The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by soscili26, 2020-10-13 21:47:43

4.KAMUS KOMPETENSI NPQEL 2.0_19

4.KAMUS KOMPETENSI NPQEL 2.0_19

Penerbit :
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK

Tel: 06-7979200

http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]

Urusan Penerbitan:
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

Institut Aminuddin Baki

Muat Naik Pertama 2018

©Institut Aminuddin Baki 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Pengarah Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

Data Pengkatalogan-

ISBN

Pengurus Penerbitan
Maryati binti Athan

Thilagam a/p Gurusamy

Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman
Siti Suhaini binti Zaharin
Thilagam a/p Gurusamy

Penyediaan Tapak dan Muat Naik Digital
Pusat Pengurusan Teknologi

NPQEL 2.0

JAWATANKUASA PENERBITAN
PANDUAN PENTAKSIRAN NPQEL

Penasihat : Pengarah
Pengerusi Bersama Institut Aminuddin Baki

Naib Pengerusi : Pn. Mistirine bt. Radin
Sidang Editor Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)

En. Mazlan b. Shamsuddin
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)

: Pn. Hjh. Nor Asiah bt. Ibrahim
Ketua Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

En. Ahmad Salihin b. Mat Saat
Tn. Hj. Ismail b. Ibrahim
En. Jamal b. Ishak
Dr. A’Azmi b. Shahri
Dr. Nor Foniza bt. Maidin
Dr. Tarzimah bt. Tambychik
En. Kamaluddin b. Abd. Rani
En. Manoharan Muthusamy
Pn. Hjh. Khalina bt. Khalid
Dr. Jefri b. Idris
Cik Noraida bt. Md. Nor
Dr. Noraini bt. Abdullah
Cik Hjh. Siti Fadzlun bt. Abd. Thani
Cik Chang Fui Chin
En. Nor Azam b. Mahmad

Kamus Kompetensi | 0

NPQEL 2.0

KAMUS KOMPETENSI
PENTAKSIRAN NPQEL 2.0

Kamus ini menyatakan definisi kompetensi yang diukur, tahap ukuran kompetensi dan
rubrik analitik kompetensi yang merupakan kayu pengukur kompetensi. Kamus ini
merupakan asas kepada Pentaksiran Kompetensi NPQEL 2.0.

Jadual 1 menunjukkan definisi 10 kompetensi diukur yang dinyatakan merujuk empat
(4) domain kompetensi. Pentaksir perlu memahami secara mendalam definisi setiap
kompetensi diukur. Merujuk kepada setiap satu kompetensi yang diukur, tema setiap
tahap yang dinyatakan secara berhierarki mempunyai deskripsi tersendiri yang
disertakan dengan ilustrasi kepada tahap deskripsi tersebut bagi memandu pentaksiran
berasas kompetensi yang dilaksanakan. Deskripsi tahap kompetensi pada hierarki
yang lebih rendah mesti dipenuhi dahulu sebelum mencapai tahap pada hierarki yang
lebih tinggi. Hierarki deskripsi setiap kompetensi yang diukur dipamerkan sebagai
Rubrik Analitik Kompetensi NPQEL 2.0.

Aras pengukuran Rubrik Analitik Kompetensi dibahagikan kepada lima (5) tahap.
Setiap tahap membawa definisi seperti Jadual 2. Rubrik Analitik Kompetensi menjadi
kayu ukur yang perlu dipatuhi dalam mentaksir kompetensi yang ditetapkan. Indikator
kompetensi yang diilustrasikan perlu dipenuhi bagi menggambarkan deskripsi tahap
kompetensi. Sekiranya indikator ilustrasi kompetensi yang dipenuhi tidak mencapai
deskripsi tahap kompetensi, ini bermaksud tahap tersebut belum dicapai. Pencapaian
tahap kompetensi lebih tinggi membawa maksud bahawa tahap kompetensi yang lebih
rendah telah dicapai terlebih dahulu. Oleh itu indikator ilustrasi tahap kompetensi yang
lebih rendah mesti diperlihatkan terlebih dahulu.

Pentaksir bertanggungjawab memastikan penggunaan rubrik analitik kompetensi
dipatuhi dan pentaksiran adalah mematuhi prosedur kaedah ditetapkan. Pentaksir perlu
mempunyai kemahiran mentaksir dan ciri-ciri seorang pentaksir bagi melaksanakan
prosedur pentaksiran ditetapkan.
Kamus Kompetensi | 1

NPQEL 2.0

Jadual 1: Definisi Kompetensi NPQEL 2.0

Domain Kompetensi Kompetensi Deskripsi

Berwawasan Berfikiran Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan
Strategik futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi
Menerajui berdasarkan jangkaan persekitaran masa
Perubahan Membuat hadapan.
Keputusan Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan
Mencemerlangkan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat
Organisasi Memimpin dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan
Perubahan alternatif.
Keterampilan Keupayaan untuk menerima dan memandu
Menyelesai perubahan dengan mengadaptasi tindakan
Masalah melalui sokongan warga organisasi bagi memacu
pembangunan dan pencapaian.
Memimpin Keupayaan untuk mengenal pasti masalah dan
Pembelajaran menggunakan logik, penghakiman, dan data untuk
menilai alternatif dan melaksanakan penyelesaian
Membangun untuk mencapai matlamat organisasi yang
Kapasiti dihasratkan.
Keupayaan untuk menerajui pelaksanaan
Membina Jaringan kurikulum dan mewujudkan persekitaran
dan Jalinan pembelajaran yang menggalakkan pemupukan
budaya belajar.
Berkomunikasi Keupayaan menyelia dan membangunkan kapasiti
Berkesan staf untuk meningkatkan kemahiran bagi
melaksanakan tugasan sejajar dengan hala tuju
Berkepemimpinan organisasi.
Keupayaan membina, mengekalkan dan
Berkeperibadian memanfaatkan hubungan untuk berkongsi amalan
Tinggi terbaik dan berusaha ke arah matlamat yang
sama.
Berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan
idea dengan lancar dan meyakinkan secara lisan
dan/atau bertulis, serta boleh menerima
pandangan orang lain.

Berkeupayaan untuk memimpin pelbagai pihak
bersama untuk merealisasikan idea dan mencapai
matlamat organisasi.
Berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk
meningkatkan kualiti peribadi secara berterusan
serta mempamerkan nilai baik dalam pemikiran
serta amalan untuk menyumbang kepada
organisasi.

Kamus Kompetensi | 2

NPQEL 2.0

Jadual 2: Definisi Tahap Kompetensi Aras Ukuran Rubrik Analitik
Kompetensi

Tahap Kompetensi Definisi Tahap Kompetensi

Tahap 1 Tahap Kesedaran
Tahap 2 Tahap Asas
Tahap 3
Tahap 4 Tahap Pertengahan
Tahap 5 Tahap Lanjutan
Tahap Mahir

Kamus Kompetensi | 3

NPQEL 2.0

Rubrik Analitik Kompetensi NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Berwawasan

Kompetensi: Berfikiran Strategik

Deskripsi: Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik bagi menentukan
hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan.
Tahap
Kompetensi Aras Penilaian

Tahap 1 Deskripsi Tahap Kompetensi Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
( )
Kesedaran
Memahami Hala Tuju - Menyatakan objektif dan matlamat
organisasi selari dengan hala tuju
Memahami struktur, objektif dan misi dan visi.
matlamat organisasi serta
bertindak selari dengan hala - Melaksanakan fungsi tugasnya.
tuju misi dan visi.

Tahap 2 Menyampaikan Hala Tuju - Berkongsi hasrat, matlamat dan
Asas hala tuju misi dan visi.
Menyampaikan matlamat dan
hala tuju misi dan visi secara - Menggunakan pengetahuan dan
praktikal kepada warga pengalaman, dan keadaan masa
organisasi dengan mengambil lampau untuk mengaitkan dengan
kira keadaan masa lampau. perkara yang hendak dicapai.

Tahap 3 Menterjemah Hala Tuju - Menyatakan harapan, hasrat dan
Pertengahan hala tuju organisasi dengan jelas
Menyatakan harapan, hasrat dalam merancang, mengurus dan
dan hala tuju organisasi dengan memantau tindakan semasa.
jelas

Tahap 4 Mengenal Pasti Tindakan - Mengenal pasti pola perubahan dan
Lanjutan keperluan masa kini dalam
Membuat refleksi bagi melihat persekitaran yang memerlukan
trend atau pola keperluan masa tindakan.
kini dan hadapan bagi
merancang tindakan ke - Merancang tindakan berfokuskan
hadapan. hasrat yang ingin dicapai.

Tahap 5 Menyediakan Alternatif - Menyatakan pola jangkaan masa
Mahir hadapan.
Menjana strategi bagi
menetapkan masa depan - Menyediakan strategi dengan
organisasi berasaskan mengambil kira risiko dan jangkaan
jangkaan masa hadapan masa hadapan.
dengan pemikiran yang kreatif.
- Menyatakan rasional terhadap
strategi dan tindakan.

Kamus Kompetensi | 4

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Menerajui Perubahan

Kompetensi: Membuat Keputusan

Deskripsi: Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan mempunyai justifikasi
berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan
Tahap alternatif.
Kompetensi
Aras Penilaian
Tahap 1
Kesedaran Deskripsi Tahap Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
( )
Tahap 2 Kompetensi
Asas
Memikirkan Pilihan - Tidak menggunakan data.

- Menyatakan pilihan tanpa justifikasi

Mempamerkan

pengetahuan minima dalam

membuat pilihan.

Mengenal Pasti Pilihan - Menyatakan idea yang relevan merujuk

perkara yang dibincangkan.

Mempamerkan - Menggunakan sekurang-kurangnya dua

pengetahuan dalam (2) data/ maklumat sebagai asas pilihan.

membuat pilihan dengan

menggunakan

maklumat/data.

Tahap 3 Membuat Perkaitan - Menyatakan asas pilihan dengan
merujuk pelbagai data dan maklumat
Pertengahan Mempamerkan yang relevan.
penggunaan maklumat
dengan mengambil kira - Menyatakan perkaitan antara pelbagai
alternatif lain dalam data/maklumat sebagai asas
membuat pilihan. pertimbangan.

- Menggunakan alat membuat keputusan
dalam menentukan pilihan.

Tahap 4 Mengenal Pasti Alternatif - Mengkaji pilihan menggunakan alat
Lanjutan yang relevan
Membuat analisis input dan
output berasas maklumat - Menyenarai alternatif pilihan merujuk
dalam menyatakan keutamaan.
alternatif pilihan.

Tahap 5 Menentukan Pilihan - Menghubungkan pilihan terhadap
Mahir implikasi yang mungkin.
Menetapkan keutamaan,
dalam memilih matlamat - Membuat keputusan dengan justifikasi
berdasarkan analisis dan keputusan yang jelas.
justifikasi yang jelas
sebagai keputusan. - Melihat semula (menjajarkan semula)
keputusan dengan realiti sedia ada dan

hasrat yang ingin dicapai.

Kamus Kompetensi | 5

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Menerajui Perubahan

Kompetensi: Memimpin Perubahan

Deskripsi: Keupayaan untuk menerima dan memandu perubahan dengan
mengadaptasi tindakan melalui sokongan individu warga organisasi bagi
memacu pembangunan dan pencapaian.

Aras Penilaian

Tahap Deskripsi tahap Kompetensi Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
Kompetensi ( )

Tahap 1 Memahami Perubahan - Mempamerkan keterbukaan terhadap
Kesedaran perspektif perubahan berasaskan
Mempamerkan sikap yang data/maklumat.
Tahap 2 positif untuk berubah yang - Bersedia mendengar pandangan orang
Asas realistik berasaskan lain.
maklumat/data yang
diperolehi. - Mempamerkan penerimaan terhadap
Memikirkan Perubahan perubahan sebagai cabaran yang
positif.
Menyampaikan mesej - Mengadaptasi pemikiran kendiri
terhadap keperluan berasaskan data/maklumat dengan
perubahan kepada pelbagai menyatakan rasional terhadap
lapisan. perubahan.

Tahap 3 Menerima Perubahan - Berkongsi matlamat terhadap keperluan
perubahan dengan orang lain.
Pertengahan Memahami perubahan bagi - Menentukan bidang fokus perubahan
memulakan tindakan melalui tafsiran penilaian terhadap
perubahan. perubahan.
- Menyatakan perancangan tindakan dan
rasionalisasi (asas) terhadap tindakan
perubahan.

Tahap 4 Mengadaptasi Tindakan - Berkongsi realiti semasa dan matlamat
Lanjutan akhir yang hendak dicapai.
Menilai perubahan bagi - Mengadaptasi dan menyesuaikan
mengadaptasi tindakan tindakan kendiri terhadap perubahan
sendiri untuk memandu dengan mempamerkan usaha mengisi
perubahan organisasi.
keperluan perubahan.

Tahap 5 Memacu Perubahan - Menyemak semula untuk mengubah
Mahir suai tindakan dan aktiviti merujuk
Mempamerkan perubahan persekitaran dan data/
kepercayaan dan maklumat dikumpulkan.
kebertanggungjawaban - Mengupayakan orang bawahan untuk
kepada warga organisasi melaksanakan perubahan berasaskan
untuk memacu perubahan bidang fokus.
dalam mencapai - Menjelaskan kaedah pemantauan dan
pencapaian bidang fokus kawal selia yang dilaksanakan berserta
yang diputuskan. data/maklumat yang dikumpulkan.

Kamus Kompetensi | 6

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Menerajui Perubahan

Kompetensi: Menyelesai masalah

Deskripsi: Keupayaan untuk mengenal pasti masalah dan menggunakan logik,
penghakiman, dan data untuk menilai alternatif dan melaksanakan
Tahap penyelesaian untuk mencapai matlamat organisasi yang dihasratkan.
Kompetensi
Aras Penilaian
Tahap 1
Kesedaran Deskripsi Tahap Kompetensi Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
( )

Menyedari Masalah - Menilai masalah secara logik dan
tidak merujuk data/maklumat
Mempamerkan pengetahuan
yang minimum dalam mentafsir berkaitan.
situasi/masalah.

Tahap 2 Mengenal Pasti Masalah - Mentafsir masalah dengan
menyatakan pola dan jurang.
Asas Mempamerkan pengetahuan
Tahap 3 dan menggunakan - Mengenal pasti masalah utama
maklumat/data dalam mentafsir dan menilai masalah
masalah memfokuskan isu menggunakan data/maklumat.
utama.
- Menganalisis data/situasi untuk
Menganalisis Masalah bagi menentukan punca masalah.

Pertengahan Menganalisis data/situasi - Menggunakan kaedah logik untuk
secara logik dan sistematik menyusun dan menganalisis
mengikut proses penyelesaian maklumat.
masalah.

Tahap 4 Mengenal Pasti Intervensi - Mengenal pasti intervensi untuk
Lanjutan menyelesaikan masalah.
Membuat penilaian dan
membuat keputusan terhadap - Menilai kekuatan dan kelemahan
intervensi yang sesuai dengan setiap intervensi.
justifikasi yang jelas.

Tahap 5 Menyelaraskan Tindakan - Menyelidik isu berkaitan masalah.
Mahir - Melaksanakan penyelesaian,
Melaksanakan tindakan dan
membuat penilaian terhadap dengan mengambil kira realiti
faktor-faktor yang menyokong politik, organisasi dan individu.
dan menghalang tindakan yang - Menyelaraskan penyelesaian
dilaksanakan. masalah dengan pihak lain secara

berhemah dengan mengambil kira
tafsiran pelbagai pihak.

Kamus Kompetensi | 7

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Mencemerlangkan Organisasi

Kompetensi: Memimpin Pembelajaran

Deskripsi: Keupayaan untuk menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan

Tahap persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya
Kompetensi
belajar.
Tahap 1
Kesedaran Aras Penilaian

Deskripsi tahap Kompetensi Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/

( )

Memahami Tugasan - Menyatakan fungsi tugas

secara asas.

Mempamerkan pengetahuan - Menyatakan standard

berkaitan tugas dan pencapaian minimum pencapaian murid.

murid secara minimum.

Tahap 2 Menyedari Keperluan - Menyediakan sumber
Asas Pembelajaran pembelajaran yang sesuai.

Mempamerkan pengetahuan - Menyelia tugasan utama
berkaitan tugasan dan guru.
pencapaian murid serta proses
instruksional. - Mempamerkan kepekaan
terhadap keperluan
pembelajaran murid.

Tahap 3 Membimbing Pembelajaran - Membimbing (coaching) guru
berkaitan PdPc.
Pertengahan Melaksanakan tindakan menyelia
dan membimbing guru berkaitan - Mengurus sumber yang
pengajaran dan pemudahcaraan menyokong persekitaran
(PdPc) secara berkesan. pembelajaran.

Tahap 4 Mewujudkan Persekitaran - Melaksanakan
Lanjutan Pembelajaran pembangunan profesional
(CPD) secara berfokus.
Mewujudkan suasana
pembelajaran berterusan untuk - Mengupayakan pemimpin
menyokong pelaksanaan PdPc. pertengahan dalam
meningkatkan pembelajaran
Tahap 5 Memanfaatkan Persekitaran murid.
Mahir Pembelajaran
- Memantau penggunaan
Mewujudkan iklim pembelajaran sumber pembelajaran agar
kondusif bagi menyokong PdPc dimanfaatkan dalam
berkesan untuk pencapaian pembelajaran murid.
murid secara holistik.
- Mendapat sokongan dari
pemegang taruh dan
komuniti setempat.

- Menggalakkan amalan
perkongsian ilmu dalam
kalangan guru.

Kamus Kompetensi | 8

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Mencemerlangkan Organisasi

Kompetensi: Membangun Kapasiti

Deskripsi: Keupayaan menyelia dan membangunkan kapasiti staf untuk meningkatkan
kemahiran bagi melaksanakan tugasan sejajar dengan hala tuju organisasi.

Aras Penilaian

Tahap Deskripsi Tahap Kompetensi Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
Kompetensi ( )

Tahap 1 Mengetahui Tugasan Menyelia - Menyatakan fungsi tugas
menyelia secara asas.
Kesedaran Mempamerkan pengetahuan
minimum berkaitan tugas untuk - Mempamerkan pengetahuan
membangun kapasiti staf. minimum dalam membangun

kapasiti staf.

Tahap 2 Menyedari Keperluan - Menganalisis keperluan staf
Asas Pembangunan Staf berasaskan maklumat.

Mempamerkan usaha - Mempamerkan kepekaan
membangunkan kapasiti staf. terhadap pembangunan
kapasiti staf.

Tahap 3 Membuat Perancangan - Membuat perancangan dan
Pertengahan Membangunkan Kapasiti Staf pelaksanaan program
dengan merujuk pelbagai
Merancang program data dan maklumat.
pembangunan kapasiti mengikut
analisis keperluan jurang - Menyediakan perancangan
kompetensi ahli. dan sumber untuk
membangunkan kapasiti staf.

Tahap 4 Melaksana Dan Memantau - Menyelia dan membimbing
Lanjutan Program Pembangunan pelaksanaan pembangunan
Kapasiti Staf staf berasaskan kaedah
Tahap 5 pemantauan tertentu.
Mahir Melaksanakan dan memantau
program pembangunan kapasiti - Memberikan sokongan dan
staf secara berterusan. dorongan dan
mengendalikan
Meningkatkan Potensi Staf pembangunan staf
berterusan.
Menilai program pembangunan
staf yang dilaksanakan untuk - Mewujudkan peluang
meningkatkan potensi. pembangunan profesional
bagi individu untuk mencapai
kecemerlangan dan melatih
mereka dalam keperluan
pembangunan jangka
panjang mereka.

Kamus Kompetensi | 9

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Mencemerlangkan Organisasi

Kompetensi: Membina Jaringan dan Jalinan
Deskripsi:
Keupayaan membina, mengekalkan dan memanfaatkan hubungan untuk
Tahap berkongsi amalan terbaik dan berusaha ke arah matlamat yang sama.
Kompetensi
Aras Penilaian
Tahap 1
Kesedaran Deskripsi Tahap Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
( )
Kompetensi

Membina Hubungan - Mengenal pasti keperluan membina

hubungan berasaskan

Mempamerkan hubungan data/maklumat yang relevan.

dengan pihak - Mengenal pasti jawatankuasa

berkepentingan. pelaksana.

Tahap 2 Membina Kepercayaan - Berkongsi hasrat, matlamat dan
Asas objektif dengan warga organisasi
Berkongsi matlamat untuk dalam membina hubungan dengan
mendorong keterbukaan pihak berkepentingan secara lisan
dalam hubungan. atau bertulis.

Tahap 3 Memantapkan - Menyenaraikan pihak
Pertengahan Hubungan berkepentingan yang boleh
berkongsi amalan terbaik.
Tahap 4 Membina jaringan dan
Lanjutan jalinan melalui hubungan - Menghubungi pihak berkepentingan
baik dengan pihak yang boleh berkongsi amalan terbaik
berkepentingan. untuk membina jaringan dan jalinan.
Mengekalkan Hubungan - Menggunakan lebih daripada satu
Baik cara untuk mempengaruhi pihak lain.

Memperkukuhkan jaringan - Mempamerkan usaha untuk
dan jalinan yang dapat mendorong keterbukaan dan
memanfaatkan kedua penerimaan warga organisasi dalam
pihak melalui hubungan membina hubungan dengan pihak
baik. berkepentingan.

Tahap 5 Memanfaatkan - Mempamerkan usaha untuk
Mahir Hubungan mengekalkan hubungan jaringan dan
jalinan dari semasa ke semasa
Mengekal dan dengan pihak berkepentingan.
memanfaatkan hubungan
baik dengan pihak - Mengaplikasikan perkongsian
berkepentingan. amalan dengan pihak
berkepentingan ke arah
penambahbaikan organisasi.

- Mempamerkan usaha memotivasikan
warga organisasi untuk membina
jaringan dan jalinan ke arah
membantu kecemerlangan
organisasi.

Kamus Kompetensi | 10

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Keterampilan

Kompetensi: Berkomunikasi Berkesan
Deskripsi:
Berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan idea dengan lancar
Tahap
Kompetensi dan meyakinkan secara lisan dan/atau bertulis, serta boleh menerima

Tahap 1 pandangan orang lain.
Kesedaran
Aras Penilaian
Tahap 2
Asas Deskripsi Tahap Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/

Kompetensi ( )

Berkomunikasi Kurang - Maklumat yang disampaikan tidak
Lancar difahami.

Berkomunikasi secara lisan - Menggunakan bahasa kurang
dan/atau bertulis dengan sesuai dalam berkomunikasi
kurang lancar. secara lisan dan/atau bertulis.

Kelancaran Dalam - Berupaya menyampaikan idea
Berkomunikasi dengan lancar.

Berkomunikasi secara lisan - Menggunakan bahasa yang sesuai
dan/atau bertulis dengan dan mudah difahami dalam
lancar menggunakan berkomunikasi secara lisan
bahasa yang sesuai. dan/atau bertulis.

Tahap 3 Keterbukaan Dalam - Mempamerkan keterbukaan dalam
Pertengahan Berkomunikasi berkomunikasi dengan mengambil
kira pandangan orang lain.
Mendengar dan mampu
berkomunikasi secara lisan - Mempamerkan usaha
dan/atau bertulis dengan mendapatkan maklum balas dalam
lancar. berkomunikasi.

Tahap 4 Kejelasan Dalam - Berupaya menyampaikan idea
Lanjutan Berkomunikasi dengan jelas dan tersusun secara
lisan dan bertulis.
Tahap 5 Mampu menyampaikan idea
Mahir dengan lancar merujuk topik - Mempamerkan kebolehan
yang dibincangkan. membincangkan secara lisan dan
bertulis topik yang difokuskan.
Keyakinan Dalam
Berkomunikasi - Berupaya mengupas topik yang
dibincangkan melalui maklum
Mampu menyampaikan idea balas.
dengan lancar dan
meyakinkan dalam tugas - Mempamerkan kebolehan
secara sepasukan. meyakinkan pendengar/pembaca
berkaitan dengan topik yang
dibincangkan.

- Berupaya memanfaatkan
komunikasi secara lisan dan/atau
bertulis bagi mempengaruhi rakan
sepasukan dalam melaksanakan
tugasan.

Kamus Kompetensi | 11

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Keterampilan

Kompetensi: Berkepemimpinan

Deskripsi: Berkeupayaan untuk memimpin pelbagai pihak bersama untuk
merealisasikan idea dan mencapai matlamat organisasi.

Aras Penilaian

Tahap Deskripsi Tahap Kompetensi Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
Kompetensi ( )

Tahap 1 Menampilkan Keperibadian - Menampilkan pemikiran yang positif
Kesedaran Kendiri melalui tutur bicara.

Tahap 2 Menampilkan pemikiran dan - Menampilkan perlakuan yang
Asas sikap positif. positif.
Mempamerkan Kepimpinan
Tahap 3 Kendiri - Mempamerkan keberanian untuk
Pertengahan memimpin.
Mempamerkan keyakinan dan
kesanggupan memimpin. - Mempamerkan keyakinan diri untuk
melaksanakan tanggungjawab.
Mempengaruhi Warga
Organisasi - Mempamerkan nilai yang positif
dalam amalan seharian.
Menggunakan pengetahuan
dan kemahiran pengurusan - Berupaya menerangkan idea-idea
dan kepimpinan untuk perancangan bagi mencapai
mempengaruhi dan membawa matlamat organisasi.
warga organisasi untuk
mencapai matlamat bersama. - Berupaya mendapatkan sokongan
dan komitmen warga organisasi.

- Berupaya mempengaruhi warga
organisasi untuk melaksanakan
tugas.

Tahap 4 Mengurus Organisasi - Menyediakan pasukan dengan
Lanjutan maklumat dan pengetahuan bagi
Mengelola pasukan untuk melaksanakan perancangan.
Tahap 5 melaksanakan tugasan
Mahir melalui sokongan, - Mengagihkan tugasan dan
pemantauan dan khidmat menggalakkan idea daripada ahli
nasihat. yang dipimpin untuk memudahcara
pelaksanaan.
Membimbing Ke Arah
Kecemerlangan - Memantau kerja buat ahli yang
dipimpin dengan kaedah tertentu
Mempamerkan kesungguhan dan memberi khidmat nasihat.
dan usaha yang berterusan
untuk merealisasikan - Melaksanakan post mortem bagi
matlamat organisasi. mendapatkan maklumat untuk
penambahbaikan.

- Membimbing pasukan secara
terancang ke arah matlamat yang
sama.

- Mampu mendapatkan komitmen
pihak berkepentingan terhadap
usaha yang dilaksanakan untuk
kecemerlangan.

Kamus Kompetensi | 12

NPQEL 2.0

Domain Kompetensi: Keterampilan

Kompetensi: Berkeperibadian Tinggi

Deskripsi: Berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk meningkatkan kualiti peribadi
secara berterusan serta mempamerkan nilai baik dalam pemikiran serta
Tahap amalan untuk menyumbang kepada organisasi.
Kompetensi
Aras Penilaian
Tahap 1
Kesedaran Deskripsi Tahap Ilustrasi Tahap Kompetensi Catatan/
Kompetensi ( )
- Mempamerkan keupayaan untuk
Menyedari Diri menyatakan emosi dan perlakuan
kendiri.
Mengetahui personaliti diri.

Tahap 2 Memperbaiki Diri - Membuat refleksi dan mampu
Asas mengenal pasti kekuatan dan
Mempamerkan kesediaan kelemahan kendiri.
berubah ke arah kebaikan.
- Mempamerkan kesedaran untuk
Tahap 3 Mengurus Diri memperbaiki diri.

Pertengahan Mengawal dan - Mempamerkan penampilan diri dan
menyesuaikan diri dengan personaliti yang positif.
mempunyai kemampuan
memahami emosi orang - Mempamerkan keupayaan
lain. mengawal emosi apabila
berhadapan dengan orang lain dan
Tahap 4 Menghargai Diri mempamerkan pemahaman
Lanjutan terhadap tindak balas orang lain.
Menghormati diri sendiri dan
yakin terhadap nilai yang - Mempamerkan keupayaan
dipegang melalui pemikiran menyesuaikan pemikiran dan
dan amalan yang perlakuan bagi memberi tindak
dipamerkan. balas positif.

Tahap 5 Meneroka Potensi Diri - Mempamerkan nilai yang baik
Mahir dalam pemikiran serta amalan.
Memperkembangkan
potensi diri dan orang lain - Mempamerkan keyakinan dan
melalui tugasan dan wawasan dalam pertuturan dan
cabaran. tindakan.

- Mempamerkan keupayaan
memberi pandangan dengan jelas
dan tegas dan menyokong orang
lain.

- Mempamerkan usaha untuk
memperkembangkan potensi diri
melalui tugasan dan cabaran yang
baharu.

- Berkongsi pengetahuan dan
kemahiran untuk membangun
potensi orang lain untuk
menyumbang kepada organisasi.

Kamus Kompetensi | 13


Click to View FlipBook Version