAM di bawah Malaysia:
➢ Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara
Berkecuali mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan
“Memperkasa Wanita dalam Menghadapi Cabaran
Globalisasi”
➢ Mewujudkan Pusat bagi Gender dan Pembangunan NAM di
Kuala Lumpur bagi memperkasakan wanita.

5.2 Sumbangan dan bantuan ekonomi MALAYSIA kepada negara negara asean atas
dasar keperihatinan:
• Laporan Sidang Kemuncak Asean Ke-11 Di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur:
✓ Bantuan teknikel diberikan kepada negara Kemboja, Laos,
Myanmar dan Vietnam termasuk kursus-kursus latihan yang
dikendalikan dibawah kerja IAI berjumlah RM38 juta.
• Bantuan Kepada Mangsa Banjir:
✓ Pada 21 Disember 2011, Malaysia menghulurkan bantuan berbentuk
sumbangan kepada empat Negara Asean (Myanmar, Laos, Kemboja
dan Filipina) yg terjejas teruk akibat banjir yang melanda wilayah
berjumlah RM 316, OOO.

5.3 Konsep ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali):
• Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini
dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota
bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai
ZOPFAN.

• Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan
semua negara di dunia tanpa mengira idealogi politik

• Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang
ideologi dan teori Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara.
Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN

5.4 Penglibatan Malaysia Dalam Bidang Sosial Dengan Negara Negara Asean:
• Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan.
✓ Kerjasama dalam bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-
Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju
membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di
Pulau Pinang.
• Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membanteras
penyalahgunaan dadah.
✓ ASEAN telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi
Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di
Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad.
• Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
✓ Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi
merapatkan hubungan sesama negara ASEAN.

5.5 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
• Sejarah Ringkas Penubuhan OIC:

✓ Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September
1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam
pertama di Rabat, Maghribi

✓ Pada ketika itu, berlakunya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa
oleh puak Zionis.

✓ Mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan
antarabangsa.

• Penglibatan Malaysia Dalam OIC:
✓ Memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam
Antarabangsa (UIA).
✓ Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
✓ Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih mengetuai OIC
✓ Menganjurkan persidangan menentang pengganas pada tahun 2002

5.6 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC):
• APEC merupakan forum ekonomi terkemuka yang menyokong
pertumbuhan ekonomi mampan dan kemakmuran di rantau ini.
• Objektif APEC:
✓ Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
✓ Memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah
dan dunia.
✓ Membentuk sistem perdagangan pelbagai hala.
✓ Mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,
perkhidmatan dan pelaburan.
• Penglibatan Malaysia Dalam APEC:
✓ Mempengerusi aktiviti APEC pada tahun 1990

✓ Menekankan liberaalisasi perdagangan dan ekonomi
✓ Memberi kerjasama sepenuhnya kepada negara anggota mengenai

perdagangan
✓ Mengalakkan kerjasama teknikal dan ekonomi

6. KEPENTINGAN DUNIA LUAR
• Menjaga ekonomi global
• Bebas dari ancaman
• Meningkatkan ekonomi negara
• Menjamin keselamatan dan keamanan dunia

7. SUMBANGAN DUNIA LUAR
7.1 Sumbangan dunia luar kepada ekonomi
• Perkongsian teknologi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan
(R&D)
- Berlakunya perkongsian teknologi dari negara maju seperti Jepun, Jerman dll
ke Malaysia.
-Perkongsian dari pelbagai bidang seperti tenaga, sumber manusia,
telekomunikasi, pengangkutan dll.
-Rakyat guna pakai dan mencipta teknologi sendiri melalui R&D.
-Contoh- kerjasama dengan Jepun dalam pemindahan teknologi membuat
kereta.
• Meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan defisit imbangan
perdagangan
-Berlakunya perluasan pasaran dalam perdagangan bebas iaitu import dan
eksport barangan tanpa sekatan.

-Barangan sesama negara ASEAN dapat keluar masuk dengan lebih mudah.
-Contoh- APEC iaitu General Agreement Of Tariff And Trade yang
mengurangkan sekatan dan menyelaraskan perdagangan barang dan
perkhidmatan antara ekonomi negara Asia- pasifik.
• Meningkatkan kualiti produk
-Peningkatan kualiti produk berlaku melalui persaingan supaya barangan yang
dikeluarkan bermutu tinggi dan mendapat tempat di pasaran global. Barangan
yang berkualiti ditingkatkan melalui R&D.
-Kerjasama antara kawasan membolehkan sesebuah negara
menghasilkan/mencipta barangan atau keluaran yang baik berbanding negara
pengeluar yang lain
-Contoh- Malaysia mengadakan kerjasama dengan Mitsubishi Motos Corp Of
Japan untuk mengeluarkan model kenderaan baru yang lebih canggih dan
bermutu tinggi untuk bersaing dengan negara-negara lain.
• Menggalakkan pengaliran buruh dan tenaga pakar
-kekurangan tenaga buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara dapat diatasi
dengan pakatan dengan negara-negara luar seperti ASEAN.
-Kekurangan tenaga buruh dalam negara dapat ditampung oleh negara lain yang
mempunyai tenaga yang ramai atau berlebihan.
-Contoh- ASEAN. Malaysia kekurangan bekalan tenaga buruh dalam sekotor
pembinaan, industri dan perladangan domestik. justeru, masalah dapat diatasi
dengan mendapatkan tenaga buruh daripada negara jiran atau pakatan yang
sama seperti Filipina, Indonesia dan Bangladesh.

7.2 Sumbangan dunia luar kepada sosial

• Memajukan pendidikan
➢ Sumbangan OIC dalam memajukan pendidikan
-1. Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA)
Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam
(IRCICA) merupakan salah satu kejayaan bagi OIC dalam usaha
meningkatkan dan memperkembangkan aspek penyelidikan
Islam. IRCICA dalah sebuah institusi antarabangsa yang aktif dalam
bidang penyelidikan, penerbitan, dokumentasi dan maklumat.
Mandatnya meliputi tema yang pelbagai dalam bidang sejarah negara-
negara Islam, sejarah seni dan sains dalam Islam dan bidang lain dalam
budaya dan tamadun Islam.
-2. Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan
Universiti Islam Antarabansa (UIA) dengan Kerjasama OIC.
➢ Sumbangan Apec dalam memajukan Pendidikan
-Meningkatkan taraf Pendidikan APEC memberi tumpuan kepada
peningkatan taraf pendidikan bagi rakyat anggotanya.
-Dengan berbuat demikian, ini akan membantu mengangkat orang dari
kemiskinan dan membina kelas menengah yang berpendidikan yang
akan menyumbang kepada kejayaan masa depan setiap ekonomi dan
anggota APEC secara keseluruhan.
-Contohnya,Sekitar 12,000 peserta terlibat dan menerima manfaat
daripada penganjuran program sampingan, Skuad APEC 2020 atau
‘pocket program’ seiring berlangsungnya Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik (APEC) 2020.

• Menyalurkan bantuan kepada negara-negara Islam yang miskin
• Sumbangan OIC

-Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa perang di Bosnia-
Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serbia.Tawaran biasiswa juga
diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia telah mendapat penghormatan
daripada negara OIC kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan
kebajikan negara-negara Islam
• Sumbangan APEC
-Meningkatkan tahap sosial berpendapatan rendah. Meningkatkan lagi peluang
pekerjaan, malah berpotensi untuk membantu mereka keluar daripada garisan
kemiskinan.

• Menggalakkan teknologi maklumat dan komunikasi
• Sumbangan OIC

- Meningkatkan kerjasama negara anggota dalam Teknologi maklumat dan
Komunikasi.
• Sumbangan APEC
- Melalui kemasukan teknologi moden dari negara maju ke negara kurang
maju menggalakkan perkembangan R&D dalam negara anggota
lain seterusnya memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

7.3 Sumbangan dunia luar kepada politik
• Menjamin kestabilan negara

- Dasar luar Malaysia yang bersifat pro-Barat serta berbaik-baik dengan negara
Komanwel membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Hubungan baik ini
menyebabkan keadaan politik negara stabil dan bebas daripada ancaman komunis.

➢ Sumbangan ASEAN dalam menjaminkan kestabilan negara
- Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara ASEAN bagi
meningkatkan kemajuan negara. Malaysia menjalinkan kerjasama
ekonomi melalui ASEAN dengan melancarkan projek baja UREA.
Malaysia juga berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara
ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan
melalui EAEC dan ASEAN +3.

➢ Sumbangan OIC dalam menjaminkan kestabilan negara
-Bantuan kewangan kepada negara islam yang kurang maju seperti
sudan dan nigeria, menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan iran-
iraq, memberi sokongan kepada rakyat palestin berjuang mendapatkan
semula tanah air daripada Israel.

➢ Sumbangan APEC dalam mengukuhkan kestabilan negara
-Kerjasama mudah dibentuk dalam meningkatkan perdagangan dan
pelaburan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan
pembukaan APEC 2020 sebagai pengerusi persidangan, turut
menekankan keperluan usaha dalam kalangan anggota secara
konstruktif bagi memastikan proses pemulihan dan pertumbuhan
ekonomi yang kuat, inklusif dan mampan dalam mengukuhkan
kestabilan negara

• Mewujudkan dan mengukuhkan kerjasama antara negara dengan negara
yang lain
-Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar tanpa mengira
ideologi. Langkah Malaysia berbaik-baik dengan negara blok komunis dapat
mengimbangkan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara. Oleh itu, situasi
tersebut dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.
➢ Sumbangan ASEAN
-Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara Timur seperti
China, Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan perkembangan
ekonomi negara. Pelabur dari Korea Selatan dan Jepun telah
menjayakan pembinaan projek mega seperti pembinaan menara
PETRONAS, lapangan terbang KLIA, pembinaan LRT serta
perusahaan automobil. Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak.
➢ Sumbangan OIC
- OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan
perkhidmatan kewangan kepada negara-negara
➢ Sumbangan APEC
- Anggota Kerjasama Ekonomi Asia – Pasifik (APEC) diseru untuk
berganding bahu ketika berhadapan situasi untuk mengawal dan
memulihkan ekonomi yang dihadapi akibat penularan pandemik
COVID-19.

• Mewujudkan keselamatan negara
➢ Sumbangan ASEAN
- Malaysia tidak mahu memihak kepada mana-mana blok dunia.
Malaysia telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN. Perubahan dasar ini
disebabkan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat
dan China. Contohnya Malaysia hendak mengatasi masalah pelarian
Vietnam di Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah pelarian Vietnam,
Malaysia mengambil langkah menjalin hubungan dengan negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia.

➢ Sumbangan OIC
- Memberi bantuan kepada negara islam yang menghadapi masalah,
menghantar pasukan perubatan ke lubnan bonia dan Afghanistan,
menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara
islam 2002.

➢ Sumbangan APEC
-“ Anggota Kerjasama Ekonomi Asia – Pasifik (APEC) diseru untuk
berganding bahu ketika berhadapan situasi penularan pandemik
COVID-19. anggota perlu mencari jalan penyelesaian serantau untuk
mencapai keseimbangan antara keutamaan kesihatan dan keperluan
ekonomi kita, harus bersatu dalam memerangi COVID-19, oleh itu

sangat penting semua pihak seluruh dunia untuk mengakses vaksin dan
teknologi kesihatan pada kadar berpatutan, mudah dan adil.


Click to View FlipBook Version