TERHAD KERTAS KERJA RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN PDRM BAGI TAMBAHAN KADAR CUTI TAHUNAN PEGAWAI RENDAH POLIS YANG BAHARU KEPADA 30 - 35 HARI DISEDIAKAN OLEH :- PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA
MESYUARAT PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PPRPD) KONTINJEN SELANGOR BIL. 01/2023 BIL PERKARA MUKA SURAT 1. TUJUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. LATAR BELAKANG 2-4 4. JUSTIFIKASI PENAMBAHBAIKAN KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN 4-6 5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN 7-8 6. RUMUSAN DAN KESIMPULAN 9
KERTAS KERJA RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN PDRM BAGI TAMBAHAN KADAR CUTI TAHUNAN PEGAWAI RENDAH POLIS YANG BAHARU KEPADA 30 - 35 HARI 1. TUJUAN Penyediaan kertas kerja ini merujuk kepada Mesyuarat Kajian Komponen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) PDRM bagi rasionalisasi elaun dan kemudahan yang diadakan pada 06 Disember 2023 (Rabu) yang telah dipengerusikan oleh YDH SAC Mohd Asri bin Md Akhir selaku Ketua Komponen bersama ahli mesyuarat yang hadir telah bersetuju untuk permohonan tambahan kadar Cuti Tahunan bagi Pegawai Polis baharu kepada 30 - 35 hari. 2. TAFSIRAN Tafsiran mengikut Perintah Am bab `C’ berkaitan cuti adalah seperti berikut: 2.1 `Cuti’ bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. 2.2 `Cuti Rehat’ bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember. 2.3 `Lantikan Terus atau Lantikan ke Jawatan Baharu’ bermaksud pelantikan: (i) Dalam pihak berkuasa melantik yang sama di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan; atau (ii) Daripada satu pihak berkuasa melantik di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan kepada pihak berkuasa melantik yang lain di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan. PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI
3. LATAR BELAKANG Kemudahan Cuti Rehat diperkenalkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan juga kepentingan Pegawai Perkhidmatan Persekutuan. Kadar Cuti Rehat Tahunan bagi sesuatu tahun boleh diambil pada bila-bila masa dalam tahun semasa dengan kelulusan Ketua Jabatan. Ia mula diperuntukkan melalui Perkara 1 (ii), Perintah Am Bab `C’, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (PP Bil.4/2002), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 (PP Bil 20/2005 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 (PP Bil.14/2008) seperti jadual berikut: PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI Kumpulan / Gred Kurang 10 tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Genap 10 tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Pengurusan Tertinggi 30 hari 35 hari 31-54 30 hari 35 hari 21-30 25 hari 30 hari 1-20 20 hari 25 hari Kumpulan / Gred Kurang 10 tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Genap 10 tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Pengurusan Tertinggi 30 hari 30 hari 31-54 30 hari 30 hari 21-30 25 hari 30 hari 1-20 20 hari 25 hari Kumpulan / Gred Kurang 10 tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Genap 10 tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Pengurusan Tertinggi 25 hari 25 hari 31-54 25 hari 25 hari 21-30 25 hari 25 hari 1-20 20 hari 25 hari Jadual 1 : Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil.4/2002 Jadual 2 : Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil.20/2005 Jadual 3 : Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil.14/2008
Kemudian, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 (PP Bil 11/2015) seperti Jadual 4 telah dibuat penambahbaikan dan kadar kemudahan Cuti Rehat Tahunan baharu telah diperkenalkan oleh Kerajaan. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Lampiran `C’ perenggan 3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 adalah dibatalkan. : PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI Jadual 4 : Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil.11/2015 TARIKH LANTIKAN PERTAMA/ BAHARU KURANG 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN GENAP 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN GRED 1-20 GRED 21-30 GRED 31-54 PENGURUS AN TERTINGGI GRED 1-20 GRED 21-30 GRED 31-54 PENGURUS AN TERTINGGI Sebelum 1 September 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari Mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 hari 30 hari Mulai 1 Januari 2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari Berdasarkan kelayakkan sepertimana di Jadual 4, Pegawai Polis yang dilantik mulai 1 Januari 2009 kumpulan gred 1-20 telah diperuntukkan sebanyak 20 hari Cuti Rehat Tahunan bagi kumpulan gred 21-30, gred 31-54 dan Pengurusan Tertinggi masing-masing sebanyak 25 hari bagi tempoh kurang 10 tahun dan kelayakkan Cuti Rehat Tahunan kekal sebanyak 25 hari di semua peringkat kumpulan gred bagi tempoh genap 10 tahun dan ke atas. Pelaksanaan kadar Cuti Rehat Tahunan ini memberikan impak negatif dan tidak harmoni dengan kumpulan gred lantikan perkhidmatan persekutuan sebelumnya yang diperuntukkan kelayakan Cuti Rehat Tahunan sehingga 35 hari.
Dalam konteks PDRM, pelaksanaan Cuti Rehat yang berkuatkuasa masih tidak relevan dengan sumbangan Pegawai Polis kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan negara. Dalam menjalankan fungsi dan peranannya sebagai agensi keselamatan dan penguatkuasa undang-undang Negara yang melibatkan semua kes - kes jenayah, lalu lintas, Narkotik, Risikan, dan menjaga keselamatan perairan atau sempadan Negara terdapat pelbagai masalah dan isu yang dihadapi oleh Pegawai Polis PDRM. Sehubungan dengan itu, satu kajian secara holistik telah dirangka oleh Skim Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kadar kemudahan cuti rehat bagi pekerja lantikan baharu kepada 30 - 35 hari. 4. JUSTIFIKASI PENAMBAHBAIKAN KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN Organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada lebih kurang 130,000 Pegawai Polis. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM daripada tugas am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas - tugas ‘non regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pati di sempadan dan perairan negara, jaga aman perhimpunan, rusuhan kaum, serta terlibat dalam peperangan menentang kebangkitan pengganas suatu ketika dahulu. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa tugas hakiki (Core Business) bagi organisasi PDRM adalah menguatkuasakan undang-undang, keselamatan nyawa dan harta benda masyarakat di negara ini. Pembangunan pesat negara Malaysia pada hari ini telah menjadikan tugas dan tanggungjawab PDRM semakin kompleks dan lebih mencabar. Hal ini kerana peningkatan kos sara hidup, jenayah, ragam politik dan pelbagai faktor persekitaran telah mencabar kewibawaan dan kebolehan Pegawai Polis. Sehubungan dengan itu, pucuk pimpinan PDRM perlu melaksanakan pembekuan cuti Pegawai Polis bagi mempersiapkan anggota penguatkuasaan ditahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam memastikan tahap keamanan dan keselamatan Negara dapat dipertahankan. Oleh hal yang sedemikian, faktor-faktor tersebut telah memberi impak kepada Pegawai PDRM secara keseluruhannya. Antara justifikasi penambahbaikan kadar kelayakan Cuti Rehat Tahunan adalah seperti berikut : PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI
4.1. TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA PEGAWAI POLIS - SEKSYEN 19 AKTA POLIS 1967. Pegawai Polis hendaklah disifatkan sebagai bertugas. Tiap-tiap Pegawai Polis, Pegawai Polis Tambahan dan Konstabel Penjaga, bagi maksud-maksud Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai sentiasa bertugas apabila dikehendaki bertindak sebagai demikian dan hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya di bawah mana-mana undang-undang lain di mana-mana tempat dalam Malaysia di mana dia mungkin menjalankan tugas (ASLIE, 2010) (Enquiry, 2023). Dalam konteks ini, Pegawai Polis tidak mempunyai hak mutlak di atas cuti yang telah diperuntukkan kepadanya. Hal ini disebabkan oleh penugasan PDRM yang memerlukan pegawainya diatur gerak bagi penugasanpenugasan yang dirancang mahu pun tidak seperti perayaan, bencana alam, rusuhan, perhimpunan dan sebagainya. Oleh itu, adalah wajar untuk tambahan Cuti Rehat Tahunan pegawai polis dikaji semula. 4.2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Mengikut sumber Jawatankuasa Penyiasat (Comitte Enquiry) Unit Orang Hilang (OH) PDRM, statistik bunuh diri di kalangan Pegawai Polis tahun 2015 - Julai 2023 seramai 20 orang iaitu (1) Pegawai Kanan Polis dan (19) Pegawai Rendah Polis telah dilaporkan membunuh diri dengan jalan menggantung dan menembak diri sendiri. Motif bunuh diri tersebut didapati daripada tekanan perasaan seramai (8) orang iaitu 40%, masalah keluarga seramai (3) orang iaitu 15%, masalah rumahtangga seramai (3) orang iaitu 15%, kemurungan seramai (2) orang iaitu 10%, tidak diketahui seramai (2) orang iaitu 10%, masalah kewangan seramai (1) orang iaitu 5% dan masalah kesihatan seramai (1) orang iaitu 5%. Statistik bunuh diri seperti di carta pai di bawah. PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI 8, 40% 3, 15% 3, 15% 2, 10% 2, 10% 1, 5% 1, 5% Statistik Bunuh Diri Tekanan Perasaan Masalah Keluarga Masalah Rumahtangga Kemurungan Tidak Diketahui Masalah kewangan Masalah kesihatan
Berdasarkan statistik di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Pegawai PDRM perlu diberikan tambahan cuti rehat tahunan bagi memastikan kebajikan daripada aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka dapat dipenuhi sebaik mungkin. 4.3. KECERDASAN EMOSI Organisasi kepolisan dalam konteks kajian ini iaitu PDRM, kini berhadapan dengan permasalahan psikologi yang meruncing di kalangan pegawainya di mana terdapat pelbagai kes-kes pembunuhan, mencederakan orang awam, membunuh diri dan masalah mental di dalam negara yang telah dilaporkan melibatkan Pegawai Polis yang gagal mengawal emosi diri akibat daripada tekanan dalam diri (Rogis, 2016). Oleh itu, dengan mengambil cuti boleh memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia membolehkan individu terlibat dalam aktiviti yang menggalakkan kesejahteraan, seperti senaman, hobi, dan bersantai. Rehat yang kerap boleh membantu mencegah masalah kesihatan jangka panjang yang berkaitan dengan tekanan kronik. 4.4. KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN (WORK-LIFE BALANCE) Keseimbangan kerja dan kehidupan merupakan elemen berkaitan konflik antara kerja dan keluarga, tekanan, emosi dan sebagainya. Oleh yang demikian, penekanan organisasi terhadap elemen kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja dapat memberi kesan yang positif untuk mewujudkan keseimbangan kerja dan keluarga seterusnya menghasilkan kesejahteraan hidup. Dalam konteks ini, keseimbangan kehidupan kerja dapat diimplimentasikan dengan mengambil cuti daripada bekerja membolehkan individu mengisi semula (recharge), berehat dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan. Justeru itu, penambahan cuti rehat tahunan ini dapat meningkatkan lagi tahap keseimbangan kerja dan kehidupan Pegawai Polis. 4.5. PENINGKATAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) DARIPADA 160 KEPADA 180 Merujuk kepada Surat Edaran :JPA/PEN/228/26/6-13 Jld.5(29) penambahbaikan pemberian award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan penambahbaikan pemberian awal award wang tunai GCR daripada 160 hari kepada 180 hari. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, adalah wajar peningkatan kelayakan cuti tahunan dibuat penambahbaikan. PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI
5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN 5.1. Kadar kelayakan Cuti Rehat Tahunan (PP BIL.11/2015) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2015 yang sedang berkuatkuasa memperuntukkan kadar kelayakan Cuti Tahunan seperti Jadual 5. PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI Jadual 5 : kadar kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi Pegawai Perkhidmatan Persekutuan mulai 1 Januari 2016 TARIKH LANTIKAN PERTAMA/ BAHARU KURANG 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN GENAP 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN GRED 1-20 GRED 21-30 GRED 31-54 PENGURUS AN TERTINGGI GRED 1-20 GRED 21-30 GRED 31-54 PENGURUS AN TERTINGGI Sebelum 1 September 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari Mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 hari 30 hari Mulai 1 Januari 2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari
5.2. Cadangan kadar kelayakan Cuti Tahunan yang baharu adalah seperti Jadual 6. PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI Jadual 6: Cadangan kadar kelayakan Cuti Tahunan yang baharu TARIKH LANTIKAN PERTAMA/ BAHARU KURANG 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN GENAP 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN GRED 1-20 GRED 21-30 GRED 31-54 PENGURUS AN TERTINGGI GRED 1-20 GRED 21-30 GRED 31-54 PENGURUS AN TERTINGGI Sebelum 1 September 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari Mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 hari 30 hari Mulai 1 Januari 2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari
3. 6. RUMUSAN DAN KESIMPULAN Setelah meneliti secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa penambahan cuti rehat tahunan dapat meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti Pegawai Polis. Dalam konteks ini, pekerja yang kerap berehat dan bercuti adalah lebih produktif. Ia juga dapat membantu mengurangkan keletihan, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah. Dengan adanya penambahan Cuti Tahunan, Pegawai Polis dapat menggunakan masa yang diberikan untuk bersama keluarga dan berehat dari kerja yang boleh membawa kepada perkembangan perspektif yang luas tentang kehidupan. Kepuasan bekerja dengan lebih tinggi juga meningkat apabila pekerja berasa dihargai dan mempunyai peluang untuk mengimbangi kehidupan dan kekal bermotivasi. PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BERSATU BERJUANG BERBAKTI
BERSATU BERJUANG BERBAKTI