The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KENEGARAAN MALAYSIA MPU1042
DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PRIYADARSHINI A/P S VELAVAN, 2023-12-11 20:50:57

TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG

KENEGARAAN MALAYSIA MPU1042
DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 5

KKEENNEEGGAARRAAAANN MMAALLAAYYSSIIAA [ PAWANG NONG ] DISEDIAKAN UNTUK: DISEDIAKAN OLEH: DR MARIAH BINTI DARUS @ MAT JUNUS


ANNABELLE GOH CHOON YUEN 300662 NUR AINAA NADHIRAH BINTI KHALID 300617 UMMU NAJIHAH BINTI ZAHARUDDIN 300695 PRIYADARSHINI A/P S VELAVAN 300630 KETUA KUMPULAN MUHAMMAD AIMAN NAJMI BIN NORAZLI 300585


WAN NASRULLAH BIN WAN ANUAR 300553 NUR ZUHRIYYAH BINTI MOHD AZHARI 300682 NUR ADNI SYAFIRAH BINTI CHE MUSTAFA 300651 MUHAMMAD NABIL BIN ABD RAHMAN 300607 NTOKOHADAM BIN YASIN 300692


1.0 PENGENALAN 2.0 objektif kajian 3.0 KAEDAH KAJIAN 4.0 LATAR BELAKANG 5.0 SUMBANGAN TOKOH 7.0 CABARAN TOKOH 8.0 KESIMPULAN 9.0 RUJUKAN 6.0 PERANAN TOKOH


SEBAHAGIAN YANG KITA KETAHUI, NEGARA KITA MEMPUNYAI BANYAK TOKOH SEJARAWAN SAMA ADA YANG TERDAHULU ATAUPUN SEKARANG. JADI, APAKAH MAKSUD TOKOH INI? TOKOH MERUPAKAN SESEORANG YANG MEMPUNYAI PENGARUH ATAU KEBERADAAN YANG PENTING DALAM SESUATU BIDANG ATAU MASYARAKAT. IA BOLEH MERUJUK KEPADA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI WIBAWA, KEPIMPINAN ATAU KEBOLEHAN DALAM BIDANG POLITIK, AGAMA, SAINS, SENI ATAU BUDAYA. TOKOH SERINGKALI DIGAMBARKAN SEBAGAI SESEORANG YANG MEMIMPIN ATAU MENGINSPIRASI MASYARAKAT UNTUK MENUJU KEPADA TUJUAN ATAU WAWASAN YANG LEBIH BESAR. WALAU BAGAIMANAPUN, PADA ERA ZAMAN INI, TOKOH ATAU DIKENALI SEBAGAI SEJARAWAN SERING KALI DILUPAKAN OLEH GENENARI MUDA. HAL INI DIKATAKAN DEMIKIAN KERANA KURANGNYA ILMU PENGETAHUAN TENTANG SEJARAH. JUSTERU ITU, TERDAPAT BANYAK TOKOH YANG DIKENALI SEBAGAI TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG. MAKSUD TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG INI ADALAH IA IBARAT PEJUANG RAHSIA YANG TIDAK DISEBUTKAN DI DALAM BUKU SEJARAH. MESKI BELUM BANYAK YANG MENGETAHUINYA, NAMUN MASIH ADA SEBAHAGIAN YANG MENGINGAT DAN MENYIMPAN PERKARA-PERKARA YANG MENGINGATKANNYA PADA TOKOH TERSEMBUNYI TERSEBUT. TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG INI SEHARUSNYA DIHARGAI ATAS PELBAGAI SUMBANGAN MEREKA YANG TELAH DIBERIKAN BAGI KESENANGAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DI NEGARA INI KERANA TANPA MEREKA BANYAK PERKARA TIDAK DAPAT DIMANFAATKAN OLEH RAKYAT. TOKOH INI SEPATUTNYA DIANGKAT KERANA BELIAU MERUPAKAN SEORANG YANG HEBAT SEHINGGA MAMPU MENAIKKAN NAMANYA DI LUAR NEGARA. PPEENNGGEENNAALLAANN


OOBBJJEEKKTTIIFF KKAAJJIIAANN KAMI MENJALANKAN KAJIAN INI BAGI SUBJEK MPU1042 PENGAJIAN KENEGARAAN ADALAH UNTUK MENGKAJI TENTANG TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG DI MALAYSIA. KAMI TELAH MEMILIH NONG TAIB SEBAGAI TOKOH KAJIAN KAMI. DENGAN INI KAMI DAPAT MENGETAHUI DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGENAI SUMBANGAN BELIAU TERHADAP NEGARA. MELALUI KAJIAN INI, KAMI DAPAT MEMENUHI OBJEKTIF BERIKUT: Kami dapat menyatakan pemilihan tokoh kepahlawanan melayu serta sejarah bibliografinya terhadap Tanah Melayu sebelum terbentuknya negara merdeka. Kami dapat menjelaskan sejarah tokoh kepahlawanan melayu dan peranan dalam perjuangannya. Dengan membuat kajian ini, kami dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang berlaku di sebalik kerajaan. Kami juga dapat mengenal pasti kehebatan tokoh ini semasa zaman penjajahan tentera Jepun. Kami dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri kami dan juga dalam kalangan generasi muda melalui hasil kajian ini.


KKAAEEDDAAHH KKAAJJIIAANN ANTARA KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN INI ADALAH MELALUI ORANG SUMBER, RUJUKAN MELALUI INTERNET, MAJALAH DI PERPUSTAKAAN DAN SUMBER LAIN. Menemu bual orang sumber: Internet: Kami telah menemu bual pensyarah bagi subjek MPU1042 Pengajian Kenegaraan iaitu Dr. Mariah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hasil kajian kami. Kami menggunakan laman sesawang sebagai sumber rujukan bagi mengetahui tokoh kajian kami. Ini memberikan peluang kepada kami untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai tokoh ini. Majalah: Kami menggunakan kemudahan di perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai tokoh kajian kami iaitu majalah-majalah yang berada di perpustakaan. Sumber lain: Kami merujuk e-book dan e-majalah yang didapati di perpustakaan untuk melengkapkan hasil kajian kami seperti merujuk format APA bagi memenuhi rujukan kajian.


LATAR BBEELLAAKKAANNGG Nong Taib, atau lebih dikenal sebagai Pawang Nong, adalah seorang tokoh bersejarah yang sangat dihormati di Negeri Pahang, Malaysia. Nong Taib lahir pada tahun 1874. Beliau dikenal sebagai Pawang Nong kerana kepakarannya dalam pengubatan tradisional. Bersama tujuh rakannya, Nong Taib mendirikan Kampung Ulu Cheka pada tahun 1907 dan menjadi Ketua Kampung pertama hingga tahun 1966. Nong Taib juga dikenal sebagai pendekar Silat Cekak. Banyak orang Melayu datang untuk belajar ilmu silat darinya, terdapat beberapa kali Nong Taib itu hendak ditangkap oleh askar Jepun tetapi Nong Taib dapat meloloskan diri. Selama Perang Dunia II, Nong Taib berjaya melindungi Kampung Ulu Cheka dari serangan tentera Jepun dan komunis.


Mengikut cerita orang tua-tua, beliau berjaya ‘memagari’ Kampung Ulu Cheka daripada dicerobohi tentera Jepun dan pengganas komunis. Pengaruh komunis juga tidak dapat menembusi kampung ini kerana penduduk Kampung Ulu Cheka bersatu padu di bawah kepimpinan Nong Taib yang menubuhkan pasukan kawalan Home Guard dan polis simpanan semasa zaman darurat. Disebabkan dengan kebijaksanaan beliau ketika itu, penduduk Kampung Ulu Cheka tidak dipindahkan dan mereka dibekalkan senapang patah untuk menentang pengganas komunis. Penduduk kampung telah menentang komunis sebanyak tiga kali, malangnya ada penduduk kampung yang terbunuh.


Nong Taib juga terlibat dalam Peperangan Perlok, melawan komunis di Maran, Pahang. Ketokohan Nong Taib terserlah apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pembesar negeri yang ditahan komunis di Tong Kiat, Maran pada 1945. Selepas peristiwa itu beliau diisytiharkan sebagai Pawang Diraja oleh Sultan Pahang. Seribu satu kisah legenda ini di cerita berulang kali oleh orang tua-tua di kampung ini yang memuji semangat kepahlawanannya dalam menentang askar Jepun dan pengganas komunis. Sebagai penghormatan kepada Nong Taib, Sekolah Kebangsaan Ulu Cheka ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pawang Nong dan satu lagi usaha mengenengahkan jasa beliau ialah apabila Majlis Daerah Jerantut menamakan sebuah bulatan sebagai Bulatan Pawang Nong dan satu persimpangan sebagai simpang Pawang Nong.


Pawang Nong telah meninggal dunia pada tahun 1977 semasa berusia 103 tahun dan makamnya berada di sebelah Masjid Kampung Ulu Cheka. Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu Patam binti Mat Sama dan Hajah Halimah binti Mat Long. Hasil perkahwinannya dengan Patam dikurniakan lapan cahaya mata terdiri daripada empat orang lelaki dan empat orang wanita. Sementara perkahwinannya dengan Hajah Halimah pula dikurniakan tiga cahaya mata iaitu seorang lelaki dan dua orang wanita.


Guru Silat Cekak Allahyarham Haji Nong Taib merupakan seorang guru dan pendekar silat cekak yang berpengaruh pada masa itu. Oleh kerana kemasyhuran beliau, ramai orang Melayu yang yang datang untuk belajar ilmu silat cekak dengannya. ii) Melawan Ancaman Komunis dan Jepun Allahyarham Haji Nong Taib berjaya mengelakkan penduduk kampung Ulu Cheka dari diusir keluaroleh komunis. Dengan kepintaran beliau, penduduk situ dibekalkan senjata senapang patah untuk melawan komunis. iii) Pengasas Kampung Ulu Cheka Beliau juga merupakan pengasas Kampung Ulu Cheka pada 7 Julai 1907 dan dirasmikan dengan mendapat limpa kurnia Baginda Sultan Pahang ketika itu. Beliau dilantik sebagai ketua kampung semasa pembukaan kampung itu. Sampai kini, Kampung Ulu Cheka masih ada di peta Malaysia. iv) Pengasas Masjid Ulu Cheka Selepas pembukaan Kampung Ulu Cheka, beliau juga membuka sebuah Majid di dalam Kapung itu yang kini dikenali sebagai Masjid Kampung Tengah Hulu Cheka. Pembinaan Masjid yang unik dimana tidak menggunakan sebarang paku kekal utuh sehingga kini dan masih aktif sebagai rumah ibadat. SSUUMMBBAANNGGAANN


Membantu pasukan 136 Haji Nong Taiba tau lebih dikenali sebagai Pawang Nong membantu pasukan 136 di bawah pimpinan Golden berlindung di Sekolah Kebangsaan Hulu Cheka. (Mamat, 2019) Ahli Gerakan penentangan jepun dan komunis Pada tahun 1942- 1945 Nong Taib mengarahkan penduduk Kampung Hulu Cheka jangan mematuhi perintah jepun iaitu menyerahkan semua lebihan padi sebaliknya menyerahkan 15-20 gantang sahaja. (Pahang, 2019) Pawang Nong juga berperanan menentang komunis di kampungnya. Beliau bersama 40 orang membantu pasukan tentera yang terdiri daripada 8 orang di bawah pimpinan Leftenan Adnan bertempur dengan Komunis di Kampung Perlok. Pawang Nong bersama pasukannya membuat rondaan dengan mengesan komunis. (Pahang, 2019) PPEERRAANNAANNTTOOKKOOHH Pengasas Kampung Ulu Cheka Haji Nong Taib merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada 7 Julai 1907 selepas mendapat perkenan Sultan Pahang setelah menyusuri sungai dari Kuala Lipis hingga Lata Lang.. Beliau juga dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. (Pahang, 2019)


Guru Silat Cekak Pawang Nong merupakan guru silat cekak yang hebat sehingga menarik ramai orang datang ke kampung berkenaan untuk berguru dengannya.Beliau mempunyai ilmu kebal serta kalis besi. (Mamat, 2019) Pengasas Masjid Kampung Ulu Cheka Pembinaan Masjid Kampung Ulu Cheka berjaya direalisasikan selepas Pawang Nong mengajukan permintaan itu kepada Tun Abdul Razak Hussein. Menurutnya, kewujudan sebuah masjid baru yang selesa memudahkan penduduk beribadat. (Pahang, 2019) Membentuk pasukan Home Guard dan mendapat senjata api Haji Nong Taib Pawang Nong dengan penuh keberanian mengadakan rundingan dengan Pesuruhjaya British bagi dapatkan bantuan senjata untuk diberikan kepada penduduk supaya mereka dapat menentang tentera Jepun dan komunis ketika itu.Hasil dari rundingan itu, penduduk Ulu Cheka dibekalkan senjata dan ditubuhkan pasukan Home Guard. Pasukan ini berperanan dalam mempertahankan kampung. Selain itu, bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengiringi penduduk yang mahu mendapatkan bekalan makanan di Kampung Damak dan Kuala Kubu di Selangor. (Pahang, 2019) Menyelamatkan Pembesar Pahang Pawang Nong bertanggungjawab menyelamatkan seorang pembesar Pahang yang menjadi tebusan pihak komunis di Tong Kiat (kini dikenali sebagai Sungai Jerik), Maran. (Pahang, 2019)


Cabaran Haji Nong Taib (Pawang Nong) dan orang orang Kampung Hulu Cheka, Jerantut, Pahang menentang pengganas komunis sewaktu era Pramerdeka suatu ketika dahulu. Beberapa kali Nong Taib hendak ditangkap oleh askar Jepun tetapi beliau berjaya meloloskan diri dengan kehebatan dan kebijaksanaan yang diperolehi. Beliau berjaya ‘memagari Kampung Ulu Cheka daripada dicerobohi oleh tentera Jepun dan pengganas komunis. (Wikiwand - Pawang Nong, n.d.) Ini menyebabkan pengaruh komunis tidak dapat menembusi kampung ini kerana penduduk Kampung Ulu Cheka bekerjasama di bawah kepimpinan Nong Taib yang menubuhkan pasukan kawalan Home Guard dan polis simpanan semasa zaman darurat. Mengikut cerita orang tua-tua, Nong Taib pernah ditangkap komunis dan beliau dirantai tangannya dengan besi. (Wikiwand - Pawang Nong, n.d.) Namun dengan kehebatan ilmu yang beliau miliki, Nong Taib melepaskan rantai yang diikat dengan besi pada tangannya dengan mudah. CCAABBAARRAANNTTOOKKOOHH NNOONNGGTTAAIIBB


Kampung Ulu Cheka dan Kampung Damak gempar dengan insiden orang minyak yang mengganggu keamanan penduduk. Ini merupakan cabaran Nong Taib dalam menyelesaikan masalah tersebut agar kesejahteraan dan keselamatan penduduk terjaga. Beliau mempunyai kemahiran mengubati pesakit melalui kaedah tradisional dan kisah lisan penduduk tempatan. (Abbas & Abbas, 2019) Namun dengan izin Tuhan, gangguan ini berjaya ditumpaskan oleh Nong Taib.


Pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah tokoh terhebat ini ialah Pawang Nong bukan sahaja seorang pejuang, malahan beliau juga seorang yang sangat disegani oleh masyarakat. Beliau merupakan pemimpin di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang dan amat disegani oleh masyarakat sekeliling. Perjalanan Pawang Nong adalah untuk melindungi tanah airnya daripada pihak Jepun dan komunis telah memberi impak yang begitu besar terhadap negeri Pahang yang sekarang telah maju jaya. Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita telah membuat filem sejarah yang bertajuk Mat Kilau yang diarahkan oleh Syamsul Yusof. Sayangnya, filem ini tidak dikaitkan dengan Pawang Nong walaupun beliau pernah menuntut dengan pahlawan Pahang yang terkenal itu iaitu Mat Kilau yang bersama berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, usaha dan peristiwa beliau telah ditunjukan dalam dokumentari dan elefilem yang bertajuk ‘Pawang Nong’ karya Napi Dollah, termasuk perang di mana beberapa pejuang tempatan kehilangan nyawa mereka. Jadi sebagai masyarakat yang berwibawa kita diingatkan agar tidak melupakan jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh negara dalam memulakan proses pembinaan negara bangsa yang berjaya. Dengan kata lain, kita perlulah sentiasa menghargai dan bersyukur atas kerja keras serta perjuangan tokoh-tokoh yang bermati-matian mempertahankan negara. Justeru itu, dengan inilah satu cara bagaimana kita menyuburkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara. Akhir kata, janganlah kita menjadi manusia yang ibarat bagai kacang lupakan kulit. Eloklah dari sekarang kita mendidik diri untuk mengingati jasa seseorang terutama tokoh negara supaya kurangnya populariti perkataan ‘tokoh yang tidak didendangkan’. 11 KKEESSIIMMPPUULLAANN


RRUUJJUUKKAANN Mstar. (2020, April 1). Nong Taib, pahlawan terbilang yang tidak didendang. mStar. https://www.mstar.com.my/lainlain/rencana/2012/09/01/nong-taibpahlawan-terbilang-yang-tidakdidendang Abbas, M., & Abbas, M. (2019, July 6). Pawang Nong: “Bomoh” hebat bangsa Melayu. The Patriots. https://thepatriots.asia/pawang-nongbomoh-hebat-bangsa-melayu/ Mamat, M. R. (2019, April 29). 450 waris pahlawan Pawang Nong berkumpul. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wila yah/2019/04/558294/450-warispahlawan-pawang-nong-berkumpul? fbclid=IwAR0CcYzPBGeklw7EdLVAL64bISa L-lBLNBcOwDn2KDNYG2OajDeN2GYBYxU Mstar. (2020, April 1). Nong Taib, pahlawan terbilang yang tidak didendang. mStar. https://www.mstar.com.my/lainlain/rencana/2012/09/01/nong-taibpahlawan-terbilang-yang-tidakdidendang Wikiwand - Pawang Nong. (n.d.-b). Wikiwand. https://www.wikiwand.com/ms/Pawang_ Nong


Kosmo Digital.(2 November 2023).Jejak warisan Pawang Nong Ulu Cheka. https://www.kosmo.com.my/2023/11/02/j ejak-warisan-pawang-nong-di-ulu-cheka/ Pahang, N. (3 Mei 2019). Kenali Pawang Nong,Pawang Diraja Negeri Pahang. https://negeripahang.com/kenalipawang-nong-pawang-diraja-negeripahang Siakap Keli. (4 Julai 2022). Kisah Pawang Nong:Pernah Ditembak dan Peluru Hanya Tembus Poket? https://siakapkeli.my/2022/07/04/kisahpawang-nong-pernah-ditembak-danpeluru-hanya-tembus-poket/ Aris, A. (13 Disember 2016).Kehebatan Pawang Nong http://azimaris.blogspot.com/2016/08/ke hebatan-pawang-nong.html Koleksi Ilmu Dulu-Dulu.(27 November 2019). Pawang Nong Sumpah Perangi Komunis. https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/20 19/11/pawang-nong-sumpah-perangikomunis.html#google_vignette


Click to View FlipBook Version