The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMA: LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cgu Erdha Jamal, 2023-08-16 23:18:22

APA ITU DADAH, ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN, HIV DAN AIDS

TEMA: LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA

Lebih baik cegah : MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA TEMA


NAMA : AIDA ADAWIYAH BINTI JASNIE TINGKATAN : 4 ZUHRAH NAMA : NURUL FATIHAH NAZWA BINTI SHAWAL TINGKATAN : 4 ZUHRAH NAMA : RAIKA BINTI ABDULLAH TINGKATAN : 4 ZUHRAH SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANAU KOD SEKOLAH : Xea5470 GURU PEMBIMBING : HIRDHANIE BINTI JAMAL JAWATAN GURU : GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama dan banyak membantu mencari bahan-bahan untuk menyiapkan buku skrap digital ini. Ucapan terima kasih juga kepada cikgu Hirdhanie binti Jamal kerana telah membantu kami dan membimbing kami untuk menghasilkan buku skrap digital ini. Akhir sekali, terima kasih kepada yang terlibat dalam menghasilkan buku skrap digital ini.


Apa itu dadah? Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan : • Kebersihan dan kesihatan diri. • Kesihatan mental. • Prestasi pelajar. • Hubungan sosial. • Status kewangan DADAH


Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati dan kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan kanser saluran oro- farink (mulut dan tekak). ALKOHOL


ROKOK CONTOH GAMBAR ROKOK Rokok ialah tembakau yang dibalut daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara). Rokok menyebabkan nafas berbau, gigi kekuningan dan penyebab penyakit gusi. la juga boleh menjejaskan deria rasa. Kerosakan paling teruk menyebabkan peningkatan risiko kanser bibir, lidah, peti suara dan tekak (esofagus).


Vape merupakan sebuah barangan elektronik yang digunakan untuk memasakan cecair yang menghasilkan wap ataupun asap. la hadir dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi. VAPE


Inhalan Inhalan adalah bahan kimia yang boleh ditemui di sesetengah barangan isi rumah dan tempat kerja yang menghasilkan wap kimia. Wap ini boleh diruap menyebabkan kesan perubahan minda. Bahan diruap menyerap masuk ke dalam otak dengan cepat membuatkan seseorang berkhayal dengan cepat.


HIV AIDS HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


Semoga perkongsian ini memberikan maklumat dan maanfaat kepada semua yang membaca supaya dapat menjauhi perbuatan yang tidak baik dan dapat mengelakkan diri kita daripada mengikuti perbuatan yang tidak elok. Sekian, dan terima kasih.


Click to View FlipBook Version