The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Geografi Kerja Lapangan-Fatihah (2DIA) (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9773025, 2022-12-25 08:12:50

Geografi Kerja Lapangan-Fatihah (2DIA) (2)

Geografi Kerja Lapangan-Fatihah (2DIA) (2)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN:

(BANDAR DATO’ ONN)

DISEDIAKAN OLEH:

TINGKATAN:
2 DIAMOND
GURU MATA PELAJARAN:
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
25/DISEMBER/2022


PERANCANGAN KERJA

JADUAL KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
1. 4 Disember 2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan Di dalam kelas
oleh guru mata pelajaran Geografi
2. 5 Disember 2022 berkaitan dengan penulisan penulisan Di dalam rumah
3. 5 Disember 2022 Kerja Lapangan ini menerusi Pdpr Di dalam rumah
4. 6 Disember 2022 Membuat persediaan awal dan Di dalam rumah
5. 6 Disember 2022 merancang jadual kerja dengan teratur Di dalam rumah
Mengenal pasti objektif kajian dan
6. 7 Disember 2022 menentukan kaedah kajian yang sesuai Di rumah respoden
Menyediakan borang soal selidik kawasan kajian
7. 8 Disember 2022 Mula mengumpul maklumat daripada Di dalam rumah
8. 9 Disember 2022 pelbagai sumber seperti Internet,buku Di kawasan kajian
teks,buku rujukan,majalah dan akhbar
9. 10 Disember 2022 Mendapat respoden di kawasan kajian Di dalam rumah
berkaitan TEKNOLOGI HIJAU yang
10. 11 Disember 2022 boleh dilakukan Di kawasan kajian
Menganalisis maklumat yang telah
11. 12 Disember 2022 diperolehi ke dalam tafsiran Di rumah respoden
Mengenal pasti takrif dan konsep kawasan kajian
12. 25 Disember 2022 TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan
di kawasan kajian Di dalam rumah
Menjelaskan tiga kepentingan melalui aplikasi
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan Telegram
penduduk di kawasan kajian
Menghuraikan halangan pelaksanaan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Mencadangkan strategi dan langkah-
langkah bagi menjayakan
TEKNOLOGI HiJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Menyemak dan menghantar tugasan


SENARAI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka surat
1
1. Tajuk 2
2. Jadual Kerja 3
3. Senarai Kandungan 4
4. Penghargaan 4
5. Pendahuluan 5
6. Objektif Kajian 5
7. Kawasan kajian 6
8. Kaedah kajian 6,7
9. Hasil kajian 7
10. Rumusan 7
11. Rujukan 8
12. Lampiran


PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingakatan
2 yang bertajuk Penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal masing-masing
dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di
kawasan tempat tinggal mereka. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Sultan
Ismail Johor Bahru, Encik Razali bin Tamadi kerana memberi kebenaran untuk menjalankan
kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah membantu saya
dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-
rakan yang saya kasihi sekalian kerana menolong saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dan
semangat kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan orang
sumber dalam membantu proses menyiapkan kerja lapangan saya.

..................................
......................

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan teknologi hijau yang digunakan di
kawasan tempat tinggal saya. Selain itu,saya juga membuat kajian tentang usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau pada masa kini. Situasi
kini yang sering berlakunya pencemaran alam sekitar boleh memberi kesan negatif terhadap
tumbuhan dan para manusia.Dengan ini saya lebih peka mempelajari tentang teknologi hijau
yang dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran air.Teknologi hijau
mempunyai banyak faedah yang boleh kita mempelajari dan boleh dibantu untuk
meningkatkan mutu ekosistem yang lebih sistematik.Teknologi Hijau juga dapat
mengurangkan kos duitan manusia yang kini meningkat dan menjejaskan kehidupan harian
mereka.


OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian ini, saya akan dapat:-
1)Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau

2)Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Bandar Dato
Onn,Perjiranan 11, Johor Bahru

3)Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau

4)Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian

5)Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau dengan sesuai

.......................................................

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Perjiranan11 yang terdapat di kawasan Bandar Dato
Onn.Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang .Kawasan ini terletak di bawah
Daerah Johor Bahru. Kawasan ini terletak berhampiran dengan Masjid Sultan
Iskandar.Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini adalah paya bakau, sungai dan
kawasan bukit.Kini, kawasan tersebut telah digunakan untuk menjadi kawasan perumahan
dan kemudahan infrastruktur.Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini adalah
sekolah, taman permainan, pusat membeli-belah,kemudahan infrastuktur seperti klinik, kedai
makanan dan sekolah.

1 KM RADIUS: 5 KM RADIUS


KAEDAH KAJIAN

Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam menghasilkan kajian yang
lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian sesuatu maklumat berkaitan tajuk kajian akan
diperoleh dengan mudah dan lengkap. Antara kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk Perjiranan11 ialah:

(A)PEMERHATIAN
Saya pergi melawat kawasan kajian saya iaitu di Perjiranan11. Saya meronda di kawasan
tersebut dan mengumpul data dan maklumat yang dikehendaki melalui pemerhatian saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(B)TEMUBUAL
Saya pergi ke beberapa rumah di kawasan kajian saya iaitu di Perjiranan11. Saya telah
bertanya kepada beberapa soalan penting untuk membuat kajian saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(C)SOAL SELIDIK
Saya membuat borang soal selidik dan mengedarkan kepada 10 orang penduduk di
Perjirann11. Saya menulis beberapa soalan yang dikehendaki untuk saya bagi membuat kerja
lapangan ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(D)RUJUKAN
Saya membuat rujukan dari melayari Internet, merujuk buku, majalah, surat khabar untuk
membuat kajian ini dan sebagai maklumat tambahan bagi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAPATAN KAJIAN

1.Konsep dan takrifan teknologi hijau

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.Teknologi Hijau boleh meminimumkan degrasi
persekitaran,mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendag dan juga is
selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan.Teknologi Hijau adalah untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga
dalam masa yang sama meningkatkan pembagunan ekonomi dan untuk membantu
pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau.Matlamat kebangsaan mengenai Dasar
Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia
terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.

2.Latar belakang kawasan kajian

Bandar Dato' Onn, perkembangan Johor Land Berhad, merupakan satu pembangunan di
Johor Bahru, Johor, Malaysia yang dirancang dengan 17,800 harta-harta bernilai RM3.58
bilion dan telah ditetapkan untuk menimbul dalam jantung Tebrau di Johor Bahru, Johor.
Dinamakan bersempena Dato' Onn bin Jaafar, perbandaran telah dilancarkan secara rasmi
oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, cucu lelaki bagi Dato' Onn.
Konsep pembangunan bagi Bandar Dato' Onn bersepadu antara pembangunan komersial dan
kediaman dengan kemudahan awam dan taman-taman rekreasi. Bahagian-bahagian ini adalah
dihubungkan melalui satu buah taman linear, dengan perhatian khusus memberi untuk
pelandskapan kerja-kerja. Driveways tidak jujur, persiaran dan pemandangan lorongan telah
diwujudkan bagi memberi satu persekitaran keselesaan dan kelonggaran untuk penduduk dan
pengunjung sama.

3. Penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian

Banyak jenis teknologi hijau yang telah digunakan dalam kawasan perjiranan ini seperti
Lampu solar yang menukarkan cahaya kepada tenaga elektrik melalui proses photovoltaic
mengunakan panel solar.Seterusnya,ekonomi negara yang dapat ditingkatkan kerana
menggunakan produk yang berteknologi dan canggih seperti industri fotovolta.Selain
itu,tenaga pula dapat mempromosikan kecekapan guna tenaga iaitu mengurangkan pengunaan
api fosil.

4.Usaha peningkatan Teknologi Hijau di kawasan kajian

Penduduk Perjiranan 11 boleh mengamalkan amalan 5r untuk membiasakan diri dengan kitar
semula bahan bahan yang boleh dikitar semula.Seterusnya adalah dengan mengurangkan
kegunaan api fosil dan menggunakan sumber api yang boleh diperbaharui.Penduduk juga
boleh meningkatkan pengunaan kitar semula seperti penggunaan bekas makanan ubi kayu
dan penggunaan pengangkutan awam

6. Laporan kajian (kepentingan,punca amalan)


Antara kajian yang saya telah buat adalah soal selidik. Saya menerima beberapa respoden
berdasarkan soal selidik yang saya telah berikan. Saya mendapat 4 orang respoden yang mana
sudi menjawab soal selidik yang diberikan secara atas talian iaitu melalui WhatsApp Dan
telegram. Kebanyakkan mereka mengamalkan konsep yang mudah seperti berjalan kaki
untuk pergi ke kawasan berhampiran dan juga mengamalkan tong kitar semula. 3 orang
respoden membawa bekal makanan sendiri ke tempat bekerja setiap hari. Antara strategi atau
langkah yang boleh diusahakan oleh semua respoden adalah menggunakan pengangkutan
awam dan mengitar semula bahan seperti tayar dan plastik. Secara keseluruhan, banyak
penduduk di Perjiranan11 mengetahui cara untuk mengamalkan konsep Teknologi Hijau.

RUMUSAN

Rumusan yang dapat kita lihat dalam kerja lapangan ini adalah sokongan masyarakat dan
kerajaan amat penting dalam mengaplikasikan Teknologi Hijau ini. Terdapat pelbagai faedah
yang dapat diterokai melalui Teknologi Hijau. Alam sekitar adalah khazanah yang amat
berharga dan mempunyai nilai yang besar kepada semua golongan masyarakat. Sebagai
masyarakat, kita perlu menjaga khazanah ini dengan baik supaya ia tidak pupus atau
berkurangan pada masa yang akan datang. Terdapat pelbagai cara atau usaha yang dapat kita
lalukan untuk menguna dan menjaga Teknologi Hijau. Menerusi kerja lapangan ini, saya
lebih banyak memahami, menerokai dan mempunyai pelbagai maklumat tentang Teknologi
Hijau ini. Jadikan amalan hijau sebagai budaya hidup dan menerapkan kehidupan yang lebih
sihat pada masa hadapan. Sebelum saya mengakhiri rumusan ini, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana mengajarkan
saya tentang Teknologi Hijau yang kini sangat membantu saya untuk menyiapkan kerja
lapangan saya ini.

RUJUKAN

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Indah
3.https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau#:~:text=Teknologi%20hijau%20atau%20tek
nologi%20alam,untuk%20spesies%20bangsa%20keturunan%20manusia.


LAMPIRAN

SALAH SATU RESPODEN DARIPADA SOAL SELIDIK MELALUI WHATSAPP:


Click to View FlipBook Version