NOTA TATABAHASA
KATA TUNGGAL DAN KATA
MAJMUK
TINGKATAN 4
“Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan. Kerana ilmu itu
cahaya yang menyinari dan membuka jalan kepada impian-
impianmu untuk berjaya.”
Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses pemajmukan atau penggandaan.
Bentuk kata yang terdiri daripada satu morfem bebas.
Kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata sempurna dan kata tugas. Kata
sempurna diertikan sebagai kata yang dapat berdiri sendiri, dapat difahami maksudnya tanpa
memerlukan sokongan perkataan lain, kata yang boleh menjadi ayat minimal tetapi
membawa satu mesej yang lengkap.
a. Bentuk kata tunggal yang terdiri daripada kata sempurna
i. Mereka.
ii. Ini.
iii. Pandai.
iv. Sana!
v. Kenapa?
Lihat contoh ayat (i) Mereka. Ayat tersebut dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan sokongan
perkataan lain. Ayat ini lah yang dipanggil ayat minimal, pendek tetapi membawa maksud
yang sangat mudah difahami.
b. Bentuk kata tunggal yang terdiri daripada kata tugas
i. di rumah
ii. ke kedai
iii. dengan siapa?
iv. oleh dia?
Perkataan condong di atas merupakan kata tugas yang memerlukan sekurang-kurangnya satu
kata sempurna untuk membentuk ayat yang mudah difahami.
Dalam bahasa Melayu kata tunggal terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata atau lebih.
Kata Tunggal
Kata Tunggal satu suku Kata Tunggal dua suku
kata kata
Bentuk kata tunggal Contoh perkataan
Kata tunggal satu suku kata di, sen, lap, mop, oh, bom, ke, wau,
Kata tunggal dua suku kata burung, minum, mata, baju, jumpa, tua,
muda, mana
Kata tunggal tiga suku kata seluar, kelambu, keluar, jendela, biasa,
ketika, mahligai
Kata tunggal empat suku kata dan lebih perempuan, penjenayah, sandiwara,
angkasawan, hulubalang
Kata Majmuk
Kata majmuk merupakan proses menggabungkan dua kata dasar atau lebih dan perkataan
tersebut apabila digabungkan membawa makna tertentu. Sebagai contoh, seluar panjang
mengandungi dua kata dasar, iaitu seluar dan panjang. Bentuk ini jelas membawa sesuatu
makna tertentu. Perkataan warganegara walaupun ditulis sebagai satu perkataan tetapi
mengandungi dua kata dasar, iaitu warga dan negara. Begitu juga dengan perkataan
tanggungjawab, tanggung dan jawab.
Kata majmuk tidak ada yang bersempang.
Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain seperti:
Tikar bambu (Betul)
Tikar yang bambu (Salah) kerana terdapat penyisipan unsur yang.
Jenis kata majmuk
i. Rangkai kata bebas – kata majmuk jenis ini merupakan gabungan kata-kata dasar
daripada mana-mana golongan kata.
selamat malam tengah hari minta maaf terima kasih kapal terbang nasi minyak
ii. Istilah khusus – kata majmuk jenis ini merupakan istilah dalam sesuatu bidang ilmu
dan nama-nama jawatan.
Menteri Kanan buku teks guru besar pita suara kertas kerja reka bentuk
iii. Kiasan – kata majmuk yang membawa maksud kiasan. Semua simpulan bahasa
merupakan kata majmuk kerana mengandungi dua perkataan atau lebih dan makna
yang khusus.
kaki bangku ayam tambatan makan angin ringan tulang putih mata
Kata majmuk dikategorikan kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
a. Kata nama majmuk
Baju besar, balai polis, seluar panjang , warganegara, tandatangan, bumiputera,
setiausaha
b. Kata bilangan majmuk
Empat puluh, tiga ratus lima puluh, dua pertiga
c. Kata adjektif majmuk
merah terang, tinggi lampai, sejuk dingin, terang hati, panas hati
d. Kata kerja majmuk
Lipat ganda, gulung tikar, kayuh basikal, bertangunggungjawab, mereka bentuk
e. Kata tugas majmuk
apabila, jangan, daripada, telah, kenapa, bagaimana, pernah
Kata majmuk yang telah mantap
antarabangsa kerjasama sukarela
beritahu olahraga suruhanjaya
matahari Setiausaha
bumiputera warganegara
kakitangan tanggungjawab matahari
pesuruhjaya tandatangan
SEKIAN TERIMA KASIH