“GATEWAY” MEMULAKAN TABIAT MEROKOK Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu “Gateway” untuk golongan kanakkanak memulakan tabiat merokok dan penagihan. SERTAI KAMI Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Limbanak, Penampang Tel : 088-728264 Fax : 088-715927 Facebook : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, SMK Limbanak Penampang Telegram : PPDa.fm Benarkan vape adalah penganti rokok konvensional yang lebih selamat? Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok (Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. TIADA YANG SELAMAT eCig / Vape Rokok Shisha RACUN Sekolah Bebas Dadah TOGETHER TOWARDS SUCCESS (Rokok Elektronik) Bahan disediakan oleh Cikgu Freddy Au
Kandungan dan Kesan Kepada Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai Vape. Nikotin <2mg boleh memberi gangguan pada perut dan usus. Kesan daripada dos yang tinggi : Sawan Kegagalan pernafasan Menyebabkan kematian Gangguan proses perkembangan bayi dalam kandungan Nikotin APA ITU VAPE BAGAIMANA IA BERFUNGSI Bateri mengalirkan elektrik ke katrij dan membakar cecair di dalam katrij, lalu cecair berubah menjadi wap. Propalina Glikol (PG) PG apabila dipanaskan akan menghasilkan Formaldehyde. Formaldehyde ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kesan jangka pendek PG adalah iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan manakala kesan jangka panjang adalah penyakit asma. Kesan Gilserin Sayuran (VG) Gilserin adalah bahan produk daripada sayuran (Vegetable Glycerin) Gilserin banyak digunakan dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. VG memberi kesan kepada kulit dan mata jika terkena. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman. Bahan / Cecair Perisa Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras Cytotoxicity (tahan kesan toksik kepada sel) yang tinggi. Cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Bahan / Cecair Perisa Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (alat pemanas). Partikel Ultra Halus Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalan cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paruparu dan seterusnya memasuki peredaran darah. Partikel bersaiz antara 20-300 nanometer, sama seperti rokok konvensional. KANDUNGAN VAPE Komponen utama Vape adalah (1) Bateri; (2) Atomiser; dan (3) Katrij. Kandungan utama Rokok Elektronik adalah (1) Nikotin; (2) Propylene Glycol; (3) Vegetable Glycerin; dan (4) Bahan perisa dan pewarna. Kandungan utama Vape adalah (1) Propylene Glycol; (2) Vegetable Glycerin; dan (3) Bahan perisa dan pewarna.