The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sherard Baitin, 2023-02-20 22:32:54

MUZK 1113 ASAS TEORI MUZIK

METER DAN SKEL DALAM MUZIK

METER DAN SKEL DALAM MUZIK OLEH: SHERARD BAITIN MUZK 1113 ASAS TEORI MUZIK


METER DALAM MUZIK METER Meter ialah bilangan detik dalam satu bar. Meter dalam muzik mempunyai tanda masa yang mengandungi dua angka. Satu angka berada di bahagian atas manakala satu lagi angka berada di bahagian bawah. Angka di atas adalah jumlah detik dalam satu bar manakala angka di bawah menunjukkan jenis not. meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tak lazim. METER LAZIM Meter lazim terbentuk apabila semua detik boleh dibahagikan kepada dua nilai not yang serupa. Contohnya, meter 2/4 , 3/4, atau 4/4 boleh dibahagikan secara sama rata. Contoh:


METER LAZIM Dalam meter lazim duaan 2/4, setiap bar mempunyai dua detik krocet. Sebaliknya, jika ia adalah meter lazim duaan 2/2, setiap bar akan mempunyai 2 detik minim dalam satu bar. Duaan Tigaan Dalam meter lazim tigaan 3/4, setiap bar mempunyai 3 detik krocet. Sebaliknya, jika ia adalah meter lazim tigaan 3/2, setiap bar akan mempunyai 3 detik minim dalam satu bar. Empatan Dalam meter lazim empatan 4/4, setiap bar mempunyai 4 detik krocet. Sebaliknya, jika ia adalah meter lazim empatan 4/2, setiap bar akan mempunyai 34detik minim dalam satu bar.


METER TAK LAZIM Meter tak lazim terbentuk apabila semua detik boleh dibahagikan kepada kumpulan tiga not yang sekata. Meter tidak lazim yang sering digunakan adalah meter 6/8, 9/8, dan 12/8. Meter lazim yang lain adalah seperti 6/4, 9/4, 12/4, 6/16, 9/16 dan 12/16. Contoh: Duaan Meter 6/8 adalah meter tak lazim duaan. Setiap bar mesti mencukupi 6 not kuaver. Setiap krocet mewakili 2 not kuaver Tigaan Meter 9/8 adalah meter tak lazim tigaan. Setiap bar mesti mencukupi 9 not kuaver. Setiap krocet mewakili 2 not kuaver


Empatan: DUPLET Duplet adalah satu rentak dalam meter tak lazim dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian not yang sama. Namun kedua-dua not ini akan dimainkan dalam masa yang sama seperti tiga not. Duplet dalam meter tak lazim digunakan untuk menulis irama lagu. Contoh Duplet: Meter 12/8 adalah meter tak lazim empatan. Setiap bar mesti mencukupi 12 not kuaver. Setiap krocet mewakili 2 not kuaver. Disebabkan meter ini mempunyai 'beat' yang boleh dibahagikan kepada tiga not, maka meter ini digelar sebagai meter tak lazim.


NILAI NOT DAN TANDA REHAT NAMA NOT NILAI SIMBOL TANDA REHAT Semibrif Minim Krocet Quaver Semiquaver 4 detik 2 detik 1 detik 1/2 detik 1/4 detik


SKEL Skel terdiri daripada susunan 8 not dalam satu oktaf dan ianya dimainkan secara menaik (ascending) atau menurun (descending). Skel boleh dimainkan dalam bentuk major dan minor. Terdapat skel (major dan minor) yang mempunyai tanda nada flat(b) dan sharp(#). SKEL DALAM MUZIK Skel major yang mempunyai tanda nada flat(b): F Major Bb Major Eb Major Ab Major Skel minor yang mempunyai tanda nada flat(b): D Minor G Minor C Minor F Minor Skel major yang mempunyai tanda nada sharp(#): G Minor D Minor A Minor E Minor Skel minor yang mempunyai tanda nada sharp(#): E Minor B Minor F# Minor C# Minor C Major dan A minor tidak mempunyai sebarang tanda nada, namun not ketujuh pada A Minor harus dinaikkan satu semiton atau di sharpkan.


SKEL MINOR HARMONIC Contoh: Skel A Minor Dalam skel minor harmonic, not ketujuh perlu dinaikkan 1 semiton. Contoh: Skel A Minor Harmonic (Skel A minor dimainkan secara harmonic oleh itu not ketujuh(G) dinaikkan satu semitone menjadi G#) Contoh: Skel D Minor (Skel D minor mempunyai Bb kerana relatif majornya ialah F major(mempunyai Bb). Contoh: Skel D Minor Harmonic (Skel D minor dimainkan secara harmoni oleh itu not ketujuh(C) dinaikkan satu semitone menjadi C#.


SKEL MINOR MELODIC Skel minor melodik pada asalnya adalah skel minor natural. Ia menjadi skel minor melodik apabila not keenam dan not ketujuh dinaikkan 1 semiton semasa skel dimainkan secara menaik, dan diturunkan semula kembali kepada kedudukan asal apabila skel dimainkan dalam bentuk menurun. Contoh: Skel B minor melodik, sewaktu dimainkan secara menaik, not ke-6 dan not ke-7 iaitu G dan A dinaikkan 1 semitone menjadi G# dan A#. Sewak dimainkan secara menurun, G# dan A# diturunkan kembali kepada kedudukan yang asal. Skel B Minor Melodik


PENULISAN TANDA NADA PADA BALUK Tanda nada pada baluk disusun daripada skel yang tidak mempunyai tanda nada sehingga skel yang terdapat tanda nada 4 sharp(#) dan 4 flat(b). SKEL MAJOR DENGAN TANDA NADA SHARP(#) SKEL MAJOR DENGAN TANDA NADA FLAT (b)


PENULISAN TANDA NADA PADA BALUK SKEL MINOR DENGAN TANDA NADA SHARP(#) SKEL MINOR DENGAN TANDA NADA FLAT (b)


TANDA NADA DALAM SKEL MAJOR DAN MINOR


NAMA TEKNIK BAGI NOT DALAM SKEL DIATONIK Semua skel major dan minor merupakan skel diatonik. Skel diatonic mengandungi 8 not. Setiap not dalam skel diatonik dinamakan dengan nama teknik dan nombor. Skel C major sering digunakan untuk mempelajari skel diatonic kerana skel ini mudah dan berada dalam kedudukan natural. NAMA TEKNIK DAN DEGREE OF THE SCALE Setiap not dalam scale mempunyai nama yang tersendiri yang juga disebut sebagai scale of degree. *Degree ke-8 adalah sama dengan degree pertama (tonik) kerana degree ke-8 adalah oktaf bagi degree 1*


RUJUKAN A. (2019, July 17). Tajuk 1- Meter 1docx. dokumen.tips. https://dokumen.tips/documents/tajuk-1-meter-1docx.html Farah, T. (2021, July 23). Skel Minor dan Skel Minor Harmonik. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=zlnjR1pIHu0&feature=youtu.be Farrant, D. (2022, December 12). How To Play Musical Duplets. Hello Music Theory: Learn Music Theory Online. https://hellomusictheory.com/learn/duplets/ Jarkaseh, M. H. (2020, May 8). Wak M20 SKEL MAJOR, MINOR NEUTRAL, HARMONIK & MELODIK. YouTube. https://www.youtube.com/watchv=TU8CaEUjyZw&feature=youtu.be L. (2023, January 14). Beginner’s guide to the world of scale degrees. Piano Blog by Skoove - Piano Practice Tips. https://www.skoove.com/blog/scaledegrees/ Mu. (2023, February 20). Teori Asas 1 : Mengenal Notasi Muzik. http://akuduniamuzik.blogspot.com/2011/11/teori-muzik-1-mengenalnotasi-muzik.html?m=1 Nana, T. (2021, January 14). PENDIDIKAN MUZIK KSSM - SKEL DIATONIK. YouTube. https://www.youtube.com/watch? v=fxXpn0iFy5U&feature=youtu.be N. (2019, July 18). Meter, Jenis Not, Tanda Rehat. vdokumen.net. https://vdokumen.net/meter-jenis-not-tanda-rehat.html


You Thank


Click to View FlipBook Version