E-NOTES
KONSEP PERNIAGAAN DALAM
PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH
DEFINISI MUDHARABAH
Mudharabah merupakan modal yang diserahkan oleh seorang atau lebih
kepada pengusaha untuk menjalankan atau mengusahakan projek.
Pihak yang memberikan atau menyediakan modal dikenali sebagai Rabbul
Mal manakala pihak yang menjalankan atau mengusahakan sesuatu projek
dikenali sebagai Mudharib.
Keuntungan yang diproleh akan dibahagi mengikut persetujuan yang telah
ditetapkan tetapi kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik modal.
Seandainya kerugian disebabkan oleh kecuaian yang berpunca daripada
Mudharib, maka Mudharib akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang
berlaku tersebut.
JENIS-JENIS MUDHARABAH
1) Mudharabah Muqayyadah
Merupakan kerjasama antara Rabbul Mal dan Mudharib. Rabbul Mal
mempunyai hak untuk menentukan dan menetapkan segala-galanya yang
berkaitan dengan modal tetapi Mudharib tidak mumpunyai kuasa untuk
menentukan segala yang berkaitan dengan modal.
2) Mudharabah Mutlaqah
Merupakan kerjasama antara Rabbul Mal dan Mudharib. Rabbul Mal tidak
dibenarkan untuk menetapkan di mana atau tentang cara-cara untuk
menggunakan modal tersebut tetapi Mudharib mempunyai kuasa sepenuhnya
terhadap modal dalam menentukan di mana modal itu akan diletakakan.
RUKUN MUDHARABAH
Rabbul Mal iaitu orang yang menyediakan modal
Mudharib iaitu sebagai pengusaha
Modal
Adanya projek yang ingin dilakukan
Pembahagian keuntungan yang telah ditetapkan
Ijab qabul
SYARAT-SYARAT MUDHARABAH
1) Modal
Modal yang diberikan perlulah berbentuk wang dan tidak dibenarkan dalam
bentuk komoditi kerana ianya akan menyebabkan ketidakpastian berlaku
disebabkan harga komoditi yang berubah-ubah.
Modal yang diberikan oleh pengusaha perlulah seperti dinyatakan dengan
jelas, dapat ditentukan serta diketahui sewaktu melakukan kontrak.
Pemilikan terhadap modal perlu diserahkan sepenuhnya kepada Mudharib.
2) Pihak yang terlibat
Pemberi modal (Rabbul Mal) bukanlah orang yang dipaksa atau terpaksa.
Pemberi modal dan juga pengusaha perlulah mempunyai akal yang sihat
dan juga umur yang mencapai aqil baligh
Pengusaha (Mudharib) harus mempunyai ilmu pengetahuan dan juga
kemahiran yang penuh dalam melakukan usaha niaga.
MURABAHAH DIAPLIKASIKAN DI DALAM :
Pembiayaan projek
Pembiayaan import dan eksport
Akaun simpanan, semasa atau pelaburan
Sukuk
MURABAHAH
DEFINISI MURABAHAH
Murabahah berasal dari perkataan ‘ribh’ yang bermaksud keuntungan. Hal
ini kerana dalam jual beli murabahah perlu menjelaskan keuntungan.
Hraga barangan yang dibeli oleh pembeli adalah ditambah dengan
keuntungan dan perlu diketahui oleh penjual dan pembeli
Tambahan lagi murabahah adalah jualan kos yang ditambah dengan
keuntungan dan keuntungan tersebut didedahkan secara jelas
RUKUN MURABAHAH
Penjual
Pembeli
Barang
Harga
Sighah (ijab qabul)
KELEBIHAN KONSEP MURABAHAH
Keuntungan yang diperoleh dapat diketahui dan dapat ditentukan secara
jelas sewaktu berlakunya proses pindah milik dari kesepakatan kedua-dua
pihak iaitu pejual dan pembeli
Keuntungan yang diperoleh adalah tetap dan tidak noleh berubah-ubah
MURABAHAH DIAPLIKASIKAN DI DALAM :
Pembiayaan rumah
Pembiayaan kenderaan
Pembiayaan perdagangan
Pembiayaan modal kerja
SYARAT-SYARAT MURABAHAH
1) Penjual dan Pembeli
Kedua-dua pihak bukan lah orang yang dipaksa atau memaksa tetapi
secara suka rela ataupun redha
2) Barang atau objek yang diperjual belikan
Barang atau objek tersebut perlulah bermanfaat dan bukan yang dilarang
oleh agama
Dapat dipindah milik daripada penjual kepada pembeli dan ianya merupakan
hak milik penuh oleh penjual
3) Harga
Harga yang di jual merupakan harga beli dan ditambah keuntungan
Harga jualan tersebut tidak boleh berubah-ubah sepanjang masa perjanjian
4) Sighah
Perlulah jelas dan disebutkan secara spesifik sewaktu melakukan pindah
milik antara penjual dan pembeli
MUSYARAKAH
DEFINISI MUSYARAKAH
Musyarakah merupakan kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih
untuk membiayai sesuatu perniagaan di mana semua pihak yang terlibat
menyumbangkan modal sama ada dalam bentuk tunai atau lain-lain
Keuntungan daripada perkongsian tersebut akan dikongsi bersama
berdasarkan nisbah yang dipersetujui, manakala kerugian akan ditanggung
bersama berdasarkan nisbah sumbangan modal masing-masing.
JENIS-JENIS MUSYARAKAH
1) Syirkah Al-Milk/Al-Amlak
Merupakan pemilikan bersama antara pihak-pihak yang bersekutu dan
kewujudannya timbul apabila dua orang atau lebih secara kebetulan
memperoleh pemilikan bersama sesuatu harta tanpa perjanjian perkongsian
rasmi.
Syirkah al-Amlak lazimnya berasal dari harta pusaka. Pendapatan pusaka
ini akan dibahagikan kepada bahagian hak pusaka sehingga harta pusaka
itu dijual.
Contohnya tanah pusaka, Jika tanah ini mengeluarkan hasil sebelum ianya
dijual, maka hasilnya dibahagikan kepada ahli waris mengikut bahagian
masing-masing. Syirkah al- Amlak muncul bukan kerana akad, tetapi kerana
secara sukarela dan terpaksa.
Syirkah Al-Amlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu syirkah ikthtiar dan
syirkah jabar.
2) Syirkah Al-Uqud
Merupakan perjanjian kerjasama antara dua orang atau lebih dalam
mengurus harta dan risiko, baik untung maupun rugi dibagi.
Syirkah al-Uqud adalah perkongsian kontrak yang boleh dianggap sebagai
perkongsian yang benar kerana pihak berkenaan secara sukarela ingin
memeterai perjanjian pelaburan bersama dan berkongsi pelbagai manfaat
dan risiko.
Syirkah Al-Uqud terbahagi kepada lima jenis iaitu :
a) Syirkah Mufawwada
b) Syirkah Inan
c) Syirkah Wujuh
d) Syirkah A'mal
e) Syirkah mudharabah
RUKUN MUSYARAKAH
Penjual
Pembeli
Barang
Harga
Sighah (ijab qabul)
MUSYARAKAH DI APLIKASIKAN DI DALAM :
Pembiayaan rumah dan asset secara Musyarakah Mutanaqisah
Penerbitan bon Islam (sukuk)
Pembiayaan modal kerja (working capital financing)
Pembiayaan projek (project financing)
SYARAT-SYARAT MUSYARAKAH
1) Syarat Pemegang Saham
Pemegang saham mestilah orang yang berkelayakan untuk melantik ejen.
Setiap pemegang saham dianggap sebagai pemilik bersama dan hak untuk
menjalankan perniagaan.
Perniagaan berasaskan perkongsian boleh dibuat antara individu atau
organisasi.
2) Syarat Modal
Modal mesti tunai atau perkara-perkara yang boleh dinilai dengan wang.
Jumlah bahagian tidak ditentukan sama.
Pemegang saham boleh memindahkan bahagiannya kepada orang lain.
3) Keadaan Projek
Projek mestilah sah mengikut undang-undang Islam.
Pemegang saham boleh menetapkan kerja kepada salah seorang daripada
mereka.
Penilaian untuk kerja yang dijalankan oleh rakan kongsi dibuat secara
individu.
4) Syarat Keuntungan
Perkongsian keuntungan antara semua pihak harus ditentukan dan
dipersetujui pada kesimpulannya daripada kontrak.
Ini penting untuk mengelakkan gharar.
Perkongsian kerugian, kecuali dalam kes penipuan, adalah mengikut
peratusan pegangan saham
BAI' AL-SALAM
DEFINISI BAI' AL - SALAM
Bai’al-Salam bermaksud menjual sesuatu yang tertangguh dengan yang
segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam tanggungan, iaitu
dengan mendahulukan harga dan menangguhkan barangan untuk jangka
waktu yang tertentu.
Dengan perkataan lain, seseorang menyerahkan pertukaran yang ada untuk
pertukaran yang ditentukan sifatnya dalam tanggungan sehingga mencapai
jangka waktu tertentu.
RUKUN-RUKUN BAI' AL - SALAM
1) Al-‘Aaqidaan
Pihak yang mengikat kontrak (Pembeli dan Penjual)
Pembeli merupakan individu yang mendahulukan atau menyerahkan wang
untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki.
Pembeli dikenal sebagai al-Muslim atau pemilik al-Salam.
Penjual merupakan individu yang menerima wang sebagai bayaran untuk
barang yang akan diberikan nanti kepada pembeli yang dinamakan sebagai al-
Muslam Ilaihi.
Penjual dan pembeli mestilahlah seorang yang berakal dan baligh.
2) Ra’s al-Mal (Modal atau harga)
Merupakan bayaran yang dibuat oleh pembeli kepada penjual.
Harga mesti ditentukan dengan jelas dan dibayar sepenuhnya oleh pembeli
pada masa menjalankan jualan untuk mengelakkan sebarang pertikaian
berlaku kemudian.
Penjual mesti mengambil milikan harga sepenuhnya sebelum berlepas satu
sama lain. Jika tidak, ia akan sama dengan penjualan hutang yang dilarang.
3) Al-Musallim Fih (Barangan yang ditempah)
Merupakan barang yang dijual mengikut perjanjian dan penjual telah berjanji
untuk menyerahkan kepada pembeli setelah menerima bayaran harga yang
telah didahulukan.
Barang mestilah dikenal pasti jenis, kuantiti, kualiti, jumlah, sifat dan haruslah
barang yang bermanfaat oleh kedua-dua pihak secara samar-samar.
Jika barang tersebut tidak dinyatakan secara spesifik maka barangan tersebut
tidak sah atau tidak dibernarkan untuk dijual secara jual beli salam.
SYARAT-SYARAT BAI' AL - SALAM
1) Barang
Perlulah dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya.
Barang tersebut perlulah diketahui kualiti,jenis,jumlah dan sifat oleh kedua-
dua pihak.
Sebagai contoh, kualiti seperti barangan import atau tempatan. Jenis seperti
gandum atau bali. Jumlah seperti mengikut timbangan, bilangan dan
sukatan jika boleh diukur manakala untuk sifat pula seperti tebal, nipis,
warna, ukiran atau perbezaan sifat-sifat lain mengikut kehendak pembeli.
Barang mestilah tidak bercampur aduk dengan barangan lain dengan jenis
yang berlainan. Kadar campuran tidak dapat diketahui dengan lebih
terperinci dan jual beli Salam akan menjadi sah jika kadar dan kandungan
setiap campuran diketahui.
2) Akad
Dalam Bai’ al-Salam akad tidak boleh dibatalkan dengan sebelah pihak.
3) Penyerahan Barang
Barang tersebut mestilah mampu diserahkan mengikut tempoh dan jenis
yang ditetapkan.
Jika barangan yang dijual secara jual beli salam mudah didapati, tetapi tidak
mampu untuk diperolehi pada masa yang ditetapkan, akad tesebut tidak
akan terbatal. Pembeli boleh menunggu sehingga barang tersebut wujud,
atau menamatkan kontrak dengan membayar balik harga yang telah
dibayar.
Tempat penyerahan perlulah ditetapkan mengikut persetujuan antara kedua-
dua pihak (penjual dan pembeli)
Tempoh penyerahan perlu ditetapkan dan dihadkan dalam tempoh tertentu
yang dimaklumkan bersama.
Jumlah dan bentuk pembayaran yang dilakukan mestilah dimaklumi leh
kedua-kedua pihak.
AR-RAHNU
DEFINISI AR-RAHNU
Dari sudut syarak Ar-Rahnu adalah sebahagian di mana barang berharga
digunakan sebagai sandaran. Jika hutang tidak dapat dijelaskan, maka
barang tersebut dapat digunakan sebagai cara untuk melunaskan hutang.
Dari sudut bahasa pula Ar-Rahnu bermaksud keabadian yang stabil.
Ar-Rahnu dikenal sebagai pajak gadai Islam.
Suatu pengaturan di mana asset berharga diletakkan sebagai hutang
cagaran.
Cagaran boleh dilupuskan sekiranya berlaku lalai.
RUKUN AR-RAHNU
1) Dua pihak yang berkontrak (al-aqidan)
Penggadai dikenali sebagai al-rahin dan penerima gadaian dikenali sebagai
al-murtahin.
Kedua-dua pihak mestilah berakal, baligh dan cerdik dalam menguruskan
hartanya.
Mampu untuk menerima tanggungjawab
Tidak boleh dihadkan dalam urusan perniagaan
Tidak boleh dipaksa
2) Perkara yang digadaikan (al-marhun)
Mestilah milik pengikrar
Mesti wujud semasa transaksi
Tahan lama sifatnya
3) Lafaz kontrak (Sighah)
Ijab adalah lafaz member gadaian dan Qabul adalah lafaz menerima gadaian
Bahasa yang pasti dan tegas
Penerimaan mesti bersetuju dengan tawaran
Tawaran dan penerimaan dalam mesyuarat yang sama
4) Hak yang menjadi sesuatu itu digadai
Wang atau barang yang dibayarkan kepada peggadai haruslah merupakan
hutang yang dapat dimaklumi.
Ia menjadi tidak sah jika tidak dalam bentuk hutang, seperti barang-barang
yang harus diganti, seperti barang dirampas, barang pinjaman, lain-lain.
HUKUM AR-RAHNU
Gadaian adalah diharuskan dalam Islam selagi tidak bertentangan dengan
hukum Syara’. Ia juga merupakan kewajiban bagi umat Islam untuk
memastikan bahwa semua gadaian sesuai dengan hukum syariah Islam.
Kesimpulannya, setiap rukun-rukun dan syarat harus dipatuhi untuk
mencegah ketidakadilan dan penindasan.
TIGA KONSEP SYARIAH YANG DIGUNAKAN DALAM
PELAKSANAAN AR-RAHNU
1) Ar-Rahnu
Ar-rahnu adalah suatu mekanisme di mana barang-barang berharga yang
bernilai secara syarak digunakan sebagai cagaran atau sandaran, dan
dikaitkan dengan pinjaman bercagar, yang dapat dijual atau dilelong untuk
mendapatkan pelunasan hutang yang diberikan.
Ini terjadi jika pihak berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya pada waktu
yang dijanjikan.
2) Al-Wadi’ah Yad Dhamanah
Al-wadi'ah yad dhamanah bererti penyimpanan barang berharga dengan
jaminan, di mana dikenakan upah simpanan untuk setiap barang yang
disimpan demi menjaga barang tersebut.
Dengan gadaian, orang yang menginginkan pinjaman akan menawarkan
barang-barang yang berharga kepada orang yang memberikan pinjaman
untuk disimpan sebagai cagaran seperti barang kemas, tanah, dan kereta
atau barang-barang lain yang mempunyai nilai.
Dalam keadaan demikian, pemberi hutang menjadi orang yang memelihara
kepercayaan dan sama sekali tidak mempunyai hak atas barang-barang
tersebut kerana ia dibayar upah untuk melindungi barang-barang itu.
Jika suatu barang rosak ketika berada dalam simpannanya, maka wajib
membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut.
3) Al-Qard
Al-Qard merupakan sejenis pinjaman tanpa faedah atau sejenis pinjaman
kebajikan yang diberikan untuk tujuan bantuan.
Ia adalah pinjaman wang tanpa sebarang keuntungan atau lebihan bayaran
apabila pembayaran balik dibuat.
Dalam Ar-Rahnu, ia merujuk kepada pemberian pinjaman kepada peminjam
berdasarkan peratusan tertentu nilai cagaran barang gadaian dan upah
simpanan yang dikenakan untuk mengekalkan cagaran pada kadar faedah
yang dipersetujui bersama dan bukannya jumlah pinjaman yang diberikan.
KELEBIHAN AR-RAHNU
1) Wang lebih gadaian dipulangkan
Pada saat berakhirnya perjanjian, jika peberi gadaian tidak dapat membayar
kembali hutang-hutang yang dipikulnya, lalu pemberi gadaian itu akan
dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa untuk dijual.
Jika harga jual melebihi baki hutangnya maka lebihannya akan dikembalikan
semula.
Hal ini berlaku kerana nilai pinjaman jauh lebih rendah daripada nilai gadaian.
2) Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan
Sebarang unsur penipuan tidak akan berlaku dalam Ar-Rahnu ketika
timbangan dibuat disebabkan nilai timbangan yang dibuat akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.
Jadi pemberi gadaian tidak perlu risau atau takut dengan penipuan yang
sering terjadi ketika timbangan dilakukan.
3) Caj perkhidmatan yang rendah
Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan yang lebih rendah berbanding Pajak
Gadai Konvensional yang menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada
juga sebilangan yang meminta wang pendahuluan daripada pemberi gadaian
walaupun kegiatan tersebut dilarang.
4) Barang kemas yang disimpan selamat
Semua barang kemas akan disimpan dengan selamat dalam skim tersebut.
Penerima gadaian akan betanggungjawab terhadap barangan kemas yang
diberi oleh pemberi gadaian jadi pemberi gadaian tidak perlu takut tentang
masalah penjagaan barang kemas yang digadai sepanjang ia berada pada
penerima gadaian.
IJARAH
DEFINISI IJARAH
Ijarah yang berasal dari bahasa Arab ialah memiliki makna imbalan, atau
upah, sewa atau jasa.
Ijarah dari segi istilah pada umumnya digunakan dalam Perbankan Syariah.
Selain itu, Ijarah adalah pemindahan hak guna suatu barang dengan
pembayaran biaya sewa tanpa diikuti pemindahan pemilikan atas barang
tersebut.
Ijarah juga berarti menyewa sesuatu tanpa memilikinya.
RUKUN IJARAH
Mu’ajjir dan Musta’jir iaitu pihak yang menyewakan suatu barang.
Mempunyai akad antara pihak penyewa dan pihak yang menyewakan.
Mempunyai Ijab Qabul (Sighah)
Mempunyi upah (Ujrah)
Mempunyai manfaat yang baik antara pihak yang menyewakan dan pihak
penyewa.
SYARAT-SYARAT IJARAH
Kedua-dua pihak yang melakukan transaksi Ijarah mestilah baligh dan
berakal.
Kedua-dua pihak yang melakukan transaksi harusah memiliki kerelaan dan
tidak mempunyai paksaan dari mana-mana pihak
Barang yang menjadi objek transaksi harus jelas dan nyata.Barang yang
menjadi objek transaksi harus halal dan sesuai syariat Islam.
Barang yang menjadi objek transaksi menjadi hak Mu’jar atas izin pemiliknya.
Manfaat yang dapat harus diinformasikan secara jelas dan nyata.
JENIS-JENIS IJARAH
1) Ijarah Manfaat
Memiliki objek sewa seperti aset yang tidak bergerak iaitu rumah, kenderaan,
pakaian, perhiasan dan sebagainya.
2) Ijarah Pekerjaan
Objek sewa yang berbentuk pekerjaan atau jasa yakni seperti menjahit baju,
memperbaiki barang, kontraktor, dan sebagainya.
3) Ijarah Asli
Transaksi sewa menyewa terhadap objek Ijarah yang dilakukan tanpa ada
perpindahan hak pemilikan atas aset atau barang tersebut.
4) Ijarah Muntahiya Bit Tamlik
Akad Ijarah yang terjadi dengan adanya perjanjian atau wa’ad perpindahan
pemilikan aset yang disewakan tersebut pada waktu tertentu. Perpindahan
pemilikan dapat dilakukan setelah proses pembayaran aset Ijarah telah lunas
dan telah kembali kepada pemilik atau pemberi sewa. Seterusnya,
perpindahan hak milik tersebut dapat dilakukan dengan membuat akad baru
yang terpisah dari akad sebelumnya. Pembayaran pemindahan pemilikan
dapat melalui hibah, penjualan, atau ansuran.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IJARAH
Aset atau barang yang hendak disewakan mengalami kerosakkan.
Aset atau barang hilang atau musnah.
Semasa sewa- menyewa yang sebelumnya sudah disepakati olh kedua-dua
pihak telah berakhir. Jika dalam bentuk barang, penyewa harus
mengembalikan kepada pemiliknya. Jika yang disewa adalah jasa, maka
pihak tersebut berhak menerima upah dari jasa yang telah dilakukan.
Jika salah satu pihak uzur.
QARDHUL HASSAN
DEFINISI QARDHUL HASSAN
Qard bererti potongan atau pemberian harta kepada orang lain yang dapat
diminta kembali dengan jumlah yang sama atau meminjamkan tanpa
mengharapkan apa-apa tambahan.
Hassan berasal dari bahasa Arab iaitu “ihsan” yang bermaksud kebaikan
kepada orang lain.
Qardhul Hassan bermaksud jenis pinjaman yang diberikan kepada pihak
yang sangat memerlukan untuk jangka waktu tertentu tanpa membayar
bunga atau keuntungan.
Penerima Qardhul Hassan hanya wajib melunsi jumlah pinjaman pokok tanpa
memberikan apa-apa tambahan.
Penerima pinjaman boleh juga membayar lebih dari yang dipinjam sebagai
tanda terima kasih kepada pemberi pinjaman. Tetapi ia tidak boleh
diperjanjikan pada sebelumnya.
RUKUN-RUKUN QARDHUL HASSAN
Pihak yang meminjam. (Muqtarid)
Pihak yang memberikan pinjaman. (Muqrid)
Barang yang dihutang atau objek akad. (Muqtarad Ma’qud’alaih)
Ijab qabul. (Sighah)
SYARAT-SYARAT QARDHUL HASSAN
1) Orang yang memberi pinjaman
Berbuat kebaikan terhadap individu tersebut,
Manfaat dari barang yang dipinjamkan menjadi milik peminjam dan barang
yang dipinjamkan menjadi milik yang meminjamkan.
2) Orang yang meminjam
Berhak mendapat kebaikan.
Dipercayai untuk menjaga barang tersebut.
3) Barang yang dipinjamkan
Mempunyai manfaat yang dapat diambil oleh peminjam.
Barang yang diambil haruslah tidak rosak kerana pemakaian yang disetujui
dalam perjanjian.
4) Ijab Qabul
Kalimat Lafadz.
Orang yang menghutangkan (Mu’ir) merupakan pemilik barang tersebut dan
orang yang berhutang (Musta’ir) haruslah baligh dan berakal.
Barang yang dihutangkan dapat memberi manfaat.
SYARAT SAH DAN TIDAK SAH PADA QARDHUL HASSAN
Terdapat kesepakatan yang dibuat untuk tegaskan hak milik seperti syarat
adanya barang jaminan, penanggung pinjaman, saksi, bukti, atau pengakuan
dihadapan hakim. Segelintir ulama menyataka syarat itu tidak sah dan
segelintir ulama malikiyah mengatakan itu sah.
Syarat tambahan dalam pengembalian menyebabkan tidak sah syaratnya
dalam akad qard.
1) Harta yang harus dikembalikan
Peminjam harus mengembalikan harta semisal apabila ia meminjam harta
misli dan mengembalikan harta semisal dalam bentuknya. Apabila
pinjamannya adalah harta qimiy, seperti mengembalikan kambing yang ciri-
cirinya mirip dengan yang dipinjam.
2) Waktu pengembalian
Waktu pengembalian harta adalah bila masa sahaj yang sesuai dengan
kehendak pihak pemberi pinjaman. Setelah peminjam menerima
pinjamannya merupakan akaq yang tidak mengenal waktu. Selain itu,
menurut segelintir ulama, waktu pengembalian itu adalah ketika sampai pada
waktu pembayaran yang sudah ditentukan di awal.
MANFAAT QARDHUL HASSAN
Memberikan kemudahan kepada peminjam yang sedang dalam kesulitan
untuk mendapatkan talangan jangka pendek.
Peniaga kecil dapat memperoleh bantuan dari pemberi pinjaman untuk
mngembangkan usahanya, sehingga merupakan misi bagi pihak yayasan
dana sosial dalam membantu masyarakat miskin.
Al-Bai 'Bithaman Ajil
DEFINISI AL-BAI 'BITHAMAN AJIL
Dari sudut istilah Al-Bai 'Bithaman Ajil bermaksud kaedah pembayaran
secara tangguh, dari sudut bahasa pula bermaksud akad jualan yang telah
dipersetujui oleh dua pihak menggunakan kaedah pembayaran secara
tangguh.
Pengurusan perdagangan al-Bai 'Bithaman Ajil melibatkan proses menjual
sesuatu dengan menyegerakan penghantaran barang dan menangguhkan
pembayaran ke masa atau tempoh yang telah ditetapkan.
Merupakan perjanjian kontrak oleh pembiaya untuk membeli hartanah yang
dikehendaki oleh pelanggan. Pembiaya akan menjual semula hartanah yang
dibeli kepada pelanggan pada kos dan keuntungan.
Walau bagaimanapun, pelanggan akan membayarnya secara tertangguh
mengikut tempoh yang ditetapkan dan dibayar dengan jumlah tertentu secara
ansuran. Pembiaya biasanya bank
PRINSIP UNDANG-UNDANG
Prinsip al-Bai 'Bithaman Ajil ialah merujuk kepada hukum berdasarkan firman
Allah S.W.T iaitu:
“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari limpah kurnia (keuntungan
perniagaan) daripada Allah Tuhan kamu”. (Surah al-Baqarah, 2:198)
Ayat di atas membenarkan mengambil untung dalam jual beli dengan cara
yang halal. Jual beli hendaklah dilaksanakan dengan perasaan gembira
antara satu sama lain dan mengikut Islam sepenuhnya. Oleh itu, mekanisme
jual beli yang menggunakan al-Bai 'Bithaman Ajil yang melibatkan
pengambilan untung melalui jual beli aset dengan bayaran tertangguh adalah
diperlukan.
RUKUN-RUKUN AL-BAI 'BITHAMAN AJIL
1) Pihak dalam perjanjian (penjual dan pembeli)
Berakal, agar tidak terkecoh. Orang yang gila atau bodoh tidak sah jual
belinya.
Dengan kehendak sendiri (bukan dipaksa).
Tidak mubazir (pemboros), sebab harta orang yang mubazir di tangan
walinya.
Baligh, anak kecil tidak sah jual belinya. Adapun anak-anak yang sudah
mengerti tetapi belum sampai umur dewasa, menurut sebagian ulama’
mereka diperbolehkan jual beli.
2) Lafaz 'sighah' aqad (ijab dan kabul)
Orang yang mengucapkan telah baligh dan berakal.
Qabul sesuai dengan ija. Apabila tidak sesuai maka jual beli tidak sah.
Ijab dan qabul dilakukan dalam satu majlis. Artinya, kedua belah pihak yang
melakukan jual beli hadir dan membicarakan topik yang sama.
3) Barang
Suci dan barang yang bernajis tidak sah dijual dan tidak boleh dibeli seperti
bangkai yang belum disamak.
Ada manfaatnya dan tidak boleh dijual sesuatu yang tidak ada manfaat.
Barang itu dapat diserahkan kerana tidak sah jika menjual barangan yang
tidak dapat diserahkan kepada pembeli misalnya ikan dalam laut.
Barang tersebut merupakan kepunyaan si penjual, kepunyaan yang
diwakilinya atau yang mengusahakannya.
4) Harga Sesuatu Barang
Harga yang disepakati oleh kedua belah pihak.
Boleh diserahkan pada waktu akad, sekalipun secara hukum seperti
pembayaran dengan cek atau kartu kredit.
Apabila harga barang itu dibayar kemudian (berutang), maka waktu
pembayarannya harus jelas.
Apabila jual beli itu dilakukan dengan saling mempertukarkan barang (al-
muqa’yadhah), maka barang yang dijadikan nilai tukar bukan barang yang
diharamkan oleh syara’
WADIAH
DEFINISI WADIAH
Wadiah atau dikenali sebagai simpanan .
Dalam konsep wadiah bank dianggap sebagai penjaga atau pemegang
amanah dana .
Selain itu , pendeposit mungkin akan diberikan ‘hibah’ atau hadiah atas budi
bicara bank , sebagai satu penghargaan kepada pendeposit kerana
membenarkan bank dalam penggunaan dana pendeposit .
JENIS WADIAH
1) Wadi'ah Yad al-Amanah
Bermaksud bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan
atau kerosakan pada harta benda simpanan hal ini kerana bukan kesilapan
bank dalam memelihara harta benda berkenaan.
2) Wadi'ah Yad adh-Ḍhamanah
Bank boleh memanfaatkan harta benda simpanan berkenaan dengan
keizinan pendeposit dan memulangkan simpanan sepenuhnya sekira
pendeposit hendak bila-bila masa
RUKUN WADIAH
Penyimpan
Penjaga simpanan
Lafaz (sighah
Barang simpanan
SYARAT WADIAH
Penyimpan dan penjaga simpanan perlulah berakal dan baligh
Harta yang disimpan mestilah halal
Harta yang disimpan harus diberikan secara fizikal
FAKTOR-FAKTOR WADIAH TERBATAL
Apabila salah satu pihak hilang akal atau koma berpanjangan
Penyimpan meninggal dunia
Berlakunya pemindahan milik kepada pihak lain
MANFAAT WADIAH
Wadiah dapat memberi jaminan keselamatan harta seseorang.
Dari segi akhlak , wadiah dapat melatih seseorang membentuk sifat yang
baik seperti amanah , tanggungjawab dan sebagainya.
Memberi ketenangan jiwa kepada pemilik harta kerana hartanya telah
disimpan dan dijaga ditempat yang selamat.
Dari segi ekonomi , memberi kebaikan dan pertubuhan lebih banyak dalam
tabung-tabung amanah atau dana khas untuk menyimpan dan mengumpul
wang.
WAKALAH
DEFINISI WAKALAH
Wakalah menurut bahasa Arab ialah memelihara , menolong atau menjadi
wakil, manakala menurut istilah pula ialah meminta seseorang menjadi wakil
dalam sesuatu urusan .
Terdapat dalil tentang kebolehan wakalah iaitu Surah Al-Kahfi ayat 19, yang
bererti "Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota membawa
uang perakmu ini dan hendaklah dia melihat manakah makanan yang lebih
baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu."
RUKUN WAKALAH
1) Orang yang mewakilkan (Al-Muwakkil)
Seseorang wakil perlulah baligh dan tidak gila.
2) Orang yang diwakilkan (Al-Wakil)
Seseorang yang menerima kuasa mestilah mempunyai kemampuan untuk
menjalankan amanah yang diberikan.
3) Objek yang diwakilkan (Al-Taukil)
Objek haruslah sesuatu yang boleh diwakilkan kepada orang lain, seperti jual
beli, pemberian upah yang sememangnya ialah hak sendiri .
4) Sighah atau ijab dan qabul
Mestilah disebut dengan bersungguh-sungguh tidak boleh ragu-ragu .
JENIS WAKALAH
1) Wakalah Mutlaqah
Tidak terikat dengan syarat tertentu ( selain dari syarat yang telah ditetapkan
dalam perjanjian )
2) Wakalah Muqayyadah
Diikat dengan syarat tertentu . Dihadkan masa dan keadaan.
HUKUM WAKALAH
Tidak boleh diwarisi dan dibubarkan apabila berlaku kematian.
Berakhir wakalah dengan selesai tugas-tugas yang diwakilkan.
Wang atau harta yang diterima sebelum diserahkan kepada pemilik asalnya
tertakluk kepada hukum wadiah. Ia menjadi tanggungjawab wakil. Barang
yang diwakilkan musnah maka berakhirnya wakalah
FAKTOR-FAKTOR WAKALAH TERBATAL
Meninggal , gila salah seorang dari satu pihak
Pemutusan oleh orang yang mewakilkan terhadap wakil sekalipun ia belum
tahu
Wakil memutuskan sendiri .
Keluarnya orang yang mewakilkan dari status pemilikan