The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHANIDA BINTI CHE SULAIMAN Moe, 2021-06-14 01:17:05

Nota Bab 5 Pengangkutan Di Malaysia

Nota Bab 5 Pengangkutan Di Malaysia

BAB 5 : PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Jenis pengangkutan Di Malaysia
- Pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

a) Pengangkutan darat
b) Pengangkutan air
c) Pengangkutan udara

- Pengangkutan penting kerana
a) Meningkatkan ketersampaian sesuatu tempat
b) Membolehkan pembukaan kawasan baru
c) Meluaskan pasaran barangan
d) Meningkatkan hubungan sosioekonomi bandar dan luar bandar

Pengangkutan Darat
- Pengangkutan darat di Malaysia terdiri daripada jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api
- Jalan raya merupakan pengangkutan darat terpenting di Malaysia dan menghubungkan banyak

kawasan di Semenanjung Malaysia
- Jalan raya di Sabah dan Sarawak pula tertumpu di kawasan sepanjang pantai barat yang

menghubungkan Kuching, Bintulu sehingga Miri
- Manakala di Sabah, jalan raya utama terdapat di sepanjang pantai barat. Kawasan pantai timur

pula dihubungkan dengan jalan raya Kota Kinabalu - Sandakan
- Kini, lebuh raya merupakan pengangkutan utama dan terpenting untuk perjalanan yang jauh

dan pengangkutan di bandar khususnya di Semenanjung Malaysia.
- Kini, lebuh raya merupakan pengangkutan utama dan penting untuk perjalanan yang jauh dan

pengangkutan di bandar khususnya di Semenanjung Malaysia
- Pembinaan lebuh raya mampu

a) Memendekkan masa perjalanan
b) Meluaskan pasaran barangan
c) Menghubungkan kawasan luar bandar
d) Mengangkut hasil-hasil pertanian dan bahan mentah
- Antara lebuh raya utama negara ialah
a) Lebuh raya Utara Selatan
b) Lebuh raya Timur Barat
c) Lebuh raya Pantai Timur
d) Lebuh raya Trans Borneo

Landasan Kereta api
- Di semenanjung Malaysia, terdapat dua sistem landasan kereta api iaitu
- Dari Padang Besar ke Johor Bahru
- Dari Tumpat ke Gemas dan menuju ke Kuala Lumpur
- Gemas merupakan stesen persimpangan antara stesen pantai barat dan stesen pantai timur
- Terdapat juga beberapa cabang lain yang menghubungkan laluan ini dengan kawasan sekitarnya
- Kewujudan landasan kereta api di Malaysia berkait rapat dengan sejarah perlombongan bijih

timah

Tranformasi pengangkutan kereta api di Malaysia
- Pengangkutan kereta api elektrik telah dibina di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada awal

1980
- Kini, perkhidmatan ini giat dibangunkan di kawasan bandar kerana

a) Mengelakkan kesesakan
b) Mengurangkan pencemaran
c) Selesa, cepat dan tepat
d) Mendapat permintaan tinggi penduduk di bandar
e) Menggalakkan kegiatan pelancongan
- Malah, pengangkutan kereta api kini diperluaskan ke kawasan pantai timur merangkumi negeri
Kelantan, Pahang dan Terengganu

Pengangkutan Udara di Malaysia
- Peningkatan ekonomi dan taraf hidup penduduk menyebabkan permintaan terhadap

pengangkutan udara meningkat.
- Pengangkutan udara juga turut membantu menggalakkan sektor pelancongan negara dengan

peningkatan pelancong datang ke Malaysia
- Sehingga kini, Malaysia mempunyai

a) enam lapangan terbang antarabangsa
b) 16 lapangan terbang domestik
c) 18 padang terbang

Pengangkutan Air

- Pengangkutan air terbahagi kepada dua iaitu

a) pengangkutan sungai

b) pengangkutan laut

- Pengangkutan sungai penting bagi negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak

- Pengangkutan laut pula lebih menumpukan kepada aktiviti perdagangan antarabangsa

- Pelabuhan penting sebagai kawasan pemindahan, pemunggahan, penyimpanan dan penyerahan

kontena

- Antara pelabuhan utama negara ialah

- Pelabuhan Tg Pelepas - Pelabuhan P. Pinang

- Pelabuhan Klang - Pelabuhan Kuantan

- Pelabuhan Bintulu - Pelabuhan Teluk Sepanggar

Pengangkutan Awam Di Malaysia
Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam di Malaysia meliputi semua jenis pengangkutan

Pengangkutan darat Pengangkutan air Pengangkutan udara
- Kapal terbang
- Bas - Bot
- Teksi - Feri
- Monorel - Bot Ekspres
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- KLIA Ekspress

Faktor yang menggalakkan perkembangan pengangkutan di Malaysia

Kepentingan Pengangkutan Awam yang Sistematik Di Malaysia
- Mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Memajukan industri pelancongan
- Mengurangkan kos berbanding kenderaan persendirian
- Meningkatkan darjah ketersampaian
- Mengurangkan pencemaran udara
- Mewujudkan peluang pekerjaan

Langkah Lestari Untuk Sistem Pengangkutan Di Malaysia
- Amalan pengangkutan lestari diwujudkan untuk
- Mengurangkan kos bahan api
- Mengelakkan kesesakan
- Membantu mengurangkan pencemaran
- Meningkatkan keselamatan
- Meminimumkan kemusnahan flora dan fauna


Click to View FlipBook Version