NOTA BAB 5 : HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA
Hidupan Liar – spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi sepenuhnya
atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak
matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak.
a) Tapir
– 1,100 hingga 1,500 ekor
– Hutan tropika
– Tersebar meluar dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah di Semenanjung
Malaysia
– Herbivor
b) Harimau Malaya
– 250 hingga 340 ekor
– Hutan pamah, hutan paya gambut, hutan gunung dan belukar kecil
– Tersebar dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah
– Karnivor
c) Beruang Matahari
– Hutan tropika
– Kawasan hutan sehingga ketinggian kurang daripada 2,700m dari aras laut
– Omnivor
d) Penyu
– Pantai terbuka, pantai berpasir dan pulau-pulau
– Perairan Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak
– Omnivor
e) Dugong
– 100 ekor
– Padang rumput laut
– Perairan Johor, Sabah dan Sarawak
– Herbivor
f) Enggang
– Hutan tropika dan subtropika
– Tersebar secara meluas di hutan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
– Omnivor
g) Badak Sumatera
– 30 ekor
– Tanah rendah berbukit dan lembah
– Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negeri Royal Belum dan beberapa
kawasan hutan simpan
– Herbivor
h) Monyet Belanda
– 5000 ekor
– Hutan dipterokarpa, hutan paya bakau dan hutan tanah rendah yang berdekatan dengan
air dan sungai
– Kawasan tepi Sungai Kinabatangan, Sungai Klias, Sungai Sugut dan Kuching Wetlands
National Park
– Omnivor
i) Orang Utan
– 12,300 ekor
– Hutan tanah rendah, hutan tropika, hutan paya dan hutan gunung
– Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary, Taman Negara Batang Ai dan Pusat Pemulihan Orang
Utan Sepilok
– Omnivor
j) Gajah Pygmy
– Kurang 1,500 ekor
– Tanah rendah dan lembah
– Hutan di Kinabatangan, Tabin dan tengah Sabah
– Herbivor
KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA
1) Keseimbangan Ekosistem
– keseimbangan ekosistem amat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup bagi haiwan
dan tumbuh-tumbuhan secara langsung atau tidak langsung
– hidupan liar: sebahagian daripada komponen sirata makanan
– gangguan mana-mana organisma dalam aras trofik akan mengubah aliran tenaga yang
seterusnya akan menjejaskan keseimbangan ekosistem
– baja organik hasil daripada penguraian tinja haiwan dapat membekalkan nutrien kepada
tanah
Aras Trofik
1) Pengguna tertier – haiwan karnivor sekunder yang memakan pengguna sekunder
2) Pengguna Sekunder – haiwan omnivor dan karnivor yang memakan pengguna primer
3) Pengguna Primer – haiwan omnivor dan herbivor yang memakan organisma lain
4) Pengeluar — organisma yang boleh menghasilkan makanan sendiri
2) Ekopelancongan – pelancongan berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi
3) Pendidikan
a) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
b) Kerjaya dalam bidang profesional
c) Melestarikan alam sekitar
d) Mendapat pengetahuan baharu dan tidak bergantung kepada dapatan hari negara lain
e) Mengekalkan dan melindungi biodiversiti Negara
KEGIATAN MANUSIA YANG MENGANCAM HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA
1) Pembalakan
– kemusnahan habitat flora dan fauna
– pemukaan tanah terdedah kepada agen hakisan
2) Pengkuarian
– kemusnahan habitan hidupan liar
– pencemaran udara melalui habuk dan debu
3) Pembinaan empangan
– kemusnahan hutan yang besar
– keseimbangan ekosistem dan rantai makanan terjejas
4) Pertanian
– landskap asal berubah
– rantai maknaan dalam ekosistem terganggu
– kualiti tanih merosot
5) Pengangkutan dan perhubungan
– penebangan hutan yang luas
– hidupan liar bertindak mencari habitat yang baharu
Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
1) Undang-undang
– Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985
– Akta Perhutanan Negara 1984
– Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
2) Kempen kesedaran
– memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat tentang sesuatu isu
3) Pusat konservasi dan taman negara
– ditubuhkan untuk penyelidikan, pendidikan, rekreasi dan ekologi
– 12 pusat konservasi, 12 taman negara