KESEDIAAN DAN KEMAHIRAN PENDEKATAN DIGITAL GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM AMIRA HANA BATRISYIA BINTI OMAR PISMP Pendidikan Islam (Ambilan Jun 2021) Ustazah Rajunah binti Radin INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2024
i KANDUNGAN MUKA SURAT Kandungan ii Senarai Jadual iii Senarai Rajah iv Senarai Lampiran v Senarai Singkatan vi BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Tujuan Kajian 3 1.3.1 Objektif Kajian 4 1.3.2 Soalan Kajian 4 1.3.3 Hipotesis Kajian 5 1.4 Skop dan Batasan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Definisi Operational/ Istilah 7 1.7 Rumusan 8 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan kepada konteks kajian 9 2.2 Teori/ Model kajian 9 2.3 Dapatan Kajian lalu 13 2.4 Kerangka Konseptual 15 2.5 Rumusan 16
ii BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 17 3.2 Reka Bentuk Kajian 17 3.3 Persampelan 17 3.4 Instrumen Kajian 18 3.4.1 Kesahan 19 3.4.2 Kebolehpercayaan 20 3.5 Kajian Rintis 20 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 21 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 21 3.8 Rumusan 22 RUJUKAN 23 LAMPIRAN 27
iii SENARAI JADUAL MUKA SURAT Jadual 1: Skala Jawapan Instrumen 19 Jadual 2: Intepretasi Cronbach's Alpha (Trevor dan Christine 2007) 21 Jadual 3: Kaedah Statistik yang digunakan berdasarkan persoalan kajian 22
iv SENARAI RAJAH MUKA SURAT Rajah 1: Pengubahsuaian Aras Taksonomi Bloom 10 Rajah 2: Kerangka konseptual Kajian Pelaksanaan Pendekatan Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam 15
v SENARAI SINGKATAN DSKP Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran EMK Elemen Merentas Kurikulum FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan IBM International Business Machines KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah PDP Pengajaran dan Pembelajaran SPSS Statistic Package For The Social Science TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
vi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN MUKA SURAT A Surat Kebenaran 27 B Carta Grantt 28 C Nilai kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) & Instrumen Kajian 29 D Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) 32 E Catatan Perbincangan Pelajar dengan Penyelia 33 F Borang Aduan Salah Laku/ Etika (Pengurusan Risiko) 38
1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Frasa “Maklumat di hujung jari” sudah tular secara global sejak bertahun yang lalu. Ia menandakan era globalisasi moden iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah dimajukan. Kemodenan arus ini memberi impak terhadap kehidupan harian manusia daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah pada amalan hidup utama yang akan memberi kesan kepada manusia sepenuhnya. Kita dapat saksikan perubahan gaya hidup manusia yang kini sepenuhnya bergantung harap kepada TMK. Perubahan paling ketara ialah kebergantungan manusia terhadap telefon bimbit dan internet untuk melaksanakan amalan harian seperti menjalinkan hubungan, berkomunikasi, menyampaikan kata-kata melalui tulisan mahupun audio suara, hiburan, kerja malah pembelian barang keperluan. Dengan berlakunya revolusi pemodenan dalam penggunaan TMK, tidak hairanlah dunia pendidikan semakin hari mengalami sedikit demi sedikit perubahan yang menuju ke arah pendidikan moden. Perubahan dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru terutamanya kurikulum pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Menurut Mior (2011), perubahan dunia pendidikan dipengaruhi dengan keperluan zaman semasa untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang terjamin kualitinya dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perubahan yang paling baru dilakukan dalam kurikulum sekolah rendah ialah perubahan kurikulum pada tahun 2011 dengan menukar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sehingga kini masih digunapakai di semua sekolah di Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang digubal menambahbaik bentuk kurikulum dengan menyerapkan unsur nilai tambah baharu kepada kemahiran murid-murid yang dikenali sebagai Elemen Merentas Kurikulum (EMK). KSSR menekankan pelaksanaan pengajaran menggunakan
2 beberapa elemen yang juga terdiri daripada elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk menambah kemahiran baharu kepada murid-murid dalam dunia digital melalui pendidikan. Langkah menerapkan elemen TMK ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid berasaskan teknologi melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, persekitaran serta gaya pengajaran dan pembelajaran mampu mempengaruhi murid (Razimi, Abd. Aziz dan Ahmad, 2011). Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang fasih digital melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah, Dasar Pendidikan Digital telah diperkenalkan dan diperkasakan di Malaysia bermula November 2023. Dasar ini mengintegrasikan teknologi digital dalam pendidikan Malaysia dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah termasuklah Pendidikan Islam (Aminamul, Bity dan Zamri, 2023). Pengintegrasian digital dalam pendidikan oleh pihak kerajaan tidak akan berhasil dengan sendirinya. Ia memerlukan bantuan akar umbi dunia pendidikan yang menjadi penyampai ilmu kepada murid-murid di sekolah. Pepatah mengibaratkan mereka bak lilin yang membakar dirinya. Penggerak kepada inovasi pendidikan ini digelar guru, cikgu dan murabbi. Merekalah yang perlu memainkan peranan utama dalam mengaplikasikan konsep pendidikan digital di sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajarannya. Dorongan ke arah kekreatifan pendidikan digital ditujukan kepada semua guru tanpa ada pengkhususan. Maka, semua guru diarahkan untuk melaksanakan pendekatan digital di dalam pengajaran dan pembelajarannya termasuklah guru Pendidikan Islam. Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengupas tahap kesediaan dan kemahiran guru terhadap pendekatan digital dan cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang paling banyak bidang tajuknya iaitu sebanyak 7 bidang keseluruhannya meliputi bidang AlQuran, bidang al-Hadis, bidang Aqidah, bidang Ibadah, bidang Sirah, bidang Adab dan bidang Jawi. Kesemua bidang penguasaan dalam mata pelajaran ini
3 perlu diajarkan kepada murid-murid supaya mereka menguasainya dengan baik. Masalah yang jelas timbul dalam dunia pendidikan Pendidikan Islam ialah gaya pengajaran Pendidikan Islam dianggap pasif kerana lebih banyak berbentuk pengajaran tradisional (Mohd Maziz, Saifulazry dan Kasoma, 2021). Hal ini demikian kerana, gaya pengajaran yang digunakan oleh para murabbi untuk mengajar kesemua tujuh bidang Pendidikan Islam seringkali berbentuk “Chalk and Talk”. Gaya pengajaran berbentuk “Chalk and Talk” adalah pengajaran yang berpusatkan guru kerana ia melibatkan guru secara aktif dan murid secara pasif. Pengajaran ini menjurus lebih kepada syarahan dan komunikasi satu hala daripada guru. Justeru itu, pengajaran tradisional menjadi salah satu masalah dalam kajian ini. Selain itu, konsep Pendigitalan Pendidikan perlu diserap dalam gaya pengajaran Pendidikan Islam dengan memperkasakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah. Pengaplikasian TMK dalam gaya pengajaran adalah untuk menarik minat murid dalam mempelajari dan menyelami ilmu agama. Permasalahan yang berlaku adalah apabila gaya pengajaran bersumberkan TMK tidak digunakan oleh guru Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam tidak menyahut seruan dan dorongan kreatif untuk mencipta gaya pengajaran dan pembelajaran menarik berpaksikan pendigitalan (Putri dan Khusnul, 2023). Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran yang tinggi mengadaptasi dengan perubahan gaya pengajaran. Bukan itu sahaja, kemahiran guru dalam mengawal murid-muridnya semasa menggunakan TMK juga perlu diasah supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Keperluan kepada perubahan norma biasa menyebabkan guru Pendidikan Islam kurang motivasi dalaman untuk mengubah gaya pengajarannya seiring dengan pendidikan digital (Othman dan Lukman, 2011). 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengkaji tahap kesediaan digital guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajarab (PdP) pendidikan
4 Islam. Selain itu, penyelidik juga menjalankan kajian ini untuk menyelidik tahap kemahiran digital guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti: a. Tahap kesediaan digital guru Pendidikan Islam menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam. b. Tahap kemahiran digital guru Pendidikan Islam menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam. c. Hubungan antara tahap kesediaan dan kemahiran digital guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam. 1.3.2 PERSOALAN KAJIAN Bagi mencapai objektif ini, soalan kajian yang berikut dikemukakan: a. Adakah guru Pendidikan Islam bersedia untuk menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)? b. Sejauh manakah kemahiran digital guru Pendidikan Islam untuk menerapkan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam? c. Apakah terdapat hubungan antara kesediaan digital dengan kemahiran digital guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)?
5 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN Untuk menjawab persoalan kajian yang dinyatakan, kajian ini membawa senarai hipotesis seperti yang berikut: 1. Hipotesisi Alternatif Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan menggunakan bahan digital berdasarkan jantina Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan menggunakan bahan digital berdasarkan umur Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan menggunakan bahan digital berdasarkan lokasi sekolah Ha4: Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menggunakan bahan digital berdasarkan jantina Ha5: Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menggunakan bahan digital berdasarkan umur Ha6: Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menggunakan bahan digital berdasarkan lokasi sekolah Ha7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan dan kemahiran digital guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 2. Hipotesis Nul Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan menggunakan bahan digital berdasarkan jantina Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan menggunakan bahan digital berdasarkan umur Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan menggunakan bahan digital berdasarkan lokasi sekolah Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menggunakan bahan digital berdasarkan jantina Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menggunakan bahan digital berdasarkan umur
6 Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menggunakan bahan digital berdasarkan lokasi sekolah Ho7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan dan kemahiran digital guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini memfokuskan skop yang melihat tahap kesediaan dan kemahiran guru menggunakan pendekatan digital serta cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran dan pengajaran (PdP) Pendidikan Islam. Kajian ini terbatas kepada beberapa perkara yang terlibat dengan kajian iaitu instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk instrumen soal selidik. Batasan kajian ini pula mengehadkan pengumpulan data daripada guru Pendidikan Islam sahaja. Maka, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada dunia pendidikan terutamanya dunia Pendidikan Islam dengan memberi maklum balas kepada guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan pendekatan digital dalam pengajaran. Selain itu, kajian ini juga berkepentingan untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan cabaran yang dihadapi oleh guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menyerapkan elemen TMK sekaligus menyahut seruan “pendigitilan pendidikan” dalam gaya pengajaran mereka. Kajian ini juga penting bagi membantu para murabbi mengenalpasti dan mengatasi cabaran yang menghalang mereka daripada menerapkan pendekatan digital dalam pengajaran mereka. Dengan mengetahui cabaran yang menjadi punca mereka masih melaksanakan pengajaran “Chalk and Talk” sepenuhnya, guru Pendidikan Islam dapat merancang jalan penyelesaian bagi masalah itu
7 supaya gaya pengajaran mereka akan bertambahbaik dengan menerapkan pendekatan digital. 1.6 DEFINISI OPERASIONAL/ ISTILAH 1.6.1 KESEDIAAN DIGITAL Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kesediaan didefiniskan sebagai kesanggupan, kerelaan dan perihal sedia. Dalam konteks kajian ini, penyelidik menetapkan bahawa frasa kesediaan merujuk kepada kesanggupan guru Pendidikan Islam untuk melaksanakan pendekatan digital dalam pengajarannya. Kesediaan dalam kajian ini merangkumi kesanggupan guru secara kognitif, afektif dan psikomotor. Ia juga meliputi kesanggupan untuk melaksanakan pendekatan digital dalam pengajarannya pada masa, tempat dan persekitaran guru pada waktu kajian dilaksanakan (Wan Ismail et al, 2016). Keadaan yang pelbagai boleh mendorong kesediaan seorang guru untuk melaksanakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajarannya. 1.6.2 KEMAHIRAN DIGITAL Kemahiran pendekatan digital ialah kemahiran seseorang untuk menggunakan pendekatan digital dalam melaksanakan suatu tugas tidak kira dalam sektor apa sekaligus. Menurut Lograjah (2020), kemahiran digital ditakrifkan pengetahuan dan kepakaran yang penting untuk mengaplikasikan alat digital bagi mencapai hasil yang ideal (Afiqah et al, 2020). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan frasa kemahiran pendekatan digital dengan makna kemampuan seorang guru memahami, menilai, dan mengaplikasi informasi dalam pendidikan digital menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
8 1.6.3 PENDEKATAN DIGITAL Pendekatan dalam kajian ini ditakrifkan sebagai langkah yang diambil untuk memulakan sesuatu perkara. Manakala makna digital dalam konteks kajian ini melibatkan multimedia teknologi secara keseluruhan. Menurut kajian Rafiza (2013), multimedia teknologi ialah penggunaan internet, laman web dan aplikasi pendidikan. Aplikasi pendidikan pada masa kini sudah dikembangkan dan dipelbagaikan. Antara perisian digital yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah Kahoot, Quizizz, Padlet, Zappar, Plickers, Google Classroom, ClassDojo dan sebagainya. Oleh itu, pendekatan digital dapat difahami sebagai langkah yang dilaksanakan oleh guru untuk memulakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran Pendidikan Islam. 1.7 RUMUSAN Perlaksanaan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah digalakkan secara besar-besaran sejak beberapa tahun yang lalu dan ditekankan pada tahun 2023 dengan cogan kata “Pendigitalan Pendidikan”. Hal ini menuntut semua guru di sekolah rendah mahupun sekolah menengah seluruh Malaysia untuk menggunakan alat digital sebagai modus pengajaran. kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan dan kemahiran pendekatan digital guru serta cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
9 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Kajian ini mengupas tentang kesediaan dan kemahiran guru terhadap pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Salin itu, kajian ini juga mengkaji cabaran pelaksanaan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Bab ini akan membincangkan tentang tajuk kajian yang berkait dengan kajian penyelidik. 2.2 TEORI/ MODEL KAJIAN 2.2.1 TEORI TAKSONOMI DIGITAL BLOOM Teori Taksonomi Bloom ialah teori yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956 dengan mengkategorikan kemahiran individu kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor (Norhazizi dan Ramlee, 2019). Bloom memperkenalkan 6 aras domain kognitif iaitu pengetahuan, pemahaman, konsep, aplikasi, sintesis dan penilaian. Beberapa tahun selepas teori ini diperkenalkan, Lorin Anderson telah menjalankan langkah penyesuaian aras taksonomi Bloom ini untuk mewujudkan kolerasi yang baik denga keperluan pendidikan yang baharu. Anderson telah mengubahsuai aras domain kognitif yang menggunakan kata benda kepada kata kerja iaitu aras mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
10 Rajah 1 Pengubahsuaian Aras Taksonomi Bloom Teori Taksonomi Bloom ini menjadi asas kepada pentaksiran pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) yang menjadi rujukan standard pengajaran guru-guru digubal dengan berpandukan kepada 6 aras dalam teori Taksonomi Bloom. Tidak jauh beza dengan konsep teori Taksonomi Bloom yang asal, Taksonomi Digital Bloom adalah pengubahsuaian. Ia dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa iaitu keperluan penyerapan digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori Bloom’s Digital Taxonomy diperkenalkan oleh Andrew Churches pada tahun 2008. Aras kognitif ini masih kekal 6 seperti teori Taksonomi Bloom yang diubahsuai namun memfokuskan kepada penggunaan digital dalam melaksanakan keenam-enam aras itu. Teori Taksonomi Digital Bloom ini memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan teori dan pemahaman mereka melalui TMK dengan kreatif (Arie et al, 2022). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlandaskan digital seperti video sangat sesuai untuk guru gunakan semasa mengajar. Sebagai contoh, guru memaparkan video pendek lagu “25 nama Nabi dan Rasul yang wajib diketahui” sebagai set induksi untuk menarik minat murid. Ini akan mengasah kognitif murid tentang topik pembelajaran yang akan dipelajarinya. Guru juga boleh memaparkan video penerangan kisah para Nabi yang boleh
11 diakses daripada aplikasi Youtube untuk memberi penerangan topik secara kreatif dan menarik. Penggunaan digital dalam teori ini juga boleh diaplikasikan dengan guru memberikan tugasan berbentuk digital kepada murid berkenaan tajuk yang dipelajari. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengikut aras taksonomi mampu ditonjolkan oleh murid dengan mengembangkan idea mereka dan menghasilkan produk seperti blog, vlog dan video rakaman. Guru boleh memberikan tugasan kerja rumah melalui aplikasi Padlet atau Google Classroom seperti tugasan menyediakan satu video pendek tentang pembelajaran. Penghantaran tugasan akan menjadi lebih mudah kepada pihak guru dan pihak murid. Murid boleh menghantar tugasan mereka di aplikasi yang sama tanpa perlu menggunakan cara tradisional seperti memuat naik ke dalam pemacu kilat USB dan membawanya ke sekolah. Murid juga mudah untuk menyiapkan tugasan kerana kesemuanya memerlukan gerak kerja digital. Teori Taksonomi Digital Bloom membuat penilaian tahap pencapaian kognitif murid dapat ditaksir melalui kebolehan murid memasukkan idea ke dalam bahan digital. Justeru itu, penggunaan bahan yang wajar digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran 2.2.2 TEORI KOGNITIVISME PIAGET 1970 Kajian ini turut menggunakan teori Kognitivisme Piaget 1970 dengan merujuk kepada pandangan Piaget bahawa pembelajaran yang bermakna datang daripada pengalaman murid dan pembelajaran berkesan bergantung kepada bahan bantu mengajar yang sesuai (Fatimah, 2015). i- Pembelajaran yang bermakna datang daripada pengalaman murid. Piaget meneguhkan pendiriannya tentang perkembangan kognitif individu mengikut tahap umur individu tersebut dalam peringkat yang berbeza iaitu peringkat sensori motor, peringkat pra-operasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal. Kesemua perkembangan kognitif ini dikembangkan
12 apabila individu tersebut memahami suatu pengetahuan dan membina pengetahuan tersebut. Dalam kajian ini, pandangan ini diaplikasikan kepada guru dan juga murid. Pengaplikasian kepada murid adalah apabila dia melihat guru menggunakan alat dan bahan digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, murid akan membina kemahiran menggunakan teknologi digital berdasarkan kepada pengetahuan mereka menggunakan gajet di rumah. Maka, murid akan lebih mahir menggunakan TMK berdasarkan kepada pengalamannya di dalam bilik darjah. Pengaplikasian pandangan pertama kepada guru pula dijelaskan dengan mengaitkan kemahiran guru menggunakan bahan digital. Guru yang memahami konsep penggunaan bahan digital sebagai bahan interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan kemahiran menggunakan TMK mereka. Kemahiran guru menggunakan bahan digital akan meningkat sehingga ke tahap yang tinggi sekiranya guru kerap melaksanakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajarannya. Hal ini selari dengan pandangan ahli pemiliran kognitif yang menyatakan kepentingan pengukuhan dalam pembelajaran kerana ia melibatkan amalan ulangan dan terus menerus (Nur Adibah dan Hafizhah, 2021). Menurut Muhammad Toriq et al (2019), pengulangan terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran di mana terdapat beberapa ayat Al-Quran yang berulang untuk menyampaikan penekanan terhadap mesej ayat itu. Teknik pengulangan juga merupakan kaedah hafazan Al-Quran yang utama kerana keberkesanannya menyampaikan mesej ke otak dan membuahkan ingatan yang baik (Nur Suaidah,2022) . ii- Pembelajaran berkesan bergantung kepada bahan bantu mengajar yang sesuai. Pandangan kedua Piaget dalam teori ini menekankan kepentingan guru menggunakan bahan digital untuk memberikan murid merasakan pengalaman baharu secara langsung tentang TMK. Bahan bantu mengajar bergerak sebagai medium membantu guru menyampaikan pengisian pengajaran supaya murid
13 lebih memahami pembelajaran (Julianah et al, 2023). Bahan bantu belajar boleh disediakan dalam bentuk bahan maujud atau fizikal dan bahan digital. Keduaduanya membawa fungsi yang sama iaitu membantu menarik minat murid dan melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis bahan bantu mengajar juga masih releven untuk digunakan. Namun apabila bercakap soal keberkesanan fungsi bahan bantu mengajar, bahan tersebut perlulah sesuai dengan pengajaran dan keperluan persekitaran semasa. Kandungan topik pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ada menyentuh sejarah, cara pelaksanaan ibadah besar seperti pelaksanaan haji, isu fiqah dan lain-lain aspek yang sukar untuk murid fahami tanpa menggunakan pancaindera mereka. Teori ini diaplikasikan dengan menggalakkan guru menggunakan bahan bantu mengajar digital sebagai perangsang kognitif murid dari aspek visual dan audio (Hanifah et al, 2020). Justeru itu, berdasarkan kepada teori kognitivisme Piaget 1970, penggunaan bahan bantu mengajar digital yang sesuai menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Bahagaian ini membincangkan ringkasan sorotan kajian yang berkaitan dengan aspek utama dalam kajian iaitu kesediaan guru menggunakan pendekatan digital, kemahiran guru menggunakan pendekatan digital dan cabaran pelaksanaan pendekatan digital oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. 2.3.1 Pendekatan Digital Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan digital adalah kaedah pengajaran yang releven untuk dilaksanakan di sekolah.Menurut Nur Eliza et al (2022) dalam kajian mereka, pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan pendekatan digital adalah satu keperluan pendidikan pada abad ke-21. Hasil kajian mereka mendapati pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan media internet ialah corak pengajaran yang telah berubah
14 sejak bermulanya pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 telah menjadi asbab penularan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Kesan teknologi pembelajaran telah memberikan maklum balas yang baik sehinggakan ia kekal diaplikasikan pasca-pandemik. Hal ini disokong oleh Unik Hanifah et al (2023), di mana mereka menyatakan bahawa pendekatan digital menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan boleh diadaptasi oleh murid-murid. 2.3.2 Kesediaan guru melaksanakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendekatan digital dalam pendidikan adalah suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan masa penerimaan untuk diserap dalam kehidupan. Penerimaan murid adalah melalui maklum balas mereka terhadap kebaikan dan kelemahan pengajaran berbentuk digital ke atas diri mereka (Hestia, 2022). Namun kesediaan para guru dalam pendekatan digital dinilai melalui kesediaan guru menerima keharusan dirinya mengubah gaya pengajarannya (Siti Mardhiah, 2013). Ini bermaksud kesanggupan para guru mempersiapkan diri dengan kepelbagaian teknik dan kemahiran menggunakan pendekatan digital yang luas bidangnya dalam pengajaran dan pembelajarannya. Dalam kajiannya, tahap kesediaan guru terhadap pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam adalah pada tahap yang tinggi. Ia menandakan bahawa guru Pendidikan Islam majoritinya terbuka kepada pembaharuan dalam dunia pendidikan. 2.3.3 Kemahiran guru menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kesediaan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan mempengaruhi kemahiran penggunaan bahan digital guru Pendidikan Islam. Hal ini demikian kerana, penguasaan kemahiran digital yang lemah oleh guru Pendidikan Islam memberi impak secara langsung kepada
15 pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penyataan ini disokong dalam kajian Mohd Faeez (2011), yang menyatakan bahawa guru Pendidikan Islam dilihat kurang menggunakan kreativiti dalam pengajaran kerana tidak mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan. Kurangnya pengintegrasian digital dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disebabkan oleh faktor kemahiran pendekatan digital yang rendah dalam kalangan guru (Ali, 2020). Dalam kajiannya, penguasaan kemahiran guru untuk mengembangkan kandungan pengajaran dan pembelajaran melalui alat digital adalah di tahap yang lemah. Kelemahan dalam aspek kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menjadi salah satu cabaran yang dihadapi guru dalam pendidikan digital. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Rajah 2 Kerangka konseptual Kajian Pelaksanaan Pendekatan Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Kerangka konseptual ialah rangka kajian yang memberi gambaran terhadap seluruh kajian yang dilaksanakan dengan menyentuh pembolehubah kajian (Ghazali dan Sufean, 2018). Ia dapat memberi gambaran melalui rajah yang
16 membentuk konsep atau model yang menjadi asas kajian. Kerangka konseptual ini merangkumi pemboleh ubah bebas yang juga merupakan tajuk kajian penyelidik. Berdasarkan kerangka konseptual dalam rajah 2, dapat difahami bahawa penyelidik ingin mengkaji tentang aspek pembolehubah bebas iaitu tahap kesediaan digital guru dan tahap kemahiran digital guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Konseptual dalam rajah ini menjadi dasar manual dalam membina hipotesis dan dalam mendapatkan informasi yang diperlukan dalam kajian (Normina et al, 2021). 2.5 RUMUSAN TINJAUAN LITERATUR Tinjauan Literatur yang telah dinyatakan di atas memberikan penerangan tentang konsep kajian dengan lebih jelas dengan mengutarakan dapatan kajian lalu yang menjadi asas kepada pemilihan teori yang berkait dengan kajian. Dapatan daripada kajian lalu berkenaan kesediaan dan kemahiran guru menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam adalah pada tahap yang rendah dan sederhana. Manakala tahap cabaran yang dilalui oleh guru tersebut berada pada paras yang tinggi. Kerangka konseptual pula menerangkan deskripsi menyeluruh tentang kajian ini.
17 BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 PENGENALAN Bab ini menjelaskan tentang prinsip yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data bagi menjawab persoalan dan keperluan kajian ini. Dalam bab ini, reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian yang ditadbir, kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpul, kajian rintis serta prosedur pengumpulan dan penganalisisan data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Berlawanan dengan kajian tindakan yang menggunakan eksperimen, kajian tinjauan tidak berbentuk eksperimen untuk mendapatkan maklumat yang berkait dengan tajuk yang dikaji. Kajian tinjauan dilaksanakan secara pemerhatian, soal selidik dan temubual. Tempoh pengumpulan data responden kepada instrumen yang digunakan adalah singkat dan tidak mengambil masa yang lama. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif semasa mengumpulkan data. Kajian tinjauan yang dilaksanakan oleh penyelidik ialah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan unferens. Kajian deskriptif ialah kajian yang sesuai dilaksanakan dalam kajian kuantitatif. Hal ini demikian kerana, kajian deskriptif dikaji dengan menggunakan input maklumat dalam kajian kuantitatif iaitu melibatkan analisis yang digunakan untuk membentangkan laporan kajian adalah min, sisihan piawai, peratusan dan kekerapan bagi data yang dikumpul dalam suatu populasi (Ang K.H., 2016). 3.3 PERSAMPELAN Menurut Nirwana dan Zulkifley (2016), persampelan ialah kaedah menyelidik data yang dikumpul dalam penyelidikan yang akan mewakili seluruh kajian. Sampel bagi kajian ini adalah guru-guru Pendidikan Islam sahaja. Menurut
18 Knowles (1980), pengalaman ialah elemen yang kuat untuk melaksanakan suatu penilaian (Zainol, Teoh dan Rashid, 2011). Oleh disebabkan itu, penyelidik memilih guru sebagai responden paling sesuai untuk menjawab instrumen kajian ini. Untuk mengelakkan bias dan ketidakadilan, penyelidik memilih semua responden secara rawak. Instrumen soal selidik ini juga akan diisi secara anonim tanpa nama bagi menjaga kerahsiaan antara penyelidik dan responden. Dalam kajian ini, responden hanya perlu menjawab sejumlah 31 item. Data yang diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan akan dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik Versi 27. Perisian ini digunakan untuk mengira min dan sisihan piawai daripada data. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah borang soal selidik. Soal selidik yang terdiri daripada lima muka surat mengandungi tiga bahagian yang membahagikan kesemua 22 item soalan kepada bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Kesemua item disusun dalam pembahagian mengikut pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian. Item-item yang digunakan dalam instrumen kajian ini telah dirujuk daripada instrumen yang digunakan dalam kajian Khodijah et al, (2018) di dalam kajian bertajuk “Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran Dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Agama di Selangor”. Bahagian A dalam soal selidik ini mengandungi tiga soalan yang berkisar tentang demografi responden iaitu jantina, umur dan lokasi sekolah responden mengajar. Bahagian B pula ialah bahagian yang memfokuskan kepada pembolehubah bebas yang pertama iaitu tahap kesediaan guru menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Seterusnya, bahagian C ialah bahagian yang menyoal tahap kemahiran guru dalam menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Bahagian instrumen yang pertama iaitu soalan demografi responden menghendaki responden menandakan satu sahaja kotak pilihan jawapan yang
19 menggambarkan serba sedikit tentang biografi responden. Jawapan bagi item dalam bahagian B dan C dijawab dengan menggunakan 5 skala seperti jadual 1 berikut: Jadual 1 Skala Jawapan Instrumen Skala Penerangan 1 Tidak Setuju 2 Kurang Setuju 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5 Sangat Amat Setuju 3.4.1 KESAHAN Kamarul Azmi (2012) mendifiniskan kesahan sebagai alat mengukur ketepatan sesuatu yang hendak diukur dalam suatu kajian. Beliau juga menyatakan bahawa kesahan instrumen kajian dilaksanakan untuk menjamin ketepatan item supaya bersifat tepat, kebolehgunaan dan dapat dipertahankan. Oleh itu, semua instrumen yang dibina untuk mengumpulkan data bagi suatu kajian perlu dikaji kesahannya. Kesahan yang perlu disemak dalam instrumen kajian terbahagi kepada kesahan kandungan dan kesahan muka. Dalam kajian ini, penyelidik telah merujuk dan menggunakan instrumen yang digunakan dalam kajian Khodijah et al (2018) bertajuk “ Kesediaan guru menggunakan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah agama di Selangor”. Justeru itu, penyelidik tidak berjumpa dengan pakar untuk menguji kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen memandangkan instrumen tersebut telah menjalani proses kesahan pada kajian yang Khodijah et al (2018) yang dirujuk.
20 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Dalam buku yang diterbitkan oleh Ghazali dan Sufean (2016), kebolehpercayaan atau juga dikenali sebagai realiability dijalankan dalam kajian kuantitatif untuk mengukur ketekalan setiap item yang terdapat dalam instrumen soal selidik kajian menerusi Cronbach’s Alpha. Kamus dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan ketekalan sebagai sesuatu yang konsisten dan tidak berubahubah hal mahupun keadaannya. Ketekalan dalam item kajian pula bermaksud skor jawapan yang diberikan ke atas item sama yang diuji berkali-kali kepada responden yang sama pada jarak masa yang berbeza adalah masih jawapan yang sama atau hampir sama (Rosseni et al, 2009). Oleh itu, kebolehpercayaan item instrumen dapat diuji melalui Cronbach’s Alpha ke atas jawapan yang diberikan responden dalam kajian rintis. 3.5 KAJIAN RINTIS Penyelidik telah melaksanakan kajian ritis ke atas 33 orang guru pendidikan Islam di sekitar daerah Tawau sebelum melakukan tindakan susulan iaitu kajian sebenar. Kesemua 23 item soalan instrumen telah dijawab oleh responden melalui borang soal selidik digital iaitu google form. Justifikasi penyelidik menggunakan google form untuk mengedar instrumen soal selidik ialah penyebaran secara digital lebih memudahkan penyelidik untuk menyebarkannya kepada guru pendidikan Islam di sekolah terutamanya guru yang berada di zon yang berbeza dengan penyelidik tetapi masih dalam daerah Tawau. Penyelidik juga menggunakan google form sebagai platform jawapan soal selidik kerana ianya memudahkan responden untuk menjawab semua item soalan melalui peranti digital mereka di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa selama tempoh menjawab instrumen diberikan. Untuk mengetahui nilai kebolehpercayaan item soalan selidik, penyelidik mencari nilai Cronbach’s Alpha item terlebih dahulu dengan merujuk intreprestasi data Cronbach’s Alpha yang dinyatakan oleh Trevor dan Christine (2007).
21 Jadual 2 Intepretasi Cronbach's Alpha Nilai Intepretasi 0.91-1.00 Sangat baik 0.81-0.90 Baik 0.71-0.80 Diterima 0.61-0.70 Boleh diterima (perlu diperbaiki) 0.01-0.60 Tidak diterima (perlu digugurkan) Sumber: Trevor dan Christine (2007) Nilai Cronbach’s Alpha dalam kajian ini mendapat nilai 0.769. Oleh itu, berdasarkan kepada jadual 2, nilai Cronbach’s Alpha penyelidik diterima. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, penyelidik telah mengumpulkan data menggunakan borang soal selidik digital iaitu google form. Borang soal selidik ini telah diambil berdasarkan kajian lalu oleh Khodijah et al (2018). Pengkaji telah mengambil 3 bahagian instrumen kajiannya dan telah memasukkannya ke dalam google form tanpa mengubah skala jawapan mahupun soalan instrumen. Instrumen soal selidik ini telah diedarkan kepada guru-guru Pendidikan Islam dalam daerah Tawau sahaja. Soalan dalam instrumen ini akan menguji tahap kesediaan digital dan tahap kemahiran digitak guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pengajaran (PdP) Pendidikan Islam. Penilaian tahap kesediaan dan kemahiran guru ini diukur dengan menggunakan skala likert 5. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
22 Data jawapan instrumen soal selidik dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) windows versi 27.0. Data statistik yang dianalisis dalam perisian ini adalah data deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Analisis dari perisian ini dilaksanakan menggunakan kolerasi Pearson bagi mencari hubungan di antara variabel untuk menjawab soalan kajian. Jadual 3 menunjukkan kaedah statistik yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam bab 1. Jadual 3 Kaedah Statistik yang digunakan berdasarkan persoalan kajian Bil Persoalan Kajian Analisis yang digunakan 1 Adakah guru Pendidikan Islam bersedia untuk menggunakan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)? Min dan sisihan piawai (Deskriptif) 2 Sejauh manakah kemahiran digital guru Pendidikan Islam untuk menerapkan pendekatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam? Min dan Sisihan Piawai (Deskriptif) 3 Apakah terdapat hubungan antara kesediaan digital dengan kemahiran digital guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)? Kolerasi Pearson (Inferensi) 3.8 RUMUSAN Pada umumnya, bab ini membincangkan tentang kaedah kajian dan dapatan kajian dikumpulkan. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan sampel kajian. Sampel kajian yang diterima adalah daripada guru Pendidikan Islam di sekolah daerah Tawau, Sabah secara rawak. Indeks dalam jadual yang dinyatakan dalam bab ini menjadi rujukana dalam menganalisis data dapatan dari instrumen soal selidik.
23 RUJUKAN Afiqah et al. (2020). Latihan kemahiran digital: Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. Ali Makki. (2020). Teknologi pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Jurnal Studi Islam, 15(1), 123-136. Aminamul Saidah Mad Nordin, Bity Salwana Alias & Zamri Mahamod. 2023. Pendigitalan Pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM) 1(1), 66-73. Ang K.H. (2016). Pengenalan rangkakerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu kajian kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(1), 17-23. Arie et al. (2022). Penerapan Taksonomi Digital Bloom pada masa belajar di rumah oleh guru SMK di Kalimantan Barat. Jurnal Pendidikan Indonesia, 3(8), 748-760. https://doi.org/10.59141/japendi.v3i08.998 Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita, 3(1), 27-38. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Kerangka konseptual dan teoretikal kajian. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Penerbitan Universiti Malaya. Hanifah et al. (2020). Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi. Journal of Society and Space, 16(3). 219-234. Hestia Leviana Sari. (2022). Academic performance of undergraduate Islamic International Program (ISIP) During Covid-19: Student’s attitudes and selfefficacy. In Ajid Thohir, Muhammad Yusuf Wibisono & Muhammad Taufiq Rahman (Eds.), Islam dan peradaban Melayu pasca Covid-19 Prospek dan tantangan: Buku Prosiding ICON IMAD XI Tahun 2022. Pp. 167-177. Gunung Djati Publishing.
24 Julianah et al. (2023). Penggunaan bahan bantu mengajar digital dalam pembelajaran secara maya semasa pandemik. Jurnal Isu Dalam Pendidikan, 46, 12-24. Kamarul Azmi Jasmi. (2018). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Conference: Kursus penyelidikan kualitatif siri 1. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/293097747_Kesahan_dan_Kebo lehpercayaan_dalam_Kajian_Kualitatif Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Khodijah et al. (2018). Kesediaan guru menggunakan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah agama di Selangor. Proceeding of IC-ITS 2018 4th International Conference on Information Technology & Society. FSTM KUIS. http://fstm.kuis.edu.my/icits/18/eproceeding/assets/files/ITS4- 026%20KESEDIAAN%20GURU%20MENGGUNAKAN%20TEKNOLOGI%20MU LTIMEDIA%20DALAM%20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBELAJARAN%20DI %20SEKOLAH%20RENDAH%20AGAMA%20DI%20SELANGOR.pdf Knowles M. (1980). The modern practice of adult education. Cambridge. Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Jurnal Sosio Humanika, 4(1), 33-48. Mohd Maziz Al-Hadi Moharam, Saifulazry Mokhtar dan Kasoma Thia. (2021). Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. 5 th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD). ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/354400075_Pendekatan_Kaeda h_Interaktif_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam_A bad_Ke-21_Di_Sekolan_Menengah_Kebangsaan_Kota_Kinabalu Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor & Ahmad Jazimin Jusoh. (2011). Gaya pembelajaran dan persekitaran yang mempengaruhi murid sukar belajar
25 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF: Satu kajian rintis. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 1(3), 98-110. Muhammad Toriq et al. (2019). Kaedah hafazan model Malaysia teras panduan penghafaz Al-Quran. Darul Quran JAKIM. Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145-159. Norhazizi Lebai Long & Ramlee Mustapha. (2019). Analisis Taksonomi Bloom dalam penilaian vokasional: Pembangunan suatu taksonomi baharu menggunakan teknik Delphi. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 15(1), 65-75. Normina et al. (2021). Kerangka konseptual bagi pengukuran tahap kemahiran proses matematik murid. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(2), 168-181. Nur Adibah Liyana Awi & Hafizhah Zulkifli. (2021). Amalan kreativiti guru pendidikan Islam dalam pembelajaran abad ke-21. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilizatio, 4(1), 40-54. Nur Eliza et al. (2022). Teori Connectivism dan implikasinya terhadap pengaplikasian e-pembelajaran Pendidikan Islam semasa pandemik Covid19. In Ajid Thohir, Muhammad Yusuf Wibisono & Muhammad Taufiq Rahman (Eds.), Islam dan peradaban Melayu pasca Covid-19 Prospek dan tantangan: Buku Prosiding ICON IMAD XI Tahun 2022. Pp. 167-177. Gunung Djati Publishing. Nur Suaidah et al. (2022). Kaedah Al-Tikrar dalam membantu penguasaan membaca doa harian dalam kalangan kanak-kanak tadika. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 5, 237-249. Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. (2011). Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Sekolah Kebangsaan di daerah Kluang. Academia.edu. https://www.academia.edu/2304017/Persepsi_guru_guru_Pendidikan_Isla m_terhadap_penggunaan_ICT_untuk_tujuan_pengajaran_dan_pembelaja ran_sekolah_kebangsaan_di_daerah_Kluang
26 Putri Oktavia & Khusnul Khotimah. (2023). Pengembangan metode pembelajaran Pendidikan Agama Islam di era digital. Jurnal Pengembangan dan Pembelajaran Islam, 2(5), 66-76. Rafiza Abdul Razak. (2013). Pembelajaran berasaskan penghasilan penceritaan digital multimedia bagi menganalisis novel bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(1), 53-64. Rosseni et al. (2009). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya epembelajaran (eLSE) versi 8.1 menggunakan model pengukuran Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 5(2), 15-27. Siti Mardhiah Aziz (2013). Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (UCT) dalam pengajaran dan pembelajaran. [Master’s thesis, Universiti Tun Hussein Onn]. Institutional Respository Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Trevor B. & Christine F. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences. Routledge: Taylor & Francis Group. Unik Hanifah et al. (2023). Teknologi Pendidikan: Pemanfaatan teknologi dalam pendidikan pasca pandemi. Jurnal Dimensi Pendidikan dan Pembelajaran, 11(1), 79-88. Wan Ismail et al. (2016). Kesediaan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Selangor terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan UKM. 79-92. Zainol Mustafa, Teoh S.J. & Mohd Rashid Ab Hamid. (2011). Kajian kepuasan pelajar kejuruteraan universiti di Malaysia menggunakan pemodelan persamaan berstruktur. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 7(1), 117- 127. Pallant J. (2007). SPSS Survival Manual. A step by step guide data analysis using SPSS. Allen & Unwin. Nurul Hidaya et al. (2021). Perspsi bakal guru Pendidikan Khas terhadap Pendidikan Khas di Malaysia. Jurnal Sains Insani, 6(1), 113-120.
27 LAMPIRAN A: SURAT KEBENARAN
28
29
30
31
32 LAMPIRAN B: CARTA GRANTT
33 LAMPIRAN C: NILAI KEBOLEHPERCAYAAN (CRONBACH’S ALPHA) & INSTRUMEN KAJIAN
34 INSTRUMEN KAJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK PIMK 3143 ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Kesediaan Dan Kemahiran Digital Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Pendidikan Islam. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. 1. Jantina : Lelaki Perempuan 2. Umur 20-29 tahun 50-59 tahun 30-39 tahun 60 tahun dan ke atas 40-49 tahun 3. Lokasi Sekolah Bandar Luar Bandar KESEDIAAN DAN KEMAHIRAN DIGITAL GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN ISLAM
35 Skala untuk menilai tahap kesediaan dan kemahiran digital guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam. SKALA PENERANGAN RINGKASAN 1 Tidak Setuju TS 2 Kurang Setuju KS 3 Setuju S 4 Sangat Setuju SS 5 Sangat Amat Setuju SAS No. BAHAGIAN B: TAHAP KESEDIAAN GURU MENGGUNAKAN PENDEKATAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKALA TS (1) KS (2) S(3( SS(4) SAS(5) 1 Multimedia menjadikan pdp lebih menarik 2 Multimedia boleh meningkatkan pencapaian murid 3 Multimedia memudahkan pemahaman murid 4 Multimedia boleh meningkatkan minat murid untuk belajar 5 Guru perlu bersedia meneroka aspek multimedia dalam PdP 6 Guru perlu positif terhadap penggunaan multimedia dalam PdP 7 Kandungan apps perlu dipelbagaikan dalam proses PdP 8 PdP menggunakan multimedia tidak berkesan kepada murid 9 PdP menggunakan multimedia membuang masa 10 PdP dalam multimedia menyebabkan murid tidak fokus No. BAHAGIAN C: TAHAP KEMAHIRAN PENDEKATAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN ISLAM SKALA TS (1) KS (2) S(3( SS(4) SAS(5) 11 Saya mahir menggunakan aplikasi multimedia dalam PdP 12 Saya boleh mengendalikan kelas menggunakan video berkaitan topik- topik tertentu sewaktu PdP 13 Saya boleh mengendalikan kelas menggunakan animasi gambar/ teks sewaktu PdP 14 Saya tidak boleh menggunakan multimedia dalam PdP 15 Saya berkebolehan mencari maklumat dalam multimedia dalam PdP 16 Saya mahir menggunakan LCD 17 Saya mahir menggunakan laptop/ komputer 18 Saya mahir menggunakan power point 19 Saya mahir menggunakan perisian untuk PdP multimedia
36 LAMPIRAN D: JADUAL PENENTUAN SAIZ SAMPEL KREJCIE & MORGAN (1970)
37 LAMPIRAN E: CATATAN PERBINCANGAN PELAJAR DENGAN PENYELIA
38
39
40
41