The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yuvaranisubramaniam, 2023-10-01 21:01:18

KAWAN RASUAH

KAWAN RASUAH

Skrip Bercerita Tahap 2 Kawan Rasuah Selamat pagi dan salam madani. Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang dedikasi, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Pada hari ini, saya ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah Kawan Rasuah. Eh, eh, kejap! Kenapa kawan pula diberi gelaran ‘rasuah’? Ha. Kalau kawan-kawan nak tahu ikuti cerita saya. Di pinggir bandar tinggal sebuah keluarga yang sederhana. Mereka terdiri daripada ayah, ibu dan dua orang adik beradik. Anak sulung berumur 24 tahun manakala yang kecil berumur 9 tahun. Anak sulung bernama Dani. Dia sudah bekerja manakala adik yang kecil masih lagi bersekolah. Mereka sekeluarga hidup aman dan gembira secara sederhana. Cerita ini mengenai Dani. Dani adalah seorang pekerja yang sangat disukai oleh majikannya kerana kejujuran dan amanahnya. Bukan itu sahaja, Dani mempunyai semangat patriotik yang tinggi sejak kecil lagi. Dani bekerja sebagai pegawai eksekutif di syarikatnya. Syarikat tempat Dani bekerja berfokuskan kerja-kerja pembersihan dengan mendapatkan tender-tender dari kerajaan. Pada suatu hari, majikan Dani memanggil Dani. “Dani sila jumpa saya sebentar.” “Baik, Encik Kamal.” jawab Dani. Setelah Dani tiba di bilik Encik Kamal, mereka berbincang mengenai satu projek pembersihan sungai yang bernilai 1 juta ringgit. “Dani, saya percayakan kamu untuk mendapatkan tender tersebut. Sebelum ini kamu sudah banyak mendapatkan tender untuk syarikat kita.” “Terima kasih, Encik Kamal. Saya cuba!” jawab Dani dengan yakinnya. Dani merasakan dia mampu untuk mendapatkan tender itu. Dia dengan harapan yang tinggi telah melakukan penyelidikan tentang projek pembersihan sungai tersebut. Setelah penat bekerja, Dani pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Dani telah singgah di sebuah kedai makan di tepi jalan. Ketika sedang duduk sambil menunggu air dan makanan, tiba-tiba Dani terdengar suara halus yang memanggil-manggil namanya. “Dani……Dani….oiiii Dani”.


Apabila Dani pusing ke belakang, Dani terlihat seseorang melambai-lambai tangan ke arahnya. Apabila dilihat dengan teliti, barulah Dani perasan bahawa yang memanggilnya adalah rakan di sekolah menengah dahulu. “Ohhhhh kau rupanya, Man. Aku fikir siapa tadi.” Itulah nama rakan Dani, Rizman. “Wow…..Man. Kau semakin kacak dan bergaya. Itu kereta kau ke? Besarnya! Alahalah jutawan begitu ya.” Kata Dani. “Ahhh tu lah kau Dani otak geliga macam aku ini walaupun akademik lemah tapi banyak tekad untuk berjaya….kikikihhhhh. Kau buat apa sekarang, Dani?” Tambah Rizman. “Biasalah Man, akukan kuli. Sekarang aku sedang berusaha untuk mendapatkan tender pembersihan sungai bandar ini.” terang Dani. “Oh ya ke…mudah je tu Dani. Aku boleh tolong kau Dani kerana aku kenal pegawaipegawai pemilihan tender itu tetapi kau kena dengar cakap aku. Boleh?” kata Rizman. “Maksud kamu Rizman?” tanya Dani. “Kau kena sediakan lima puluh ribu ringgit untuk upah aku dan gula-gula untuk dapatkan tender tersebut.” “hmmm gula-gula? Apa itu Rizman?” “Kau tak tahu ke Dani. Gula-gula merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah untuk seseorang individu untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.” jelas Rizman. Rizman menerangkan sedalam-dalamnya bagaimana dia boleh hidup senang dengan menggunakan cara itu. Setelah mereka berbual-bual tentang tender tersebut, mereka pun bergerak pulang ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan pulang, Dani masih memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh Rizman. “Betul juga kata Rizman. Aku tidak perlu bersusah payah lagi jika aku ikut apa yang diperkatakan oleh Rizman.” Setelah tiba di rumah, Dani melihat ayah, ibu dan adiknya sedang duduk, berbual sambil bermesra. Dani melihat wajah ayah, ibu dan adiknya sungguh ceria. Dani merasakan sesuatu yang tidak patut dilakukan semata-mata untuk hidup senang dengan mudah. Dani mengingat kembali pesanan ibu dan ayahnya. “Dani jangan sesekali mengambil atau menerima rasuah kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara malah turut mencemarkan imej negara kita di persada dunia.”


Akhirnya, Dani mengambil keputusan untuk tidak mengikuti ajakan kawannya. Dani menceritakan semuanya kepada ayah dan ibunya. “Bersyukur kepada Tuhan, ayah dan ibu sangat bersyukur kepada kamu. Kamu telah memilih jalan yang benar dan tepat. Kamu memang anak yang soleh.” Tidak lama selepas itu, Dani mendapat khabar berita bahawa Rizman dan beberapa orang yang terlibat dalam kes tersebut telah berjaya ditangkap oleh SPRM. Kawan-kawan, ingat ye! Janganlah kita mengambil dan menerima rasuah demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version