The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(DISEMAK) PERLEMBAGAAN PEWAKAS (PERSATUAN WANITA KASTAM MALAYSIA).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sis.uniey, 2025-03-06 13:50:36

(DISEMAK) PERLEMBAGAAN PEWAKAS (PERSATUAN WANITA KASTAM MALAYSIA).

(DISEMAK) PERLEMBAGAAN PEWAKAS (PERSATUAN WANITA KASTAM MALAYSIA).

1 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 PERSATUAN WANITA KASTAM MALAYSIA (PEWAKAS MALAYSIA) PPM - 003 - 16 - 15092021 FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Wanita Kastam Malaysia. Selepas ini disebut “PEWAKAS MALAYSIA”. (2) Takrif Nama: Ahli PEWAKAS MALAYSIA adalah terdiri daripada: A. “anggota wanita” ertinya pegawai wanita (termasuk pegawai kader) dan kakitangan wanita yang sedang dalam perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); dan B. “isteri” ertinya isteri kepada pegawai atau kakitangan yang sedang dalam perkhidmatan di JKDM. (3) Bertaraf: Kebangsaan FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan PEWAKAS MALAYSIA dan alamat surat-menyurat adalah seperti yang berikut: Yang Dipertua PEWAKAS MALAYSIA Aras 10, Presint 2, 62596 Putrajaya Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3, Persiaran Perdana, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat PEWAKAS MALAYSIA tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


2 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 FASAL 3 MATLAMAT 3.1 Menjaga kebajikan ahli. 3.2 Memberi sumbangan, penghargaan, hadiah, cenderahati atau lain-lain manafaat kepada ahli dan keluarganya. 3.3 Mewujudkan satu persatuan yang kukuh, bersemangat, berkemampuan membantu ahli dan menaikkan imej JKDM. 3.4 Merapatkan perhubungan muhibah dan menjamin perpaduan keseluruhan anggota wanita dan isteri JKDM. 3.5 Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan ahli persatuan. 3.6 Memajukan dan membangunkan ekonomi, kebudayaan, pendidikan, sosial dan kebajikan ahli mengikut cara-cara yang sah di sisi undangundang. 3.7 Mengadakan kerja amal yang difikir bersesuaian untuk membangkitkan perasaan persaudaraan dan mengeratkan tali silaturrahim antara ahli tanpa mengira pangkat dan taraf dengan anggota JKDM dan masyarakat. 3.8 Memupuk dan meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan ahli persatuan dengan mengadakan aktiviti sukan, menganjurkan atau menerima jemputan perlawanan persahabatan dan mengambil bahagian dalam pertandingan sukan yang bersesuaian. 3.9 Meningkatkan dana dan mentadbir kewangan PEWAKAS MALAYSIA dengan menjalankan aktiviti seperti bazar jualan, kafetaria, lelongan barangan, tayangan perdana, menganjurkan seminar dan lain-lain. 3.10 Semua wang dan keuntungan yang diperoleh hasil daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan untuk memajukan dan menjalankan aktiviti PEWAKAS MALAYSIA dan kutipan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah kepada mana-mana ahli tertentu dalam PEWAKAS MALAYSIA. Namun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik seperti membayar elaun atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli. 3.11 Menaikkan imej JKDM dengan mengadakan program bagi mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan dalam dan luar negara.


3 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 3.12 Memperoleh aset alih atau tidak alih seperti tanah, bangunan dan aset lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli, sewa-beli dan sebagainya. 3.13 Menubuhkan cawangan mengikut kaedah dan cara yang diluluskan oleh PEWAKAS MALAYSIA. FASAL 4 KEAHLIAN 4.1 Keahlian PEWAKAS MALAYSIA adalah terbuka kepada semua anggota wanita dan isteri anggota yang berkhidmat di JKDM dan bertugas di Cawangan yang berikut: 1. Putrajaya; 2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; 3. Selangor; 4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur; 5. Negeri Sembilan; 6. Melaka; 7. Johor; 8. Perlis; 9. Perak; 10. Kedah; 11. Kelantan; 12. Terengganu; 13. Pahang; 14. Pulau Pinang; 15. Sabah; 16. Sarawak; 17. Wilayah Persekutuan Labuan; 18. Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL); dan 19. Pemungut Cukai Persekutuan Singapura. 4.2 Permohonan keahlian hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan dan dimajukan kepada Jawatankuasa yang telah dilantik untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh, mengikut budi bicaranya, menolak permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 4.3 Mana-mana ahli tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa dokumen atau pekeliling tentang PEWAKAS MALAYSIA kecuali dokumen atau pekeliling itu diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat atau berurusan tentang PEWAKAS MALAYSIA, kepada bukan ahli, pertubuhan lain atau pemberita tanpa mendapat kelulusan itu. 4.4 Adalah menjadi kewajipan ahli untuk mematuhi peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh PEWAKAS MALAYSIA.


4 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 5.1 Mana-mana ahli PEWAKAS MALAYSIA boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengemukakan notis bertulis kepada Setiausaha Agung Persatuan dan segala hutang perlu diselesaikan. 5.2 Mana-mana bekas ahli boleh memohon semula untuk menjadi ahli dengan mengemukakan permohonan baharu. 5.3 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang PEWAKAS MALAYSIA atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik PEWAKAS MALAYSIA boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. 5.4 Ahli yang telah dipecat, bersara, berhenti, meninggal dunia atau tamat tempoh perkhidmatannya dari JKDM adalah terhenti keahliannya secara automatik dan akan kehilangan semua kelebihan serta kepentingan yang ditetapkan dalam PEWAKAS MALAYSIA. 5.5 Ahli yang suaminya telah dipecat, bersara, berhenti, meninggal dunia atau tamat tempoh perkhidmatannya dari JKDM adalah terhenti keahliannya secara automatik dan akan kehilangan semua kelebihan serta kepentingan yang ditetapkan dalam PEWAKAS MALAYSIA. 5.6 Ahli yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Pusat atau Cawangan yang keahliannya atau ahli yang suaminya telah dipecat, bersara, berhenti, meninggal dunia atau tamat tempoh perkhidmatannya dari JKDM akan secara automatik terlucut jawatan pada tarikh pemberhentian atau pemecatannya. 5.7 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang PEWAKAS MALAYSIA atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik PEWAKAS MALAYSIA atau melakukan perbuatan salah laku mengikut tafsiran Jawatankuasa Pusat, boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Pusat. Sebelum Jawatankuasa Pusat memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli tu hendaklah diberitahu akan sebabsebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah dilaksanakan, melainkan Jawatankuasa Pusat menunda atau membatalkan keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut.


5 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 6.1 Yuran 6.1.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran keahlian sebanyak RM5.00 setiap bulan dengan cara yang berikut: i. secara potongan gaji melalui Biro Angkasa ke akaun PEWAKAS MALAYSIA bagi pegawai dan kakitangan wanita kecuali pegawai kader; atau ii. secara pemindahan dalam talian ke akaun PEWAKAS MALAYSIA bagi ahli yang berstatus isteri anggota JKDM dan pegawai kader yang berkhidmat di JKDM. 6.1.2 Kutipan atau bayaran untuk tujuan tertentu dengan amaun tertentu boleh dikutip sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat. 6.2 Sumbangan 6.2.1 Sumbangan subsidi Kerajaan, penerimaan geran Kerajaan atau sumbangan daripada mana-mana pihak. 6.2.2 Sumbangan dana daripada syarikat dan individu khususnya bagi tujuan pengiklanan dalam penerbitan Majalah PEWAKAS MALAYSIA, penganjuran seminar, bengkel, tayangan perdana, aktiviti sukan atau rekreasi, makan malam serta lain-lain program yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi. 6.2.3 Sumber kewangan ini hendaklah digunakan untuk meningkat dan membangunkan matlamat PEWAKAS MALAYSIA. 6.2.4 Segala bayaran yuran dan urusan kewangan hendaklah berurusan dengan Bendahari Agung yang telah dilantik. 6.3 Kegiatan Ekonomi 6.3.1 Pelbagai sewaan 6.3.2 Jualan stok FASAL 7 MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) 7.1 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan


6 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 7.1.1 Persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan dua (2) tahun sekali, dikenali sebagai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan (selepas ini dirujuk sebagai Mesyuarat Agung Perwakilan) 7.1.2 Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah diadakan tidak lewat daripada 30hb Jun, pada tahun berkenaan. Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi. 7.1.3 Kehadiran Mesyuarat Agung Perwakilan terdiri daripada Majlis Tertinggi, Perwakilan Cawangan dan Pemerhati. 7.1.4 Perwakilan Cawangan hendaklah memegang jawatan dalam Jawatankuasa Cawangan. 7.1.5 Jawatankuasa Pusat dan Perwakilan Cawangan sahaja yang berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. Walau bagaimanapun, hanya Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan mempunyai undi pemutus. 7.1.6 Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan ialah: i. Melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan, jika perlu; ii. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan yang lalu; iii. Menerima laporan pembentangan laporan aktiviti PEWAKAS MALAYSIA oleh Setiausaha Agung; iv. Pembentangan penyata kewangan yang telah diaudit oleh Bendahari Agung; dan v. Melantik Penolong Setiausaha Agung, Penolong Bendahari Agung, Pentadbir Harta dan Juruaudit. 7.1.7 Notis pemberitahuan Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua Cawangan


7 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 melalui Jawatankuasa Cawangan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan ditetapkan. 7.1.8 Setiap Cawangan hendaklah mengemukakan pencalonan bagi jawatan Jawatankuasa Pusat kepada Setiausaha Agung dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agung Perwakilan. 7.1.9 Proses pemilihan Jawatankuasa Pusat hendaklah dibuat mengikut kesesuaian. 7.1.10 Kehadiran korum bagi Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah sekurang-kurangnya satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali ganda jumlah bilangan Jawatankuasa Pusat, mengikut mana yang kurang. 7.1.11 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. 7.1.12 Jika selepas penangguhan pertama kehadiran masih juga tidak mencukupi, mesyuarat hendaklah diteruskan tetapi perwakilan tidak mempunyai kuasa untuk meminda atau mengubah perlembagaan PEWAKAS MALAYSIA atau membuat keputusan yang melibatkan semua ahli. 7.1.13 Setiausaha Agung hendaklah menyediakan minit Mesyuarat Agung Perwakilan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas Mesyuarat Agung Perwakilan tamat. 7.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan 7.2.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan boleh diadakan: i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau ii. Atas permintaan bertulis yang tidak kurang daripada satu perempat (1/4) daripada keseluruhan ahli dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.


8 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 7.2.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang diminta hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7.2.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 7.2.4 Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang dipanggil di bawah perenggan 7.2.1(i), korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Pewakilan seperti di perenggan 7.1.11 dan 7.1.12 akan terpakai bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan. 7.2.5 Bagi mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang diminta di bawah perenggan 7.2.1(ii), perenggan 7.1.10 adalah terpakai dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan bagi tujuan yang sama tidak boleh dibenarkan sehingga sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh tersebut. 7.2.6 Setiausaha Agung hendaklah menyediakan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan selesai. FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT 8.1 Penjalanan dan pengurusan PEWAKAS MALAYSIA hendaklah terletak kepada Jawatankuasa Pusat. 8.2 Jawatankuasa Pusat terdiri daripada: 8.2.1 Majlis Tertinggi (MT) 8.2.2 Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) 8.3 Keanggotaan, Tugas dan Tanggungjawab Majlis Tertinggi A. Majlis Tertinggi terdiri daripada:


9 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 1. Yang Dipertua (YDP) Diisi oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia (wanita) atau isteri Ketua Pengarah Kastam Malaysia atau yang dilantik Ketua Pengarah Kastam Malaysia 2. Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Diisi oleh tiga (3) Timbalan Ketua Pengarah Kastam (wanita) atau isteri Timbalan Ketua Pengarah Kastam (mengikut bilangan struktur semasa yang wujud dalam JKDM). 3. Setiausaha Agung (lantikan YDP) 4. Bendahari Agung (lantikan YDP) 5. Penolong Setiausaha Agung 6. Penolong Bendahari Agung 7. Pengerusi Cawangan Diisi oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah (wanita) atau isteri Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Zon Sabah, Pengarah Operasi Zon (wanita) atau isteri Pengarah Operasi Zon, Pengarah Kastam Negeri (wanita) atau isteri Pengarah Kastam Negeri seluruh Malaysia, Pengarah AKMAL dan PCKP. 8. Ahli Majlis Tertinggi Biasa Diisi oleh Pengarah-Pengarah Kastam Ibu Pejabat (wanita) atau isteri Pengarah - Pengarah Kastam Ibu Pejabat dan Pengarah Operasi Zon (wanita) atau isteri Pengarah Operasi Zon. 9. Tiga (3) orang Pentadbir Harta 10. Dua (2) orang Juruaudit B. Tugas Anggota Majlis Tertinggi 1. Yang Dipertua


10 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 i. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pentadbiran dan bagi maksud itu boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa; ii. Mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Projek-projek Luar Biasa bagi PEWAKAS MALAYSIA; iii. Menerajui kepimpinan pengurusan organisasi; iv. Memantau prestasi kemajuan Cawangan; v. Mengawal dan memantau pengurusan kewangan menurut Garis Panduan Pentadbiran dan Kewangan PEWAKAS MALAYSIA; vi. Menilai keberkesanan program dan aktiviti yang dilaksanakan; dan vii. Mempunyai undi pemutus dalam apa jua keputusan. 2. Timbalan Yang Dipertua i. Menjalankan tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya; dan ii. Menjalankan tugas Yang Dipertua bagi aktiviti tertentu dari semasa ke semasa. 3. Setiausaha Agung i. Mengendalikan segala urusan Persatuan Luar Biasanya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas kerja dan minit mesyuarat; ii. Bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini sistem pendaftaran keahlian; iii. Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan;


11 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 iv. Mengeluarkan notis, memanggil mesyuarat, mencatat minit mesyuarat, menyediakan minit dan mengedarkannya; v. Mengirim penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia; vi. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa. 4. Bendahari Agung Tertakluk kepada Garis Panduan Pentadbiran dan Kewangan PEWAKAS MALAYSIA: i. Bertanggungjawab terhadap semua urusan kewangan; ii. Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod kewangan; iii. Menandatangani semua cek bersama-sama Yang Dipertua atau Setiausaha Agung bagi pihak PEWAKAS MALAYSIA; dan iv. Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Juruaudit. v. Bertanggungjawab mengagihkan wang yuran kepada Cawangan dalam tempoh tiga bulan (3) sekali dan pengagihan hendaklah dibuat selewatlewatnya 15 haribulan bulan berikutnya. 5. Penolong Setiausaha Agung Membantu Setiausaha Agung menjalankan tugastugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. 6. Penolong Bendahari Agung


12 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 Tertakluk kepada Garis Panduan Pentadbiran dan Kewangan PEWAKAS MALAYSIA: Membantu Bendahari Agung menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. 7. Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa Menghadiri setiap mesyuarat Majlis Tertinggi dan membantu menjalankan aktiviti-aktiviti PEWAKAS MALAYSIA. C. Tanggungjawab Majlis Tertinggi 1. Bertanggungjawab menerima dan meluluskan penggubalan dasar serta merancang strategi pelaksanaan Perlembagaan; 2. Bertanggungjawab menyusun dasar mengikut aktiviti PEWAKAS MALAYSIA dan mengawasi serta menentukan bahawa tidak ada perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan perlembagaan persatuan dan Kerajaan; 3. Merujuk kepada Mesyuarat Agung Perwakilan untuk makluman dan kelulusan mengenai dasar dan pindaan Perlembagaan; 4. Bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalam tempoh empat belas (14) hari kepada ahli-ahlinya. Yang Dipertua ataupun Timbalan Yang Dipertua dengan persetujuan Yang Dipertua boleh bertindak berseorangan, ataupun tidak kurang daripada sepuluh (10) orang ahli, boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak; 5. Korum bagi mesyuarat Majlis Tertinggi adalah sah jika dihadiri oleh satu perdua (1/2) daripada jumlah anggota Majlis Tertinggi; 6. Menggugurkan keanggotaan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan, dengan persetujuan Yang Dipertua, sekiranya tindakannya itu difikirkan betul dan tepat dari segi kepentingan Persatuan;


13 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 7. Semua keputusan Majlis Tertinggi mestilah dipatuhi oleh semua ahli Persatuan kecuali dipinda oleh satu keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan; dan 8. Majlis Tertinggi boleh memberi tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan memutuskan perkara yang tidak disebutkan dalam Perlembagaan. Keputusan Majlis Tertinggi terhadap ahli-ahlinya adalah muktamad kecuali perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. 8.4 Keanggotaan, Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kerja Tertinggi A. Keanggotaan Jawatankuasa Kerja Tertinggi adalah seperti yang berikut: 1. Yang Dipertua 2. Timbalan Yang Dipertua I 3. Timbalan Yang Dipertua II 4. Timbalan Yang Dipertua III 5. Setiausaha Agung 6. Bendahari Agung 7. Penolong Setiausaha Agung 8. Penolong Bendahari Agung 9. Pegawai Kebajikan 10. Pegawai Publisiti Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh melantik Exco Pusat. Keanggotaan Jawatankuasa Kerja Tertinggi terdiri daripada lima (5) orang Exco Pusat seperti yang berikut: 1. Pegawai Ekonomi; 2. Pegawai Pendidikan dan Latihan; 3. Pegawai Sukan dan Rekreasi; 4. Pegawai Tugas-Tugas Luar Biasa; dan 5. Pegawai Tatakelola. B. Tugas Anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi 1. Yang Dipertua akan menjadi Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa KerjaTertinggi.


14 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 2. Timbalan Yang Dipertua akan menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya. 3. Setiausaha Agung akan mengeluarkan notis memanggil mesyuarat, mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya. 4. Bendahari Agung bertanggungjawab menyediakan laporan akaun dan menyimpan akaun wang keluar masuk. 5. Penolong Setiausaha Agung bertanggungjawab membantu Setiausaha Agung menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. 6. Penolong Bendahari Agung bertanggungjawab membantu Bendahari Agung menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. 7. Pegawai Kebajikan bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan ahli, menguruskan tuntutan ahli, mengemaskini dan menyimpan semua rekod tuntutan, memaklumkan kepada Majlis Tertinggi, menyediakan Laporan Kebajikan bagi Mesyuarat Agung Perwakilan. 8. Pegawai Publisiti menguruskan hal ehwal penerbitan, menjalankan projek penerangan, mengemaskini dan menyimpan semua rekod dan gambar aktiviti dalam bentuk dan cara yang bersesuaian dan menyediakan Laporan Publisiti bagi Mesyuarat Agung Perwakilan. 9. Exco Pusat hendaklah bertanggungjawab untuk membantu Jawatankuasa Kerja Tertinggi dalam mentadbir dari sudut kemajuan kerjaya, ekonomi, sukan dan rekreasi, perundangan dan lain-lain yang berkaitan persatuan. 10. Semua Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi hendaklah menghadiri setiap Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan membantu menjalankan kegiatan Persatuan.


15 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 8.5 Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja PEWAKAS MALAYSIA dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan PEWAKAS MALAYSIA yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan. Jawatankuasa tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan tanpa terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan aktiviti dalam tahun lalu kepada Mesyuarat Agung Perwakilan. 8.6 Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa Pusat tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan penjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 8.7 Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling. 8.8 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli jawatankuasa. 8.9 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu. 8.10 Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat. 8.11 Ahli Jawatankuasa Pusat yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Pusat.


16 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 8.12 Jika ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, maka Jawatankuasa Pusat diberi kuasa untuk melantik ahli lain untuk mengisi kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan diadakan. 8.14 Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak. 8.15 Jawatankuasa Pusat yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat maklumbalas, buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa Pusat baharu. FASAL 9 KEWAJIPAN PEGAWAI Mana-mana ahli Persatuan yang telah dilantik atau dipilih memegang jawatan dalam Persatuan hendaklah, dalam masa menyandang jawatan tersebut, memikul tanggungjawab sebagaimana diamanahkan. FASAL 10 KEWANGAN 10.1 Tertakluk kepada peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan PEWAKAS MALAYSIA, termasuklah belanja pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira penyata kewangan. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. 10.2 Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama PEWAKAS MALAYSIA. 10.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari penyata kewangan PEWAKAS MALAYSIA hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Agung bersama-sama Yang Dipertua atau Setiausaha Agung. 10.4 Perbelanjaan yang kurang daripada RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Yang Dipertua bersama-sama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.


17 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 10.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) tetapi tidak melebihi RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung Perwakilan terlebih dahulu. 10.6 Penyata kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta kira-kira bagi tempoh setahun bagi satu sesi hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan PEWAKAS MALAYSIA. 10.7 Tahun kewangan PEWAKAS MALAYSIA ini hendaklah bagi tempoh dua belas (12) bulan iaitu bermula dari 1hb Januari hingga 31hb Disember tiap-tiap tahun. 10.8 PEWAKAS MALAYSIA yang mempunyai baki akaun melebihi RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) hendaklah melantik Juruaudit Bertauliah untuk diaudit. FASAL 11 JURUAUDIT 11.1 Dua (2) orang ahli PEWAKAS MALAYSIA yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi atau Cawangan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan atau Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. 11.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan PEWAKAS MALAYSIA dan Cawangan-cawangannya bagi setahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan. Juruaudit yang dilantik boleh, apabila dikehendaki oleh Yang Dipertua, Majlis Tertinggi atau Pengerusi Cawangan, memeriksa kira-kira Persatuan atau Cawangan pada bila-bila masa dalam masa mereka


18 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 memegang jawatan dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi atau Cawangan. FASAL 12 PENTADBIR HARTA 12.1 Harta tak alih Persatuan atau Cawangan hendaklah diletakkan di bawah kuasa tiga (3) orang Pentadbir Harta yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Perwakilan atau Mesyuarat Agung Cawangan. 12.2 Pelantikan Pentadbir Harta disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Persatuan atau Cawangan. 12.3 Pentadbir Harta hendaklah memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. 12.4 Pentadbir Harta tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Persatuan atau Cawangan tanpa mendapat kelulusan dan kuasa melalui Mesyuarat Agung Perwakilan atau Mesyuarat Agung Cawangan. 12.5 Seseorang Pentadbir Harta itu bolehlah dilucutkan daripada jawatannya dalam Mesyuarat Agung Perwakilan atau Mesyuarat Agung Cawangan disebabkan uzur kerana penyakit atau tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan Pentadbir Harta itu tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. 12.6 Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pelucutan jawatan seseorang Pentadbir Harta, maka kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh Pentadbir Harta baharu yang dilantik oleh Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Cawangan, dengan memakluman perkara tersebut dalam Mesyuarat Agung Pewakilan atau Mesyuarat Agung Cawangan. FASAL 13 PEMBUBARAN 13.1 PEWAKAS MALAYSIA boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung Perwakilan atau dalam


19 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 suatu Mesyuarat Luar Biasa Perwakilan yang diadakan untuk tujuan tersebut. 13.2 Sekiranya pembubaran PEWAKAS MALAYSIA ini berlaku, cara penyelesaian hutang piutang PEWAKAS MALAYSIA hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. 13.3 Kenyataan berhubung dengan pembubaran dan maklumat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966 hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat tersebut diadakan. FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN 14.1 Penubuhan Cawangan Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan Cawangan di mana-mana negeri, dan Jawatankuasa Pusat hendaklah mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan di bawah seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] sebelum menubuhkan Cawangan. 14.2 Pembubaran Cawangan Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan Cawangan jika Cawangan tidak patuh pada undang-undang PEWAKAS MALAYSIA, atau keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika difikirkan bersalah oleh Jawatankuasa Pusat kerana perbuatan yang menjejaskan nama PEWAKAS MALAYSIA. 14.3 Keputusan untuk membubarkan mana-mana Cawangan hendaklah dengan undi terbanyak dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dengan syarat sebelum suatu keputusan untuk membubarkan Cawangan dibuat atas sebab yang disebut dalam perenggan 14.2, Cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama tiga puluh (30) hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan tersebut. 14.4 Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung dan diserahkan kepada Cawangan berkenaan. Cawangan tidak dibenarkan untuk beroperasi dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali bagi menguruskan hal urusan


20 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 pembubaran. Mana-mana Cawangan yang tidak berpuas hati dengan perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat, perintah pembubaran masih berkuat kuasa sehingga perintah itu dibatalkan. 14.5 Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi Cawangan yang dibubarkan hendaklah menyerahkan kepada Setiausaha Agung salinan segala buku dan rekod, wang dan harta yang dimiliki oleh Cawangan itu berserta dengan penyata kewangan Cawangan daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran. FASAL 15 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN 15.1 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan 15.1.1 Persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan dua (2) tahun sekali, dikenali sebagai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan (selepas ini dirujuk sebagai Mesyuarat Agung Cawangan). 15.1.2 Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb Mac, pada tahun berkenaan. Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Cawangan. 15.1.3 Agenda bagi Mesyuarat Agung Cawangan ialah: i. Melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung Cawangan, jika perlu; ii. Mengesahkan minit Mesyuarat Cawangan yang lalu; iii. Menerima laporan pembentangan laporan aktiviti Cawangan oleh Setiausaha; iv. Pembentangan penyata kewangan Cawangan yang telah diaudit oleh Bendahari;


21 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 v. Memilih Jawatankuasa Cawangan, Juruaudit dan Pentadbir Harta Cawangan; vi. Memilih wakil Mesyuarat Perwakilan; dan vii. Membincangkan usul-usul yang akan dibentangkan di peringkat Mesyuarat Agung Perwakilan. 15.1.4 Setiausaha hendaklah mengeluarkan satu notis memberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat mesyuarat 30 hari sebelum mesyuarat diadakan serta meminta ahli mengemukakan usul yang hendak dibincangkan. 15.1.5 Usul untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah sampai kepada Setiausaha tidak lewat daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat. 15.1.6 Setiausaha hendaklah mengedarkan minit Mesyuarat Agung Cawangan yang lalu, laporan Cawangan, penyata kira-kira yang telah diaudit dan apa-apa usul jika ada, kepada ahli tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan. 15.1.7 Kehadiran korum bagi Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah sekurang-kurangnya satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali ganda jumlah bilangan Jawatankuasa Cawangan, mengikut mana-mana yang kurang. 15.1.8 Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak melebihi tiga puluh (30) hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan. 15.1.9 Setiausaha Cawangan hendaklah menyediakan minit Mesyuarat Agung Cawangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.


22 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 15.1.10 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar satu salinan minit Mesyuarat Agung Cawangan kepada Setiausaha Agung dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya Mesyuarat Agung Cawangan itu. 15.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan 15.2.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah diadakan: i. Atas Arahan Majlis Tertinggi; atau ii. Atas permintaan bertulis yang tidak kurang daripada satu per empat (1/4) daripada ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. 15.2.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah diadakan tidak lewat daripada lima belas (15) hari selepas menerima arahan atau permintaan tersebut. 15.2.3 Korum Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan adalah sama sebagaimana dalam perenggan 15.1.7 . Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan yang diminta di bawah subperenggan 15.2.1(ii), jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan mesyuarat bagi tujuan yang sama tidak boleh dipanggil sehingga sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh mesyuarat tersebut. 15.2.4 Setiausaha Cawangan hendaklah menyediakan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan dalam tempoh 30 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan. 15.1.10 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar satu salinan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan kepada Setiausaha Agung dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan itu.


23 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN 16.1 Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan i. Pengerusi; ii. Timbalan Pengerusi; iii. Setiausaha; iv. Bendahari; v. Penolong Setiausaha; vi. Penolong Bendahari; dan vii. Tidak kurang daripada tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa 16.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan 16.2.1 Pengerusi Diisi oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah (wanita) atau isteri Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Zon Sabah, Pengarah Operasi Zon (wanita) atau isteri Pengarah Operasi Zon, Pengarah Kastam Negeri (wanita) atau isteri Pengarah Kastam Negeri seluruh Malaysia, Pengarah AKMAL dan Pemungut Cukai Persekutuan Singapura. 16.2.2 Timbalan Pengerusi i. Diisi tidak lebih daripada dua (2) orang. ii. Dipilih dua (2) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Cawangan. 16.2.3 Setiausaha Dilantik dalam Mesyuarat Agung Cawangan. 16.2.4 Bendahari Dilantik dalam Mesyuarat Agung Cawangan. 16.3 Jawatan-jawatan bagi Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan ahli jawatankuasa biasa hendaklah dipilih melalui undi terbanyak dalam Mesyuarat Agung Cawangan dua (2) tahun sekali.


24 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 16.4 Jika berlaku kekosongan bagi jawatan dalam perenggan 16.1, kecuali bagi jawatan Pengerusi, maka calon kedua yang mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah ditawarkan untuk memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya tawaran itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhak memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi tempoh perkhidmatan berkenaan. 16.5 Fungsi Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengatur kerja harian Cawangan mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Perwakilan. 16.6 Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada dua (2) kali setahun. Setiausaha Cawangan hendaklah mengeluarkan notis bagi tiap-tiap mesyuarat kepada ahli Jawankuasa Cawangan tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. 16.7 Pengerusi Cawangan atau tidak kurang daripada tiga (3) orang ahli Jawatankuasa Cawangan boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per empat (1/4) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 16.8 Setiausaha Cawangan hendaklah memberikan satu salinan minit mesyuarat Jawatankuasa Cawangan yang diadakan di bawah perenggan 16.6 kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 30 hari selepas mesyuarat itu diadakan. FASAL 17 TUGAS ANGGOTA JAWATANKUASA CAWANGAN 17.1 Pengerusi Cawangan 17.1.1 Mempengerusikan semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat; 17.1.2 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat untuk diluluskan;


25 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 17.1.3 Menandatangani cek Cawangan bersama-sama dengan Bendahari atau Setiausaha; 17.1.4 Menerajui kepimpinan pengurusan organisasi; 17.1.5 Merancang program dan aktiviti Cawangan; dan 17.1.6 Memimpin dan memantau prestasi kemajuan Cawangan. 17.2 Timbalan Pengerusi Cawangan 17.2.1 Memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya; dan 17.2.2 Membantu tugas-tugas Pengerusi. 17.3 Setiausaha Cawangan 17.3.1 Menjalankan kerja Cawangan mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan hendaklah menjalankan perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan; 17.3.2 Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Cawangan kecuali buku akaun dan dokumen kewangan; 17.3.3 Hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat; 17.3.4 Mengendalikan segala urusan persatuan khususnya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas kerja Persatuan dan minit mesyuarat; 17.3.5 Menyimpan rekod daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli; 17.3.6 Mengemaskini sistem pendaftaran keahlian dan pemegang jawatan yang lengkap; 17.3.7 Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan; dan


26 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 17.3.8 Apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. 17.4 Bendahari Cawangan 17.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan penyata kewangan Cawangan. 17.4.2 Menandatangani semua cek Cawangan bersamasama dengan Pengerusi Cawangan atau Setiausaha Cawangan. 17.4.3 Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Juruaudit sebaik sahaja tamat tahun kewangan. 17.5 Penolong Setiausaha Cawangan Membantu Setiausaha Cawangan dalam menjalankan kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaan Setiausaha Cawangan. 17.6 Penolong Bendahari Cawangan Membantu Bendahari Cawangan dalam menjalankan kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaan Bendahari Cawangan. 17.7 Ahli Jawatankuasa Cawangan Menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Cawangan FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN 18.1 Sumber Kewangan Cawangan ialah: 18.1.1 Wang yang diterima dari PEWAKAS MALAYSIA untuk setiap ahli dalam tempoh tiga (3) bulan sekali.


27 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 18.1.2 Hasil daripada sewaan, kutipan yuran aktiviti daripada ahli dan badan-badan yang dibenarkan oleh Majlis Tertinggi serta pemberian oleh manamana pihak. 18.2 Semua wang Cawangan hendaklah disimpan atas nama PEWAKAS Cawangan di dalam bank yang dipersetujui oleh Cawangan. 18.3 Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak melebihi RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang melebihi jumlah itu hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank Cawangan dalam tempoh tujuh (7) hari.. 18.4 Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi Cawangan dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. 18.5 Perbelanjaan berjumlah RM5,000.00 dan ke atas bagi sesuatu masa boleh dibayar dengan kelulusan Jawatankuasa Cawangan terlebih dahulu. 18.6 Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran dalam Mesyuarat Agung Cawangan terlebih dahulu. 18.7 Tahun kewangan Cawangan hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari dan berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun. 18.8 Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan yang telah diperiksa oleh Juruaudit dan ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi hendaklah dihantar kepada Bendahari Agung tiaptiap tahun untuk dimasukkan di dalam Sistem Pendaftaran Pertubuhan. 18.9 Tiap-tiap catatan dalam buku akaun hendaklah disokong dengan suatu baucar, penyata pemungut, waran peruntukan atau dokumen yang dibenarkan dengan sepatutnya. 18.10 Semua Cawangan PEWAKAS yang mempunyai baki akaun melebihi RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta)


28 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 hendaklah melantik Juruaudit Bertauliah bagi mengaudit akaun Cawangan tersebut. FASAL 19 PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN 19.1 Sekiranya tiada peruntukan spesifik bagi perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-Cawangan PEWAKAS, peruntukan Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran Pusat PEWAKAS akan terpakai bagi Cawangan setakat mana yang sesuai. 19.2 Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat boleh memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya. 19.3 Mesyuarat Agung Perwakilan dan Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan atau Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan berkenaan dengan pengurusan hal-hal Cawangan tersebut. FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan. Permohonan untuk pindaan Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan meluluskan pindaan itu dan pindaan hanya boleh berkuatkuasa mulai dari tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 21.1 Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung Perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Pusat, jika perlu, boleh memutuskan perkara yang tidak terkandung dalam Perlembagaan ini. 21.2 Kecuali perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.


29 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 FASAL 22 LARANGAN 22.1 Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953 [Akta 289] adalah dilarang di premis Pertubuhan. 22.2 Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262]. 22.3 Pertubuhan tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 22.4 “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan1966 tidak boleh diberi oleh Pertubuhan kepada manamana ahlinya. 22.5 Semua wang dan keuntungan yang diperoleh oleh Pertubuhan hasil daripada penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada Pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Namun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan. FASAL 23 PENASIHAT ATAU PENAUNG Jawatankuasa boleh melantik mana-mana orang yang layak untuk menjadi Penasihat atau Penaung bagi PEWAKAS MALAYSIA dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis. FASAL 24 UNDI 24.1 Apabila sesuatu keputusan tidak dapat dibuat dalam sesuatu mesyuarat, maka perkara itu hendaklah diundi dan undi yang mendapat lebih suara diterima sebagai keputusan muktamad. 24.2 Pengerusi mesyuarat mempunyai undi pemutus.


30 DRAF AKHIR : SELESAI DISEMAK OLEH PEJABAT PUJ PADA 6 FEBRUARI 2025 i. Undi pemilihan Jawatankuasa hendaklah dibuat secara sulit. ii. Undi membuat keputusan boleh dibuat secara terbuka. FASAL 25 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - 2. Lambang 3. Keterangan: i. Perkataan ‘PEWAKAS’ merupakan kata singkatan “Persatuan Wanita Kastam”. ii. Imej berbentuk bulat melambangkan Pertubuhan yang mengutamakan perpaduan di kalangan Cawangan-Cawangannya. iii. Imej berbentuk bunga Ros Merah Jambu melambangkan kelembutan dan kesopanan. iv. Imej riben biru melambangkan kesepaduan dan sikap bekerjasama bagi mendokong matlamat dan aspirasi PEWAKAS secara bersama-sama. v. Warna kuning melambangkan kedaulatan warna ‘Diraja’ seperti di bendera Jabatan Kastam Diraja Malaysia. vi. Slogan persatuan berbunyi “WANITA BERWAWASAN PENJANA KECEMERLANGAN”


Click to View FlipBook Version