The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pkkoku2019, 2019-12-10 02:35:29

DASAR KETETAPAN PENGURUSAN SEKOLAH

DASAR KETETAPAN PENGURUSAN SEKOLAH

SEKOLAH TAMAN MUTIARA
09700, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN

KETETAPAN
PENGURUSAN SEKOLAH

SEKOLAH TAMAN MUTIARA
09700, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN

1

DASAR DAN KETETAPAN PENTADBIRAN SK TAMAN MUTIARA

1. ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan
boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian
semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-
prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Negara.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.

1.7 Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda
sekolah ketika berada di sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

2. KEDATANGAN

2.1 Sekolah beroperasi pada pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Sesi pengajaran
bermula pada pukul 7.45 pagi dan tamat pada pukul 1.15 minit petang kecuali pada
hari Rabu (Mengikut jadual kokurikulum).

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar
dan dikehendaki “Punch Card” sendiri Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik
sekolah. Berikut merupakan perbezaan warna cetakan pada “Punch Card”

i. Cetakan bewarna HITAM – Hadir sebelum 7.35 minit pagi
Pulang selepas 1.40 minit petang.

ii. Cetakan Bewarna MERAH – Hadir selepas 7.35 minit pagi.
Pulang sebelum 1.40 minit petang

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah
secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. Jika melebihi tiga kali
kelewatan dalam sebulan, guru dikehendaki memberi alasan bertulis.
1.

2

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan.

2.5 Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat
dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.

3. KELUAR WAKTU MENGAJAR

3.1 Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa
waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan JPN/PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong
Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru jika
kurang daripada 2 jam. Jika melebihi 2 jam, guru hendaklah mengisi borang
kebenaran keluar waktu persekolahan yang disediakan. Dapatkan kebenaran Guru
Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk
pelajar melalui Penolong Kanan.

4. CUTI

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan
KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti
penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil
bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu
tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua
hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.3 Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan
tidak melebihi 180 hari.

4.4 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh
Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4.5 Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh sepuluh hari dalam setahun.

5. SENARAI TUGAS GURU-GURU

5.1 Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai
panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar
Pendidikan Negara tercapai.

5.2 Guru tidak dibenarkan menukar senarai tugas yang disediakan tanpa kebenaran Guru
Besar/Penolong Kanan.

3

6. PAKAIAN GURU
6.1 Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik
pada hari Khamis dan Baju kegiatan kokurikulum pada hari Rabu. Pakaian
hendaklah sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam
surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985.
6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
6.5 Pada hari Ahad (Perhimpunan Rasmi) semua guru hendaklah memakai “Blazer”.
Bagi guru lelaki, pakaian latar bewarna putih adalah digalakkan.
6.6 Bagi guru lelaki yang memakai songkok, songkok bewarna hitam sahaja dibenarkan.

7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan
kekitaan.
7.2 Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman,
pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

7.3 Perhungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.

8. BILIK GURU
8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru.
Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

3

4

9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan
Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar.

10. TUGAS-TUGAS

10.1 Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran
dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya
menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pendidikan atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan
TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan
pengetahuan Guru Besar.

11. BUKU REKOD MENGAJAR

11.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar/fail dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku/fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan
dengan teliti, kemas dan lengkap.

11.2 Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Khamis setiap
minggu. Penulisan RPH pada hari Ahad minggu berikutnya perlu
dilengkapkan terlebih dahulu untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru
Besar/Penolong Kanan. Jika ada hal-hal kecemasan, Buku/fail tersebut hendaklah
dinahtar pada hari Ahad.

11.3 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku/fail tersebut hendaklah diserahkan
kepada Penolong Kanan

11.4 Buku Rekod/fail hendaklah dihantar kepada pentadbiran jika guru bertukar sekolah
atau dihantar pada hari terakhir sesi persekolahan.

12. JADUAL WAKTU

12.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.

12.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan.

4

5

13. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

13.1 Setiap guru kelas diberi sebuah buku/fail transit kehadiran pelajar. Ketua kelas akan
dapatkan buku transit tersebut dan guru masa pertama bertanggungjawab mengisi
nama murid yang tidak hadir pada hari tersebut.

13.2 Buku tersebut akan dihantar ke pejabat/bilik HEM untuk di “key in” ke dalam
system e kehadiran oleh guru kelas sebelum pukul 9.00 pagi.

13.3 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu
minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

13.4 Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan
disemak oleh Penolong Kanan HEM.

14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak
sekolah.

14.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber
atau perpustakaan.

15. KEBERSIHAN

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas
hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

15.2 Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas
seperti bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga
bilik tersebut.

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar.

16. SURAT MENYURAT

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan.

16.2 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap
surat-surat tersebut.

5

6

17. PELAWAT-PELAWAT

17.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

17.2 Semua pelawat dikehendaki melaporkan diri di pondok kawalan sebelum memasuki
kawasan sekolah. Pas kebenaran masuk akan diberikan kepada pelawat.

18. KEGIATAN KOKURIKULUM

18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan.

18.2 Semua tindakan hendaklah dibaca bersama Dasar/ketetapan dalam unit
Kokurikulum.

19. PERHIMPUNAN SEKOLAH

19.1 Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari persekolahan sebelum sesi
pembelajaran seperti ketetapan berikut:

Ahad: Perhimpunan Rasmi (7.45 pagi -8.15 pagi)

Isnin-Rabu: Perhimpunan Harian (7.30 pagi -7.45 pagi)

Khamis: Bacaan Yasin (7.20 pagi - 7.45 pagi)

Nota: Lain-lain program yang akan diadakan semasa waktu perhimpunan hendaklah

bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi sahaja.

Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang
ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk bertugas semasa Perhimpunan
Harian atau Pehimpunan Rasmi.

19.2 Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan
diadakan pada setiap minggu. Guru Pengawas hendaklah menyediakan pengawas
untuk bertugas mengendalikan perhimpunan.

19.3 Guru bertugas hendaklah mencatat semua jenis pengumuman yang disampaikan
dalam perhimpunan yang diadakan.

19.4 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah,
Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar.

20. MESYUARAT / PERJUMPAAN GURU

20.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat/perjumpaan guru,
kedatangan semua guru ke mesyuarat/perjumpaan adalah diwajibkan. Semua guru
hendaklah patuh pada takwim mensyuarat unit masing-masing.

20.2 Perjumpaan Mingguan Guru akan diadakan pada setiap hari Selasa jam 1.20
petang hingga jam 2.00 petang.Semua guru wajib hadir dalam perjumpaan tersebut.

6

7

20.3 Jika Guru Besar tiada disekolah, maka perjumpaan tersebut akan dikendalikan oleh
Guru Penolong Kanan. Sebarang penangguhan perjumpaan tersebut akan
dimaklumkan melalui info rasmi sekolah.

20.4 Setiausaha semua unit hendaklah memcatat minit mesyuarat/perjumpaan mengikut
format terkini.

21. TANDA NAMA

21.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau di luar sekolah.

22. BUKU STOK / INVENTORI

22.1 Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat
dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan Pdpc.

22.2 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

22.3 Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan
memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.

22.4 Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.

22.5 Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

23. ARAHAN DAN PEKELILING

23.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

23.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.

23.3 Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPD hendaklah dibaca
difahami dan ditandatangani.

24. TELEFON / FAKS

24.1 Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan
telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon.

25. PIBG & MAJLIS SEKOLAH

25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.

25.2 Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan
perlu dibayar oleh guru.

25.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

7

26. LARANGAN MEROKOK

8

26. LARANGAN MEROKOK

26.1 Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.

26.2 Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada
setiap masa semasa berada di kawasan sekolah.

27. GURU GANTI

27.1 Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau
sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan
diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu.

27.2 Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan
tugas sebagai guru pengganti.

27.3 Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam
kelas tersebut.

28. MENGHUKUM / MENDENDA MURID

28.1 Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum
atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan.

28.2 Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau
memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit
cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau
berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain
yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG.

28.3 Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil
keupayaan dan kebolehan murid semasa proses Pdpc dijalankan.

28.4 Semua tindakan hendaklah dibaca bersama Garis Panduan Pengendalian
Kes Salah Laku Murid (Pengurusan Unit HEM)

29. HAL-HAL LAIN

29.1 Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek
pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

29.2 Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan
matlamat pendidikan.

Sumber Rujukan:

Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.

8

SEKOLAH TAMAN MUTIARA
09700, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN


 

DASAR/KETETAPAN UNIT KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah
ini.Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum
selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat mampu menjadi yang
terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan
kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada
kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang
terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mental dan
emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan
keutamaan.

10 
 

4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan,masalah
dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam PekelilingTransformasi

Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018
4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah
disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan
maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan
kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia
dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah
berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan
keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk belajar
dengan lebih baik.Amalan PdPc PAK 21 adalah perlu menjadi tonggak pendidikan masa kini.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum
dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit
mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.
5.6: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.Sila rujuk pekeliling terkini berkenaan dengan pengurusan mesyuarat dan penyediaan minit
mesyuarat mengikut Pekelilin Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2018.

11 
 

6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah
pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.
6.4: Penyimpanan fail panitia perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai oleh pihak pentadbir.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sebelas ( 11) Mata Pelajaran. Tambahan Bahasa Tamil dan Bahasa
Mandarin(elektif)
7.2: Tahap 2( Tahun 4,5 dan 6 ) –Empar belas ( 14 ) Mata Pelajaran.
7.3: Rujuk pekeliling KSSR semakan 2017

8.0. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN(DSKP) SERTA RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN(RPH)

8.1: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP &DSKP Semakan 2017),Rancangan Pelajaran Tahunan
( RPT ) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa

Dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: DSKP dan DSKP Semakan 2017yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. Sila rujuk laman web Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM dari
masa ke semasa.
8.3: Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir
tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah
disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut
format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-masing atau
paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku/Fail Rekod Mengajar
sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, Buku/Fail Rekod Mengajar
mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan refleksi haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada
masa hadapan.

12 
 

8.9: Buku/Fail Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Khamis
persekolahan minggu berkenaan atau selewat-lewatnya pagi Ahad berikutnya untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku/fail rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap tahun.
8.12: Pendidikan PAK 21 – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan BBM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU
9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil untuk kelas peperiksaan.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan
makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa

Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti
yang terpilih.
9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak Pentadbiran
Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik Khas
tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual mestilah diserahkankan
kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang
terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal

Komputer,Makmal Sains, Bengkel RBT,Surau, Bilik J-Qaf,Bilik Seni ,Bilik Tayangan dan Bilik SAL
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan
ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai tujuhala ke arah tersebut dan semua guru
penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan
perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

13 
 

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
.
10.1: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.2: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT.

Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu

Mengajar yang lain.
10.3: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan

Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid
dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah
kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan.
10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di luar
bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan
ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).
10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun HOTS

– Higher Order Thinking Skills Questions.

14 
 

11.0 GURU GANTI
11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu
memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang
ditinggalkan.
11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1: Ujian Pengesanan - 2 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di
bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta
penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran Bilik Darjah perlu dilaksanakan merujuk kepada DSKP sedia ada. Pentaksiran dilaksanakan
sepanjang Pengajaran dan pembelajaran harian dijalankan. Semua guru dimestikan menyediakan Rekod
Perkembangan Murid merujuk kepada senarai semak pentaksiran yang disediakan sendiri oleh guru.
12.7: Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang
berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi
peperiksaan awam.

12.8: Format Peperiksaan
12.8.1: Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Formatif – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu
tahun 4,5,dan 6
12.8.5: Pentaksiran PBD dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Pentaksiran di dalam bilik darjah dan Pentaksiran Sumatif
untuk mengukur Tahap Penguasaan murid..

12.9 Jadual Pengawasan
12.9.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

15 
 

12.10 Rekod Markah
12.10.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa HariKonferansi Ibubapa/Waris yang dijalankan selepas peperiksaan.
12.11.3: Slip PBD @ pentaksiran Bilik Darjah akan diserahkan kepada ibubapa selepas perbincangan akhir guru
matapelajaran bersama guru kelas untuk menetapkan Tahap Penguasaan Murid untuk penggal 1 dan

Penggal 2

12.11 Gred Pencapaian
12.11.1: Semua murid ( Tahun 4 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang
telah ditetapkan iaitu:

80 - 100 markah : A (Cemerlang)
65 - 79 markah : B (Baik)
50- 64 markah : C (Memuaskan)
40 - 49 markah : D (Mencapai Tahap Minimum)
0 - 39 markah : E (Belum Mencapai Tahap Minimum)

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian
12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan setiap kali
selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak.

12.13 Post- mortem/PILL Peperiksaan
12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran masing-
masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti bagi
tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang PILL seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
diserahkan kepada PK Pentadbiran.
12.13.4: Dialog Prestasi Panitia akan dijalankan selepas peperiksaan terutama untuk Tahun 6(UPSR)

16 
 

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun
secara rasmi.
13.1.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru

tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan
observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh
guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau 1 Panitia 1 bulan bagi memastikan Dasar
Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak
pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan
dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guruakan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.Manakala semua Penolong Kanan
akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk dicerap.
13.1.10: Penggunaan Standard 4 sebagai borang pencerapan yang digunapakai serentak untuk pencerapan SKPMg2

Dan PBPPP atau e Prestasi

13.2: Pengurusan Panitia
13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum
13.2.2: Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat/bilik Khas yang ditetapkan.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan

TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

17 
 

13.3 Peperiksaan dan Pentaksiran Sekolah
13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan
dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas
tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan

Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Bilik APD
Pusat Sumber
Bilik Perkembangan Staf
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik J-Qaf
Surau
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Setiausaha Peperiksaan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel Kemahiran Hidup.
Makmal Sains
Bilik Pengawas
Bilik Seni
Bilik PPDa
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.Buku stok perlu disediakan.
13.4.5: Kunci Pendua bilik-bilik Khas perlu disimpan di pejabat sekolah untuk capaian mudah pihak pentadbir
memantau.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

18 
 

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan setiap bulan mengikut panitia bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam
setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan dan Guru Besarakan menyemak buku latihan murid mengikut kelas yang diajar
oleh guru.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.

Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan
guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan pengetahuan
asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab
dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru
mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak mengikut
tempoh yang telah ditetapkan .
15.5: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.6: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

19 
 

16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan
dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia
pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut
tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa
murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu
untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk 6 bulan
berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat
berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-murid untuk terus
belajar .

20 
 

18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa
yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang tahun
dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program yang
dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam
yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga

’practice make permanent ’.
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan kelancaran

Program Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF
19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam wajib
menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang mengikut permintaan
guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.
19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

21 
 

20.0 KAJIAN TINDAKAN
20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
PEPERIKSAAN

21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan 50 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
21.3: Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan mestilah 3 hari
sebelum penggunaannya.
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5: Guru boleh menggunakan printer di Pejabat untuk mencetak bahan Pdpc untuk kegunaan segera.
21.6 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan
bagi tujuan kawalan.
22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua murid perlu mencapai tahap minimum. 0% semua E
22.2: Sasaran 10% orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR.
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan
negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

SEKOLAH TAMAN MUTIARA
09700, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN

22 
 

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan
sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

1.0 PENGENALAN

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini
bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan
sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.

Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya
terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya
menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak
dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini
kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti
tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih
berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya
dalam bidang akademik dan bukan akademik.

2.0 OBJEKTIF DASAR
2.1 Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM di semua sekolah rendah dan menengah
kerajaan dan bantuan modal di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
2.2 Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM di sekolah,
2.3 Sebagai dokumen panduan oleh pegawai HEM dalam menangani isu-isu disiplin yang dirujuk oleh
sekolah untuk tindakan jabatan.
2.4 Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia ada terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
2.5 Sebagai dokumen tambahan dalam melaksanakan Strategi 1, 2 dan 3 iaitu :
Strategi 1: Mencemerlangkan Sahsiah
Strategi 2: Mencemerlangkan Sukan
Strategi 3: Mencemerlangkan Kokurikulum

23 
 

3.0 DASAR PENGURUSAN KELAS

3.1 e Kehadiran
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam APDM bulan pertama persekolahan
(Januari).
b) Mengemaskini e Kehadiran pada setiap hari persekolahan sebelum berakhir sesi
persekolahan. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng
sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimana pun, sekolah perlu
menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan
tindakan penambahbaikan.
c) E Kehadiran hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:

Bil Simbol Maksud

1 / Murid hadir

2 O Tidak hadir tanpa sebab

Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen

3S

sokongan)

Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru
4K

Besar /Pengetua (dikira tidak hadir)

Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan
5L

murid dikira hadir)

Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan
6W

murid dikira hadir)

Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan
7G

dan murid dikira tidak hadir)

d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran murid di kemaskini pada setiap
hari dalam sistem atas talian sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari persekolahan .

e) E kehadiran hendaklah disahkan dan dicetak oleh Guru Kelas dan hantar satu salinan ke
pejabat pada setiap hari terakhir persekolahan pada setiap bulan.

24 
 
4.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)

4.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi sekolah
rendah dan RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti
ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan
Pendaftar Sekolah.

4.2 Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan warga

5.0 FAIL PERIBADI MURID
5.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
5.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail.
Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
5.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan
Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan disimpan dalam fail ini. Buku Rekod
Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik
Dokumentasi/ Bilik HEM.

5.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.

5.5 Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik HEM atau bilik Bimbingan & Kaunseling atau
bilik Dokumentasi.

5.6 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan
ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang
dikeluarkan disimpan dalam fail ini.

5.7 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM akan menyediakan dokumen
penyemakan fail kelas (senarai semak).

6.0 PENDAFTARAN MURID BARU
6.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal

pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
6.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu

bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila
pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.

25 
 
6.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya

mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru SMM /
guru data.
6.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa /
bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
6.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang
memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM
untuk tindakan lanjut.
6.6 PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Rekod Pencapaian Murid , Penilaian Kemahiran
Amali (PEKA), Folio Kemahiran Hidup, Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Petaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak
dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid
dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
6.7 PK HEM akan menyerahkan borang SMM kepada guru SMM / Guru Data untuk pengisian
butiran di dalam sistem APDM.

7.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
7.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum
mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri /
7.2 wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS)
7.3 - masalah pertukaran ke luar negera – Rujuk SPS
7.4 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
7.5 Bagi pertukaran dalam dan keluar negeri, PK HEM perlu memastikan semua buku teks dibawa
bersama murid beserta dengan maklumat bantuan yang diterima murid.
7.6 Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak
sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6,. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil
Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada
ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. (murid bukan warga – rujuk SPS)
Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah
selain yang dinyatakan dalam perkara 8.5. selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan
wajib.

26 
 

8.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

8.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:

Ketua Kelas

Penolong Ketua Kelas

Bendahari

AJK Kebersihan

AJK Keceriaan

AJK Keselamatan

Lain-lain AJK yang diperlukan

8.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: •

a) Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas

b) Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas

c) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.

d) Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru

e) Inventori Kelas - ditampal pada pintu

g) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu

semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.

h) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah,
bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.

i) Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.

j) Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.

8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat
yang mudah dilihat.

8.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja
mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa

turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.

8.5 Kebersihan kelas:
a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.

b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan
teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas
berkenaan.

c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul
sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.

27 
 

d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam
e) keadaan kemas dan teratur.
f) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan
8.6 kelas.
8.7 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.
Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan

selamat digunakan.
b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

9.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

9.1 Ponteng Sekolah

a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak

membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

b) Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam e Kehadiran (sila rujuk

Nota 4.1 (c)

c) Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/

Tidak Berterusan

Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari

Amaran II 7 hari selepas surat 10 hari selepas Surat
Amaran I Amaran I
Amaran III
7 hari selepas surat 20 hari selepas Surat
Buang Sekolah Amaran II Amaran II

Jumlah 14 hari selepas surat 20 hari selepas Surat
Keseluruhan Amaran III Amaran III

31 hari 60 hari

28 
 

d) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail
kelas).

e) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar

Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail
Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.
Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar
Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Transit Murid dan system e Kehadiran
untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT:
Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah.

f) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
berikut hendaklah dipatuhi:
Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing.
Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu
bapa/penjaga dan berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke
kelas setelah Guru Besar berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa
atau penjaga melalui surat aku janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah
semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN Kedah

  29 
9.2
Buku Kawalan Kelas (BKK)
a) Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
b) BKK akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi oleh Ketua Guru Disiplin.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke meja
Ketua Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
c) BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang
masuk pada setiap waktu.
d) Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Bahasa Cina , Bahasa Tamil, Lukisan Kejuruteraan, ERT, KHB dan Pendidikan
Jasmani BKK akan dibuat secara berasingan.
e) Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk
kelas/ ponteng kelas semasa guru mengajar.
f) Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur
sebelum menandatangani BKK.
g) Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh
guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam
BKK untuk tindakan Penyelaras BKK (Ketua Guru Disiplin) dan Guru Disiplin pada
keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam
BKK dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.
h) Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan
mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada
keesokkannya.
i) Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut
susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada setiap akhir semester
1 & 2.
j) Sekiranya BKK hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru
Disiplin sekolah dengan segera.
k) Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK , Ketua Guru Disiplin hendaklah
melaporkan kepada PK HEM dan Pengetua / Guru Besar.

  30 
9.3
9.4 Pas Keluar
a) Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada
9.5
awal tahun.
b) Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan

sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
c) Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas

daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.
Disiplin Murid
a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah

memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid

itu melakukan kesalahan disiplin.
c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat

kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM

serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa
teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.
f) Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada
murid-murid.
Kawalan /Tanggungjawab Guru
a) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha
bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang
individu. (Amalan Budaya Penyayang)
b) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi
mendapatkan kerjasama.

c) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid-murid tidak
memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.

d) Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-
murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

e) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.

f) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang

  31 
9.6
9.7 selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-
sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
9.8
9
Dasar Umum Disiplin
a) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada

setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
b) Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu

perhimpunan.
c) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan

penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan.
d) Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan
kepada murid-murid dari semasa ke semasa.
Pemeriksaan Mengejut
a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa
berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
b) Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan
bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh
murid berkenaan.
c) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang
Rampasan yang disimpan di dalam almari berkunci di bilik GPK HEM.
d) Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
e) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu
bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat
perjanjian.
f) Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah
diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
g) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
Kaedah Mengatasi Disiplin
a) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:

semua guru
kelas-kelas(untuk dipamerkan dipapan kenyataan)
bilik-bilik khas
b) Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat
dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.

32 
 

c) Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:

Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa
ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.
d) Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan:

Kedatangan penuh - 2 kali setahun
Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan
diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.

Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada
akhir tahun.

e) Pengurusan Perhimpunan

Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Ahad). Masa
perhimpunan 30 minit untuk sekolah rendah, 40 minit untuk sekolah menengah,
kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan
pengawas sekolah.
Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau
sakit.
PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk
memastikan semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak
sebagai role model.

10.0 DASAR KEBAJIKAN MURID

10.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem
Maklumat Murid (SMM) yang sentiasa dikemaskini.

10.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
a) Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya
hari pertama sesi baru persekolahan.
b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas
dan ditulis nama.

33 
 

d) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah
ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara
yang telah ditetapkan.

e) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut
tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

f) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

10.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat
fokus utama iaitu:

Pembangunan sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan mental murid
b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara
hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit
dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada
secara individu atau kelompok.

d) GBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA
atau IPTS.

e) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang
telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
digantung / dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu
dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.

f) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

g) GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10%
daripada hari persekolahan setahun.

  34 
10.4
Dasar Kebajikan Murid
a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasrkan SMM:

Bilangan anak yatim di dalam kelas
Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh
murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke
dalam SMM seperti:

Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Susu RMT

Bantuan Pakaian Seragam (Zakat)
Derma Kebajikan
c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan
muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid
berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat
(ibubapa) atau diri sendiri.

11.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
11.1 Rekod Kesihatan Murid
a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah
lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
c) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut,
murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
d) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk
Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
e) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar
sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

  35 
11.2
11.3 Kad Pergigian Murid
11.4 a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid
11.5
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak
jagaannya.
c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan
berkenaan.
Surat Rawatan Murid
a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong
Kanan.
c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-
mana hospital atau klinik kerajaan.
Murid Sakit
a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau
kurang sihat pada hari tersebut.
b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas
boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
c) Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang
sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan,
guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri,
kenderan sekolah atau menghubungi ambulan.
e) Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan
pulang dalam borang kebenaran Keluar Murid.
Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,
kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga
kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar
kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam
proses Pembelajaran dan Pengajaran.

36 
 

d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan
setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.

e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam
keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.

f) Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing sebelum
meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.

11.6 Kantin Sekolah

( Kantin dibuka dari 6.45 pagi hingga 3.00 petang sahaja.)
a) Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa

pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga
seluruh kawasan kantin.
b) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan
menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN
c) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain
jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
d) Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN Kedah
dengan kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
e) Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan
pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada
penjual di luar kawasan sekolah.
f) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali
dengan kebenaran khas.
11.7 Kebersihan Kelas
a) Murid mesti membersihkan kelas 10 minit sebelum waktu pertama bermula.

b) Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan
untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.

c) Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa
sepanjang minggu bertugas.

d) Murid dikehendaki masukkan kerusi ke bawah meja setelah tamat sesi pembelajaran.
Guru mata pelajaran terakhir pastikan murid malaksanakan arahan tersebut.

e) Murid dikehendaki meletakkan kerusi di atas meja setiap kali menjelang cuti penggal
persekolahan

37 

 
12.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH

12.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
12.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan

sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan. Murid yang hadir awal ke sekolah
hendaklah berada di kantin atau di dewan sekolah.
12.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan
digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.
12.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah / PPD dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti
luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.
Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid
berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
12.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak
terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.

12.6 Latihan Kecemasan Kebakaran
a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali
setahun.
b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan
segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas
atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh
guru mereka.

d) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta
bekalan gas ditutup sebelum keluar.

e) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke
tempat berkumpul.

f) Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di
tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang
tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta

38 
 

12.7 Polisi Keselamatan Sekolah
a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah
iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.

b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan
diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua
warga sekolah (sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan)

12.8 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat
a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
b) Guru-guru dan warga sekolah diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan
mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
c) Murid-murid yang menunggang basikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang
disediakan. Pastikan basikal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna
sahaja boleh dibawa ke sekolah. Basikal lajak dilarang sama sekali.

13. Penentuan Dan Perubahan Dasar Hem

13.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
pendidikan Negara.

13.2 Perubahan boleh dilakukan dari masa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat j/k HEM sekolah.

SEKOLAH TAMAN MUTIARA
09700, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN

39 
 

DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA

DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN
KOKURIKULUM

“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah
1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan
A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah
memberi takrifKokurikulum iaitu :

Penyertaan dalam sukan permainan
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1)
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM

KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum
dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
(Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng
diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.

MELAKSANAKAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH ADALAH WAJIB

Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang
jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya
sekali di bawah penalti am

40 
 

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.
“1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti
diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

“(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan
yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi lima
ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di
bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus
dilakukan”.

DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap
pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerjapakaian
seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.

[Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum
yang mereka minati.

Untuk tujuan ini Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di
sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]

Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan
dan diberi penilaian.

Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]

Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan
disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng
kelas.

41 
 

DASAR UTAMA (3)
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesananpelaksanaan
gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)

Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang
spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan
dalam bidang kurikulum.

Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan
adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh
dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib) (Bab D).”

DASAR UTAMA (4)
PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik
darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik
darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997]

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif.

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

42 
 

PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-
ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif.Penyertaan
adalah terbuka kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM

DI SEKOLAH

“Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja
amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerekerja-
gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai
bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

[Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
-Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan
anggota masyarakat setempat.

[Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP.
8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’]

-“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan
Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan
murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus
yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan
kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

“Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan murid semasa waktu persekolahansecara terancang. Kementerian juga
menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
“Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan
ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan

43 
 

yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
18/2000).

“Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang
perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang
kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-
mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”.
(Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri
masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih
tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SK TAMAN
MUTIARA

TAHUN MASA
TAHUN 4,5,6 120 minit seminggu

KUMPULAN A - BADAN BERUNIFORM
KUMPULAN B - KELAB DAN PERSATUAN
KUMPULAN C - SUKAN DAN PERMAINAN ( 1 MURID 1 SUKAN)

1. Maklumat Am

1.1 Aktiviti Kokurikulum dibahagikan kepada tiga

1.1.1 Kumpulan AC dan BC

1.1.2 Kumpulan AC : 2.00-3.00 petang

Kumpulan BC : 3.00-4.00 petang

1.2 Sekiranya hari tersebut hujan, guru-guru penasihat perlu memastikan aktiviti dijalankan secara

teori dijalankan di kawasan berbumbung .

1.3 Semua guru penasihat wajib hadir pada hari kegiatan. Guru-guru penasihat perlu mencatatkan

kehadiran masing-masing di dalam Buku Kedatangan Kokurikulum.

1.4 Semua Guru Penasihat perlu memberi kerjasama dan mempunyai tanggungjawab yang sama

berat dan adil dalam memastikan kegiatan kokurikulum berjalan dengan lancar dan mencapai

objektif yang ditetapkan.

1.5 Pembatalan kegiatan-kegiatan kokurikulum hanya dibenarkan dengan perbincangan dan

kelulusan dari Guru Besar , PKKK, PK Pentadbiran dan PK Hal Ehwal Murid atau Penyelia

Petang sahaja.

1.6 Kegiatan Kokurikulum hanya dibatalkan sekiranya :

1.6.1 Tarikh kegiatan kokurikulum jatuh pada hari cuti umum

1.6.2 Semua guru terlibat dengan aktiviti lain (contohnya perkembangan staf)

44 
 

1.7 Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah :

UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun
KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun
SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

1.8 Kod pakaian ( murid dan Guru Penasihat)

1.8.1. Aktiviti sukan dan permainan.

a. Baju kokurikulum atau baju T sukan atau sekolah dan seluar trek
b. Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja yang

dibenarkan

1.8.2 Aktiviti unit beruniform- Guru Penasihat dan murid

a. Pakaian seragam unit uniform masing-masing

1.8.3 Aktiviti kelab dan persatuan

a. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum atau T shirt sekolah

1.8.4 Aktiviti luar sekolah

a. Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah

1.8.5 Sukan tara dan Merentas Desa dan kejohanan olahraga

a. Baju T rumah sukan atau baju T sekolah atau baju T putih dan seluar trek bagi
pelajar lelaki.

b. Baju T rumah sukan atau baju T sekolah atau Baju T putih berlengan panjang dan
seluartrek.

2.0 KAD REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)

2.1. Buku Laporan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum akan dilaporkan di dalam Fail Aktiviti KK (3) – Fail –fail ini
akan digunakan bagi tahun-tahun berikutnya.
Maklumat-maklumat yang perlu ada di dalam FAIL MAKLUMAT KK –(1) ialah
2.1.1 Rasional / Maklumat / Objektif/ Penilaian
2.1.2 Peraturan/Perlembagaan
2.1.3 Carta Organisasi
2.1.4 Carta Gantt
2.1.5 Senarai Keahlian
21..6 Anggaran Perbelanjaan atau akaun (jika ada)

2.2 Maklumat-maklumat yang perlu ada dalam Fail Surat Menyurat KK(2) ialah :

2.2.1 Minit Mesyuarat Agung/ Perlantikan baru

2.2.2 Minit Mesyuarat AJK

Fail Aktiviti KK perlu disiapkan seminggu dari tarikh sekolah dibuka
Fail hendaklah dihantar SELEWAT-LEWATNYA pada hari Khamis ke meja PKKK
dan diambil semula pada hari Rabu

45 
 

3.0 Penyertaan murid
3.1 Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada

satu sukan dan permainan, satu unit beruniform dan satu kelab dan persatuan
sebagai aktiviti sepanjang tahun
3.2 Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan apa yang
ditawarkan di sekolah
3.3 Murid perlu mendapatkan kebenaran dan pelepasan pihak sekolah sekiranya terlibat
dalam aktiviti

4.0 Perhimpunan Kokurikulum
Perhimpunan kokurikulum pada hari Isnin minggu ke tiga setiap bulan
a. Pakaian unit uniform lengkap
b. Dikendalikan oleh murid sepenuhnya dan diselaraskan oleh s/u kokurikulum
c. Guru-guru mesti memakai pakaian unit beruniform

5.0 Pengurusan buku kokurikulum.

5.1 Setiap murid mesti mempunyai kad kokurikulum sebagai rekod kehadiran dalam
aktiviti kokurikulum

5.1 Kad kokurikulum yang dibawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum mesti
diserahkan kepada guru penasihat untuk ditandatangani selepas aktiviti dijalankan.

5.1 Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku
kokurikulum maka guru penasihat perlu ada rekod kehadiran ahli yang tepat dan
lengkap bagi setiap perjumpaan agar penilaian dalam dilaksanakan dengan adil dan
saksama.

5.1 Bayaran akan dkenakan sebanyak RM1.00 bagi kad kokurikulum yang hilang atau
rosak.

6.0 Pengurusan dan pengelolaan aktivti di dalam sekolah dan di luar sekolah.

6.1 Langkah keselamatan yang sesuai dilaksanakan mengikut standard operating procedures
(SOP )

6.2 Bahagian ini akan diterangkan lebih lanjut dalam polisi keselamatan
6.3 Guru-guru penasihat adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan

keselamatan murid-murid di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum peringkat
sekolah

7.0 PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN
Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian
dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau
kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur
keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah
penglibatan murid di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan
kepada murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.

7


Click to View FlipBook Version