The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHANIDA BINTI CHE SULAIMAN Moe, 2021-06-27 10:36:17

NOTA BAB 5 BUMI

NOTA BAB 5 BUMI

NOTA BAB 5: BUMI
5.1 SISTEM FIZIKAL BUMI
Bumi – planet yang berbentuk sfera dan mempunyai keluasan permukaan 510 juta km
persegi dan diliputi 71% daripada permukaan bumi oleh air dan 24% ialah daratan.

Sistem Fizikal Bumi
1) Atmosfera (Udara)
– lapisan udara yang menyelubungi bumi, ianya mengandungi pelbagai gas, debu, asap serta
wap air.
– terdiri daripada 5 lapisan, Dari atas (eksosfera, termosfera, mesosfera, stratosfera,
troposfera).

2) Litosfera (Daratan)
– lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel.
Mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral
3) Hidrosfera ( Air)
– meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi
4) Biosfera ( Hidupan)
– kawasan yang didiami oleh semua benda hidup. Melibatkan bahagian kerak bumi dan
atmosfera

5.2 STRUKTUR BUMI

1) Kerak Bumi
– lapisan bumi yang paling keras dan pejal
– dua lapisan sial dan sima
– sial terletak di bahagian atas kerak bumi membentuk benua di permukaan bumi
– sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan
2) Mantel
– terletak di bawah lapisan kerak bumi
– merangkumi dua pertiga jisim bumi
– bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair
3) Teras Bumi
– lapisan yang paling dalam
– mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi
– 2 teras: teras luar dan teras dalam

5.3 BENUA, LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT

LOKASI BENUA
Benua – merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi. Terdapat 7 benua di
dunia
1) Benua Asia
– benua terbesar di dunia
– meliputi keluasan 55.8 juta km persegi
2) Benua Afrika
– benua kedua terbesar
– 30 juta km persegi
3) Benua Amerika Utara
– benua ketiga terbesar
– 24.5 juta km persegi
4) Benua Amerika Selatan
– benua keempat terbesar
– 17.8 juta km persegi
5) Benua Antartika
– terletak paling selatan
-14 juta km persegi
6) Benua Eropah
– benua kedua terkecil
– 10.4 juta km persegi
7) Benua Australia
– benua paling mendatar
– 7.6 juta km persegi

LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT

Lautan
1) Lautan Pasifik
– lautan terbesar di dunia
– purata kedalaman 4300m
2) Lautan Artik
– lautan terkecil dan tercetek di dunia
– terletak berdekatan dengan kutub utara
3) Lautan Atlantik
– lautan kedua terbesar
– memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf ‘S’
4) Lautan Hindi
– lautan ketiga terbesar
– bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia
– kedalaman 3,900m
5) Lautan Selatan
– lautan yang mengelilingi benua Antartika

Laut Utama
1) Laut China Selatan
– terletak dalam lingkungan lautan Pasifik
– merangkumi perairan bermula dari selat Melaka hingga ke Selat Taiwan r

2) Laut Sulu
– terletak di bahagian barat daya Filipina, berhampiran Pulau Borneo

Selat
1) Selat Melaka
– terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera
– Selat terpanjang di dunia

2) Selat Tebrau
– kawasan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura

5.4 KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI

Plat – plat daratan & plat lautan.
1) Hanyutan Benua
2) Gunung Lipat
3) Gunung Bongkah
4) Gempa Bumi
5) Gunung Berapi


Click to View FlipBook Version