The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuratiqahchoo 97, 2019-05-01 06:42:03

kata tugas baru

kata tugas baru

Kata tugas

1.0 DEFINISI

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana
tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat,sama ada di bahagian hadapan ayat,di
bahagian hadapan frasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk
memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat
berkenaan. Selain itu, kata tugas juga merupakan golongan perkataan selain kata nama,
kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat,
klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam
sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada
sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

Menurut Prof. Abdullah Hassan (2004) dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu, kata tugas ialah kata yang tidak mempunyai makna kerana kata tugas hanya
mempunyai tugas tatabahasa. Oleh sebab itulah ia dipanggil kata tugas. Walaupun kata
tugas tidak mempunyai makna, tetapi kata-kata tersebut adalah penting kerana tugas-
tugas yang dimainkan olehnya adalah mustahak.

Definisi kata tugas menurut Prof Asmah Haji Omar (1986) ialah kata tugas
disamakan dengan kata partikel. Menurutnya kata partikel boleh dibahagikan kepada
tiga sub-golongan iaitu kata depan, kata penghubung, dan kata penegas manakala
menurut Nik Safiah Karim (2010) kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa,
atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis yang tertentu. Beliau juga
menegaskan bahawa kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa
atau frasa untuk mendukung suatu tugas sintaksis tertentu samada sebagai penerang,
penguat, penentu, penghubung, penegas, penafi, pemeri dan lain-lain.

2.0 FORMULA
1. KATA PENYAMBUNG AYAT

i) Kata hubung
• KH + KK / KN / FK

2. KATA PRAKLAUSA
Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di
hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah
kata seru, kata pembenar, kata pangkal ayat, kata, kata tanya dan kata perintah.
i) Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan
seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.
Contoh kata: cis, amboi, wah, syabas dan aduh.
1.Cis, penakut rupanya!
2. Aduh, sakitnya kakiku!
Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir
ayat diletakkan tanda seru (!)

ii) Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk
penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

Kata Ayat tanya

Ada Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Apa
Bila Tiada Adakah cara saya ini betul
Mengapa
Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?

Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?

Mengapa kamu datang lambat hari Mengapakah kamu datang lambat hari
ini? ini?

Mana Mana ibu? Manakah ibu?
Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru?
Bagaimana Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bagaimanakah cara untuk mendaftar
diri?

iii) Kata Perintah
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak
jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan.
Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah.

Contoh kata: jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong.

Contoh ayat:

1. Jangan ambil buku daripada almari itu.

2. Sila masuk ke dewan sekarang juga

3. Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan

iv) Kata pembenar
Kata pembenar ialah mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.

Contoh kata: ya,betul,benar, dan sungguh

v) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam
bahasa Melayu lama.

Contoh: hatta, al kisah, nescaya

Contoh ayat:

Tersebutlah al kisah di zaman dahulu kala, ada seekor arnab ingin menunjjukan
kehebatannya dengan mengajak seekor arnab untuk berlumba dengannya.

3. KATA PRAFRASA DAN PASCA FRASA

Kata tugas yang hadir pada awal frasa, manakala kata pascafrasa ialah kata tugas yang
hadir selepas frasa. Kata prafrasa dan kata pascafrasa terletak di hadapan atau selepas
frasa, sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

i) Kata Bantu telah + pulang / kuning
akan + ke sana
• KB + KK / KA mahu + menjadi + guru
• KB + FSN
• KB + KK + KN

ii) Kata Penguat

• KPeng + KA / FA amat + cantik

iii) Kata Penegas

• KP + KB + KK juga + akan + pergi

iv) Kata Nafi

• KNafi + KK tidak + tidur
• KNafi + KK + KN tidak + mendapat + cuti
• KNafi + KA + KPeng tidak + cantik + sekali

v) Kata Pemeri
a) ialah
i. digunakan untuk menyampaikan maksud persamaan atau ekuatif
ii. berfungsi untuk memberikan definisi.
iii. contoh ayat:
• Mamalia ialah haiwan berdarah sejuk.

• Faktor yang menentukan kejayaan seseorang ialah usaha yang gigih.

b) adalah
i. digunakan untuk merangkaikan subjek dengan predikat yang terdiri

daripada frasa adjektif, frasa kerja, dan frasa sendi nama.
ii. contoh ayat:

• Cadangan yang dikemukakan oleh peserta seminar itu adalah sangat
bernas. (adalah hadir di depan frasa adjektif)

• Minatnya sejak kecil adalah dalam permainan bola sepak. (adalah
hadir di depan frasa sendi nama)

vi) Kata Sendi Nama

• KS + KN dari + Ipoh

vii) Kata Bilangan beberapa + orang guru
• KBil + KN

viii) Kata Arah bawah + pokok
• KAr + KN

ix) Kata Adverba selalu + memperkatakan
• KA + P (KN/KK/KA/KSN)

4. KATA PASCAKATA

Kata pascakata ialah bentuk kata yang tidak dapat berdiri sendir, dan hadir selepas
perkataan. Kata pascakata ialah –nya yang berfungsi sebagai:

i) kata pembenda
Kata pembenda berfungsi untuk menukar sesuatu perkataaan yang bukan kata nama
menjadi kata nama. Formula kata pembenda ialah:

KA + -nya = KN (KPB)

Contoh: Budak itu menjerit dengan kuatnya.
Dalam ayat di atas, kuat merupakan kata adjektif. Apabila kuat menerima kata –nya,
perkataan yang mendapat –nya mengubah kata adjektif kuat kepada kata nama.

ii) kata penekan
Kata penekan berfungsi untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya. Formula kata penekan ialah:

KA KK KT + -nya = KPT

Contoh: Bahawasanya, dia memang tidak bersalah.

**catatan

Selain itu, -nya juga boleh tergolong sebagai kata nama, dan berfungsi sebagai
kata ganti nama diri ketiga yang sepadan dengan dia.

KGN + -nya = KN

Contoh: Anak sulung Pak Mat membantunya berniaga.
dia

3.0 AKTIVITI

Aktiviti 1
1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, iaitu satu kumpulan

mempunyai empat atau lima orang pelajar.
2. Guru memberikan satu keratan akhbar kepada setiap kumpulan.
3. Guru meminta pelajar untuk mengenalpasti kata tugas yang Terdapat dalam keratan

akhbar tersebut.
4. Guru kemudiannya meminta pelajar menyatakan fungsi kata tugas tersebut sama ada

sebagai subjek, objek atau unsur keterangan.

Lampiran Aktiviti 1

Aktiviti 2
1. Guru meminta pelajar untuk memerhati ruangan bilik darjah.
2. Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menyenaraikan kata tugas yang terdapat di

sekitar bilik darjah.
3. Guru membimbing pelajar untuk mengenalpasti fungsi binaan kata tugas yang sesuai

dengan kata tugas yang disenaraikan.

4.0 CONTOH

Arahan: Gariskan jenis kata tugas yang terdapat dalam petikan di bawah.
DBP akan jadi pusat rujukan bahasa Melayu peringkat dunia

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pusat rujukan bahasa Melayu, setaraf institut bahasa
lain yang dimiliki negara maju.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata dalam menzahirkan hasrat itu, pihak
kementeriannya akan berusaha menjadikan DBP setaraf pusat bahasa lain seperti
British Council di United Kingdom, Goethe Institute (Jerman) dan Nippon Institute
(Jepun). Katanya, bahasa kebangsaan akan diperkasakan pada peringkat Asean dan
antarabangsa.
“Kementerian akan melipatgandakan usaha menjadikan Bahasa Melayu, bahasa utama
dunia.
“Pada masa sama, semua pihak digesa memainkan peranan dengan memantapkan
penguasaan bahasa kebangsaan,” katanya dalam ucapan Perasmian Sidang ke-58 Majlis
Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Seminar Kebahasaan
di sini, hari ini.
MABBBIM, antara lain ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan
bahasa Melayu serta Indonesia, dianggotai Brunei, Indonesia dan Malaysia. Nie Ching
berkata ciri dan sifat bahasa Melayu yang anjal adalah antara ciri bahasa ilmu yang
berhubung kait dengan peredaran zaman.

Katanya, ia sekali gus menjadi kekuatan untuk bahasa Melayu berkembang seiring
dengan bahasa lain di dunia. Sidang ke-58 MABBIM anjuran DBP bertema ‘Bahasa
Melayu/Indonesia sebagai Bahasa Utama Dunia’, berlangsung selama enam hari dan
dijadualkan berakhir Sabtu ini.

5.0 LATIHAN
Soalan 1 – 5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. __________ kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
A. Apabila
B. Ketika
C. Semasa
D. Walaupun

2. Rizalni sangat gemar __________ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.
A. kepada
B. akan
C. tentang
D. terhadap

3. Dompet itu diperbuat __________ kulit ikan pari.
A. daripada
B. oleh
C. pada
D. dari

4. Kami masih dalam perjalanan ke rumahnya __________ hujan turun
A. sementara
B. setelah
C. kalau

D. tatkala

5. Rumahnya terletak di __________ sebuah tasik dengan sawah padi.
A. antara
B. belakang
C. hadapan
D. tepi

Soalan 6 – 10
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

6. Kelas tambahan itu akan diadakan hingga murid-murid dapat menguasai kemahiran
AB

menjawab soalan agar memastikan mereka cemerlang dalam peperikasaan.
C

Tiada kesalahan.
D

7. Harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini, sebaliknya sila bermain di padang

AB C

kerana kawasan ini berbahaya. Tiada kesalahan.

D

8. “Tolong jangan bermain di tepi longkang yang besar,” kata ibu kepada adik.

AB C

Tiada kesalahan.

D

9. Gempa bumi yang kuat pada pagi nanti telah menyebabkan bangunan-bangunan
AB

tinggi di kawasan itu bergegar. Tiada kesalahan.

CD

10. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pemenang tempat pertama akan menerima
AB

hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000. Tiada kesalahan.
CD

Soalan 11 -10
Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I. Murid-murid nakal itulah yang mengotori bilik darjah itu.
II. Bantuan pakaian dan makanan diberikan kepada mangsa-mangsa kebakaran itu.
III. Gambar pemandangan yang terpampang di ruang tamu rumahnya dibeli dari Balai
Seni Lukis Negara.
IV. Zaleha memasak gulai rebung untuk tetamu yang datang bertandang ke
rumahnya.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

12. I. Ibu membuat air kopi sambil menggoreng nasi untuk sarapan pada pagi itu.
II. Zikri bukan sombong malah belum memiliki kawan kerana baru berpindah ke
sekolah itu.
III. Fauzana belum membuat keputusan untuk tinggal di asrama atau di rumah nenek.
IV. Dila akur kegagalannya dalam peperiksaan itu oleh kecuaiannya ketika menjawab
soalan.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja

D. II, III dan IV sahaja

13. I. Dia tetap tabah walaupun menempuh pelbagai halangan.
II. Kejayaannya mewakili sekolah dalam pertandingan badminton amat
membanggakan.
III. Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda.
IV. Kampungnya j auh terpencil kerana kurang kemudahan asas.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

14. I. Seekor tikus sedang bersembunyi di dalam gulungan tikar mengkuang itu.
II. Walaupun usia adik baru tiga tahun, dia sudah dapat menunggang baikal.
III. Pengemis itu duduk di kaki lima sambil menadah tangan.
IV. Dia sedang tidur atau sedang menonton televisyenkah?

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

15. I. Mereka minum kopi sambil bersembang di Manja Kafe.
II. Tiap hari dia membantu ibunya di pasar menjual ikan.
III. Berpuluh hari dia memerah otak menyiapkan karyanya.
IV. Indah nian pemandangan di atas Bukit Gasing itu.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja


Click to View FlipBook Version