PEMBEDAHAN USUS SUPAYA KURUS NAMA PELAJAR NO. MARTIK MUHAMMAD ISZUDDIN BIN SAIFUL NIZAM 13DAD23F1013 MOHAMMAD FAHEEM NAIMATULLAH BIN MOHD RAPA 13DAD23F1020 AHMAD WAZIF WAFIQ BIN MOHD AZMI 13DAD23F1009 MUHAMMAD ADIB AMSYAR BIN ZULMAZI 13DAD23F1015 DAD2S2 PUAN ROSMANI BINTI HUSAIN SESI II 2023/2024 https://anyflip.com/
ISLAMIC MAGAZINE DOKTOR, saya mempunyai seorang rakan yang dahulu berat badannya melebihi saya. Bagaimanapun, kini beliau telah kurus. Apabila ditanya, jawabnya disebabkan oleh pemotongan usus. Persoalan saya, bolehkah seseorang itu membuat pemotongan usus semata-mata untuk kurus dan apakah risikonya? TUAN, pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus boleh menjadi kurus. Namun tujuan utama pembedahan itu bukan bertujuan untuk kurus. Ia perlu mengikut indikasi tertentu. Menurut informasi laman web Asian Guidelines, untuk seseorang pesakit itu layak membuat pembedahan bariatrik, mereka perlu berusia 18 hingga 65 tahun. Indeks jisim tubuh (BMI) perlu lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit kronik. MASALAH PEMOTONGAN USUS DALAM KALANGAN MASYARAKAT
ISLAMIC MAGAZINE Editor – MOHAMMAD FAHEEM NAIMATULLAH BIN MOHD RAPA (13DAD231020) PENULIS – AHMAD WAZIF WAFIQ BIN MOHD AZMI (13DAD23F1009) SIDAN PENGARANG – MUHAMMAD ISZUDDIN BIN SAIFUL NIZAM [13DAD231013) PEREKA GRAFIK – ADIB AMSYAR BIN ZULMAZI (13DAD23F1015)
ISLAMIC MAGAZINE Abdul Rahman Osman berkata, pembedahan membuang usus untuk kurus sama ada oleh lelaki atau perempuan adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah SWT. “Perkara ini cukup jelas, jika memotong usus bukan untuk rawatan penyakit dan ia memudaratkan pula diri, hukumnya adalah haram. jika memotong usus bukan untuk rawatan penyakit dan ia memudaratkan pula diri, hukumnya adalah haram.
ISLAMIC MAGAZINE 4 Sebanyak 96 peratus penyakit kronik berpunca daripada obesiti (diabetes, hipertensi, hiperkolesterol dan gangguan tidur atau obstructive sleep apnea) pulih dalam kadar segera. 3 Mendidik tubuh menerima kumpulan makanan sihat kerana pengambilan menu kurang berkhasiat seperti karbohidrat, gula dan lemak akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut kelak. 2 Prosedur tersebut merupakan salah satu kaedah penurunan berat badanyang cepat 1 Selepas menjalani prosedur, lazimnya calon akan mengalami jumlah penurunan berat badan yang banyak susulan pelaksanaan pelan pemakanan teratur dan diet ketat termasuk kurang penyerapan kalori.
ISLAMIC MAGAZINE Majlis Fiqah Islam dalam satu muktamar yang diadakan pada tahun 2007 telah memutuskan:( ال يجوز إجراء جراحة التجميل التحسينية التي ال تدخل في العالج الطبي ويُقصد منها تغيير خلقة اإلنسان السويّة؛ تبعا للهوى والرغبات بالتقليد لآلخرين ، مثل عمليات تغيير شكل الوجه للظهور بمظهر معين، أو بقصد التدليس وتضليل العدالة ، وتغيير شكل األنف، وتكبير أو تصغير الشفاه، وتغيير شكل العينين وتكبير الوجنات( . Ertinya : “Tiada harus melakukan pembedahan mencantikkan yang bukan termasuk dalam rawatan perubatan yang bertujuan mengubah kejadian asal manusia kerana mengikut keinginan dan ingin mengikut orang lain seumpama mengubah bentuk wajah supaya tampil dengan wajah yang tertentu atau bertujuan melakukan penyamaran sehingga hilang yang benar dan mengubah bentuk hidung dan membesarkan atau mengecilkan bibir dan mengubah bentuk mata dan mengubah bentuk pipi.” KEPUTUSAN UNTUK MENYESAIKAN MASALAH PEMOTONGAN USUS
ISLAMIC MAGAZINE
ISLAMIC MAGAZINE
ISLAMIC MAGAZINE pembedahan pengurangan berat badan tersebut juga boleh mengakibatkan masalah berikut: 1. Usus tersumbat. 2. Sindrom Dumping yang menyebabkan cirit-birit, mual dan muntah. 3. Batu karang hempedu. 4. Angin pasang. 5. Hypoglycemia. 6. Malnutrisi. 7. Ulser. 8. Muntah-muntah. 9. Asid refluks. 10. Keperluan pembedahan kedua.11. Kematian (jarang berlaku). RESIKO YANG DIHADAPI
ISLAMIC MAGAZINE Pembedahan bariatrik boleh mengubah kehidupan seseorang – khususnya jika dilakukan untuk menangani isu obesiti yang sudah lama. Namun, ia bukannya penawar yang ajaib kerana pesakit perlu mengubah gaya hidup mereka bagi membantu mengekalkan penyusutan berat mereka. Enam hingga dua belas bulan selepas prosedur adalah waktu paling penting di mana pesakit perlu menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori baharu mereka dan mengekalkan mahupun menambahkan penyusutan berat mereka. Pesakit juga perlu mengamalkan rutin senaman bagi menggalakkan keberkesanan pembedahan ini. Jenis Pembedahan Bariatrik 1 Gelung Omega Pintasan Perut (Pintasan Gastrik Mini) 2 Penukaran Duodenum 3 Gastrektomi Kantung Perut 4 Pintasan Gastrik 5 Pengikatan Kantung Perut
ISLAMIC MAGAZINE Penyelaras jururawat bariatrik Pakar perubatan dalaman Pakar endokrinologi Pakar bedah laparoskopik Pakar diet Jurufisioterapi Ahli psikologi Pakar anestesia Ahli gastroenterologi Pendidik diabetes Juruterapi kardiopulmonari Ahli farmasi Mengurangkan pengambilan makanan Meningkatkan paras tenaga Memperbaiki keadaan fizikal dan gaya hidup Menambahkan harga diri dan nilai diri Mengurangkan risiko mendapat penyakit yang mengancam nyawa Pasukan Bariatrik Berbilang Disiplin Pasukan pakar Bariatrik di Hospital Gleneagles termasuk: Manfaat Pembedahan Bariatrik
ISLAMIC MAGAZINE PEMBEDAHAN bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik kini semakin menjadi pilihan sebagai rawatan klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Ini kerana keberkesanannya membantu golongan itu pulih daripada penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan paling utama, kencing manis. Ini disokong beberapa kajian klinikal (randomized clinical trial) dalam kalangan pesakit kencing manis dengan obesiti di peringkat antarabangsa. Sebenarnya, prosedur ini bukan saja boleh mengatasi masalah obesiti, tetapi turut memberikan manfaat daripada sudut kesihatan.
ISLAMIC MAGAZINE Hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh samada bagian luar tubuh atau bahagian dalam tubuh adalah pada asalnya diharamkan melainkan dua sebab : Pertama: Ia disuruh oleh syarak seperti memotong kuku atau rambut atau tempat khitan atau seumpamanya. Maka memotong atau membuang barang yang disuruh syarak tiadalah termasuk dalam perbuatan yang dilarang. Kedua: Kerana berubat yakni bertujuan menolak mudarat yang ada pada seorang seperti penyakit seperti memotong jari akibat penyakit kencing manis atau membuang buah pinggang yang rosak atau seumpamanya. Maka membuang anggoota badan seperti ini tidaklah dilarang kerana masuk dalam katogeri berubat.
ISLAMIC MAGAZINE Pembedahan membuang usus atas dasar kecantikan diri samada oleh lelaki atau perempuan adalah haramdan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah. wallahua’lam Hukum menjalani pembedahan membuang atau memotong usus itu harus jika kerana merawat penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi atau kegemukkan yang boleh memudaratkan nyawa atau kesihatan atau lainnya.