B A H A S A ME L A N A U M U K A H Speak My Language:
Kata Pengantar Rektor, UiTM Cawangan Sarawak Profesor Dato Dr. Jamil Bin Hj. Hamali i Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya, pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah berjaya menerbitkan koleksi bahan bacaan dan rujukan yang berbentuk e-book iaitu ‘Speak My Language : Bahasa Melanau Mukah’. Buku ini merupakan sebahagian daripada koleksi bahan bacaan pertama yang dihasilkan oleh warga UiTM Cawangan Sarawak untuk mengetengahkan bahasa pribumi Sarawak. Sebagai salah satu komponen penting identiti sesuatu kaum, bahasa perlu dimartabatkan sekaligus dilestarikan. Justeru itu, penghasilan dan penerbitan koleksi e-book ‘Speak My Language : Bahasa Melanau Mukah’ ini bertepatan dengan tujuan utamanya sebagai sumber bacaan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang memerlukan, khususnya berkaitan Bahasa Melanau Mukah. Penerbitan koleksi e-book ini nanti akan memudahkan penutur Bahasa Melanau Mukah mahupun sesiapa sahaja untuk merujuk, mengenali, memahami dan mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Melanau Mukah. Ia akan menjadi bahan bacaan umum terutamanya generasi muda masyarakat Melanau yang memainkan peranan utama dalam memelihara budaya serta melestarikan Bahasa Melanau agar terus releven di masa hadapan. Akhir kata, semoga penerbitan koleksi e-book ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengenali, memahami mahupun berkomunikasi dalam bahasa Melanau Mukah. Diharapkan koleksi ini akan turut menjadi sumber rujukan utama para penyelidik khususnya dalam bidang Bahasa Melanau Mukah. Kenali, fahami dan kuasailah Bahasa Melanau Mukah melalui e-book ‘Speak My Language : Bahasa Melanau Mukah’.
Prakata Mantan Penolong Rektor, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah Profesor Madya Dr. Saimi Bin Bujang ii Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak atas usaha untuk memertabatkan bahasa ibunda kaum Melanau khasnya Melanau di Mukah ini dengan penghasilan poster-poster dalam bahasa Melanau Mukah dari mula ianya diterbitkan di media-media sosial rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak sehingga sekarang. Justeru itu, dengan penerbitan koleksi e-book yang bertajuk 'Speak My Language: Bahasa Melanau Mukah' ini kelak, bahasa Melanau Mukah akan menjadi antara bahasa yang mampu dituturkan oleh sesiapa sahaja di negeri Sarawak dan juga di seluruh Malaysia. Dengan adanya koleksi bahan bacaan dan rujukan seperti ini kelak, khazanah kaum Melanau tidak akan terpinggir atau dilupakan oleh generasi muda akan datang. Sememangnya kita harus mempelajari latar belakang sosio budaya masyarakat lain supaya kita akan lebih mengenali, menghormati dan menjadikan negara kita hidup dalam aman, harmoni, bekerjasama dan seterusnya mampu berdaya saing dalam segala aspek terutamanya pendidikan, ekonomi dan sosial dengan negara – negara lain. Koleksi seperti ini juga akan menjadi bahan rujukan penting para penyelidik bahasa dan pengguna dimasa akan datang yang ingin mengetahui sosio budaya masyarakat Melanau di sekitar Sarawak. Akhir kata, saya amat berbangga dengan usaha pihak PTAR UiTM Cawangan Sarawak, terutamanya kepada penulis dan staf - staf yang terlibat, yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan inisiatif ini dan seterusnya saya mewakili seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah atas kejayaan menerbitkan koleksi bahan bacaan dalam bahasa Melanau Mukah ini.
Prakata Mantan Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Norhayati Binti Ismail Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, syukur alhamdulillah e-book 'Speak My Language: Bahasa Melanau Mukah' hasil usaha dan komitmen padu En.Tahir Raya dari PTAR, UiTM Kampus Mukah berjaya dikaryakan. E-book ini adalah contoh terbaik bagaimana bahasa sesuatu bangsa, kaum atau etnik dapat dimertabatkan, demi kelangsungan bahasa ibunda yang nian dilupakan oleh generasi masa kini apa lagi generasi mendatang. Idea penulis untuk menghasilkan wacana ini dalam bentuk e-book pula amat lah dialu-alukan , mentelah generasi muda sekarang lebih cepat menerima pendekatan digital sebegini. Sejarah penghasilan e-book ini bermula dengan tugasan hakiki penulis yang malar menyedia dan menerbitkan poster perkataan dari Bahasa Melanau berserta dengan terjemahannya ke Bahasa Malaysia setiap minggu dari tahun 2020 sehingga 2022. Poster-poster tersebut dikongsi dalam media sosial rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan segera mendapat sambutan , komen, pandangan dan reaksi yang memberangsangkan daripada pembaca warga maya serta pengikutnya. Melihat kepada keberhasilan dari produk yang berimpak tinggi tersebut maka pihak pengurusan PTAR UiTM Cawangan Sarawak masa itu, sekali lagi memberi kepercayaan dan tugas berat kepada saudara penulis untuk mengumpulkan koleksi poster-poster tersebut dan seterusnya diterbitkan semula dalam bentuk e-book. Usaha ini adalah supaya PTAR UiTM Cawangan Sarawak dapat berperanan merekayasa koleksi bahan bacaan istimewa dan penulisan kepada peminat, pembaca, penyelidik , pencinta bahasa atau sesiapa sahaja yang ingin menimba ilmu bahasa ibunda kaum Melanau khas dari Daerah Mukah. Semoga dengan adanya koleksi e-book 'Speak My Language: Bahasa Melanau Mukah' ini akan menjadi tambahan kepada perbendaharaan bahan-bahan bacaan negara Malaysia dan negeri Sarawak. Semoga juga e-book ini bermenafaat dan menjadi harta intelek bernilai kepada PTAR UiTM Cawangan Sarawak khasnya. BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA iii
Prakata Penulis Tahir Bin Raya Penerbitan koleksi buku berbentuk e-book yang bertajuk 'Speak My Language: Bahasa Melanau Mukah' ini adalah bertujuan untuk membantu para pembaca untuk mempelajari, memahami, mengenali dan bertutur dalam Bahasa Melanau serta menjadi sumber rujukan kepada para penyelidik bahasa atau sesiapa sahaja yang berminat. Kandungan e-book ini adalah berbentuk poster yang telah dihasilkan oleh saya bermula pada tahun 2020 sehingga tahun 2022, yang turut dibantu oleh beberapa orang rakan. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam poster-poster tersebut hanyalah dalam Bahasa Melanau Mukah yang ringkas serta biasa dituturkan oleh masyarakat Melanau dan terjemahannya pula menggunakan Bahasa Malaysia. Poster-poster tersebut telah dihebahkan di media-media sosial rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan media perhubungan lain. Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membantu para pembaca, pengikut media sosial rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak serta warga UiTM untuk mengetahui maksud perkataan–perkataan dalam bahasa Melanau Mukah yang telah digunakan. Semoga dengan adanya koleksi e-book 'Speak My Language: Bahasa Melanau Mukah' ini nanti, ia akan memudahkan para pengguna, pembaca atau sesiapa sahaja untuk mempelajari, memahami, mengenali maksud perkataan-perkataan dalam Bahasa Melanau Mukah dan seterusnya berkebolehan untuk menuturkannya. Harapan saya kepada generasi muda masyarakat Melanau di Mukah, agar bersama-sama untuk memelihara dan melestarikan Bahasa Melanau supaya terus releven pada masa hadapan. iv
-EditorialPengiran Saifudzin Bin Pengiran Mahtar Mohamad Musa Bin Bohari Khairunniqmah Binti Othman Mohamad Haswan Bin Bujang Zuraida Binti Abd Karim Normah Binti Sadaiee Mac Julius Lingging Anak Bakat v Penulis Editor Tahir Bin Raya
Isi kandungan Ajok, abak Baai Bajou Baou Bau Bawai Besoh Biah, pebiah Dagen Dana Dawek Dengah Diak Dibak Jegem Jekan Jemelai Juah Kajih Kalai Kayou taeh Keman Kelijah Kukut Kuman gaan Kumeng Lakei Lasuk Lau Lukoh Madou Maih Melalaih Menangeh Menilek Menului Mimen Mimun Minou Mudak m/s 1 m/s 2 m/s 3 m/s 4 m/s 5 m/s 6 m/s 7 m/s 8 m/s 9 m/s 10 m/s 11 m/s 12 m/s 13 m/s 14 m/s 15 m/s 16 m/s 17 m/s 18 m/s 19 m/s 20 m/s 21 m/s 22 m/s 23 m/s 24 m/s 25 m/s 26 m/s 27 m/s 28 m/s 29 m/s 30 m/s 31 m/s 32 m/s 33 m/s 34 m/s 35 m/s 36 m/s 37 m/s 38 m/s 39 m/s 40
m/s 41 m/s 42 m/s 43 m/s 44 m/s 45 m/s 46 m/s 47 m/s 48 m/s 49 m/s 50 m/s 51 m/s 52 m/s 53 m/s 54 m/s 55 m/s 56 Ngadan Paya Pelim Pengan Pinyeang Pirek Pulek Sai Sakai, pesakai Selieng Singei Singuoh Sipek Sisuok Suarak Tapak Taper Tebawen Telabau Telou Teluwaih Temok Tip Tua Tudui Tutak Tutek Tuteng, titeng Utuong "Selamet menyambut lau Sarawak" Sumber rujukan m/s 57 m/s 58 m/s 59 m/s 60 m/s 61 m/s 62 m/s 63 m/s 64 m/s 65 m/s 66 m/s 67 m/s 68 m/s 69 m/s 70 m/s 71 Isi kandungan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42