The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Bab 6 Sumber Semulajadi di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHANIDA BINTI CHE SULAIMAN Moe, 2021-06-27 09:18:11

Nota Bab 6 Sumber Semulajadi di Malaysia

Nota Bab 6 Sumber Semulajadi di Malaysia

NOTA BAB 6: SUMBER SEMULAJADI DI MALAYSIA

6.1 SUMBER SEMULAJADI DI MALAYSIA

Maksud Sumber Semlajadi

Sumber semula jadi – bahan atau punca yang terdapat di sekeliling, sama ada di atas
permukaan bumi, di dalam bumi atau di dalam air. Terdapat dua jenis sumber semulajadi
iaitu sumber boleh baharu dan sumber tidak boleh baharu.

Sumber Boleh Baharu

- Sumber boleh baharu ialah sumber semulajadi yang tidak akan habis walaupun diambil dan
digunakan secara berterusan.

1) Hutan
– hutan hujan tropika
– hutan pantai
– hutan gunung
– hutan paya: hutan paya air masin, hutan paya air tawar

2) Suria

3) Tanih
– laterit
– gambut
– aluvium
– beris
– pasir

4) Air
– sungai
– paya
– laut
– air bawah tanah
– empangan
– kolam
– tasik

Sumber tenaga alternatif
i) berasaskan alam semula jadi untuk menghasilkan sumber kuasa elektrik
ii) bersifat mesra alam dan digunakan untuk menggantikan penggunaan bahan api fosil
iii) contoh penjanaan kuasa: hidroelektrik, tenaga suria, biomas, ombak, geoterma dan
angin

Sumber Tidak Boleh Baharu

– Sumber semula jadi yang akan habis atau pupus dalam jangku waktu tertentu jika
penerokaan sesuatu sumber itu tidak dikawal dan dirancang dengan baik.

Sumber mineral logam
i) bauksit
ii) kuprum
iii) bijih besi
iv) bijih timah
v) emas

Sumber mineral bukan logam
i) batu granit
ii) kaolin
iii) arang batu
iv) petroleum
v) pasir
vi) gas asli

6.2 Taburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia

1) Air (hidroelektrik)
– empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan aliran air
– air sungai yang diempang, apabila dilepaskan akan memutarkan turbin dan menghasilkan
tenaga elektrik

2) Hutan
a) Hutan hujan tropika
Jenis Tanih: aluvium, laterit
Lokasi: bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Bahagian Sabah dan Sarawak
Sumber: cengal, meranti, mebau, mersawa, jelutung, keruing, nyatuh, buluh, rotan, orkid,
paku-pakis. Harimau, gajah, tapir, landak, kancil dan monyet

b) Hutan paya air tawar
Jenis Tanih: gambut, aluvium
Lokasi: Sekitar Tasih Chini, Tasik Bera, Rompin, Pekan (Pahang), Sabak Bernam dan Tanjung
Karang (Selangor), Dataran Hilir Perak, Sekitar Sungai Lupar dan Sungai Rajang (Sarawak)
Sumber: Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, putat, palas, keriang, meranti jaya dan
semayur. Ikan air tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung dan kera

c) Hutan paya air masin
Jenis Tanih: gambut, aluvium
Lokasi: Laut Matang (Perak), Sebahagian pantai Kuala Selangor, Pantai Samarahan-Sadong
(Sarawak), Delta Labuk-Sugut (Sabah)
Sumber: Pokok bakau. Ikan, siput, ketam, udang, ular, burung, memerang, keluang dan kera

d) Hutan Pantai
Jenis Tanih: berpasir
Lokasi: Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah), Pulau Sipadan (Sabah), Pulau Talang-talang
(Sawarak), Pantai Penarik (Terengganu)
Sumber: Pokok ru, tapak kuda, mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa dan rumput pantai.
Burung, tupai, ular, ketam, siput dan serangga

e) Hutan Gunung
Jenis Tanih: laterit
Lokasi: Gunung Kinabalu (Sabah), Pergunungan Iran (Sarawak), Gunung Jerai (Kedah),
Gunung Tahan (Pahang)
Sumber: Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku-pakis, lumut dan kulampair. Siamang,
ular, burung, serangga, musang dan harimau dahan

3) Mineral
a) Petroleum
Lokasi: Luar pesisir pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak
Kegunaan: menjana tenaga elektrik, bahan api kenderaan, industri petrokimia, bahan kimia

b) Gas asli
Lokasi: Luar pesisir pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak
Kegunaan: bahan api domestik, industri petrokimia, bahan api alternatif untuk kenderaan

c) Emas
Lokasi: sekitar Raub, dan Kuala Lipis (Pahang), Bau (Sarawak), Sekitar Rusila (Terengganu)
Kegunaan: Jongkong emas, barangan kemas

d) Arang batu
Lokasi: Silimpopon, Maliau (Sabah), Bintulu, Mukah, Merit-Pila, Silantek, Balingian (Sarawak)
Kegunaan: menjana tenaga elektrik, melebur besi.

6.3 Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia


Click to View FlipBook Version