TADIKA ISLAM MASJID DARUL EHSAN SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL EHSAN Bersama PIBG SIMDE TADIKA ISLAM MASJID DARUL EHSAN SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL EHSAN Bersama PIBG SIMDE 03 Februari 2024 | 22 Rejab 1445 H Dewan Terbuka Ilmu Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan 09.00 a.m - 01.00 p.m 03 Februari 2024 | 22 Rejab 1445 H Dewan Terbuka Ilmu Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan 09.00 a.m - 01.00 p.m Dirasmikan oleh: YBhg. Dato' Hj. Mohd Fauzi bin Hj. Mohd Yatim Sekolah Islam Darul Ehsan srideTV [email protected] 03-56380486 MAJLIS 2023-20242023-2024 2023-20242023-2024
" Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga."
Sekapur Sirih -Datuk Bandar Subang jaya 1 -Pengerusi Yayasan SAMDE 2 -Guru Besar Sekolah Rendah Islam 3 Darul Ehsan -Penyelia Tadika Islam Masjid Darul Ehsan 4 -YDP PIBG Sekolah Rendah Islam 5 Darul Ehsan -Pengarah Pengarah Majlis Ihtifal dan Hari 6 Anugerah Kecemerlangan Tadila Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan sesi 2023/2024 Lagu Sekolah 7 Misi & Visi 8 Carta Organisasi 9-14 Aturcara Majlis 15-16 Jawatankuasa Pelaksana 17-20 Senarai Penerima Anugerah 21-29 Analisa PSRA 30 SRIDE Throwback 31 Sekalung Penghargaan 32 Sekalung Penghargaan 33
Sekapur Sirih Perasmi IHTIFAL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat mengizinkan saya berucap pada Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan sesi 2023/2024. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Tahniah kepada semua warga sekolah bersama PIBG atas usaha yang gigih serta komitmen yang jitu dalam menjayakan penganjuran majlis pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pada hari ini, kita dapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas bagi mengimbangi situasi globalisasi yang penuh cabaran. Para pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar, tetapi juga untuk dididik menjadi pewaris negara satu hari nanti. Hadirin sekalian, Dalam kecenderungan kita mempersiapkan anak-anak ini untuk menjadi insan yang cemerlang dan kompeten, kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membina dan mencorakkan akhlak keperibadian mereka. Dengan masalah sosial yang agak meruncing, tanggungjawab dalam membentuk para pelajar ini bukan sahaja terletak di bahu guru-guru semata. Bahkan ia merupakan tanggungjawab secara kolektif, bersama-sama di antara ibu bapa dan juga pihak sekolah. Saya penuh yakin bahawa Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan telah memainkan peranan ke arah melahirkan pewaris yang berkualiti dan seimbang berteraskan agama islam dan nilai-nilai murni dalam segala aspek kehidupan. “Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau”, “Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”, Antara peribahasa yang menerangkan kesungguhan dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang berjaya mendapat anugerah atas pencapaian cemerlang masing-masing. Namun, kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa sesungguhnya menuntut ilmu itu harus berterusan sampai bila- bila. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah dan PIBG atas penganjuran majlis ini. Dengan lafaz ‘Bismillahirohmanirrohim’, saya merasmikan Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. YBhg DATO’ HJ MOHD FAUZI BIN HJ MOHD YATIM Datuk Bandar Subang Jaya 1
Sekapur Sirih Pengerusi Yayasan SAMDE Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang menciptakan langit dan bumi dan mentadbir seluruh alam. Salam buat Nabi Junjungan Mulia, Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak, kerana untuk sekian kalinya dapat kita merealisasikan Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan sesi 2023/2024 dengan jayanya. Para hadirin sekalian, Majlis Ihtifal ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi penganugerahan kepada anak-anak didik SIMDE yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah, malahan ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga pendidik, bahagian pengurusan sekolah serta ibu bapa. Majlis Ihtifal SIMDE juga turut diserikan dengan kehadiran anak-anak Tadika Islam Masjid Darul Ehsan (TIMDE). Kita juga meraikan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan anak-anak TIMDE yang akan menamatkan sesi tadika mereka dan menempuh alam persekolahan yang baru pada Mac 2024. Syukur kehadrat Ilahi, sehingga ke hari ini SIMDE masih utuh berjuang untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam sistem pendidikan berteraskan Islam di Selangor. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SIMDE terutama guru-guru yang telah bertungkus lumus dan tidak pernah jemu menabur bakti mendidik anak-anak SIMDE supaya anak-anak ini dapat mempersiapkan diri mereka dalam mengharungi cabaran dunia pendidikan masa kini Tuan-tuan dan puan-puan, Kecemerlangan seseorang murid bukan hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah semata-mata. Ibu bapa juga perlu turut memainkan peranan dalam menentukan pencapaian dan hala tuju anak masing-masing. Sikap mengambil berat dan memberikan sokongan adalah rencah paling utama dalam menentukan kejayaan mereka dalam pendidikan. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa supaya SIMDE terus kukuh, maju, cemerlang dan gemilang untuk tahun-tahun yang mendatang. Sokongan yang padu daripada tuan puan kepada pihak sekolah khususnya, Insya-Allah akan menjamin kecemerlangan dan kesejahteraan masa depan anak-anak SIMDE. Saya juga berdoa semoga, Majlis Ihitifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan pada tahun ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun, Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, InsyaAllah akan berjumpa lagi. Sekian terima kasih. YM . PROF. MADYA DR. TENGKU SHAHROM BIN TENGKU SHAHDAN Pengerusi Yayasan SAMDE 2
Sekapur Sirih Guru Besar SRIDE Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama merealisasikan Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan bagi sesi 2023/2024. Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola majlis ini yang sudah sudah tentunya telah berusaha dengan gigih bagi memastikan majlis berjalan lancar dan teratur. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan majlis ini khususnya murid-murid dan ibu bapa. Majlis seumpama ini diadakan sebagai suatu inisiatif daripada pihak sekolah untuk menghargai dan mengiktiraf murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Justeru itu, pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah berbesar hati ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada murid-murid yang berjaya menerima anugerah, malahan ibu bapa dan juga para guru yang menjadi nadi penggerak utama bagi mencapai kejayaan hari ini. Pihak sekolah sangat bersyukur kerana telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mendidik serta mentarbiah anak-anak sehingga mampu menghasilkan generasi yang bukan sahaja berilmu dan berdisiplin, bahkan memiliki nilai dan sahsiah terpuji. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa, dalam usaha menuju puncak, banyak laluan yang perlu ditempuhi. Pepatah melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “ Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” , “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Kejayaan seorang murid tidak hanya terletak pada usaha sendiri dan kesungguhan guru semata-mata tetapi peranan ibu bapa dan masyarakat sekeliling turut membantu mencorakkan masa depan anak-anak generasi hadapan. Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang berjaya menerima anugerah. Tidak lupa juga kepada murid-murid lain yang turut memberi sokongan dan memeriahkan majlis ini dengan persembahan-persembahan yang hebat dan bertenaga. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga SIMDE khususnya Ahli Lembaga Yayasan SAMDE, Jawatankuasa Masjid Darul Ehsan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang turut sama berganding bahu bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah merahmati majlis ini dan mudah-mudahan hubungan sesama kita akan terus erat terjalin serta mendapat keberkatan daripada-Nya. Sekian terima kasih. KAMARIAH BINTI NASIR Guru Besar Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan 3
Sekapur Sirih Penyelia TIMDE Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bersyukur kita ke hadrat Allah swt dengan izinNya dapat kita bersama-sama merancang dan mengadakan Majlis Ihtifal bagi sesi 2023/2024. Seperti tahun sebelumnya, pada tahun ini Tadika Islam Masjid Darul Ehsan (TIMDE) bersama-sama dengan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan (SRIDE) merancang untuk mengadakan majlis ini bagi menambahkan kemeriahan seperti tahun lalu. Sejujurnya pihak tadika sangat berbesar hati dan berterima kasih kerana dijemput bersama dengan SRIDE untuk meraikan anak didik kami bagi memberi mereka merasai pengalaman bergraduasi secara beramai-ramai. Sesi persekolahan 2023/2024 akan tamat tidak lama lagi dengan ini menandakan sebahagian besar murid-murid Tadika Islam Masjid Darul Ehsan (TIMDE) akan beralih ke sesi persekolahan sebenar di peringkat sekolah rendah bagi tahun satu mulai bulan Mac 2024. Saya mendoakan dan berharap agar anak-anak TIMDE bakal menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan diakhirat serta mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik dan berguna untuk agama,bangsa dan negara. Tahniah juga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang bersama-sama membantu dalam menjayakan segala aktiviti yang dijalankan oleh TIMDE. Di harapkan kerjasama sebegini akan berterusan di masa akan datang. Jutaan terima kasih juga di tujukan kepada Prof Madya Dr Tengku Shahrom bin Tengku Shahdan sela ku Pengerusi Yayasan SAMDE dan semua barisan ahli jawatankuasa Yayasan SAMDE, Puan Kamariah bt Nasir selaku Guru Besar SRIDE, Tuan Haji Mezlan bin Hamat selaku Pengetua SMIDE, barisan pentadbiran serta semua guru SRIDE dan SMIDE dalam apa juga bantuan, tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan bagi membantu perjalanan dan pengurusan TIMDE berjalan dengan baik. "Terima kasih daun keladi". Akhir kata saya berazam dan akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan TIMDE menjadi antara tadika pilihan ibu bapa serta penjaga di kawasan ini untuk anak-anak mereka mengenal alam persekolahan pada awal usia mereka. Sekian, terima kasih NURATHIRAH BINTI ATIRON Penyelia Tadika Islam Masjid Darul Ehsan 4
Sekapur Sirih Yang Dipertua PIBG Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan. Alhamdulillah bersyukur kita kerana dipertemukan dalam Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan 2023/2024 ini. Dengan izin-Nya kita berpeluang untuk bersama-sama meraikan kejayaan murid-murid dan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kecemerlangan diri serta sekolah yang amat kita sayangi ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini kerana telah berjaya menganjurkan majlis penghargaan tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua warga SIMDE khususnya murid-murid dan ibu bapa. Selaku ibu bapa yang sentiasa menaruh kepercayaan kepada pihak sekolah dalam membimbing anak-anak didik ke arah kejayaan yang dicita-citakan, kami rasa berbangga apabila setiap tahun sekolah menunjukkan prestasi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Di samping itu, pengiktirafan sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan juga telah menaikkan lagi semangat kami untuk terus bersama-sama sebagai warga sekolah ini. Cendekiawan ada menyatakan bahawa tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, saya yakin pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kecemerlangan murid-murid sekolah ini. Seiring dengan matlamat tersebut, sudah tentu kerjasama yang erat dan usaha yang berterusan antara pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa merupakan teras utama bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan proaktif. Saya juga percaya sambutan Majlis Ihtifal & Anugerah Kecemerlangan pada hari ini adalah selari dengan matlamat sekolah untuk memberi dorongan dan motivasi kepada murid-murid dan guru untuk terus berusaha dan kekal cemerlang pada masa akan datang. Saya meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada barisan pentadbir dan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha dalam mengekalkan serta meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang. Kami akan terus memberikan sokongan yang padu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Permuafakatan yang baik pastinya akan membuahkan hasil yang lumayan. Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Keikhlasan kita dalam usaha yang murni pasti akan mendapat restu dan keberkatan daripada Ilahi. Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal & Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Sebelum saya berundur diri, dengarkan dahulu gurindam ini; Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabaratuh. EN. ASFARIZAL BIN ABDUL RASHID Yang Di Pertua PIBG Sekolah Islam Darul Ehsan 5
Sekapur Sirih Pengarah Ihtifal Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi ucapan Syukur kehadrat Ilahi, atas limpahan dan kurniaNya, kita dapat mengadakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan sesi 2023/2024. Majlis Ihtifal ini adalah satu program yang dijalankan di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka dalam pelbagai aspek. Anugerah ini diberikan kepada murid yang telah mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah. Dengan adanya majlis seperti ini,diharapkan memberi dorongan dan inspirasi kepada murid untuk lebih berjaya. Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jika ingin dihitung, maka tidak terbalas segala usaha yang telah dilakukan oleh jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada Warga SRIDE, TIMDE dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Akhir kata, semoga Allah membalas jasa dan penat lelah semua pihak dan semoga hubungan sesama kita akan terus terjalin, walau di mana kita berada di atas muka bumi Allah ini. Wassalam, terima kasih. MUHAMMAD HAIZAT BIN SAPIAN Pengarah Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Islam dan Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan Sesi 2023/2024 6
Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan Menjana putra putri Akhlak mulia, Budi pekerti Ibu bapa, guru dihormati Allah matlamat kami Ar-Rasul pimpinan kami Faham, ikhlas dan juga amal Jadi moto kebanggan kami Berdisiplin, berjiwa murni Resepi kecemerlangan diri Kesepaduan ilmu dunia akhirat Jadikan generasi rabbani Berilmu, berusaha Menuju wawasan tercinta Tegakkan Islam di bumi nyata Itulah ikrar kami semua. Lagu Sekolah 7
Misi Visi Menjadi sebuah institusi pendidikan Islam bersepadu yang terunggul di Negeri Selangor menjelang tahun 2025. Menyediakan sistem pendidikan yang komprehensif dan holistik ke arah pembentukan generasi pelajar yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 8
2023-2024 Carta Organisasi Yayasan SAMDE Dr. Tengku Shahrom Bin Tengku Shahdan fifffflffiffflfflff En. Mohammad Yamin Bin Salim fffflff Dr. Md Rosli Bin Sulaiman fifflff Ust. Ahmad Fauzi Bin Asmuin fifflff Dr. Shahrom Bin Hassim fifflff En. Noor Azizee Bin Abdul Aziz fifflff Nazir Masjid Darul Ehsan Setiausaha Masjid Darul Ehsan fflffl fflffl 9
2023-2024 Carta Organisasi PIBG SRIDE fflffififffl HAJI HASNOL BIN MOHAMED HARUDIN SURIANAN BINTI ALIAH SITI BALQIS BINTI MOHD SHARWIN FARHANA BINTI SHAHADAN EN. ASFARIZAL BIN ABDUL RASHID fflfflffififffl ff fffflfl fiffffflfl fl EN SAIFUL BAHRI BIN SUDARNO fiffffflfl fl EN YUSSUNIZAM BIN YAAKOB AR TUAN KAMARUL HISYAM PN AZLIZA AZRAH BINTI MOHD ZAKARIA PN TUTY NORMARLIANA BINTI MANAF PN UMAI BINTI OSMAN PN ZATUL HIJANAH BINTI RAMZI ffifl EN KHAIRUL IZAT AZMI BIN HUSSEIN EN MOHD AIMAN BIN HOMAIDI PN SITI NOR BINTI YUSOFF PN NOOR FADILAH BINTI OTHMAN PN NORAINI BINTI MAHMUD 10
11 Carta Organisasi SRIDE2023-2024 KETUA PENTADBIRAN SAPTURIAH BINTI SAPRI GPK KURI RAJA FARALITA BINTI RAJA MOHAMAD GPK KOKU NOR HAZIRA BINTI HASSAN S/U MOHAMMAD SYAHRIR BIN MOHD SUHAIMI S/U FAEZNUR BINTI MASBON GURU BESAR KAMARIAH BINTI NASIR YAYASAN SAMDE JAWATANKUASA PENGELOLA SEKOLAH PEGAWAI AKAUN RADZI BIN JAMIL KERANI DATA ANIS SHAIRA BINTI WAIL KERANI OPERASI MUZAIDILA BINTI MOHAMED ZAUTI PEMBANTU AM SUBANDRIYAH KARSIMO S/U NORHAIRANY BINTI JOHARI GPK HEM ABDULLAH WANMARN BIN YUSOF UNIT BERUNIFORM PENYELARAS MUHAMMAD HAIZAT BIN SAPIAN PANITIA GURU-GURU KELAS J/K MEDIA DAN REDAKSI BURHAN J/K BUKU TEKS DAN RUJUKAN AIMAN ZUHAIR J/K UPSR & PSRA NUR FARIZA J/K PUSAT SUMBER SEKOLAH THAHIROH J/K PEP. & PENILAIAN SITI KHADIJAH J/K PENYELARAS TAHUN SEJARAH BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU SAINS MATEMATIK REKA BENTUK & TEKNOLOGI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI PENDIDIKAN SENI VISUAL / PENDIDIKAN KESENIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB TAUHID / FEQAH AKHLAQ / SIRAH TAJWID JAWI / IMLAK / KHAT HAFAZAN / TILAWAH J/K DISIPLIN MOHD AIMAN BIN HOMAIDI J/K SURAU & IBADAH ZAKARIA BIN GHAZALI J/K KANTIN & KEBAJIKAN SUHAILAH BINTI SULONG J/K KEBERSIHAN & KECERIAAN JUMAINAH BINTI MOHAMED BAZIN J/K KESIHATAN & KESELAMATAN NOOR FADILAH BINTI OTHMAN J/K BIMBINGAN & KAUNSELING NOOR NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ J/K DATA MURID SHAH NAS SHAKIRAH BINTI OTHMAN @ ABDULLAH J/K PERALATAN INVENTORI MOHD SAIFULLAH BAHRIN BIN ISMAIL SUKAN/PERMAINAN PENYELARAS MUHAMMAD AZRI FATHI BIN NORDIN KELAB/PERSATUAN PENYELARAS NURUL IZZATI BINTI AHMAD RADZI TKRS BSMM PPIM PENGAKAP BOLA SEPAK/FUTSAL BOLA JARING BOLA BALING INDOOR GAMES BOLA BALING CATUR BOLA BALING BADMINTON BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATESA BAHASA ARAB AMAL ISLAMI & SENI BUDAYA ROBOTIK SENI JAWI & KHAT J/K KHAS PENYELARAS LAWATAN MARIZAM BINTI ABDUL RAHMAN PENYELARAS STOR SUKAN MOHD SAIFULLAH BAHRIN BIN ISMAIL PENYELARAS SAMBUTAN & PERAYAAN NORHASLINDA BINTI HAIRAN PENYELARAS BILIK KOKU FAEZNUR BINTI MASBON PENYELARAS TAEKWANDO PUTERI ARISHA SYAMIRA BINTI JAMSARI MOHD
12 Barisan Pendidik SRIDE Kamariah Binti Nasir Abdullah Wanmaan Bin Yusof Sabturiah Binti Sapri Nor Hazira Binti Hassan Raja Faralita Binti Raja Mohamad Mohd Aiman Bin Homaidi Muhammad Azri Fathi Bin Nordin Muhammad Haizat Bin Sapian Mohammad Syahrir Bin Mohd Suhaimi Zaly Kry Ya Norhisam Bin Mohd Zauti Muhamad Burhan Bin Mahadi Mohd Hariz Bin Fathee Syed Abdul Ghaffar Bin Syed Zulkifli Mohd Saifullah Bahrin Bin Ismail Khairul Adha Bin Hamdzani Mohamad Yuzilan Bin Mohamad Yasin Abdul Basit Bin Ruslim Muhammad Aiman Zuhair Bin Abdul Khodir MASTURA BINTI REZALI ROHIDAYAWATI BINTI NORHASLINDA BINTI HAIRAN JUMAINAH BINTI MOHAMED BAZIN Noraini Binti Mahmud Thahiroh Binti Zulkepli
13 Barisan Pendidik SRIDE Noor Nasriah Binti Abdul Aziz Nurfariza Binti Mohammad Zahidi Noraini Binti Mohd Nor Huda Binti Wan Ahmad Suhailah Binti Sulong Nik Nuradlina Binti Zahari Nik Basyarah Binti Nik Ahmad Siti Hajar Binti Ab Rahim Syarifah Nurulhafizah Binti Syed Ab Rahaman Shah Nas Shakirah Bt Othman @ Abdullah Noor Fadilah Binti Othman Tuan Rosma Azura Binti Tuan Ab Hamid Norhairany Binti Johari Maryam Jameelah Binti Adnan Marizam Binti Ab Rahman Wan Siti Khadijah Binti Wan Hassan Roslina Binti Hamdan Che Murni Binti Che Abd Halim Sofiah Binti Zulkifli Faeznur Binti Masbon Nurul Shahidah Binti Natharuddin Suriani Binti Aliah Che Maznah Binti Mamat Puteri Arisha Syamira Binti Jamsari Mohd Wardah Qurratu Ain Binti Fazli Noor Fatin Hidayah Binti Mohd Suhaimii Wan Nurul Hidayah Binti Wan Ahmad Halawah Nurul Afiah Binti Ahmadi Norsyahidah Binti Abdul Rashid Nor Shahida Binti Shahrel Nurul Izzati Binti Ahmad Radzi Nurshyfina Binti Mohamad Nawawi Nur Aiman Nisa Binti Hairulfadli
14 2023-2024 Carta Organisasi TIMDE Nurathirah Binti Atiron fifffflffff ffifl SHOLIHATUN KHAFIFAH ffifl Dr. Tengku Shahrom Bin Tengku Shahdan fifffflffifffl
Aturcara Majlis 8:30 pagi Pendaftaran dan ketibaan ibu bapa serta dif jemputan Para jemputan bersarapan 9:30 pagi Perarakan masuk VIP, graduasi tahun 6 dan tadika 9:40 pagi Nyanyian Lagu Sekolah & Asma Al-Husna 9:50 pagi Majlis perasmian : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa (Muhammad ‘Umair bin Muhammad Rafiq – 6 Ikhlas) Bacaan Al-Quran (Muhammad Bilal Husaini bin Mohd Shukri – 5 Ihsan) Ucapan Pengerusi Sekolah ( Yayasan SAMDE ), (Y.M. Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom Bin Tengku Shahdan) Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Hj. Mohd Fauzi bin Hj. Mohd Yatim (Datuk Bandar Subang Jaya) Gimik perasmian 10:10 pagi Persembahan Khas Pembukaan 10:20 pagi Majlis Graduasi Tahun 6 & Murid cemerlang UPKK 2022/2023 & PSRA 2023/2024 Majlis Graduasi Tadika & Anugerah Tadika 10:45 pagi Persembahan : Persembahan Tahun 2 Persembahan Tahun 3 Persembahan Tadika 11:10 pagi Anugerah Tahap 1 : Anugerah Hafiz & Hafizah Anugerah Adab & Sahsiah Anugerah Akademik Terbaik Anugerah Dinniyah Terbaik 11:30 pagi Persembahan Tahun 1 Anugerah Tahap 2 : Anugerah Hafiz & Hafizah Anugerah Adab & Sahsiah Anugerah Akademik Terbaik Anugerah Dinniyah Terbaik 12:05 tengah hari Persembahan Tahun 4 & 5 (Lelaki) Persembahan Tahun 4 & 5 (Perempuan) Persembahan Tahun 6 15
Aturcara Majlis Anugerah Murid : 1. Anugerah Pengawas Terbaik (Lelaki & Perempuan) 2. Anugerah Tokoh Kokurikulum (Lelaki & Perempuan) 3. Anugerah Tokoh Kecemerlangan Akademik (Lelaki & Perempuan) 4. Anugerah Tokoh Kecemerlangan Diniyyah (Lelaki & Perempuan) 5. Anugerah Tokoh Murid 2023/2024 Anugerah Guru : 1. Anugerah Tokoh Guru Terbaik Kurikulum (Lelaki & Wanita) 2. Anugerah Tokoh Guru Terbaik Kokurikulum (Lelaki & Wanita) 3. Anugerah Tokoh Guru Terbaik HEM (Lelaki & Wanita) 4. Anugerah Tokoh Guru Cemerlang 2023/2024 5. Anugerah Guru Tadika 01:00 tengah hari Tamat & Bersurai 16
Jawatankuasa Pelaksana Penasihat Program Puan Kamariah Binti Nasir Pengarah Program Muhammad Haizat bin Sapian Timbalan Pengarah Siti Hajar binti Ab Rahim Setiausaha I Nurul Afiah binti Ahmadi Setiausaha II Nik Basyarah binti Nik Ahmad Bendahari I Nurulhuda binti Abd. Radzak Bendahari II Radzi bin Jamil 17
Jawatankuasa Pelaksana HADIAH, SIJIL & CENDERAHATI Ketua : Mohd Hariz Bin Fathee AJK : Noraini Binti Mahmud, Nurul Shahidah Binti Natharuddin Che Maznah Binti Mamat Noor Nasriah Binti Abdul Aziz Pengurusan Dan Dekorasi Pentas Ketua : Suriani Binti Aliah AJK : Nurul Izzati Binti Ahmad Radzi Mohammad Syahrir Bin Mohd Suhaimi Tuan Rosma Azura Binti Tuan Ab Hamid JEMPUTAN & PROTOKOL Ketua : Nor Hazira Binti Hassan AJK : Abdullah Wanmarn Bin Yusof Sabturiah Binti Sapri Raja Faralita Binti Raja Mohamad SUMBANGAN, TAJAAN & IKLAN Ketua : Marizam Binti Ab Rahman AJK : Hjh Huda Binti Wan Ahmad Abdul Basit Bin Ruslim MEDIA, DOKUMENTASI, JURUFOTO & PA SYSTEM Ketua : Suhailah Binti Sulong AJK : Muhammad Aiman Zuhair Bin Abdul Khodir Wan Siti Khadijah Binti Wan Hassan PENDAFTARAN & TIKET Ketua : Norsyahidah Binti Abdul Rashid AJK : Nik Nuradlina Binti Zahari Nurathirah binti Atiron Anis Shahira Binti Wail Muzaidila Binti Muhamed Zauti 18
Jawatankuasa Pelaksana Keselamatan , Kawalan Murid Dan Kebersihan Ketua : Mohamad Yuzilan Bin Mohamad Yasin AJK. : Maryam Jameelah Binti Adnan Khairul Adha Bin Hamdzani Sofiah Binti Zulkifli Nur Aiman Nisa bin Hairulfadli Subandriah BUKU PROGRAM Ketua : Muhamad Burhan Bin Mahadi AJK : Norhairany Binti Johari Graduasi Tadika Dan Tahun 6 Ketua : Nurfariza Binti Mohammad Zahidi AJK : Guru Kelas Tahun 6 & Guru Tadika Jamuan Makan VIP, Ibu Bapa, Guru Dan Murid Ketua : Noor Fadilah Binti Othman AJK : Che Murni Binti Che Abd Halim Syarifah Nurulhafizah Binti Syed Ab Rahaman Mohd Saifullah Bahrin Bin Ismail Jamuan Makan VIP, Ibu Bapa, Guru Dan Murid Ketua : Noor Fadilah Binti Othman AJK : Che Murni Binti Che Abd Halim Syarifah Nurulhafizah Binti Syed Ab Rahaman Mohd Saifullah Bahrin Bin Ismail LOGISTIK Ketua : Muhammad Azri Fathi Bin Nordin AJK : Zaly Kry Ya Bin Ghazali Syed Abdul Ghaffar Bin Syed Zulkifli PENGACARA MAJLIS Ketua : Abdul Basit Bin Ruslim Noraini Bt Mohd Nor 19
Jawatankuasa Pelaksana Persembahan Murid Ketua : Thahiroh Binti Zulkepli AJK : Tahun 1 (L/P) : Norhisam Bin Mohd Zauti Puteri Arisha Syamira Binti Jamsari Mohd Tahun 2 (L/P) : Nurshyfina Binti Mohamad Nawawi Wardah Qurratu Ain Binti Fazli Tahun 3 (L/P) : Mohd Aiman Bin Homaidi Wan Nurul Hidayah Binti Wan Ahmad Halawah Tahun 4 Dan 5 (L) : Faeznur Binti Masbon Noor Fatin Hidayah Binti Mohd Suhaimi Tahun 4 Dan 5 (P) : Nor Shahida Binti Shahrel Roslina Binti Hamdan Tahun 6 : Shah Nas Shakirah Binti Othman @ Abdullah Thahiroh Binti Zulkepli Tadika : Nurathirah binti Atiron Sholihatun Khafifah Persembahan Khas :- Bahasa Mandarin/ Inggeris : Puan Sarah 20
21 Senarai Penerima Anugerah TIMDE Anugerah Murid Berpotensi BIL. NAMA UMUR 1. KHALID BIN MUHAMMAD SHAHRUN NIZAM 6 TAHUN 2. KAWTSAR BINTI ADITIA GILANG RHAMADHANI 6 TAHUN BIL. NAMA UMUR 1. MARYAM BINTI MUHAMMAD FITRI 5 TAHUN Anugerah Sahsiah Mulia BIL. NAMA UMUR 1. AINAN HANIM BINTI MOHD AZRUL 6 TAHUN 2. MUHAMMAD MUHARRAM BIN HISHAMUDIN 6 TAHUN BIL. NAMA UMUR 1. DELISHA SAFIYYAH BINTI MOHD FARID ADLI 5 TAHUN 2. MYA FALEESYA BINTI MOHD FIRDAUS 5 TAHUN Anugerah Murid Aktif BIL. NAMA UMUR 1. MUHAMMAD DHAFI AYDEN BIN MOHD FAKRURAZI 6 TAHUN 2. QAIREEN ALISHA BINTI MOHD TAUFIK 6 TAHUN BIL. NAMA UMUR 1. MUHAMMAD HAIQAL BIN HAFETZ HAKIM 5 TAHUN 2. AFIA DINA QAYLA BINTI AHMAD SOFIAN 5 TAHUN Anugerah Peningkatan Prestasi BIL. NAMA UMUR 1. AQISHA ELYASA BINTI MUHAMMAD FIRDHAUS 6 TAHUN BIL. NAMA UMUR 1. EDINA NUR AMMARA BINTI EMRAN IZZUDDIN 5 TAHUN Anugerah Diniyyah Terbaik BIL. NAMA UMUR 1. UMNIYYAH BINTI MOHAMMAD SALMAN 6 TAHUN 2. MUHAMMAD FARIS FATHULLAH BIN MUHAMAD AZRUL 6 TAHUN
Murid Cemerlang UPKK 2022 Senarai Penerima Anugerah SRIDE BIL NAMA 1. AHMAD DHANY NASRIQ BIN MOHAMAD ASRI 2. AISYA HUMAIRA BINTI MUZAMMIL 3. ALLYA SOFFIYA BINTI MOHD NOR FAIZAL 4. AQIL HAFIY BIN AFDHAL HIZIR 5. AUNI ZAFIRAH BINTI MOHD FAHMI 6. HARITH IRFAN BIN NOH MALIKI 7. HUMAYRA BINTI IZWAN AZZERI 8. IMRAN AQEEL BIN EZRIN 9. IMRAN BIN SHAFI 10. MEGAT FAHRI HAFIZULLAH BIN AHMAD FAHIMY 11. MU’AZ BIN HAPIZORR ROZI 12. MUHAMAD SHAHEEM AL-JAFRY BIN ABDUL RAHMAN 13. MUHAMMAD ‘UMAIR BIN MUHAMMAD RAFIQ 14. MUHAMMAD FARHAD MUQRIE BIN FAUZAN 15. MUHAMMAD FARIS HAZIM BIN MOHD FAIZ 16. MUHAMMAD FATIH BIN NAZRI 17. MUHAMMAD FIRAS HAZIM BIN SHAHFULNIZAM 18. MUHAMMAD HAFIZ SARUDDIN BIN ABDULLAH 19. MUHAMMAD KHATTAB BIN KHIRMAN 20. MUHAMMAD ZHAFEER SYAHMI BIN MOHD SHAHRIZAN 21. NUHAA HASYA MIRZA BINTI NOOR AZRIL 22. NUHAA ZARA BINTI NIZAMMUDDIN 23. NUR DEENI IRDINA BINTI MOHD HASMI 24. NUR ELISYA ZAHRAA’ BINTI EZMIN 25. NUR IMAN NABIHAH BINTI RODZI 26. NUR NAUSHEEN BINTI MOHD FIRDAUS 27. NURFARHAH AINA BINTI ABDUL RAHMAN 28. NURUL ADRIANA BINTI ABDUL RAUF 29. NURUL ZARA ADAWIYYAH BINTI MUHAMMAD FAIZUL 30. PUTERI NUR DHIA ADRIANA BINTI AHMAD MUJAHID 31. SARAH TAN BINTI FAIZAL TAN 32. SHARIFAH NABIHAH BINTI SYED HASSAN 33. WAN NASRUDDIN AZEEM NASBI BIN WAN MOHAMAD NASBI 34. ZIKR BIN MOHD FAIZAL 22
Murid Cemerlang PSRA 2023 Senarai Penerima Anugerah SRIDE BIL NAMA 1. AHMAD DHANY NASRIQ BIN MUHAMAD ASRI 2. AISYA HUMAIRA BINTI MUZAMMIL 3. ALLYA SOFFIYA BINTI MOHD NOR FAIZAL 4. AQIL HAFIY BIN AFDHAL HIZIR 5. ARIEF IRFAN BIN ARIEF ZAKI 6. AUNI ZAFIRAH BINTI MOHD FAHMI 7. DHIYA MEDINA BINTI MOHD AZWAN 8. HARITH IRFAN BIN NOH MALIKI 9. HASAN BIN HAZNIZUL 10. HUMAYRA BINTI IZWAN AZZERI 11. HUSAIN BIN HAZNIZUL 12. IMAAN MEDINA BINTI MOHD RAIHAN 13. IMAN AISYAH BINTI MOHD ZAWAWI 14. IMRAN BIN SHAFI 15. MEGAT FAHRI HAFIZULLAH BIN AHMAD FAHIMY 16. MOHAMMAD IRHAM ZUHDI BIN MOHAMMAD FADHLEE 17. MU'AZ BIN HAPIZORR ROZI 18. MUHAMMAD FARHAD MUQRIE BIN FAUZAN 19. MUHAMMAD FARIS HAZIM BIN MOHD FAIZ 20. MUHAMMAD FATIH BIN NAZRI 21. MUHAMMAD FIRAS HAZIM BIN SHAHFULNIZAM 22. MUHAMMAD HAFIZ SARUDDIN BIN ABDULLAH 23. MUHAMMAD KHATTAB BIN KHIRMAN 24. MUHAMMAD 'UMAIR BIN MUHAMMAD RAFIQ 25. MUHAMMAD ZHAFEER SYAHMI BIN MOHD SHAHRIZAN 26. MU'IZ BIN MUHAMMAD 27. NAUSHAD ARMAN BIN NORMAN 28. NUHAA HASYA MIRZA BINTI NOOR AZRIL 29. NUHAA ZARA BINTI NIZAMMUDDIN 30. NUR DEENI IRDINA BINTI MOHD HASMI 31. NUR ELISYA ZAHRAA BINTI EZMIN 32. NUR EZRA SOFEYA BINTI MOHD FAIZAL 33. NUR HANNAH HAIRI 34. NUR IMAN NABIHAH BINTI RODZI 35. NUR NAUSHEEN BINTI MOHD FIRDAUS 36. NURFARHAH AINA BINTI ABDUL RAHMAN 37. NURUL ADRIANA BINTI ABDUL RAUF 38. NURUL ZARA ADAWIYYAH BINTI MUHAMMAD FAIZUL 39. RAES AKEMI BIN SAIFUL BAHRI 23
Murid Cemerlang PSRA 2023 Anugerah Hafiz Dan Hafizah Senarai Penerima Anugerah SRIDE 1. SARAH TAN BINTI FAISAL TAN 2. SHARIFAH NABIHAH BINTI SYED HASSAN 3. WAN NASRUDDIN AZEEM NASBI BIN WAN MOHAMAD NASBI 4. WAN SOFIA IZARA BINTI WAN SUZAINAN 5. ZIKR BIN MOHD RIZAL ANUGERAH HAFIZ DAN HAFIZAH (TAHAP 1) KELAS HAFIZ/ HAFIZAH NAMA MURID 1 SIDDIQ HAFIZ MUHAMMAD FAHIM ALIYY MIRZA BIN NOOR AZRIL HAFIZAH MARYAM AQILAH BINTI QAMARRUL ARIFFIN ZAKRIE 1 AMANAH HAFIZ MUHAMMAD IMAN DANIAL BIN MOHD RADZI HAFIZAH NURLIYANA MAISARAH BINTI SAIFUL AZWAN 1 TABLIGH HAFIZ UKKASYAH BIN MOHAMMAD SALMAN HAFIZAH 'AFWA MUFEEDA BINTI MUSTHAZANI 1 FATHONAH HAFIZ QABEEL FAWWAZ BIN MOHD FAIZ HAFIZAH AIRA DHIA QAISARA BINTI AHMAD SOFIAN 2 SIDDIQ HAFIZ BUKHARI BIN ASROL HADI HAFIZAH NUR FARIHAH LIYANA BINTI MOHD ISA 2 AMANAH HAFIZ AHMAD YASSER BIN MUHD AZRUL AFFENDI HAFIZAH NUR RABIATUS SOFIYYAH BT MOHD FAIZAL 2 TABLIGH HAFIZ UMAR BIN MUHAMMAD SYAFIQ HAFIZAH NUR NUHA DELISHA SYAMIMI BINTI ROSSAIDI 2 FATHONAH HAFIZ MUHAMMAD MUSHRIF BIN AZMAN HAFIZAH SITI NUR AMANI BINTI SHAHMY 3 SIDDIQ HAFIZ QAISER AFFAN BIN MUHAMMAD ABDUL HADI HAFIZAH AYRA ZAFIRAH BINTI MOHD FAHMI 3 AMANAH HAFIZ RYAN ADAM BIN AZMI HAFIZAH NURUL IRDINA BINTI ABDUL RAUF 3 TABLIGH HAFIZ MUHAMMAD UWAIS BIN MOHAMMAD SALMAN HAFIZAH MUNA JANNATY BINTI HISHAMUDIN 3 FATHONAH HAFIZ IMAD AQIL BIN OSMAN HAFIZAH PUTRI RAMADHANI BINTI ALFAN 24
Anugerah Hafiz Dan Hafizah Senarai Penerima Anugerah SRIDE ANUGERAH HAFIZ DAN HAFIZAH (TAHAP 2) KELAS HAFIZ/ HAFIZAH NAMA MURID 4 IKHLAS HAFIZ QAYSAR FARISH BIN MOHD FAIZ HAFIZAH SYARIFAH ZAHRAH ALJUNID BINTI SYED HASSAN 4 IHSAN HAFIZ MUHAMMAD KHALIS FADHIL BIN ABDUL HADI BAKRI HAFIZAH NUR SUFFI ADDINA BINTI SHAMSUA 4 ISLAH HAFIZ MUHAMMAD AMEER BIN MOHD KAIRI HAFIZAH MUNIRAH AUNI BINTI MAZLAN 4 IRSYAD HAFIZ WAN AHMAD AFI HARIS BIN WAN AHMAD NAZRI FAHMI HAFIZAH PUTRI FISHA AMANDA BINTI MUHAMMAD LUTFI 5 IKHLAS HAFIZ IRFAN BIN SHAFI HAFIZAH NURUL FAIQAH HAKIMAH BINTI MOHD SASRIN AL-KADRI 5 IHSAN HAFIZ MUHAMMAD AAKIF RAZIN BIN MOHD RAZLIN HAFIZAH NUR ANISAH SHAFIYYAH BINTI AZAMAN 5 ISLAH HAFIZ MIEKAEL BIN MAHMIE HAFIZAH ZARA AZZALEA IMANI BINTI MUHAMMAD ABDUL HADI 5 IRSYAD HAFIZ ALIF BIN AMIN HAFIZAH NUR AINI SOLEHAH BINTI MOHD SOPIAN 6 IKHLAS HAFIZ WAN NASRUDDIN AZEEM NASBI BIN WAN MOHAMAD NASBI HAFIZAH SHARIFAH NABIHAH BINTI SYED HASSAN 6 IHSAN HAFIZ MUA’Z BIN HAPIZORR ROZI HAFIZAH NUR IMAN NABIHAH BINTI RODZI 6 ISLAH HAFIZ NOUR MUHAMMAD BIN ADY ERMANTY HANIFF HAFIZAH ADREEANA HASYA AMNI BINTI ABDUL HALIM 6 IRSYAD HAFIZ AIDAN EEMAN BIN MUHAMMAD ERWAN OS’HARA HAFIZAH NUR DAMIA ARISSA BINTI ADIB 25
Anugerah Adab Dan Sahsiah Senarai Penerima Anugerah SRIDE ANUGERAH ADAB DAN SAHSIAH (TAHAP 1) KELAS NAMA MURID 1 SIDDIQ HASYA ESABEL BT EZARIF HASNOL 1 AMANAH SHARIFAH NURULHUDA BENYAHYA BINTI SYED HASSAN 1 TABLIGH NUR ADNI SYIFAA BINTI MOHAMMAD SYAFIQ 1 FATHONAH ODAY SAIF AL HILALI BIN ABDUL KAREEM 2 SIDDIQ FATIHAH HANA BINTI MUHAMMAD FADZLAN 2 AMANAH IMAN KHADEEJA BINTI MOHAMMAD FADHLEE 2 TABLIGH AMIR AZ-ZUHAIR BIN MOHD AZIZI 2 FATHONAH SUFIA BINTI MUHAMMAD AZRI 3 SIDDIQ MUHAMMAD LUQMAN AL-HAKIM BIN AZRY 3 AMANAH AMANDA AIREEN BINTI AMZAR 3 TABLIGH MEGAT FARISH IKHWAN BIN AHMAD FAHIMY 3 FATHONAH MUHAMMAD ADAM SHAH BIN SHAHAMIN ANUGERAH ADAB DAN SAHSIAH (TAHAP 2) KELAS NAMA MURID 4 IKHLAS SITI AISYAH BINTI AMIR SHAH 4 IHSAN AISYAH HUMAIRAH BINTI MUHAMMAD SYAHIR AKMAL 4 ISLAH ARIANA ROSE BINTI AZIZUL 4 IRSYAD MUHAMMAD NIZAR NAEEM BIN NIZAMMUDDIN 5 IKHLAS WAN NUR RAIHAN BINTI WAN AHMAD HAMDI 5 IHSAN UWAIS BIN MOHD ILIYAS 5 ISLAH DHIA AMANI BINTI EZWAN MAZUAN 5 IRSYAD LUQMAN AL-HAKIM BIN ZAKARIA 6 IKHLAS AUNI ZAFIRAH BINTI MOHD FAHMI 6 IHSAN NUR HANNAH BINTI HAIRI 6 ISLAH WAN AHMAD IFFAT HARRAZ BIN WAN AHMAD NAZRI FAHMI 6 IRSYAD NUR NAJWA NAJIHAH BINTI NORHISYAM 26
Anugerah Akademik Terbaik Senarai Penerima Anugerah SRIDE ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK (TAHAP 1) KELAS NAMA MURID 1 SIDDIQ ALIA SAFIYYAH BINTI SHAFIQ AZIZ 1 AMANAH ARIQ FAHIM BIN MUHAMMAD HAZLAN 1 TABLIGH NUR RAISHA BINTI MUHAMMAD RAZIF 1 FATHONAH MUHAMMAD UMAR BIN MUHAMMD SYAHIR AKMAL 2 SIDDIQ NUMAN FAQEEH BIN MUHAMMED TAQIUDDEEN 2 AMANAH NUR ZHAFRAH SYALIA BINTI MOHD SHAHRIZAN 2 TABLIGH NABILAH BINTI MUHAMMAD ISHAQ 2 FATHONAH ANSYAR ZUHDI BIN OTHMAN 3 SIDDIQ SYASYA NUR JANNAH BINTI AZIZUL 3 AMANAH HANA KHALILAH BINTI MUHAMMAD SYAFIQ 3 TABLIGH SITI AI'SYAH BINTI AZHAR 3 FATHONAH MUHAMMAD MUADZ BIN AHMAD NAZRIL ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK (TAHAP 2) KELAS NAMA MURID 4 IKHLAS NUR AFERA AINA BINTI AFZAL ANAS 4 IHSAN SOFIYYA KHADIJAA BINTI MOHAMAD RAZALI 4 ISLAH MIRRAH AMANI BINTI MAZLAN 4 IRSYAD ARYAN MUSLIM BIN EZARIF HASNOL 5 IKHLAS RAISYA ERINA BINTI FARHAN AKMAL 5 IHSAN UMAR ABDUL RAHMAN BIN SYED MOKHSEIN 5 ISLAH MUHAMMAD RAYYAN ZAHWAN BIN MOHD RAFFIQ 5 IRSYAD MUHAMMAD SALMAN AL FARISI BIN SIHABUDDIN 6 IKHLAS MUHAMMAD 'UMAIR BIN MUHAMMAD RAFIQ 6 IHSAN NURUL ZARA ADAWIYYAH BINTI MUHAMMAD FAIZUL 6 ISLAH NUR ARISSA DANIA BINTI NUR HISYAM TAN 6 IRSYAD SHAFIRNA ATIFAH BINTI SHAHEFUL ARDAN 27
Anugerah Diniyyah Terbaik Senarai Penerima Anugerah SRIDE ANUGERAH DINIYYAH TERBAIK (TAHAP 2) KELAS NAMA MURID 4 IKHLAS AMEERA SALMA BINTI MUHAIMI 4 IHSAN MUHAMMAD UMAR ASYRAF BIN HAZWAN 4 ISLAH TIARA SHAFIYYA BINTI IDZMIL HAFFIZ 4 IRSYAD MUHAMMAD FATEH BIN MOHAMAD FAIZAL 5 IKHLAS MUHAMMAD AKEEF BIN MUHAMMED TAQIUDDEEN 5 IHSAN MUHAMMAD AIMAN ZUHDI BIN MOHD IQBAL 5 ISLAH HANNA NAWWARAH BINTI ABDUL HADI BAKRI 5 IRSYAD TUAN AMIR BIN TUAN MUHD FADIL 6 IKHLAS NUHAA HASYA MIRZA BINTI NOOR AZRIL 6 IHSAN MUHAMMAD FATIH BIN NAZRI 6 ISLAH RAES AKEMI BIN SAIFUL BAHRI 6 IRSYAD DHIYA MEDINA BINTI MOHD AZWAN ANUGERAH DINIYYAH TERBAIK (TAHAP 1) KELAS NAMA MURID 1 SIDDIQ MUHAMMAD HIDAYATULLAH BIN MOHD RIDZUAN 1 AMANAH MIA ZULAIKHA BINTI MOHD ZAMI 1 TABLIGH HANA ELANI RAISA BINTI EFWAN REZA 1 FATHONAH ABDUR RAHMAN BIN MOHD AMIN 2 SIDDIQ 'ADNEE SYAURAH BINTI MOHAMMAD SYAHRIR 2 AMANAH UMAIRAH AZ ZAHRA BINTI AZFARIZAL 2 TABLIGH MUHAMMAD AALI EDDIN BIN ZULFAZLI 2 FATHONAH MUHAMMAD ALI BIN IDZMIL HAFFIZ 3 SIDDIQ MUHAMMAD EMIR ZUFAR BIN EZMIN 3 AMANAH DARWISH HAKIMI BIN HAIRUL AZHAR 3 TABLIGH MUHAMMAD SUFI ILHAN BIN MOHD PAZREEN 3 FATHONAH MUHAMMAD NUR IRSYAD BIN YUSSUNIZAM 28
Anugerah Tokoh Murid Anugerah Tokoh Guru Senarai Penerima Anugerah SRIDE ANUGERAH PENGAWAS TERBAIK ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM ANUGERAH TOKOH KECEMERLANGAN AKADEMIK ANUGERAH TOKOH KECEMERLANGAN DINIYYAH ANUGERAH TOKOH MURID 2023/2024 ANUGERAH TOKOH GURU TERBAIK KURIKULUM ANUGERAH TOKOH GURU TERBAIK KOKURIKULUM ANUGERAH TOKOH GURU TERBAIK HEM ANUGERAH TOKOH GURU CEMERLANG 2023/2024 ANUGERAH GURU TADIKA 29
Analisa PSRA Analisa Keputusan PSRA 2018-2023 Analisa Keputusan PSRA 2018-2023 TAHUN 2018 2019 2022 2023 GRED JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH % MUMTAZ 52 69 44 53 53 69 44 52 JAYYID JIDDAN 14 19 28 33 20 26 27 32 JAYYID 5 7 8 10 3 4 11 13 MAQBUL 4 5 3 4 1 1 2 2 MUSA’ADAH 0 0 0 0 0 0 1 1 TAJWID BAHASA ARAB AKHLAK/ SIRAH TAUHID/ FEQAH JAWI/IMLAK/ KHAT MUMTAZ 66 57 47 44 38 JAYYID JIDDAN 10 16 22 21 30 JAYYID 5 7 13 13 13 MAQBUL 3 5 2 5 3 MUSA’ADAH 1 - 1 2 1 GPS 1.38 1.52 1.68 1.82 1.81 GPS KESELURUHAN = 1.6 30
SRIDE throwback 31
Sekalung Penghargaan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Samde Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Ehsan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Simde Kariah Masjid Darul Ehsan Guru-guru Sride Dan Timde Ibu Bapa Murid-murid Sride Dan Timde Murid-murid Sride Dan Timde Semua Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung 32
Sekalung Penghargaan atas sumbangan yang diberikan 33
Catatan