The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elahmincollection, 2021-05-08 00:52:34

TEORI KEPIMPINAN SITUASI

TEORI KEPIMPINAN SITUASI

TEORI KEPIMPINAN SITUASI

NUR AMALINA BINTI MUHAMMAD
M20202001673

PENGENALAN

• Paul Hersey & Kenneth Blanchard mencadangkan bahawa kepimpinan yang
berjaya akan dicapai melalui pemilihan gaya kepimpinan yang sesuai.

• Gaya ini bergantung kepada tahap kematangan iaitu kebolehan serta
kesanggupan manusia untuk menerima tanggungjawab bagi memimpin
gelagat pengikut.

• Teori ini juga menjelaskan tentang tahap kesediaan yang meliputi
keupayaan dan kesanggupan pengikut-pengikut dalam melakukan sesuatu
tugas yang spesifik.

GAYA KEPIMPINAN TEORI SITUASI

• Hersey dan Blanchard mencadangkan empat gaya kepimpinan situasi, iaitu

• S1 Telling (menberitahu)
• S2 Selling (menjual)
• S3 Participating (penyertaan)
• S4 Delegating (penyerahan tugas).

• Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang bersesuaian dengan situasi
semasa dan kemampuan kumpulannya.

• Tetapi tidak ada satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia
bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu
dilaksanakan.

S1 TELLING - MEMBERITAHU

• Pemimpin menggariskan peranan dan tugas pengikutnya serta menyelia,
memberi arahan dengan kerap.

• Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin dan perhubungan adalah secara
satu hala.

• Pengikut mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu tugas atau bekerja
tetapi mereka kurang pengetahuan dan kemahiran.

• Pengikut perlu banyak bimbingan daripada pemimpin, perlu banyak membuat
latihan dan pembelajaran.

S2 SELLING - MENJUAL

• Pemimpin membimbing dan menentukan peranan dan tugas dan dalam
masa yang sama menerima idea dan buah fikiran pengikutnya.

• Segala keputusan masih ditentukan oleh pemimpin dalam hubungan secara
dua-hala.

• Tahap perkembangan pengikut adalah kritikal, kurang bermotivasi, tidak
mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi bagi
melaksanakan tugas.

• Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran disamping perlu
banyak dorongan dan bimbingan.

S3 PARTICIPATING – PENYERTAAN

• Pemimpin perlu banyak memberikan dorongan dan galakan kepada
pengikut.

• Berkongsi idea dengan membuat keputusan bersama-sama, memberikan
jawatan atau ganjaran berdasarkan penghasilan tugas pengikutnya.

S4 DELEGATING – PENYERAHAN TUGAS

• Pemimpin yang liberal dan autonomi, mendelegasikan tugas dan
tanggungjawab kepada pengikut.

• Pengikut proaktif, banyak pengetahuan dan berkemahiran kreatif serta
inovatif, hanya perlu perhatian dan bimbingan minimum daripada
pemimpin.

• Pemimpin tidak lepas tangan.

Gaya kepimpinan yang paling sesuai
dipadankan dengan tahap kematangan

• Bagi mengaplikasikan gaya kempimpinan ini, pemimpin perlu mengenalpasti
tahap kematangan individu atau kumpulan agar gaya kepimpinan yang mana
paling sesuai dapat diaplikasi.

• 4 tahap kematangan pengikut :

• M1: Ahli kumpulan kurang pengetahuan, kemahiran, dan kesediaan menyelesaikan
tugas.

• M2: Ahli kumpulan sanggup dan bersemangat, tetapi kurang berupaya.
• M3: Ahli kumpulan mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk menyelesaikan tugas,

tetapi tidak dipertanggungjawabkan.
• M4: Ahli kumpulan sangat mahir dan bersedia menyelesaikan tugas.

M1 dipimpin oleh gaya kepimpinan S1

• Guru-guru yang kurang berkemahiran, yang kurang berpengalaman, yang
kurang kreatif, tetapi mempunyai komitmen yang tinggi.

• Dalam kumpulan ini, Ketua Jabatan perlu menggunakan gaya ini iaitu
memberi arahan apa yang perlu dilaksanakan oleh guru tersebut, tunjukan
bahawa bagaimana satu tugas itu perlu dilaksanakan.

M2 dipimpin oleh gaya kepimpinan S2

• Guru ini kurang mahir juga, tidak mempunyai matlamat serta tidak yakin
dan mempunyai motivasi yang rendah. Komitmen juga rendah.

• Ketua Jabatan harus menggunakan kaedah coaching atau membimbing
dengan melihat kehendak guru apakah keperluan mereka samada dalam
aspek motivasi ataupun dalam bentuk ganjaran.

• Dalam aspek coaching pemantauan yang minima perlu ditingkatkan kepada
pemantauan yang maksima.

M3 dipimpin oleh gaya kepimpinan S3

• Guru-guru berkebolehan tetapi kurang rela untuk melaksanakan tugasan
serta kurang yakin dengan diri mereka sendiri.

• Ketua jabatan perlu memberi sokongan yang tinggi kepada mereka supaya
mereka dapat membina semula keyakinan diri mereka.

M4 dipimpin oleh gaya kepimpinan S4

• Guru-guru yang berpengalaman yang telah berkhidmat dalam tempoh
yang lama.

• Ketua Jabatan seharusnya memberi sedikit kuasa yang ada pada beliau
untuk mereka melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap.

• Dalam asek pemantauan mereka boleh dipantau secara minima kerana
mereka lebih faham tugas-tugas yang dilaksanakan oleh mereka.

KESIMPULAN

• Pemimpin bertindak dan membuat keputusan berdasarkan situasi
pengikutnya.

• Kaedah arahan dan sokongan yang tidak rigid diberikan berdasarkan kepada
kumpulan guru.

• Selain itu, persekitaran dan situasi tingkah laku yabg berbeza memerlukan
tindakan yang berbeza dan kaedah menyelesaikan masaah juga mungkin
berbeza terhadap guru atau staf.


Click to View FlipBook Version