KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
ALUAN GURU BESAR
WARGA PENDIDIK
PENTADBIR DAN STAF SOKONGAN
VISI DAN MISI KPM & JPN
VISI DAN MISI SEKOLAH
OBJEKTIF & MATLAMAT, MOTTO
RUKUN NEGARA
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PIAGAM PELANGGAN
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
PROFIL SEKOLAH
KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH
LOGO SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
PANDUAN AM GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH
JADUAL PERSEKOLAHAN 2020
MAKLUMAT GURU SKRJ 2020
ETIKA KERJA
SENARAI KELAS DAN GURU KELAS
JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN
TAKWIM 2020
PENGURUSAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN KURIKULUM
VISI MISI KURIKULUM
JAWATANKUASA KURIKULUM 2020
JADUAL PENCERAPAN TAHUN 2020
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
VISI MISI HAL EHWAL MURID 2020
CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID 2020
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2020
PENGURUSAN KO KURIKULUM
PIAGAM,OBJEKTIF VISI MISI KO KURIKULUM 2020
CARTA ORGANISASI /JAWATANKUASA KOKURIKULUM 202
TAKWIM KO-KURIKULUM
JADUAL AKTIVITI KO-KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA
27600 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR
Kod Sekolah : CBA6028
Tel : 09- 350 1388 / 09- 350 1389
Fax : 09- 350 1390
Email : [email protected] [email protected]
Kata-kata Aluan Guru Besar
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan, Buku Panduan
Pengurusan & Takwim Sekolah 2021 telah dapat disempurnakan untuk rujukan dan
tatapan warga SK Raub Jaya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong
Kanan , Jawatankuasa Buku Panduan , guru-guru serta staf sokongan sekolah yang
turut membantu menyediakan buku panduan ini. Sesungguhnya dengan dedikasi,
komitmen dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan sebaik
mungkin.
Mudah-mudahan dengan adanya Buku Panduan Pengurusan & Takwim Sekolah
2021 ini, guru dan semua warga Sekolah Kebangsaan Raub Jaya akan dapat
melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab
dan dapat berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi
dan visi sekolah. Begitu juga kepada pihak-pihak yang berkepentingan sekolah sama
ada secara individu mahu pun agensi atau badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan,
buku panduan ini boleh menjadi rujukan dan dapatan maklumat berkaitan sekolah ini.
Marilah kita bekerjasama dan kerja bersama-sama sebagai satu pasukan yang
mantap. Sesungguhnya kecemerlangan bukanlah satu warisan dan bukan pula hanya
sebuah impian. Kecemerlangan adalah perjuangan yang tiada noktahnya.
Jangan alpa dengan kejayaan, teruskan usaha dan
tindakan. Semoga kita terus menjadi pendidik terbaik yang akan
melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang dunia dan
akhirat. Mudah-mudahan usaha kita dipermudahkan dan
sentiasa diberkati. Kerja kita bukan “Part Time”, bukan ”Some
time”, bukan ”No Time”, Buatlah ”Fulltime”, ”Everytime” dan ”
Anytime”
Terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(EN. ZULKAFLEE BIN HAMID) 1
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Raub Jaya
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 2
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 3
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
--------------------------------------------------------------------------------------------
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 4
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
MISI
MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKESAN
ABAD KE-21
MELALUI PENDEKATAN YANG MENYELURUH
BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG
BERDASARKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 5
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
OBJEKTIF SEKOLAH
Melaksanakan VISI dan MISI sekolah berteraskan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) diteruskan
dengan Dasar PPPM (2015-2025)
1. MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERDISIPLIN, BERHEMAH TINGGI
DAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM AMALAN SEHARIAN
SEPANJANG MASA.
2. MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERTANGGUNGJAWAB, BERWAWASAN
,BERKEMAHIRAN DAN CELIK ICT.
3. MEMBERIKAN BIMBINGAN BERTERUSAN KEPADA MURID AGAR BERJAYA
DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KO KURIKULUM DAN BINA INSAN.
4. MEWUJUDKAN SUASANA DAN IKLIM SEKOLAH SELAMAT, CERIA DAN
HARMONI
5. MENJADIKAN SK RAUB JAYA SEBAGAI PENGELUAR PELAJAR YANG
BERILMU, BERAKHLAK DAN BERWAWASAN.
6. MENERAPKAN ELEMEN KBAT DALAM SETIAP ASPEK PEMBELAJARAN.
7. MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD 21 DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH.
MATLAMAT SEKOLAH
Menjelang 2025:
1. MENJADIKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG SEBAGAI AMALAN ATAU TRADISI
SEKOLAH.
2. SEMUA GURU SK RAUB JAYA YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN ADALAH
GURU TERLATIH DAN BERPENGALAMAN DAN MENGIKUT OPSYEN.
3. SEMUA MURID DIBERI PELUANG UNTUK MENYERTAI AKTIVITI / AKTIF
MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SEMUA AKTIVITI SEKOLAH.
4. PRASARANA UTAMA SEKOLAH DAN KEMUDAHAN KOKURIKULUM TELAH
LENGKAP DAN DAPAT DIAPLIKASIKAN SEMUA MURID / PELAJAR – 1 MURID 1
SUKAN
5. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SERTA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU TELAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN ICT
SEPENUHNYA.
6. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMENUHI KEHENDAK PPPM.
MOTTO SEKOLAH 6
BERILMU BERIMAN BERWAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak …
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 7
KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT
IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
MALAYSIA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:
➢ BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
➢ BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
➢ BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
➢ BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
➢ BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN
PEMBANGUNAN NEGARA
➢ BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH
NEGARA
➢ BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan
integriti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:
Pertama
Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua
Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga dan etika
Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan
jabatan;
Keempat
Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan
jenayah rasuah;
Kelima
Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat intergriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam
Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan
ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH 8
Bahawasanya kami warga sekolah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji -akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik
melalui pengurusan yang cekap kepada:
MURID
1. Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran abad 21 mengikut yang
diperuntukan masakini.;
2. Memastikan murid mendapat layanan adil dan saksama
3. Mencungkil dan memupuk bakat dan potensi murid-murid sama ada dalam bidang
akademik ,bina insan dan ko kurikulum agar menjadi insan yang berketrampilan.
4. Membentuk murid berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sesuai dengan
pegangan agama dan kepercayaan masing-masing.
5. Memastikan setiap murid Tahap Dua menyertai aktiviti kokurikulum seperti
bepersatuan,bersukan dan badan beruniform.
6. Memastikan setiap murid Tahap Satu menyertai sekurang- kurangnya satu aktiviti
kokurikulumdan kokuria mengikut bidang dengan kebenaran ibubapa atau penjaga.
7. Menyediakan suasana iklim pembelajaran yang selesa dan kawasan sekolah yang kondusif
serta selamat.
8. Mengurus kebajikan murid sesuai dengan konsep sekolah penyayang.
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
STAF
1. Menguruskan perkhidmatan pegawai dan kakitangan sokongan yang bertugas disekolah
dengan kadar yang segera dan memberi peluang kerjaya secara meluas
2. Memberi peluang agar setiap staf sekolah menerima latihan dalaman sekurang-kurangnya
tujuh hari setahun dan latihan luaran apabila dikehendaki.
WARIS
1. Setiap waris yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
2. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi dengan kadar segera dan
memuaskan.
3. Mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pendidikan
anak-anak jagaan mereka.
4. Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak
sekolah untuk dilaksanakan.
AGENSI HUBUNGAN LUAR
1. Segala urusan antara pihak sekolah dan syarikat-syarikat luar adalah formal melalui surat
rasmi.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
1. Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan
selewat-lewatnya sehari selepas surat atau arahan diterima.
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 9
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
NAMA SEKOLAH PROFIL SEKOLAH
KOD SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA
NO. TELEFON 27600 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR
EMAIL SEKOLAH
: CBA 6028
LOKASI SEKOLAH : 09- 350 1388 / 09- 350 1389
JARAK
DAERAH : [email protected]
PPD [email protected]
JENIS BANTUAN
GRED SEKOLAH : BANDAR
JENIS SESI : 6 KM DARI BANDAR RAUB DAN PPD
KELUASAN TANAH : RAUB
NAMA GURU BESAR : PPD DAERAH RAUB
BILANGAN GURU : BANTUAN KERAJAAN
STAFF : GRED B
ENROLMEN MURID : 1 SESI PAGI
: 10 EKAR 1 ROD
DARJAH TERTINGGI : ENCIK ZULKAFLEE BIN HAMID
BERASRAMA : 33 ORANG
LAMAN WEB : 5 ORANG
: MURID LELAKI - 205 ORANG
MURID PEREMPUAN - 202 ORANG
JUMLAH - 407 ORANG MURID
: DARJAH 6
: TIDAK BERASRAMA
: TIADA
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 10
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH BILANGAN
18
BIL JENIS 2
1 BILIK DARJAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1
2 BILIK DARJAH PRA SEKOLAH 1
3 BILIK KESELAMATAN 4
4 BILIK GURU BESAR 1
5 BILIK GURU PENOLONG KANAN 1
6 PEJABAT 1
7 BILIK MESYUARAT 2
8 BILIK GURU 1
9 MAKMAL KOMPUTER 1
10 BILIK MUZIK 1
11 BILIK PEMULIHAN 1
12 BILIK KOPERASI/KEDAI 2
13 PUSAT SUMBER 1
14 MAKMAL SAINS 1
15 KLINIK DAN BILIK RAWATAN 1
16 STOR SUKAN 1
17 BILIK GALERI 1
18 BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
19 BILIK PANTRI 1
20 BILIK KEMAHIRAN HIDUP 1
21 BILIK SAL 1
22 DEWAN TERBUKA 1
23 BILIK ABM 2
24 KANTIN 1
25 BILIK j.QAF 1
26 BILIK SENI 1
27 BILIK CETAK 1
28 BILIK FAIL 1
29 BILIK SUP 1
30 BILIK PENGAWAS 1
31 BILIK TAYANGAN DAN RAKAMAN 1
32 BILIK PERPUSTAKAAN MULTIMEDIA 1
33 BILIK SERVER 2
34 BILIK BUKU TEKS 1
35 STOR 1/1
36 PADANG BOLA SEPAK 1
37 GELANGGANG BOLA JARING / GELANGGANG BOLA KERANJANG 1
38 BILIK PAK 21
39 BILIK REHAT GURU 11
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
LAGU SEKOLAH
BERSATU KITA MENUJU KEJAYAAN
BERILMU MEMBAWA KEBERKATAN
IMAN DAN AMAL MENJADI PANDUAN
KE ARAH KESEJAHTERAAN
C/O
SEKOLAH RAUB JAYA
DI SINI BERMULA CITA
BERPADU TEKNOLOGI
BERSAMA IMAN DI HATI
BERGANDING KITA BERSATU TENAGA
JADIKAN AMALAN HIDUP KITA
SEKOLAH RAUB JAYA
BERILMU BERIMAN BERWAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 12
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
PANDUAN AM GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH 13
1. Arahan Am
1. 1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan kakitangan adalah terlakluk kepada scgala arahan
yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.
1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang
lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
1.7. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan, dinamik dan cekap dalam
menjalankan tugas seharian.
2. Kedatangan
2.1. Jadual waktu mesti dipatuhi sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2. Guru dan staf sokongan dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sekurang-
kurangnya 5 minit sebelum waktu bekerja / bertugas dan punch card /menandatangani
Buku Kehadiran sewaktu sampai dan semasa balik.
2.3. Jika tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat disebabkan hal-hal yang tidak dapat
dielakkan, sila hubungi pihak sekolah secepat mungkin.
2.4. Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah atau pejabat kecuali
dalam keadaan kecemasan / darurat.
2.5. Sila catatkan dalam Buku Rekod Keluar jika sekiranya terpaksa keluar dalam
waktu kerja dengan mendapatkan persetujuan dari Guru Besar atau GPK terlebih
dahulu. Sebarang kerja yang perlu diselesaikan diharap dapat menyerahkannya melalui
GPK berkenaan.
3. Cuti
3.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
3.1.1. Staf sokongan layak mendapat cuti rehat berdasarkan jawatan dan lama bertugas. Bagi
guru, berkelayakan untuk mendapat cuti penggal sekolah untuk mendapat cuti rehat,
tetapi boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar dengan tidak melebihi separuh dari cuti
penggal tahun berkenaan untuk menjalankan tugas seharian. Hanya dibenarkan bercuti
selepas diluluskan oleh majikan atau Ketua Jabatan / Guru Besar.
3.2. Cuti Sakit
3.2.1. Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan ia tidak boleh melebihi 14
hari setahun.
3.2.2. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan
pembayaran gaji.
3.3. Cuti Tanpa Gaji
3.3.1. Cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak dan jika ke
luar negeri ianya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
3.3.2. Staf sokongan hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehat.
3.3.3. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak melebihi 180 hari.
3.3.4. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu
sebelum tarikh mula bercuti.
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
3.4. Cuti Rehat Khas
3.4.1. Cuti bergaji penuh untuk guru-guru sahaja, kecuali Guru Besar. Cuti ini boleh diluluskan
oleh Guru Besar sahaja atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh
tujuh hari dalam setahun.
4. Pakaian
4.1. Hendaklah berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan tugas dan profesion keguruan.
4.2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru atau
pekerja perempuan (pakaian yang tidak menjolok mata).
4.3. Bagi lelaki adalah dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
4.4. Bagi guru Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai :
Guru Perempuan - seluar trek panjang, kemeja T. kemeja sukan, baju trek, kasut sukan
atau getah tanpa tumit.
Guru Lelaki - seluar trek panjang, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut
sukan.
5. Perhubungan Sesama Guru/Staf Sokongan
5.1. Mewujudkan perasaan kekitaan memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
dan sihat serta sentiasa dapat mengawal tutur kata.
5.2. Tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan kepada sesiapa jua di sekolah.
5.3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosio-ekonomi, kelulusan dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.
6. Bilik Guru dan Pejabat
6.1. Ketenteraman, kebersihan dan keselamatan harta benda adalah menjadi
tanggungjawab semua warga sekolah khasnya guru dan staf sokongan.
6.2. Hendaklah sentiasa berada di bilik guru / pejabat semasa tidak mengajar dan
menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran sahaja.
6.3. Tidak digalakkan murid-murid berada di bilik guru ataupun di pejabat melainkan atas
urusan penting.
7. Perjawatan dan Pengajaran 14
7.1. Masalah di dalam bidang perjawatan bolehlah dirujuk kepada Guru Besar atau
Pembantu Tadbir.
7.2. Manakala dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bolehlah berurusan dengan Guru
Besar, GPK dan Ketua Panitia.
8. Tugas
8.1. Tugasan guru berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran, hal ehwal murid dan bina
insan dan dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
8.2. Segala arahan untuk melaksanakan tugas baik dari pihak Guru Besar, PPD ataupun
JPN hendaklah dilakukan dengan cara sendiri. Sekiranya tugas terpaksa diserahkan
kepada pihak lain, sila maklumkan kepada Guru Besar. Semua tugasan adalah tertakluk
kepada budibicara Guru Besar.
9. Buku Kedatangan Murid
9.1. Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak
di bahagian dalam kulit hadapan.
9.2. Hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas
pada waktu pertama dan jika tidak hadir, Penyelaras Tahun@GPK Hem perlu
menandakannya.
9.3. Buku kedatangan ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
9.4. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama seminggu,
ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
9.5. Analisa kedatangan hendaklah dibuat / ditutup pada setiap akhir bulan dan akan
disemak oleh GPK HEM atau guru yang bertanggungjawab atau Pembantu Operasi.
9.6. Guru atau sesiapa sahaja tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan
murid
ini.
9.7. Buku ini akan diaudit pada akhir tahun dan perlu dikemaskinikan dari semasa ke
semasa.
10. Keselamatan Harta Benda Sekolah
10.1. Semua warga sekolah dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah dan hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah
jika terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan.
10.2. Ketua-ketua unit hendaklah memastikan ada peraturan yang disediakan mengenai
penggunaan alatan di bilik-bilik tertentu.
11. Kebersihan
11.1. Jadual kerja harian kelas perlu disediakan bagi memastikan kelas sentiasa bersih dan
ceria serta menjaga keselamatan peralatannya.
11.2. Semua warga sekolah bertanggungjawab terhadap bilik tertentu yang
dipertanggungjawabkan kepadanya dan kawasan sekolah keseluruhannya.
12. Surat menyurat
12.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar dengan menggunakan
kepala surat dan nombor rujukan sekolah.
12.2. Segala penerimaan surat rasmi hendaklah direkodkan oleh Pembantu Operasi dan
diteliti oleh Guru Besar sebelum diedar kepada warga sekolah yang lain.
12.3. Warga sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera setelah menerima
surat berkenaan.
12.4. Setelah dibereskan segala perkara yang berkaitan, surat tersebut hendaklah
dikembalikan ke dalam fail yang berkaitan.
13. Urusan ke JPN/PPD
13.1. Warga sekolah tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah atas urusan peribadi.
14. Pelawat / Tetamu
14.1. Semua pelawat/wakil-wakil syarikat/peniaga atau sesiapa sahaja, dikehendaki berjumpa
dengan Guru Besar terlebih dahulu sebelum berbincang dengan warga sekolah yang
lain.
15. Pembelian Barang
15.1. Warga sekolah yang hendak membeli barang mestilah mendapatkan kebenaran dengan
menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat serta mendapatkan pengesahan
15.2. dari Ketua Panitia / Unit / GPK sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
15.3. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
Segala invois mestilah ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam
buku stok dengan kemas.
16. Mesyuarat Guru / Kakitangan
16.1. Kedatangan guru dan kakitangan adalah diwajibkan apabila dipanggil oleh GPK atau
Ketua Panitia ataupun Ketua Unit.
17. Buku Stok/Inventori
17.1. Ketua Panitia/Unit bertanggungjawab menguruskannya dan memastikan maklumat
dalam buku stok/inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini dari semasa
ke semasa yang akan disemak oleh Guru Besar.
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 15
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025
18. Tanda Nama
18.1. Semua warga sekolah diwajibkan memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di dalam atau di luar sekolah.
19. Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan
19.1. Semua guru dan kakitangan secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Kakitangan
Sekolah dan yurannya tertakluk kepada keputusan mesyuarat berkenaan.
20. Penggunaan Alatan dan barang
20.1. Penggunaan alatan hendaklah mengikut peraturan yang betul dan mendapat kebenaran
dari Ketua Unit berkenaan/GPK/Guru Besar.
20.2. Bertanggungjawab penuh terhadap alatan dan memulangkan kembali dengan segera
selepas digunakan. Sila rekodkan dalam buku pinjaman, penggunaan dan tandatangan
selepas dipulangkan.
20.3. Buat laporan, jika terdapat sebarang kerosakan.
21. Arahan dan Pekeliling
21.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca.
21.2. Sekiranya diberi terus, arahan tersebut hendaklah difailkan dalam fail khas individu
berkenaan.
21.3. Tindakan segera hendaklah diambil dan dipulangkan kembali ke pejabat.
22. Telefon / Fax / Internet
22.1. Penggunaannya dikhaskan untuk urusan rasmi sahaja dan perlu mendapatkan
kebenaran dari pihak Guru Besar serta direkodkan dalam buku penggunaan telefon.
23. Kunci
23.1. Semua kunci mestilah dikembalikan dan disimpan semula di pejabat. Sekiranya perlu,
guru berkenaan perlulah mendapatkan kebenaran memegangnya dari Guru Besar.
23.2. Guru dan kakitangan tidak dibenarkan menyuruh murid-murid untuk mengambil dan
menyimpan kunci tersebut semasa waktu persekolahan.
24. Acara Rasmi atau Majlis Sekolah
24.1. Semua guru dan kakitangan dikehendaki hadir dalam sebarang acara atau majlis rasmi
sekolah tanpa pengecualian
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 16
PERINGKAT NEGERI MENJELANG TAHUN 2025