Pendidikan Islam ( Adab ) Tahun 6
Adab Rehlah
PENGERTIAN
Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke
sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai
melancong, mengembara, berkhemah,
menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga
boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat
yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di
kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau
peranginan dan sebagainya. Pernahkah anda
pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah
anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah
destinasi rehlah yang ingin kamu pergi?
Dalil Naqli berkaitan Rehlah
َٰ
َ
َ
َ
فْيَّصلٱو ِءٓاَتِ شلٱ ةلْحر مهِفلۦ
إ
ِ
َ
ِ
ِ ْ ِ
2:601 شيرقلا ةروس
Maksudnya (iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka
(menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman),
dan pada musim panans (ke negeri Syam).
ADAB-ADAB KETIKA REHLAH
• Berhati-hati memilih tempat.
• Pilih tempat yang sesuai dan selamat.
• Berpakaian sopan dan menutup aurat.
• Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat.
• Rehlah kerana Allah Taala.
• Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika
melakukan aktiviti rehlah.
• Menjaga maruah diri dan keluarga.
• Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai
buruk anda.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA
REHLAH
٭ Bergaul bebas
٭ Memakai pakaian yang mendedahkan aurat
٭ Mengotorkan tempat rehlah
٭ Merosakkan harta benda awam
٭ Melakukan perbuatan maksiat
٭ Tidak menghormati budaya di tempat rehlah
٭Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium.
٭ Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah
. ٭Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan.
٭ Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap.
HIKMAH BERADAB KETIKA REHLAH
٭ Mendapat keredhaan dan rahmat Allah.
٭ Memelihara keselamatan dan maruah diri.
٭ Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah
.٭ Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.