The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faas.iopsa, 2022-01-07 07:54:56

HIGHWAY CASE STUDY

QUESTION 1

CASE STUDY HIGHWAY
&

TRAFFIC ENGINEERING
DCC 30103

NAMA AHLI KUMPULAN : NO. MATRIKS :
MUHD HAZWANI SYUAIB BIN ABD. GHANI 08DKA20F1028
08DKA20F1029
NUR FATIN AMIRA BT SAMSUL AZMI 08DKA20F1030
MUHAMMAD ASRI IZUAN BIN MOHAMAD ALI
08DKA20F1022
SITI NUR FARAHANA BT M IDRUS

Kemalangan Jalan Raya di Malaysia 2010 - 2019
Kematian Jalan Raya di Malaysia 2010 - 2019

PENGENALAN :

● Saban hari kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat terutama pada

musim percutiaan dan perayaan.

● kita dapat lihat di dada-dada akhbar tempatan , kemalangan jalan raya sering menjadi

topik utama di paparan akhbar ,hal ini kerana topik sebegini sering melibatkan nyawa.

● Menurut Kerajaan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Berdasarkan

statistik tahun 2010 hingga 2019 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),
secara puratanya, lebih daripada 500 ribu kes kemalangan jalan raya telah dilaporkan
melibatkan hampir 7 ribu kematian pada setiap tahun.

● Namun, Sabagai salah satu usaha menangani isu keselamatan jalan raya, MOT telah

memperkenalkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Tahun 2014 - 2020 (PKJRM
2014 - 2020) yang merupakan kesinambungan kepada PKJRM Tahun 2006 - 2010.
PKRJM ini juga adalah selari dengan usaha di peringkat global menangani isu
keselamatan jalan raya di bawah United Nations Decade of Action for Road Safety
2011-2020.

● PKJRM 2014 – 2020 telah digubal dengan mengandungi lima bidang fokus utama

termasuk pengurusan keselamatan jalan raya, pengguna jalan raya yang lebih selamat
dan pengurusan pasca kemalangan. Kesemua bidang utama ini mengandungi pelbagai
inisiatif, program dan langkah intervensi yang telah dirangka bertujuan meningkatkan
kesedaran dan pematuhan kepada undang-undang, seterusnya menyumbang kepada
peningkatan tahap keselamatan di jalan raya.

Sikap
pemandu
itu sendiri

Keadaan FAKTOR Keadaan
kenderaan KEMALANGAN struktur
jalan raya
JALAN RAYA

1.SIKAP PEMANDU ITU
SENDIRI

• pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak
mematuhi peraturan jalan raya.

• pemandu kenderaan memandu kenderaan dengan laju tanpa mematuhi had laju yang
dibenarkan.

• secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah
nyawa pengguna jalan raya yang lain.

• Kita semua mungkin akan bersetuju bahawa ini adalah punca kemalangan yang paling
utama dan bahaya.

• Meskipun sudah tertera papan had laju di atas jalan raya , ianya masih diabaikan oleh
segelintir individu yang beranggapan ianya sebagai tindakan yang normal.

• Risiko kemalangan akan semakin tinggi Ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan
seperti hujan, ianya akan menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin malah penglihatan
pemandu juga akan semakin terhad.



2.KEADAAN STRUKTUR
JALAN RAYA

• Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang
tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya.

• struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan
yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga
boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka
yang memandu pada waktu malam.

• ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan
keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan
penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka
juga menambahkan risiko kemalangan.

• Dari yang dapat kita lihat, kemalangan jalan raya turut berlaku
apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan yang kurang
memuaskan.

3. KEADAAN KENDERAAN

• Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara
mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh
mengundang malapetaka kepada pemandunya

• Kita dapat ambil contoh ,brek kenderaan yang
tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan
pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-
saat kecemasan.

KERATAN AKHBAR

1.SIKAP PEMANDU ITU ➢ LOKASI KEJADIAN :
SENDIRI • 6.5 km Jalan Gerik-Kupang

➢ PUNCA KEMALANGAN :
• Memandu kenderaan melebihi had laju yang

ditetapkan.
• Kenderaan yang dipandu dengan kelajuan tinggi

hilang kawalan sehingga menyebabkan kenderaan
yang dipandu memasuki arah laluan yang
bertentangan.
• Had laju yang digunakan tidak bersesuaian dengan
keadaan Jalan Raya yang menuruni bukit dan
berselekoh.



2.KEADAAN STRUKTUR
JALAN RAYA

➢ LOKASI KEJADIAN :
• Jalan Temangan ke Jalan Temangan Lama.

➢ PUNCA KEMALANGAN :
• Faktor jalan raya yang berlubang.
• Keadaan pada waktu malam meninggikan risiko

berlakunya kemalangan seperti ini kerana tidak
dapat melihat keadaan jalan dengan baik.
• Cubaan untuk mengelak daripada faktor jalan raya
yang berlubang telah menyebabkan pengguna Jalan
raya memasuki arah laluan yang bertentangan.



3. KEADAAN KENDERAAN

➢ LOKASI KEJADIAN :
• Di KM 32 Jalan Kl-Seremban

➢ PUNCA KEMALANGAN :
• Brek kenderaan gagal berfungsi
• Pemandu mengesan brek gagal berfungsi Ketika

sedang menuruni jalan berbukit
• Gagal mengawal kenderaan sehingga

mengakibatkan kenderaan menlanggar pembahagi
jalan dan memasuki jalan bertentangan



FUNGSI
PENGURUSAN

TRAFIK :

12 3

Memastikan keselamatan dan Memastikan arahan dan peraturan Mengkaji faktor penyumbang
keselesaan pengguna jalan raya dapat diberikan kepada pengguna. kemalangan bagi tujuan
diutamakan. Oleh itu, faktor jalan Papan tanda amaran seperti papan memperketatkan lagi undang-
raya yang baik sangat penting bagi tanda had laju harus undang yang sedia ada bagi
memastikan keselamatan pengguna diperbanyakkan terutama di memberi pengajaran kepada semua
jalan raya lebih terjamin. highway dan selekoh-selekoh pengguna jalan raya.
berbahaya yang mendatangkan
risiko kemalangan.

TUJUAN Mengawal kenderaan yang Mengawal lalulintas di jalan Menguruskan kenderaan yang
PENGURUSAN tidak membuat pergerakkan persendirian, lorong-lorong bergerak bagi mengurangkan
hingga menghalang lalulintas perkhidmatanyang termasuk konflik pergerakan lalulintas.
TRAFIK :
yang bergerak. jalan susur. •Mengenalpasti jumlah dan jenis-jenis
tanda lalulintas yang sesuai samaada
atas jalan raya atau tempat letak
kereta.

Mengenalpasti tanah-tanah Mengurus dan mengawal Mengurangkan konflik atau
terbiar atau ruang yang sesuai tempat letak kereta. pertembungan antara

untukdijadikan ruang letak kenderaan danpejalan kaki.
kereta secra tetap atau
sementara.

Meminimakan kemalangan
dan kesesakan berkenaan

dengan lalulintas.



KESIMPULAN : Kadar kes kemalangan di jalan raya negara kita adalah sangat tinggi
dengan jumlah kematian yang boleh dikatakan sangat
menakutkan.Menurut kajian terkini pada tahun 2019, purata kes maut
di atas jalan raya adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun.

Kita sedia maklum bahawa segala usaha penguatkuasaan
berkemungkinan telah dilakukan oleh pihak berwajib, namun sikap
pengguna jalan raya yang masih cuai atau mementingkan diri juga
mampu mengakibatkan kemalangan dari terus berlaku.

Selain dari penguatkuasaan yang ketat untuk mendidik pengguna jalan
raya, mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan ,struktur jalan raya dan
sistem pengurusan pengangkutan pintar juga merupakan jalan terbaik
untuk mengurangkan isu kemalangan jalan raya.

SUMBER RUJUKAN :

https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/kemalangan-di-jalan-raya/
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/61915
https://www.mot.gov.my/my/News/Kenyataan%20Media%20MOT%2011%20Februari%202021-
%20Laporan%20Hasil%20Akhir%20%20Pencapaian%20PKJRM%202014-2020.%20docx.pdf


Click to View FlipBook Version