NOTA BAB 6 : TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA
6.1 Alat Telekomunikasi di Malaysia
Alat Telekomunikasi – perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek.
-‘Tele’ bermaksud sangat jauh
-komunikasi ialah proses untuk menghantar informasi
Sejarah Telekomunikasi Malaysia
Alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun
1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu
Telefon talian tetap mula digunakan di Tanah Melayu
pada tahun 1891
Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang
berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks
Digunakan untuk memindahkan salinan dokumen
menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan
rankaian telefon
Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon selular atau
telefon tanpa wayar. Mula dipekenalkan di Malaysia pada
tahun 1980-an
Merangkumi perisian komputer GPS, kamera digital,
bluetooth, Internet dan juga aplikasi media sosial
6.2 Kemajuan Sistem Telekomunikasi Di Malaysia
• Satelit
- Sejajar dengan perkembangan internet dunia, sistem telekomunikasi negara juga turut berkembang
- Sejajar dengan perkembangan internet dunia, sistem telekomunikasi negara juga turut berkembang
- Malaysia telah mula membina satelit bumi pertama di Kuantan, Pahang pada 6 April 1970.
- Ini diikuti dengan beberapa lagi stesen seperti di Alor Gajah (Melaka), Semantan (Sarawak) Wilayah Labuan dan Cyberjaya
(Selangor)
- Perkembangan telekomunikasi bermula dengan pelancaran dua satelit Malaysia iaitu MEASAT I dan MEASAT II pada
tahun 1996 dan diikuti oleh beberapa satelit MEASAT yang lain
- Malaysia juga telah melancarkan Satelit mikro pertama iaitu Tiungsat-I pada tahun 2000
- Ini disusuli dengan pelancaran RazakSAT pada 2009 yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik
- Siaran televisyen juga kian berkembang pesat. Siaran TV 1, TV 2 dan TV3 kini disiarkan dalam bentuk definisi tinggi (HD)
- Sehingga 2016, ASTRO juga telah menawarkan sehingga 185 saluran televisyen dan 20 siaran radio kepada pelanggan
berbayar
• Kabel Fiber Optik
- Kabel fiber optik merupakan kabel yang diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus
- Ia digunakan untuk menghantar isyarat telekomunikasi kepada peranti lain seperti komputer atau telefon
• Telefon pintar
- Alat telekomunikasi yang kebanyakannya dimiliki oleh masyarakat sekarang
- Alat ini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi yang mampu menghantar maklumat dengan cepat
• Syarikat Telekomunikasi
- Syarikat telekomunikasi utama Malaysia adalah Telekom Malaysia (TM)
- Terdapat juga pelbagai syarikat swasta yang lain yang berkembang pesat sejajar dengan permintaan tinggi daripada
penduduk
• Komputer/ Laptop
- Komputer marupakan alat telekomunikasi yang biasa digunakan pada masa sekarang
- Perisian di dalam komputer mampu melakukan kerja-kerja perkongsian maklumat dan data
- Perhubungan seperti sidang video juga dapat dinikmati oleh pengguna biasa seperti perisian skype
• Koridor Raya Multimedia
- MSC adalah pertubuhan yang diwujudkan untuk menyelia aktiviti-aktiviti yang melibatkan industri ICT tempatan
• Rangkaian Jalur Lebar berkelajuan
- Dasar kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan rakyat telah mewujudkan penubuhan Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
- SKMM berusaha untuk meluaskan kemudahan jalur lebar ke serata Malaysia
6.3 Kepentingan Telekomunikasi Di Malaysia
1) Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan mudah
2) Pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur
3) Meningkatkan integrasi dan perpaduan negara
4) Data dapat disimpan dengan segera dan selamat
5) Pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh dengan melayari Internet
6) Mengeratkan silaturahim
7) Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan efisien
8) Satelit cuaca dapat memberi data ramalan cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat serta terperinci
9) Siaran langsung melalui aplikasi satelit membolehkan penonton menyaksikan siaran secara langsung di televisyen.
10) Pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh dengan melayari internet.
6.4 Kesan Perkembangan Sistem Telekomunikasi Di Malaysia
Kesan Negatif
1) Maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan khabar angin sukar ditapis
2) Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian
3) Terdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat.
6.5 Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika
Etika penggunaan alat telekomunikasi