The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATUR CARA PERSARAAN HJH SAMSIA WARSO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70235789, 2023-07-31 00:41:25

BUKU ATUR CARA PERSARAAN HJH SAMSIA WARSO

BUKU ATUR CARA PERSARAAN HJH SAMSIA WARSO

Selasa PN HJH SAMSIA BINTI WARSO PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK PATIKANG LAUT KENINGAU TEMPOH PERKHIDMATAN 1985 HINGGA 2023 01 /08/ 2023 SK Patikang Laut sempena [ ] MMaajjlliiss LLaammbbaaiiaann Kasih Budi Dikenang, Bakti Dijulang Setulus Hati, Kekal Abadi..


Biodata Bismillahirrahmanirrahim..... Dilahirkan pada tanggal 01 Ogos 1963, di Kg Kota Ayangan Keningau, Sabah. Merupakan anak kepada pasangan Warso Bin Sarjo dan Ella Bukit. Dibesarkan dalam sebuah keluarga besar iaitu seramai 9 orang adik-beradik dan merupakan anak ke 6. Mendapat pendidikan awalnya di : Sk Tuarid Taud Keningau dari tahun 1970 hingga 1975. SMK Gunsanad Keningau dari tahun 1976 hingga 1980. Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan dari tahun 1982 hingga 1984. Setelah itu, menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti Terbuka (Oum) pada tahun 2007 hingga 2010. Kecemerlangan beliau dalam bidang perguruan memang tidak dinafikan. Beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) sebanyak 4 kali sepanjang tempoh berkhidmat di beberapa buah sekolah iaitu : Sk Pekan Tambunan pada tahun 1995 Sk Tansau Putatan pada tahun 2005 Sk Kg Contoh Petagas pada tahun 2013 dan di Sk Patikang Laut pada tahun 2018 Beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah biasa tegal biasa” dan “genggam bara api biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Pn Hajah Samsia Warso yang sangat dihormati dan disayangi. Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di : SK Tempasuk 2 Kota Belud bermula Januari 1985 sehingga Disember 1985, SK Pekan Tambunan dari tahun 1986 hingga 1995, SK Binaong Keningau dari tahun 1996 hingga 1998, SK Tuarid-taud Keningau dari Januari 1999 hingga Disember 1999, SK Melodi Tawau dari tahun 2000 hingga 2002, SK Tansau Penampang dari tahun 2003 hingga 2005, SK Pg Siti Hafsah Karambunai Tuaran dari tahun 2006 hingga Ogos 2008, (Sebagai Penolong Kanan HEM) SK Tombovo Penampang Dari Ogos 2008 hingga Ogos 2009, (Sebagai Penolong Kanan Petang) SK Kg Contoh Petagas dari Ogos 2009 hingga Mei 2014, (Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran) SK Sembulan Kota Kinabalu dari Jun 2014 hingga Oktober 2014 (Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran) SK Patikang Laut Keningau dari Oktober 2014 hingga 1 Ogos 2023 (Sebagai Penolong Kanan HEM)


Jawatankuasa Penasihat Penasihat II Pengerusi Timb.Pengerusi 1 Timb.Pengerusi 2 Setiausaha Bendahari : En. Sabili Bin Lasimon @ Rasimun : Pn. Selvia Ng : En. Mohd Shah Rizal Bin Mohd Zakaria : En. Khairulanwar Bin Rosli : Pn. Siti Alfiah Binti Sainun : Pn. Chew Yeh Kwan : Pn. Tinie Joss : Pn. Pauline Yukau Pengacara Majlis Pn Siti Alfiah Sainun Pn Nur Syafarina Nasip Bacaan Doa En Khairulanwar Rosli PA Sistem En Ajirin Abd Rahim En Conrad Charles Persiapan Pentas/Dewan/Pelamin En Khairulanwar Rosli (Floor Manager) En Ajirin Abd Rahim En Conrad Charles Cik Prescilla Peter Cik Zarina Zainon Pn Siti Alfiah Sainun Pn Salha Kunsalam Pn Nursyafarina Nasip Pn Yusmarina Abdullah Pn Tinie Joss Pn Razeline Gallos Pn Azita Talip AJK Tertinggi PIBG Pekerja Pembersihan Sekolah Buku Aturcara Pn Wan Norlydiawati Md Ridhwan Cik Zarina Zainon(Hotel) Banner En Mohd Shah Rizal Zakaria Jurugambar/Tayangan SLIDE En Conrad Charles (slide) En Tarunnie Jaffree Cik Arenawaty Ayub Pn Nur Fauziah Bt Haris Persembahan Murid/Guru Pn Razeline Gallos Pn Azita Talip Pn Phresulia Philip Pn Tinie Joss Kawalan Disiplin Murid Pn Siti Alfiah Sainun En Khairulanwar Rosli Kek (Sekolah/Hotel) Pn Nursyafarina Nasip Pn Salha Kunsalam


Jawatankuasa Jamuan Makan Murid Pn Siti Alfiah Sainun Pn Julini Insuat Pn Yusmarina Abdullah Pn Salha Kunsalam Cik Arenawaty Ayub Ajk Tertinggi PIBG Pekerja Pembersihan Sekolah Sambutan /Protokol En Khairulanwar Rosli Cik Zarina Zainon Pn Pauline Yukau Semua Pentadbir Peralatan En Ajirin Abd Rahim En Conrad Charles En Tarunnie Jaffree En Khairulanwar Rosli Pengangkutan/Hiasan Kereta Cik Arenawaty Ayub Pn Phresulia Philip Hadiah Pn Pauline Yukau(Sekolah) Ketua Panitia Pentadbir Guru Kelas PIBG(En Tarunnie/YDP PIBG) Penyampai Hadiah Cik Arenawaty Ayub Pn Azita Talip Cik Prescilla Peter Gimik Pn Salha Kunsalam Cik Zarina Zainon Pn Rosmah (AJKT PIBG) Tempahan Hotel Pn Pauline Yukau Cik Zarina Zainon Peralatan Makan&Minum Kelab Kebajikan Guru DRONE En Conrad Charles


Atur Cara 7.30am : Ketibaan murid dan guru 8.00am : Ketibaan para tetamu jemputan YDP/AJK PIBG/PPD Keningau 8.30am : Ketibaan Yang Dirai : Gimik Persaraan : Tarian Sambut Tamu : Perasmian Dewan Kantin Sekolah ( Profesor Datuk Yap Yun Fook ) : Bacaan Doa : Ucapan Guru Besar : Ucapan PPD : Ucapan Yang Dirai -Pn Hajah Samsia Warso : Simbolik Pemotongan Pulut Kuning : Sesi Bergambar 10.00am : Jamuan : Tayangan Slide : Persembahan 1 (Murid) : Penyampaian Cenderahati : Persembahan 2 (Guru) 12.30tgh : Sesi Bersalaman Bersama Warga Sekolah : Keberangkatan Pulang Yang Dirai 01 OGOS 2023 | SELASA Terkadang perpisahan membuat kita mengerti Betapa pertemuan itu sangat bererti, Sehingga kita mampu menghargai setiap detik kebersamaan...


Sekadar memori sedetik lebih Matahari Mengajar Kita Bahawa Pada Setiap Pertemuan Yang hangat terdapat sebuah Perpisahan yang Indah....


Sekadar memori sedetik lebih Seringkalicinta tidak menyedari kedalamannya Sehingga saat Perpisahan tiba....


Penghargaan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Lambaian Kasih Sk Patikang Laut dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih Berhembus bayu angin mengilir, Sejuknya sampai ke hujung pohon, Sambutlah salam pesan terakhir, Ku sampaikan lewat untaian pantun. Bila pandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik diingat selalu. Hujan turun badan pun basah, Batang galah haluan perahu, Niat di hati tak mahu berpisah, Kehendak Allah siapa yang tahu. Selamat Bersara Cikgu... Semoga dimurahkan rezeki dengan limpahan kebahagiaan yang berpanjangan hendaknya Jasa dan Pengorbanan tetap segar diingatan..


Click to View FlipBook Version