The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Aliani, 2020-04-14 19:07:42

MUAMALAT ISLAM T4

MUAMALAT ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 4

MUAMALAT ISLAM
( IBADAT )

UNIT 1:
KONSEP MUAMALAT

ISLAM

MAKSUD,HUKUM & DALIL
MUAMALAT ISLAM

MATLAMAT PENSYARIATAN MUAMALAT DALAM
ISLAM

1- Menunjukkan keadilan Allah swt dalam mengatur urusan kehidupan manusia.

2- Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah.

3- Segala urusan dalam muamalat islam bertepatan dengan matlamat syariat Islam.

4- Menjaga kepentingan penjual dan pembeli serta penyewa dan pemilik.

5- Mendapat keredaan Allah swt kerana melakukan suruhannya dan meninggalkan
larangan dalam urusan harian.

KEPENTINGAN MEMAHAMI & MENGAMALKAN
MUAMALAT ISLAM

1- Dalil nakli tuntutan beramal dengan muamalat Islam:
( Surah An-nisa: ayat 29)

Maksud:

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta benda sesama
kamu dengan jalan yang salah(batil),kecuali dengan perniagaan yang
dilakukan secara saling meredai antara kamu.

2- Dalil nakli ancaman tidak beramal dengan
muamalat Islam: ( Surah Al- mutafiffin:ayat 1-6)

MAKSUD: Kecelakaan besar bagi orang yang menipu ( dalam
timbangan & sukatan).Iaitu mereka yang apabila menerima
sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan
cukup.dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat @ menimbang
untuk orang lain,mereka kurangi.Tidakkah mereka menyangka akan
dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?pada hari kiamat yang
amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia ketika mengadap
tuhan semesta alam?

3- Contoh keprihaatian nabi & sahabat dalam
menjaga muamalat islam.

Maksud:

Bahawa Rasulullah saw lalu berdekatan dengan selonggok makanan
lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokkan itu.
Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda
bertanya, “Apa semuanya ini wahaituan punya makanan?”orang itu
menjawab:“Terkena hujan,wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “
Mengapa kamu tidak letakkan di atas supaya orang ramai dapat
melihatnya?Sesiapa yang menipu,maka dia bukan daripada
kaumku.”

Penafian menjadi umat Rasulullah saw bermaksud perbuatan tersebut

menyalahi sunnah Rasulullah saw dan petunjuk baginda.

PERBANDINGAN ANTARA MUAMALAT
ISLAM DENGAN KONVENSIONAL.

MUAMALAT ISLAM KONVENSIONAL

Bersumberkan dalil Al-quran dan As- Bersumberkan teori dan pemikiran
sunnah manusia semata-mata

Mengharamkan riba Mengamalkan riba

Bebas daripada unsur judi dan gharar. Mengandungi unsur judi dan gharar.

Berteraskan keimanan kepada Allah swt. Berteraskan keuntungan dan kekayaan.

UNSUR YANG DIHARAMKAN
DALAM ISLAM

1- RIBA 3-
DHARAR

2- GHARAR 4- JUDI

UNSUR YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM

RIBA Pertambahan bayaran dalam urusan
pertukaran barang dan hutang.
GHARAR Cth: Iman berhutang daripada Ilham
JUDI sebanyak rm100 dengan syarat Iman
DHARAR mesti membayar rm110.

Kesamaran dalam urusan muamalat yang
tidak dibenarkan oleh syarak.
Cth: menjual burung liar di udara.

Perbuatan yang melibatkan pertaruhan
sesuatu yang berharga.
Cth: Mempertaruhkan wang dalam
sesuatu perlumbaan.

Setiap perkara yang membawa kerosakan.
Cth: Melakukan transaksi barang
terlarang.
Cth: senjata api kepada kanak-kanak.

MAKSUD AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM

BAHASA: IKATAN@ SIMPULAN
ISTILAH: IJAB DAN KABUL DALAM URUSAN PERNIAGAAN & KEWANGAN.

RUKUN AKAD

1) PIHAK YANG BERAKAD -PENJUAL
2)SESUATU YANG DIAKADKAN -PEMBELI

3)SIGHAH -HARGA
-BARANG

-IJAB
-KABUL

SYARAT AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM

1- PEMILIK YANG BERAKAD -Penjual & pembeli mestilah :
2- PERKARA YANG DIAKADKAN Baligh,berakal &mampu memelihara dan
3- SIGHAH mengurus hartanya.
-Melibatkan 2 pihak &bebas membuat pilihan.

-Mestilah wujud ketika akad berlaku.
-Barang yang diakadkan adalah halal.
-Dapat diserahkan ketika akad.

-Lafaz ijab & kabul adalah sepadan.
Cth: Ali berkata “ Saya beli baju ini dengan
harga rm 100.”dan Ahmad berkata “
ya”,bersetuju dengan menerima tawaran
tersebut.
-Lafaz ijab& lafaz kabul tidak diikat
dengansyarat tertentu.Cth: “ saya jual basikai
ini kepada awak dengan harga rm1000 apabila
saya menyambung pelajaran”.
-Lafaz ijab & lafaz kabul dalam satu
pertemuan.

UNIT 2:
JENIS AKAD DALAM
MUAMALAT ISLAM



PENGERTIAN & CONTOH JENIS AKAD DALAM MUAMALAT
ISLAM

1. PERTUKARAN

1- JUAL BELI SESUATU AKAD PERTUKARAN BARANG DENGAN
MAKSUD: BARANG DENGAN PERSETUJUAN PENJUAL&
PEMBELI.
CONTOH: MEMBELI MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH
2- SEWAAN DENGAN DUIT.
MAKSUD:
AKAD BAGI MENYERAHKAN SESUATU YANG
CONTOH: BERMANFAAT YANG BOLEH DIBERIKAN SECARA
SEWA DENGAN PEMBAYARAN TERTENTU.
SEWAAN RUMAH.

2- KEBAJIKAN

1-HIBAH

MAKSUD: MEMBERIKAN SESUATU SECARA PERCUMA DENGAN
RELA HATI KEPADA ORANG LAIN KETIKA PEMBERI
MASIH HIDUP.

CONTOH: MEMBERIKAN SEBUAH RUMAH KEPDA ANAK.

2-KARDU

MAKSUD: MEMBERIKAN HUTANG WANG KEPADA ORANG LAIN
TANPA SEBARANG IMBUHAN( FAEDAH) & PERLU
MEMBAYAR KEMBALI DENGAN JUMLAH YANG SAMA.

CONTOH: MEMBERIKAN PINJAMAN WANG RM100 UNTUK
KEGUNAAN PERIBADI.

3- WAKAF MEWAKAFKAN HARTA YANG DAPAT DIAMBIL MANFAATNYA SERTA
MAKSUD: KEKAL FIZIKALNYA(AINNYA),UNTUK PENGGUNAAN YANG BAIK
SERTA BERTUJUAN MANDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT.
CONTOH: MEWAKAFKAN RUMAH UNTUK PUSAT PENJAGAAN ANAK2 YATIM.
4- WADIAH
MAKSUD: MEMBERIKAN SESUATU BARANG KEPADA ORANG LAIN AGAR
CONTOH: DAPAT DISIMPAN & DIPELIHARA SEPERTI YANG SEPATUTNYA.
SIMPANAN WANG.

3- PERKONGSIAN

1- MUSYARAKAH

MAKSUD: AKAD YANG MENETAPKAN SESUATU HARTA @ PERNIAGAAN
YANG DIKONGSI BERSAMA OLEH DUA ORANG @LEBIH.

CONTOH: PERKONGSIAN UNTUK MENUBUHKAN SYARIKAT
PERNIAGAAN.

2-MUDARABAH

MAKSUD: AKAD YANG DILAKUKAN UNTUK PEMODAL DENGAN
MENYERAHKAN MODALNYA KEPADA PENUSAHA AGAR DAPAT
DINIAGAKAN & KEUNTUNGAN DIBAHAGIKAN ANTARA
MEREKA.

CONTOH: PEMODAL MEMBERIKAN RM 10000 KEPADA PENGUSAHA
UNTUK PERNIAGAAN BUAH2AN & KADAR KEUNTUNGAN
YANG DIPERSETUJUI 60% UNTUK PENGUSAHA & 40% UNTUK
PEMODAL.

4- AGIHAN MEWAKILKAN PEKERJAAN TERTENTU YANG
BOLEH DIKERJAKAN KEPADA ORANG LAIN.
1- WAKALAH
MAKSUD:

5- JAMINAN

1- KAFALAH JAMINAN YANG DIBERIKAN OLEH PENJAMIN
MAKSUD: KEPADA ORANG YANG DIJAMIN ATAS SESUATU
TRANSAKSI.
2- RAHNU
MAKSUD: MENGGADAIKAN SESUATU BARANG SEBAGAI
JAMINAN TERHADAP HUTANG.

SEKIAN,
SEMOGA BERMANFAAT.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version