The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatimah Hassan, 2021-10-20 20:59:16

BUKU MAT PIBG KE 17 2021

BUKU MAT PIBG KE 17 2021

SMK MAK LAGAM

24000 KEMAMATERENGGANU
[email protected]

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-17

SMK MAK LAGAM
SESI 2021/2022

DIRASMIKAN OLEH :

YB CHE ALIAS BIN HAMID

(AHLI PARLIMEN KEMAMAN)

TARIKH:22 OKTOBER 2021
MASA : 9.00 PAGI

https://meet.google.com/dxf-gsmv-ujv

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PERKARA 2
3
Sekapur Sireh daripada Penasihat PIBG 4
Seulas Pinang daripada YDP PIBG 2020/2021 5
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 6
Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 7
Kehadiran Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 8
Atur Cara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung kali ke-17 9 -14
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 15-17
Minit Mesyuarat Agung kali ke-16 Tahun 2020/2021 18
Laporan Penyata Kewangan 2020/2021 19
AJK PIBG 2021/2022 20-25
Senarai aktiviti PIBG 2020/2021 26
Sorotan Aktiviti 2020/2021 27-28
Jawatankuasa PIBG 2021/2022
Cadangan Ibu Bapa

1

‫بسم هلال الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahNya kita
dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Mak Lagam untuk kali yang ke –17.

Pada kesempatan ini, saya mengalu-alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa dan
penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama hadir dalam mesyuarat
kali ini walaupun secara atas talian. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 yang telah banyak memberi sumbangan untuk
membantu sekolah. Pendemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada
pihak sekolah, maka kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah sangat penting bagi
memastikan kemenjadian murid-murid.

Platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menilai prestasi Ahli Jawatkuasa (AJK)
PIBG dan juga kita sebagai ahli PIBG, sama ada pencapaian kita berada pada tahap yang
lemah, baik atau cemerlang. Medium ini juga menjadi forum untuk menyalurkan
pandangan dan idea, disamping melaksanakan tanggungjawab menentukan arah tuju
persatuan untuk setahun akan datang.

Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada AJKnya sahaja
tetapi turut bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Kepakaran, kebolehan dan
kelebihan yang ada pada ahli-ahli PIBG itulah aset sebenar persatuan ini. Itulah modal
insan (human capital) yang harus digarap bagi memajukan PIBG.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Barisan Ahli Jawatankuasa
PIBG SMK Mak Lagam bagi sesi 2020/2021, dan tidak ketinggalan juga kepada barisan AJK
Pelaksana Mesyuarat Agung yang ke - 17 ini. Diharapkan juga AJK PIBG bagi sesi
2021/2022 dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang demi SMK Mak Lagam.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

Yang Menjalankan Amanah,

(FATIMAH BINTI HARON)
Pengetua SMK Mak Lagam

2

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya menitipkan sepatah dua kata di
ruangan ini sebagai perkongsian bersama dalam mendokong misi dan visi gemilang
sekolah.

Sebagaimana kita semua maklum, pendemik Covid-19 telah menyebabkan penangguhan
beberapa program sekolah dan pastinya memberi kesan kepada murid-murid. Ironinya,
PIBG perlulah berperanan membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi
memastikan murid tidak ketinggalan dalam bidang akademik dan kokurikulum pada fasa
yang mencabar ini. Diharapkan medium ini dapat digunakan untuk mengatasi sebarang
masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran.

Oleh yang demikian PIBG akan berusaha keras, berganding bahu untuk memastikan
pencapaian cemerlang sekolah berterusan. Saya selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini
sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang
diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa sama-
sama senang, sama-sama susah dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang
menyumbang tenaga, memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-
anak di sekolah ini.

Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-17 ini. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang dilantik akan dapat
meningkatkan lagi prestasi anak-anak di SMK Mak Lagam. Mudah-mudahan pengorbanan
dan niat murni kita semua akan dimakbulkan oleh Allah. Amin.

Sekian, terima kasih

Yang Menjalankan Amanah,

(IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD)

YDP PIBG SMK Mak Lagam

3

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-17

Penasihat : Hajah Fatimah binti Haron
Pengerusi (Pengetua SMK Mak Lagam)
Naib Pengerusi : Ir Wan Sabri bin Wan Ahmad
(YDP PIBG)
Setiausaha : Pn. Marina binti Ismail
Penolong Setiausaha : Tn. Hj. Mohd Zahidin bin Hasan
Bendahari : En. Mohd Shukri bin Mohd Amin
Pemantau : YM Tengku Amran bin Tengku Amran (Timb. YDP)
: En. Zolkifli bin Ibrahim
: Pn. Maimon binti Ibrahim
Pn. Fatimah binti Hassan
: Pn. Zamilah binti Mohd Zawawi
Pn. Azniza binti Ajisat
: Pn. Hajah Faridah binti Lebai Ismail
Pn. Monaleza binti Ismail
Pn. Salmiah binti Ibrahim
Pn. Mariam binti Mohd Nor

Jawatankuasa Kerja

SURAT JEMPUTAN MONTAJ
En Zolkifli bin Ibrahim Pn Naliza Akma binti Mohd Yusof
Pn Azuraida binti Ramli Pn Nurul Ashikin binti Noor Zeli

PENGACARA MAJLIS BANNER/ POSTER
Cik Nurul Atikah binti Mohd Nori Pn Nur Fazini binti Ibrahim
Pn Farah Najah binti Noordin
RAKAMAN UCAPAN PERASMI
PENYEDIAAN BUKU MINIT MESYUARAT En Kamaruzaman bin Abdullah
Pn Fatimah binti Hassan YM Tun Othman bin Tun Abu Bakar
Pn Maimon binti Ibrahim
PENYEDIAAN LINK GOOGLE MEET
PENYEDIAAN LINK KEHADIRAN Pn Maimun binti Ibrahim
Pn Noorashikin binti Md Salleh
BACAAN DOA
PENCATAT MINIT En Yazid bin Hamzah
Pn Norhizam binti Ismail (K)
Pn Suhani binti Hassan PERSEMBAHAN PELAJAR
Pn Nur Jannatul Naim binti Ismail Pn Khadijah binti Che Ros
Pn Nur Syamimi binti Mazelan
Pn Nur Hamizah binti Muda DOKUMENTASI & LAPORAN
Pn Zaleha binti Nawang Pn Farah Hana binti Abdullah
Pn Hasuzila binti Hasan

4

AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK MAK LAGAM
SESI 2020/2021

PENGERUSI
IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD

NAIB PENGERUSI
YM TENGKU AMRAN BIN TENGKU AWANG

SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA
EN. ZOLKIFLI BIN IBRAHIM PN. MAIMUN BINTI IBRAHIM
PN. FATIMAH BINTI HASSAN

BENDAHARI
PN. ZAMILAH BINTI MOHD ZAWAWI

PN. AZNIZA BINTI AJISAT

AHLI JAWATANKUASA

IBU BAPA GURU

EN MOHD ROSLAIMI BIN YAAKUB EN. KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH
EN. WAN MUSTAFA BIN WAN HAMAT EN. MOHD HISYAM BIN MUHAMMAD
EN. NOR AZMAN BIN YUSOF PN. HAJAH FARIDAH BT LEBAI ISMAIL
PN. ROZAIZAN BINTI YAHYA PN. SALMIAH BINTI IBRAHIM
PN. NORHALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH PN. MONALEZA BINTI ISMAIL
PN. SITI ROHANI BINTI MUDA
EN. MOHAMMAD AZMI BIN AHMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA

PN. WAN NASRAH BINTI WAN JAAFAR
EN. TUN OTHMAN BIN TUN ABU BAKAR

5

KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA DALAM MESYUARAT

BIL NAMA JAWATAN MESYUARAT AJK PIBG KALI
AJK 1 2 34
√ √ √√ 5
1 IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD YDP √ TH √ √ √
√ √ √√ √
2 YM TENGKU AMRAN BIN TENGKU AWANG NYDP √ √ √√ √
√ √ √√ √
3 ENCIK ZOLKIFLI BIN IBRAHIM SETIAUSAHA √ √ √√ √
TH TH TH √ √
4 PUAN MAIMUN BINTI IBRAHIM PEN. SETIAUSAHA √ TH √ √ √
√ TH √ √ √
5 PUAN FATIMAH BINTI HASSAN PEN. SETIAUSAHA √ √ √√ √
√ TH √ TH √
6 PUAN ZAMILAH BINTI MOHD ZAWAWI BENDAHARI √ TH TH TH TH
√ √ √√ TH
7 PUAN AZNIZA BINTI AJISAT PEN. BENDAHARI √ TH √ √ TH
√ TH √ √ TH
8 ENCIK WAN MUSTAFA BIN WAN HAMAT AJK IBU BAPA √ √ √√ TH
√ √ √√ √
9 ENCIK NORAZMAN BIN YUSOF AJK IBU BAPA √ √ √√ √
√ √ √√ √
10 ENCIK ROSLAIMI BIN YAAKUB AJK IBU BAPA √ √ √√ √
√ √ √√ √
11 ENCIK MOHAMMAD AZMI BIN AHMAD AJK IBU BAPA -

12 ENCIK MAHASAN BIN HUSSIN AJK IBU BAPA √
TH
13 PUAN ROZAIZAN BINTI YAHYA AJK IBU BAPA 17

14 PUAN HALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH AJK IBU BAPA

15 PUAN SITI ROHANI BINTI MUDA AJK IBU BAPA

16 ENCIK KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH AJK GURU

17 ENCIK MOHD HISYAM BINTI MUHAMMAD AJK GURU

18 PUAN HAJAH FARIDAH BINTI LEBAI ISMAIL AJK GURU

19 PUAN SALMIAH BINTI IBRAHIM AJK GURU

20 PUAN MONALEZA BINTI ISMAIL AJK GURU

21 PUAN HAJAH ROSLINA BINTI SEMAN AJK GURU

TURUT HADIR :

22 YM TUN OTHMAN BIN TUN ABU BAKAR JURUAUDIT √ √ TH √
23 PUAN WAN NASRAH BT WAN JAAFAR JURUAUDIT √ √ √√
JUMLAH KEHADIRAN /23 22 15 20 21

6

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17

TARIKH : 22 OKTOBER 2021 (JUMAAT)

ATUR CARA MAJLIS
8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa (Link Google Meet)
: Montaj Kemenjadian Pelajar
: Asma Ul-Husna
9.00 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Pengetua
(Hajah Fatimah binti Haron)
: Ucapan YDP PIBG 2020/2021
(IR Wan Sabri bin Wan Ahmad)
: Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman
(Tn Haji Idris bin Bidin)
: Ucapan dan perasmian oleh
Yang Berhormat Che Alias bin Hamid (Ahli Parlimen Kemaman)
: Persembahan Pelajar
: Tayangan Montaj Aktiviti PIBG sesi 2020/2021

10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17
: Bersurai

7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM

2400 KEMAMAN, TERENGGANU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tel : 09-8599041 Fax : 09-8599040 Email : [email protected]

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMK ML KALI KE-17

1.0 Ucapan Pengerusi PIBG SMK Mak Lagam

2.0 Membentangkan dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung kali
ke-16

3.0 Perkara-perkara berbangkit

4.0 Membentangkan kegiatan PIBG sesi 2020/2021 oleh Setiausaha PIBG

5.0 Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan PIBG berakhir
pada 31 Disember 2020

6.0 Membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021

7.0 Melantik Pengerusi Sementara

8.0 Melantik AJK PIBG sesi 2021/2022

8.1 Memilih Pengerusi PIBG

8.2 Memilih Naib Pengerusi PIBG

8.3 Memilih 7 orang AJK Ibu Bapa

8.4 Memilih 1 orang pemeriksa kira-kira (Wakil Ibu bapa)

8.5 (Pemilihan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari,
Penolong Bendahari, 4 orang wakil guru akan diputuskan oleh
pihak pengurusan sekolah)

8.6 Membahas dan menerima usul

8.7 Ucapan penangguhan

9.0 Majlis bersurai

8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM

2400 KEMAMAN, TERENGGANU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tel : 09-8599041 Fax : 09-8599040 Email : [email protected]

E PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
E SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM,

24000 KEMAMAN, TERENGGANU.

M MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MAK LAGAM
KALI KE-16 TAHUN 2020

TARIKH : 6 FEBRUARI 2020
TEMPAT : DEWAN TERBUKA,

SMK MAK LAGAM.

1.UCAPAN PENGETUA – HAJAH FATIMAH BINTI HARON

1. Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan mengalu-alukan

kedatangan Pn. Nor Ashikin bt Omar selaku Pengurus Bank Rakyat Kemaman, pegawai PPD, Hj Abd Rahman

bin Kadir dan YDP PIBG, IR Wan Sabri bin Wan Ahmad.

2. Beliau mengharapkan supaya pertalian antara TESMAL dan Bank Rakyat Kemaman akan terus kukuh dan

mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa PIBG tahun lepas yang telah memberikan komitmen

sepenuhnya.

3. Beliau menekankan kecemerlangan sekolah dari segi kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Menurut beliau,

tugas guru adalah memastikan kemenjadian murid dan hal ini dikatakan berjaya apabila murid mempunyai

enam aspirasi:

i. Pengetahuan

ii. Kemahiran berfikir

iii. Kemahiran memimpin

iv. Kemahiran dwibahasa

v. Etika dan kerohanian

vi. Identiti nasional

4. Beliau juga menyatakan bahawa dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah ini, kerjasama dan sokongan

daripada ibu bapa amat diperlukan sama ada dari segi hubungan, nasihat, tenaga, wang ringgit, kepakaran

dan juga kemahiran.

5. Ibu bapa juga diminta untuk memantau kerja rumah anak-anak dan aktiviti penggunaan telefon bimbit.

6. Antara projek bersama Bank Rakyat pada tahun 2019 ialah:

i. Program Usahawan Muda dan telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record

ii. Choral Speaking di Menara Bank Rakyat (Peringkat kebangsaan)

7. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada IR Wan Sabri bin Wan Ahmad yang berjaya menjemput

Pn. Nor Ashikin ke TESMAL.

8. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2019, ibu bapa dan guru-guru yang

menghadirkan diri untuk mesyuarat kali ini.

9

2. UCAPAN YDP PIBG – IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD

1. Beliau memberikan ucapan aluan kepada Pn. Nor Ashikin, Hj Abd Rahman, Pengetua, Penolong Kanan, guru-
guru, AJK PIBG TESMAL, ibu bapa dan para hadirin.

2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada perasmi atas kehadiran.
3. Beliau mengucapkan tahniah atas penglibatan TESMAL yang mewakili negeri Terengganu ke peringat

kebangsaan di Kuala Lumpur dalam pertandingan choral speaking.
4. Menurut beliau lagi, seperti yang diketahui umum TESMAL belum mempunyai dewan tertutup dan usaha

mencari dana sedang giat dijalankan walaupun terdapat kekangan-kekangan.
5. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan diharapkan dapat memberi sokongan penuh

sehingga mesyuarat bersurai.
6. Beliau menyatakan telah lima tahun menerajui pimpian PIBG dan tidak dapat meneruskan jawatan sebagai

YDP pada tahun 2020 kerana akan banyak bekerja di luar negeri Terengganu. Beliau mengharapkan ibu bapa
dan pihak sekolah dapat melantik YDP baharu yang layak dan dapat berkomitmen tinggi.
7. Beliau mengakhiri kata-kata dengan ucapan maaf sekiranya terdapat tindakan atau tutur kata beliau yang
menimbulkan rasa tidak puas hati para ibu bapa dan pihak sekolah sepanjang beliau memegang jawatan
sebagai YDP PIBG TESMAL.

3.UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH YBHG. PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN CHUKAI
KEMAMAN , PUAN NOR ASHIKIN BT OMAR

1. Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada pihak sekolah menjemput beliau untuk merasmikan
mesyuarat PIBG yg ke-16.

2. Beliau turut mempromosikan kelebihan-kelebihan yang disediakan bank rakyat antaranya
AR-Rahnu Bank Rakyat, Program Nuri Entrepreneurship, sumbangan kepada golongan asnaf dan
program keusahawanan.

3. Taman Madu Kelulut yang diusahakan oleh koperasi SMK Mak Lagam menjadi salah satu pilihan
bank rakyat untuk memilih sekolah ini untuk program keusahawanan.

4. Bank Rakyat bersama dengan pengetua SMK Mak Lagam akan berkolaborasi dalam mendidik
guru-guru dan pelajar-pelajar untuk melakukan transaksi secara “cashless”. Para pelajar dan guru
boleh melakukan pengeluaran duit di koperasi sekolah melalui ejen bank yang akan bertugas. Ini
merupakan salah satu langkah daripada bank negara dalam mengurangkan penggunaan tunai dan
cek bank.

5. Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat bank kepada individu yang tidak
dikenali bagi mengelakkan “scammer”.

6. Mesyuarat PIBG kali ke-16 ini telah dirasmikan oleh Puan Nor Ashikin bt Omar.

4.0 MEMBENTANGKAN KEGIATAN PIBG 2019 OLEH SETIAUSAHA

4.1 Perancangan PIBG 2019 yang telah dilaksanakan ialah mesyuarat agung kali ke 15 dan aktiviti-aktiviti
lain sama seperti tahun yang lalu dan boleh dirujuk pada minit mesyuarat ini pada muka surat 12,13 dan 14.
4.2 Sumbangan PIBG telah digunakan untuk cenderahati pentadbir yang berpindah, program
kecemerlangan PT3 dan SPM, menggantikan langsir surau, program motivasi dan kecemerlangan tingkatan
1,2 dan 4, sumbangan program TEC, hadiah larian Jambatan Sultan Mahmud, Coral Speaking dan solat
hajat.
4.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

10

4.3.1 SOALAN : EN. MOHAMAD ZAID BIN ABDULLAH
• Pertama merujuk kepada perkara 3.11 berkenaan sumbangan kewangan dari KPM mengenai belanja
pengurusan PIBG sebanyak RM 1500.00
• Kedua berkenaan peruntukan fasiliti RM20.000.00 kepada sekolah. Adakah sekolah telah menerima
peruntukan tersebut?

JAWAPAN : TN. HJ. MOHD AZAM BIN HJ.IBRAHIM
• 3.11 KPM belum lagi menghantar belanja pengurusan PIBG RM 1500.00 serta RM 20 000.00
peruntukan fasiliti ke sekolah. Hj Azam menjelaskan duit tersebut tidak diluluskan kerana KPM telah
mengeluarkn surat kepada pengarah dan sebarang surat kelulusan mestilah melalui Pengarah
Pendidikan Daerah. KPM juga menyatakan duit di salurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu (JPNT) dan sekolah seharusnya berurusan di JPNT. Jadi duit pengurusan PIBG dan fasiliti
tidak masuk (terlepas semua peruntukan kewangan).
• Jadi pada tahun 2020, PIBG cuba mewujudkan jaringan sosial bersama bank rakyat. Satu inisiatif yang
baharu yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah adalah menukar akaun bank pelajar dari Afin Bank
kepada Bank Rakyat untuk memudahkan urusan pengeluaran wang.

4.3.2 SOALAN : EN. MOHAMAD ZAID BIN ABDULLAH
Merujuk soalan 4.3.9 En. Mohammad Zaid mencadangkan supaya lampiran penyata pungutan
kecemerlangan serta PIBG di buat secara terperinci supaya para ibu bapa dapat mengetahui setiap tahun duit
di belanjakan.
JAWAPAN : PN. FARIDAH BINTI LEBAI ISMAIL

• Pn. Faridah menjelaskan secara terperinci mengenai projek kecemerlangan 2019 yang meliputi kutipan
bayaran untuk kelas bestari SPM (RM330xRM102=RM 33,660.00), Kecemerlangan PIBG
(RM11,011.25, Sumbangan Ibu Bapa Sepanjang Peperiksaan SPM 2019(RM4050.00) Bayaran Kem
Mayang Sari (RM50x101=RM5400), Perbelanjaan Bayaran Tuisyen (RM 234.60.00), Perbelanjaan
Sepanjang SPM (RM4050.00 habis digunakan), Hadiah Kecemerlangan Pelajar serta Program Solat
Hajat sebanyak (RM460.00), Kem Pecutan yang melibatkan fasilitator dari luar daerah kemaman serta
kos yang paling tinggi ialah kos pengangkutan kerana perjalanan satu hala (RM1500.00) dan kita
memerlukan tiga buah bas unuk mengangkut pelajar.

• Pn. Faridah juga bertanya kepada ibu bapa sama ada setuju atau tidak kenaikan bayaran (RM330
kepada RM350) dan telah mendapat persetujuan semua ibu bapa.

Encik Zahid jugamencadangkan supaya pelaporan dilampirkan, pungutan kecemerlangan dilampirkan di
penyata kewangan PIBG.

5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA PIBG

OLEH BENDAHARI PIBG PN ZAMILAH BT MOHD ZAWAWI

5.1 Merujuk kepada penyata penerimaan dan pembayaran sehingga 31 Disember 2019.
5.2 Sumbangan daripada PIBG adalah sebanyak RM 22,650.00, lain-lain sumbangan yang di terima ialah
RM 6390.00.
5.3 Baki pada 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM 26,108.98.
5.4 Merujuk kepada nota 5 iaitu lain-lain belanja. Penyelenggaraan sekolah yang diyatakan adalah
selenggara Makmal Komputer menelan belanja RM900 dan penyelenggaraan paip tandas RM450. Manakala
untuk kemudahan di Pusat Sumber disediakan ELCD yang menelan belanja RM 380.

11

5.5 Tunggakan yuran PIBG bagi pelajar yang masih belum jelaskan pada tahun 2019 akan dibawa ke tahun
2020. Sebahagian pelajar yang tidak mampu membayar atas sebab-sebab tertentu telah dibantu oleh PIBG
dan guru-guru.
5.6 Menurut En Zaid, bendahari perlu menyatakan dengan jelas pungutan yuran yang diperolehi daripada
tingkatan 1 hingga 5 serta dapat mempamerkan jumlah perbelanjaan bagi setiap tingkatan. Ini bertujuan bagi
melihat lebihan yang ada untuk di bawa ketahun berikutnya.

6.0 MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL-USUL 2020.

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MAK LAGAM KALI KE-16 TAHUN 2020

USUL-USUL PIBG 2020
Pn Noorhayati
i.Meminta guru-guru memberi maklumat lebih awal kepada ibubapa tentang pemakaian kasut
bertumit dalam kalangan murid-murid supaya tidak berlaku pembaziran .
ii.Pemeriksaan rambut mesti di jalankan secara berkala.
iii.Penutup longkang perlu dibaiki supaya dapat memberi ruang untuk ibubapa membuat pusingan
kereta semasa menghantar atau mengambil anak.
iv.Surau perlu disediakan tabung kutipan derma sebagai inisiatif dalam meningkatkan kutipan
derma dalam menyediakan penyaman udara atau kipas di surau bagi meningkatkan keselesaan
murid.

Yuran PIBG
i. YDP mencadangkan pungutan RM50 untuk tahun 2020, bagi setiap keluarga adalah dikekalkan
sebagaimana tahun yang lalu.
ii. Ahli mesyuarat bersetuju mengekalkan jumlah kutipan tersebut bagi tahun 2020.

Kutipan Kecemerlangan
i. Bonda pengetua telah membentangkan keperluan kutipan kecemerlangan untuk semua tingkatan
seperti jadual di bawah :

BILB PBEIRLK PERKARA JUML JUMLAH CATA CATATAN

D1ana Dana Kecemerlangan ting.1 & 2 RM 1 RM 130.00

D2ana Dana Kecemerlangan ting. 3 RM 1 RM 190.00

D3ana Dana Kecemerlangan ting. 4 RM 2 RM 230.00

D4ana Dana Kecemerlangan ting. 5 RM 2 RM 270.00 .

ii. Ahli mesyuarat bersetuju dengan kutipan tersebut bagi tahun 2020.

12

Penandatangan Cek PIBG
Majlis bersetuju untuk menukar penandatangan akaun cek PIBG SMK Mak Lagam di Affin Bank
:akaun 1 (10511-001-7613) dan akaun 2 (105110000468) seperti berikut:

I. Penama asal penandatangan 1 Hjh Azizah binti Jusoh digantikan dengan IR Wan Sabri
bin Wan Ahmad ( YDP PIBG)

II. Penama asal penandatangan 2 Hj. Azam bin Ibrahim digantikan dengan En. Zolkifli bin
Ibrahim (setiausaha)

III. Penama penandatangan 3 kekal, iaitu Pn. Zamilah binti Mohd Zawawi.
IV. Dua daripada penama tersebut layak menandatangani cek PIBG SMK Mak Lagam tahun

2020.

JAWAPAN USUL OLEH BONDA PENGETUA
i) PK HEM, PK KO dan pengetua telah berjumpa Jurutera Pejabat Daerah untuk memohon baik
pulih jalan ke Aspuri.

ii) Koperasi akan menjual barangan peribadi jika mendapat permintaan daripada murid.

iii) Pembinaan dewan telah diusahakan dan dibentangkan untuk membina dewan yang lebih besar.

iv) Water cooler dibaik pulih dan diletakkan di setiap aras dan memerlukan sokongan ibubapa.

v) Ustaz dan ustazah di jemput bersama untuk mengisi masa luang pelajar pada hujung minggu di
asrama

vi) Solat berjemaah di jalankan pada 1.30 hingga 2.30 petang . Kemudian, tingkatan 4 dan 5 akan
menjalankan pdpc selepas solat mengikut kelas masing-masing.

vii) Terdapat permohonan dari dobi luar untuk buka dobi , namun murid lebih gemar untuk bawak
pakaian keluar untuk ke dobi atau bawa baju balik ke rumah untuk cuci.

7.MEMBUBARKAN AJK PIBG SESI 2019/2020

7.1 MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA
En. Azam membubarkan AJK PIBG Sesi 2019/2020 dan meminta seorang ibubapa untuk
menyokong.
En Azam melantik En Zulkifli sebagai Pengerusi sementara dan majlis sebulat suara bersetuju.
Cadangan oleh En Zaid untuk mengekalkan Jawatankuasa sesi 2019/2020 dikekalkan.
Cadangan mengekalkan jawatankuasa 2019/2020 di sokong oleh Puan Faridah dan ajk yang
baharu hanya dilantik bagi mengisi kekosongan yang ada.

KEPUTUSAN PEMILIHAN

AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK MAK LAGAM BAGI SESI 2020/2021

PENGERUSI (IBUBAPA) : IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD

NAIB PENGERUSI(IBUBAPA) : EN WAN MAKHZAN BIN WAN HAMDAN

13

SETIAUSAHA (GURU) : HAJI ZOLKIFLI BIN HAJI IBRAHIM
BENDAHARI (GURU) : PN. ZAMILAH BINTI MOHD ZAWAWI

AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA)
1. PUAN NORHALIMATON SAADIAH BINTI ABDULLAH
2. YM TENGKU AMRAN BIN TENGKU AWANG
3. ENCIK MOHD ROSLAIMI BIN YAACOB
4. ENCIK MOHD AZMI BIN AHMAD
5. PUAN ROZAIZAN BINTI YAHYA
6. ENCIK NOR AZMAN JUSOH
7. ENCIK MAHASAN BIN HUSSIN

AHLI JAWATANKUASA (GURU)
1. PN. ROSLINA BINTI SEMAN
2. PN. MONALEZA BINTI ISMAIL
3. PN. SALMIAH BINTI IBRAHIM
4. PN. FATIMAH BT HASSAN
5. PN. AZNIZA BT AJISAT
6. EN. KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH
7. EN. MOHD HISYAM BIN MUHAMMAD
8. PN. FARIDAH BINTI LEBAI ISMAIL
9. PN. MAIMUN BINTI IBRAHIM

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. EN. TUN OTHMAN BIN TUN ABU BAKAR

Penangguhan
Ir Wan Sabri Bin Wan Ahmad membuat penangguhan mesyuarat PIBG bagi sesi 2020/2021 pada
jam 2:00 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

----------------------- ----------------------
(MAIMUN BINTI IBRAHIM) (ZOLKIFLI BIN IBRAHIM)
Pencatat minit Setiausaha PIBG
SMK Mak Lagam

14

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM

2400 KEMAMAN, TERENGGANU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tel : 09-8599041 Fax : 09-8599040 Email : : [email protected]

15

16

AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021

Laporan Kegiatan PIBG SMK Mak Lagam sesi 2020/2021

1. MESYUARAT AGUNG KALI KE-16

PIBG telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-16 pada 06 Februari 2020
pada pukul 10.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Mak Lagam.
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Puan Nor Ashikin binti Omar iaitu
Pengurus Bank Rakyat Kemaman. Kehadiran ibu bapa seramai 132 orang
dan guru seramai 56 orang.

AJK Ibu Bapa : 6 orang

Tingkatan 1 : 27 orang

Tingkatan 2 : 30 orang

Tingkatan 3 : 17 orang

Tingkatan 4 : 34 orang

Tingkatan 5 : 18 orang

Guru : 56 orang

JUMLAH : 188 orang

2. PROGRAM KEUBUBAPAAN / PROGRAM PIBG

Menggalakan Solat Hajat Perdana bagi memohon restu Ilahi semoga calon
SPM 2020 mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Mesyuarat Ahli JawatanKuasa PIBG telah diadakan sebanyak 5 kali. Selain
itu, turut diadakan program ibadah korban PIBG pada 22 Jualai 2020.

3. SUMBANGAN PIBG KEPADA SEKOLAH

- Sumbangan Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

- Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

- Sumbangan Sambutan Nuzul Quran

- Sumbangan untuk Sukan Tahunan Tesmal

- Sumbangan untuk program koakademik dan kokurikulum

- Hadiah Kecemerlangan SPM

- Kem Kecemerlangan SPM

- Ziarah Cakna

17

SOROTAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020/20212

AKTI ITI YAN ME I ATKAN

UM AN AN PI TAHUN 1

18

19

20

21

22

23

JAWATANKUASA PIBG SMK MAK LAGAM SESI 2021/2022

YANG DIPERTUA
……………………………………………………

NAIB YANG DIPERTUA
……………………………………………………

SETIAUSAHA
………………………………………….

NAIB SETIAUSAHA
…………………………………………..

BENDAHARI
…………………………………………..

NAIB BENDAHARI
……………………………………………

AJK IBU BAPA
1
2
3
4
5
6
7 (Juruaudit)

AJK GURU
1
2
3
4 (Juruaudit)

24

CADANGAN IBU BAPA

BIL ISU TELEFON BIMBIT
1 Memberi kebenaran pelajar membawa telefon pintar, khususnya pelajar tingkatan 5 agar

memudahkan untuk mendapatkan maklumat.
2 Membenarkan pelajar tingkatan 5 membawa “smartphone” ke asrama utk memudahkan

pembelajaran. Pihak asrama boleh membuat peraturan bagi penggunaan tersebut.
3 Mohon “sticker” untuk telefon diberi sebaik pelajar membuat pembayaran-tertangguh selama

setahun.
KANTIN
4 Makanan kantin terlalu sedikit tapi mahal
ASRAMA
5 Mengadakan semula sesi bawa anak keluar ke bandar setelah tiada lagi covid 19.
6 Menempatkan sekurang-kurangnya seorang “warden” bagi setiap blok asrama.
7 Mohon dibaiki sistem pembesar suara di asrama blok pelajar lelaki utk memudahkan informasi
urusan dengan anak
8 Masalah bekalan air di blok belajar perlu diatasi
9 Sediakan penapis air Coway/Cuckoo di setiap blok asrama utk kegunaan pelajar mendapat bekalan
air minuman yang bersih.
10 Menambah baik struktur jalan tar menuju ke pagar belakang TESMaL & jalan yg berhadapan
dengan jalan utama
11 “Warden” kena pantau selalu dewan makan asrama kerana kebelakangan ini selalu dengar
rungutan daripada anak anak tentang makanan yg tidak sedap/lauk terlampau kecil

12 Membaiki jalan masuk menuju ke asrama lelaki untuk memberi keselesaan kepada ibu bapa
semasa mengambil dan menghantar anak-anak ke asrama

13 Penempatan pelajar asrama mengikut tingkatan pelajar. Hal ini bagi mengelakkan/mengurangkan
kejadian buli dalam dorm/asrama

14 Sediakan mesin basuh berbayar yang berfungsi bagi setiap blok untuk kemudahan pelajar.

25

15 Mewujudkan/merangka satu garis panduan mengurangkan kehilangan harta benda asrama pelajar
sewaktu pulang ke kampung.

16 Mohon sediakan kedai serbaguna di blok kediaman utk kemudahan pelajar membeli
makanan,minuman dan barang keperluan harian /peribadi di blok asrama (di bawah pengurusan
koperasi sekolah) - akan mendapat sambutan luar biasa drp pelajar.

17 Segera membaiki kerosakan dalam asrama seperti kerosakan tandas sehingga menyebabkan
pelajar terpaksa berpindah blok..
SURAU

18 Menambahkan bilangan kipas di surau bahagian perempuan
19 Pasang “pendingin hawa” di surau
20 Baiki tandas surau

26

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

YB Che Alias bin Hamid ( Ahli Parlimen tidak
Kemaman)
Penasihat PIBG SMK Mak Lagam
YDP dan NYDP PIBG SMK Mak Lagam
Semua guru dan kakitangan SMK Mak Lagam
Semua AJK Ibu Bapa PIBG SMK Mak Lagam
Semua ibu bapa
Semua pihak yang terlibat secara
langsung dalam menjayakan program ini.

.


Click to View FlipBook Version