The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by studo11, 2021-10-07 05:18:27

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTK (1)

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTK (1)

Kata Alu-Aluan Guru Besar 1
2
Kata Alu-Aluan YDP PIBG 3
4
Atur Cara Mesyuarat 5–6
7
Jawatankuasa Induk PIBG Sesi 2020/2021 8–15

AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Ke-34 16–20
21
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
22
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 Tahun
2020 23
24
Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33
25-30
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 31-33
Tahun 2020/2021 34
35
Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG
Tahun 2021

Laporan Kewangan PIBG Tahun 2020

Borang Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi
2021/2022

Laporan PBD Akhir Tahun 2020

Laporan Pencapaian Kokurikulum 2020

Senarai Penyumbang 2020/2021

Sekalung Penghargaan

Kata Alu Aluan
Guru Besar

SK Telok Kalong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, sebagai pembuka kata, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan izin-NYA segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke-34 bagi tahun 2021 dapat dilaksanakanan pada hari ini dalam normal
baharu. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa
yang dapat meluangkan masa untuk hadir secara dalam talian. Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan
murid-murid.

Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik dan
kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah adalah
terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan
dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan
dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada murid-murid terutamanya
dalam situasi yang mencabar berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak
terutama ketika berada di rumah. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak amat penting bagi memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang
perubahan normal baharu sistem pendidikan hari ini. Kini ibu bapa turut memikul tanggungjawab
membantu guru-guru ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Keprihatinan dan
pemantauan rapi daripada ibu bapa amat penting untuk memastikan anak-anak melaksanakan
PdPR dengan baik.

Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional sekiranya ibu
bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan masalah pembelajaran anak-anak. Saya
mewakili warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan
kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina
menjadi insan yang cemerlang.

Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab
bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi
rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia.

Sekian, Terima kasih.

(SARINA BT MOHAMAD)
Guru Besar
SK Telok Kalong
Kemaman, Terengganu

Kata Alu Aluan
YDP PIBG

SK Telok Kalong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya
pada tahun ini kita berjaya juga mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG walau sedikit
terlewat kerana pandemik Covid-19 tetapi masih dalam waktu yang ditetapkan.

Agak sedikit berlainan bagaimana mesyuarat kali ini berlangsung melalui aplikasi
‘Google Meet’. Kendatipun begitu, kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini amat penting dan
membuktikan bahawa kita semua peka dan peduli terhadap perkembangan pelajaran anak-
anak kita.

Perubahan yang berlaku kini akibat pandemik agak mencabar bagi kita semua tetapi
kita perlu hadapinya dengan tenang dan tabah demi masa depan anak-anak kita. Kita
bertanggungjawab sepenuhnya terhadapmasa depan mereka. Kegagalan kita menguruskan
pandemik ini dan mengabaikan kelangsungan pendidikan anak-anak kita, sedikit sebanyak
akan meranapkan impian besar kita melihat kejayaan mereka dan negara kita pada masa
hadapan. Kita tidak boleh dipersalahkan.

Perjuangan mesti diteruskan walau beribu ancaman yang lain datang. Anak-anak tidak
boleh tercicir. Mereka perlu menguasai kemahiran asas 3M. Masalah yang dihadapi perlu kita
lihat satu persatu dan bersama-sama kita rungkaikan dan selesaikannya.

PIBG dan PIBKS akan terus berfungsi dengan peranan membantu para ibubapa, pihak
sekolah, pihak jabatan dengan sebaik mungkin. Sokongan para ibu bapa penting untuk kita
terus bergerak dengan jayanya demi masa depan anak-anak. Akhir kata, saya dan seluruh
ahli jawatankuasa PIBG dan penggerak PIBKS sekolah ini ingin merakamkan jutaan terima
kasih atas komitmen dan bantuan semua pihaktermasuk syarikat-syarikat di sekitar, para ibu
bapa dan para pemimpin masyarakat dalam memastikan keberhasilan pencapaian anak-
anak kita dalam semua bidang tercapai.

Sekian, terima kasih.

Ts. AHMAD FAUZAN BIN AZIZ
Yang Dipertua PIBG
SK Telok Kalong,
Kemaman, Terengganu.

8.30 Pagi
Pendaftaran Atas Talian

9.00 Pagi
Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa
Ucapan Puan Guru Besar Sk Telok Kalong

Ucapan YDP PIBG SK Telok Kalong
Ucapan Perasmian

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34

Bersurai

PENASIHAT
CG. SARINA BINTI MOHAMAD

PENGERUSI
Ts. AHMAD FAUZAN BIN AZIZ

NAIB PENGERUSI
EN. NIK ADZMAN BIN NIK AHMAD

SETIAUSAHA
CG. NORASLIDA BINTI IDRIS

BENDAHARI
CG. NOR HAYATI BINTI HASSIM

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
CG. ROSLINA BINTI MOHAMAD @MAMAT PN. NORAMA BINTI MOHAMAD

AHLI JAWATANKUASA

IBU BAPA GURU
PN. ROKIAH BINTI YAHYA CG. ZAIHAZWANI BINTI ZAINU
PN. NOR BAIZURA BINTI IBRAHIM CG. NOR SHAZLEN BINTI SALLEH
EN.YM.CK M YASSIN BIN CHE NGAH CG. SAIFUL BAHARIN BIN ABDULLAH
EN. MOHD AZMAN BIN ALI CG. MOHD ROSLAN BIN ABDUL RAZAK
EN. RAZALI BIN ABDULLAH
PN. MARIATI BINTI MAD SAAD CG. FADHLINA BINTI ALIAS
CG. SITI KHOTIJAH BINTI ABD RAZAK

AHLI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 TAHUN 2021

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2021
HARI : SABTU

MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

MEDIUM : GOOGLE MEET

JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Cikgu Sarina bt Mohamad
Guru Besar

Pengerusi Bersama : En. Ahmad Fauzan bin Aziz
YDP PIBG

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Mohd Bustamam Alladdin bin Sulong
Naib Pengerusi 2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 3
Setiausaha : Cikgu Rukiah bt Rosemen
Bendahari Guru Penolong Kanan HEM

: Cikgu Sayani bt Arsad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

: Cikgu Rahim bin Khamis

: Cikgu Nor Hayati bt Hassim

Bil Jawatankuasa Nama
1. Bacaan Doa
2. Host Google Meet Ustaz Issan bin Ismail

3. Surat Jemputan Cikgu Rahim bin Khamis
Perasmi Cikgu Mohd Saiful Baharin bin Abdullah

4. Pengacara Majlis Cikgu Rahim bin Khamis
5. Pendaftaran / Encik Mohd Nazri bin Nasir

Pemilihan Calon Cikgu Munirah bt Ismail
(Google Form)
6. Banner / Pamplet Cikgu Amelda bt Ideris
Cikgu Alimin bin Bakar
7. Pencatat Minit Cikgu Ashba bt Jamaluddin

8. Buku Mesyuarat Cikgu Fadlina bt Alias
Agung Cikgu Ummu Syafiqah bt Said

Cikgu Murni bt Jusoh
Cikgu Zaihazwani bt Zainu
Cikgu Norshazlen bt Salleh

Cikgu Rumaizah bt Ab Aziz
Cikgu Zarina bt Zakaria
Cikgu Omar bin A. Zamani
Cikgu Yusof Osman bin Yasin
Cikgu Ahmad Ismail Turmize bt Ahmad Ibrahim
Cikgu Nurin Izati bt Zaitong

1 Ucapan Yang Dipertua PIBG

2 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Ke-33

3 Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit Dalam
Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-33

4 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG
Tahun 2020/2021

Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata
5 Kira-kira Akaun PIBG Berakhir 31 Oktober

2020

6 Membahaskan Usul Yang Diterima
7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
8 Hal-Hal Lain
9 Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG Baharu



MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-33 TAHUN 2020
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG

Tarikh : 22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa :
Tempat : 8.30 pagi
Kehadiran : Dewan Pendeta Za’ba, SK Telok Kalong

299 Ibu bapa

44 Guru

1. Ucapan Guru Besar Merangkap Penasihat PIBG, Pn. Sarina bt Mohamad

1.1 Puan Sarina bt Mohamad selaku Guru Besar SK Telok Kalong yang juga merupakan
penasihat PIBG mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada ibu bapa yang
hadir pada pagi hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2020.

.
1.2 Kehadiran ibu bapa ke majlis ini amat dialu-alukan dan ribuan terima kasih yang tidak

terhingga daripada pihak PIBG, sekolah dan PIBK kerana kecaknaan ibu bapa kepada
anak-anak di sekolah ini. Kita akan membincangkan tentang kecemerlangan anak-anak
SK Telok Kalong.

1.3 Pn. Sarina bt Mohamad juga menerangkan tentang keberadaan guru-guru di SK Telok
Kalong iaitu seramai 39 guru. Terdapat guru-guru baru masuk ke SK Telok Kalong dan
juga guru yang bertukar iaitu Cikgu Rohayati yang telah ditukarkan ke SK Chukai.
Seramai 3 orang guru baru masuk ke SK Telok Kalong termasuk seorang pegawai dari
PKG Kemasik yang baru melaporkan diri pada hari Khamis yang lalu.

1.4 Bilangan murid di SK Telok Kalong adalah seramai 505 orang dimana pertambahan
sekali ganda dari jumlah yang ada sebelum ini iaitu seramai 250 orang ke 300 orang
murid sahaja. Oleh sebab itu, banyak bilik-bilik khas yang terpaksa kami korbankan
seperti bilik Frog Vle yang berada di sebelah dewan ini yang kami buka sebab
pertambahan murid tahun 2 dan tahun depan juga dijangka berlaku pertambahan murid
dan bilik-bilik di atas terpaksa dikorbankan juga untuk dijadikan kelas. Jadi mungkin satu
masa nanti pendaftaran murid ke sekolah ini terpaksa dihentikan kerana melebihi had dan
tiada ruang. Jika perkara ini berlaku, kemungkinan akan berlaku pertambahan bangunan
atau anak-anak tuan puan terpaksa didaftarkan di sekolah yang berhampiran seperti di SK
Kijal.

1.5 Untuk makluman semua, Sk Telok Kalong merupakan sekolah yang mempunyai 3
program besar iaitu Program Sekolah Amanah Malaysia (2016), Sekolah Kluster
Kecemerlangan bermula tahun 2015, dan Sekolah Perintis KBAT (2018). SK Telok
Kalong telah diikhtirafkan di peringkat KPM baru-baru ini. Saya telah pergi dan
dipanggil ke Terengganu dan telah diberi surat pengikhtirafan yang mana menyatakan
sekolah ini menjalankan KBAT dengan markah yang tinggi yang telah dipantau oleh
Nazir dan juga KPM. Diharapkan murid-murid dapat memanfaatkan apa yang telah
mereka belajar. Untuk makluman ibubapa, KBAT ini membolehkan murid-murid kita
berfikir luar daripada kotak pemikiran mereka dalam menjawabkan atau menyelesaikan
masalah. Selaras dengan perubahan motto Pendidikan Terengganu iaitu “Mendepani
Pendidikan Global”. Maksudnya murid-murid sekarang ini diajar untuk lebih berdikari
dan berfikiran lebih matang lagi setaraf dengan pelajar-pelajar luar negeri.

1.6 Bagi murid-murid yang mempunyai kemahiran melukis, bermain alat muzik dan
sebagainya boleh galakkan mereka untuk mengembangkan bakat mereka dengan
menghantar mereka ke Sekolah Seni. Murid-murid yang mempunyai bakat ini boleh
memberikan pendapatan yang lumayan jika mereka dapat menggunakan bakat mereka ini
bila mereka dewasa nanti. Ibu bapa janganlah menyekat bakat mereka ini dan jangan
malu untuk menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah seni.

1.7 Di dalam Sekolah Amanah, terdapat rubrik yang menyatakan 70% murid-murid SK Telok
Kalong boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Untuk setakat hari ini pencapaian
ini masih belum dicapai. Guru-guru sedang memikirkan bagaimana untuk mencapai 70%
murid dapat berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Guru besar mengharapkan ibu bapa
yang mempunyai idea-idea yang baik dalam membantu untuk meningkatkan penggunaan
Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid, boleh memberitahu pihak pentadbir atau guru-
guru untuk sama-sama membantu anak-anak murid ini. Guru Besar mengucapkan terima
kasih kepada seorang pensyarah di TATI-UC iaitu Puan Wan Raihan yang sukarela yang
datang ke sekolah ini untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada murid tahun 1 pada setiap
hari Isnin dan Rabu bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

1.8 Bagi kejayaan sekolah untuk tahun 2020 iaitu Kebitaraan Hoki. Sekolah kita telah
memasuki satu pertandingan Hoki di peringkat Negeri dan telah menjadi Johan bagi
pasukan perempuan dan Naib Johan bagi pasukan lelaki. Apa yang penting adalah sijil.
Bila ada sijil peringkat Kebangsaan dan peringkat Negeri, anak-anak tuan- puan akan
dinilai dan diberi merit yang tinggi. Oleh sebab itu pentingnya sijil-sijil seperti ini. Tidak
seperti dahulu, sijil peringkat sekolah markah rendah tetapi bila peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa untuk pemilihan sekolah SBP, MRSM sangat mustahak.
Jika anak-anak dapat 6A atau 5A kalau tidak terlibat dengan aktiviti luar kemungkinan
sukar untuk masuk ke sekolah seperti ini. Untuk makluman ibu bapa, seramai 5 orang
murid SK Telok Kalong telah dipilih untuk mewakili pasukan Terengganu ke peringkat
Kebangsaan yang akan berlangsung di Melaka.

1.9 Guru Besar juga ingin menubuhkan pasukan memanah di sekolah ini selain dari pasukan
hoki. Pasukan memanah ini sangat bagus untuk murid-murid sebab memanah ini
memerlukan fokus yang tinggi untuk mencapai target. Guru Besar akan berbincang
dengan PIBG dan PIBK bagi mewujudkan pasukan memanah dan mengharapkan ibu
bapa yang mempunyai kemahiran membantu pihak sekolah. Guru Besar akan menghantar
beberapa orang guru yang sukarela untuk pergi latihan memanah dan menjadi jurulatih
kepada murid-murid. Untuk makluman peralatan untuk memanah juga adalah mahal dan
Guru Besar akan usahakan bagi mendapatkan peralatan memamah ini.

1.10 Guru Besar juga ingin menubuhkan pasukan silat seperti SK Kijal selain daripada
pasukan teakwondo yang telah wujud di sekolah ini. Beliau telah berbincang dengan
Ketua Silat dan telah setuju untuk mengajar silat kepada murid-murid di sekolah ini.
Bayaran mungkin dalam RM30 hingga RM40 sebulan. Sekurang-kurangnya anak-anak
kita mempunyai kemahiran mempertahankan diri terutama murid-murid perempuan.

1.11 Untuk PPSR, antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas malam, kelas petang dan kelas
intensif atau kelas waktu cuti telah dilaksanakan lebih awal dan beliau telah melihat
sendiri murid-murid hadir untuk kelas malam. Hanya beberapa orang murid sahaja yang
tidak dapat hadir ke sekolah. Kita ingin bersedia lebih awal untuk menghadapi
peperiksaan akan datang. Beliau akan memanggil ibu bapa tahun 6 untuk melihat semula
pencapaian murid-murid tahun 6 ini. Untuk makluman, cuti sekolah bulan 3 nanti akan
diadakan kelas tambahan dan mohon murid-murid dapat hadir ke sekolah kecuali ada
perkara yang tidak dapat dielakkan. Sekolah juga akan mengadakan Kem Teknik
menjawab soalan dan akan memanggil fasilitator dari luar yang terdiri daripada guru-guru
Akram yang pakar dalam teknik menjawab soalan ini.

1.12 Untuk kejayaan HEM pula, kehadiran murid-murid ke sekolah pada tahun 2019, sekolah
tidak mencapai KPI KPM iaitu 95%. Sekolah hanya mencapai 94.56% sahaja. Setiap
bulan pada dialog prestasi setiap sekolah yang mencapai 95% akan mendapat sijil
penghargaan. Seterusnya pada 16 Januari 2020 telah diadakan Kem Kepimpinan Muda
2020 bagi semua pemimpin sekolah. Guru Besar menyatakan sekolah telah menyertai
pertandingan Ecowira dimana program bersama dengan NGO di bawah program Sekolah
Amanah.

2. Ucapan Yang Dipertua PIBG, En. Ahmad Fauzan bin Aziz

2.1 En. Ahmad Fauzan bin Aziz selaku YDP PIBG bagi sesi 2019/2020 mengucapkan terima
kasih serta mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33.
Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap anak-anak. Ianya juga
membuktikan wujudnya kerjasama erat dan hubungan baik antara guru-guru dan ibu bapa
yang akan menjadi pemangkin utama ke arah kecemerlangan dan kejayaan sekolah.

2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Terima
kasih juga kepada guru-guru di atas kejayaan dalam membentuk dan mendidik murid-
murid sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau merakamkan
ucapan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh semua ibu bapa sebagai tanda
sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah untuk menjayakan setiap
program yang dirancang. Semua ahli PIBG haruslah bersatu padu dan berganding bahu
dengan pihak sekolah dalam aktiviti dan program-program yang dijalankan supaya dapat
menghasilkan kejayaan yang lebih bermakna.

2.3 En. Ahmad Fauzan juga menekankan bahawa PIBG merupakan satu organisasi yang
sangat penting untuk sesebuah sekolah. Ia adalah merupakan kesatuan kita. Ia membantu
sekolah untuk bersama-sama berusaha untuk kecemerlangan murid dan sekolah.
Diharapkan setiap ahli PIBG dapat berganding bahu dengan pihak sekolah dalam
memberi pandangan dan idea yang dapat memajukan sekolah dan melahirkan generasi
yang lebih cemerlang. Beliau juga berharap agar guru-guru dan ibu bapa dapat memberi
kerjasama yang berterusan bagi mencapai matlamat sekolah dalam usaha memantapkan
prestasi dan kecemerlangan murid-murid.

2.4 Beliau juga mengharapkan cadangan, persoalan dan usul daripada ibubapa bolehlah
diutarakan selain daripada usul yang telah dihantar lebih awal kepada pihak sekolah,
beliau akan bacakan satu persatu usul yang ada dan jika ada penambahan usul-usul ibu
bapa bolehlah maju ke hadapan untuk kita sama-sama berkongsi idea atau dengar
pemasalahan dan cadangan daripada ibubapa. Ini kerana Mesyuarat Agung PIBG
diadakan hanya setahun sekali dan perjumpaan antara ibu bapa dan pihak sekolah. PIBG
ini adalah perantara antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan saya galakkan jika ada
permasalahan bolehlah berjumpa dengan beliau dan beliau akan sampaikan kepada pihak
sekolah.

2.5 Untuk pengetahuan ibu bapa Mesyuarat Agung pada kali ini tidak ada pemilihan dan
terus kepada pembentangan daripada setiausaha PIBG dan pembentangan kewangan serta
ucapan penangguhan. Untuk sekolah ini, pemilihan adalah 2 tahun sekali. Pada tahun
lepas pemilihan telah dijalankan Allayarham Tn. Hj. Rajik tidak mahu meneruskan untuk
memegang jawatan YDP dan telah menyerahkan jawatan kepada saya atas kepercayaan
daripada ibu bapa.

2.6 Akhir sekali, beliau mengharapkan semua ahli jawatankuasa PIBG bersama-sama
berganding bahu dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dan bersama-sama membangunkan sekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada Pn. Sarina bt Mohamad atas segala nasihat dan tunjuk ajar, barisan AJK PIBG
untuk sesi 2019/ 2020 guru-guru serta semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama
secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau juga mengambil kesempatan memohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang menerajui kepimpinan PIBG.

3. Ucapan Perasmian YB Tengku Zulfuri Shah bin Raja Puji

3.1 YB Tengku Zulfuri Shah bin Raja Puji mengucapkan ribuan terima kasih untuk jemputan
ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 33. Beliau bersyukur kerana pada pagi ini dapat
menghadirkan diri ke SK Telok Kalong

3.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa kerana dapat menghadirkan diri
dalam mesyuarat pada hari ini. Beliau menasihati ibu bapa dan guru sama-sama
berganding bahu dalam membentuk dan mendidik murid-murid. Jadikanlah ibu bapa dan
guru-guru ini sebagai sahabat sebagaimana guru-guru dan ibu bapa pada masa dahulu
yang menjadi sahabat yang baik dalam mendidik anak-anak dan komitmen yang
diberikan oleh guru-guru adalah sangat tinggi. Beliau juga memakumkan bahawa tugas
mendidik murid-murid sekarang adalah sangat berat. Ibu bapa dan guru hendaklah saling
bekerjasama dalam menggalas tugas ini.

3.3 Beliau menyatakan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri akan cuba buat yang terbaik
untuk semua rakyat. Beliau menyatakan bahawa, pentadbiran mereka baru 18 bulan
mentadbir dan diamanahkan untuk buat yang terbaik daripada pentadbiran yang
terdahulu. Bagi beliau, walaupun orang melihat persatuan ibubapa ini kecil bagi
sekolah-sekolah tetapi bagi beliau amat besar kerana yang akan datang masa depan yang
akan memerintah adalah dari kalangan anak-anak. Anak-anak adalah aset bagi keluarga
dan juga negara. Jadi ia adalah satu tanggungjawab kepada ibu bapa yang akan
memainkan peranan dan memastikan anak-anak ini di jalan yang betul. Ibu bapa tidak
boleh lepas tangan dan kita dapat lihat generasi yang akan datang itu bermula daripada
rumah, bermula daripada keluarga itu sendiri. Kita tidak boleh melepaskan semua
tanggungjawab kepada pihak sekolah ataupun guru-guru. Selain itu, kita perlu melihat
betul-betul anak kita sama ada boleh mengikuti pelajaran atau kekurangan sesuatu seperti
anak-anak ini hiperaktif atau pun terlalu agresif. Jika anak-anak kita ada simptom seperti
ini, kita perlulah menghantar anak ini berjumpa dengan doktor untuk dibuat pemeriksaan.
Beliau mengingatkan ibu bapa supaya bertanggungjawab untuk menilai anak-anak,
jangan terlalu cepat marah dan perlu mencari cara penyelesaian atau rawatan untuk
mengatasi masalah ini.

3.4 Beliau menyatakan beliau akan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah bagi
permulaan sebanyak RM3000.00 dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang
hadir pada hari ini.

3.5 Beliau menyeru kepada penduduk-penduduk di sini bahawa mereka di kementerian
sentiasa memantau perkembangan berkaitan dengan kementerian beliau. Beliau hadir ke
sini bertujuan beberapa sebab untuk melihat projek-projek yang dibuat di sekitar kawasan
yang berhampiran dengan pantai dan muara sungai.

3.6 Beliau menyatakan di sini bahawa tujuan utama beliau turun ke sini adalah untuk melihat
dengan mata sendiri bahawa perancangan itu lebih baik daripada kita menghadapi
keadaan yang sebenar. Dalam bahasa lain adalah pencegahan itu adalah lebih baik
daripada perubatan.

3.7 Akhir kata,dengan lafaz yang mulia, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Telok Kalong Kali ke-33.

4. Penyampaian cenderahati

4.1 Majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG ibu bapa sesi 2019/ 2020 dan
juga agensi-agensi yang memberi kerjasama dalam program sekolah sepanjang tahun
2020.

PEMBENTANGAN AGENDA

Agenda 1

1.1 Pengerusi PIBG sesi 2019/2020, En, Ahmad Fauzan bin Aziz membentangkan minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-32. Minit diterima tanpa pindaan setelah dicadangkan pengesahan oleh En.
Mohammad Saidi bin Yaani.

Agenda 2

2.1 Setiausaha PIBG sesi 2019/2020, Puan Noraslida binti Idris membentangkan laporan tahunan
PIBG dan diterima tanpa sebarang pindaan setelah dicadangkan pengesahan oleh Puan Mariati
binti Mad Saad.

Agenda 3

3.1 Bendahari PIBG sesi 2019/2020, Pn. Nor Hayati bt Hassim membentangkan laporan kewangan
tahun 2019 dan telah disahkan oleh juruaudit. Laporan diterima setelah dicadangkan pengesahan
oleh Puan Roslina binti Mamat@Mohamad.

Agenda 4

Pembentangan usul dan hal-hal lain.

4.1 Pn. Norazni Binti Ahmad mencadangkan tentang penerapan melestarikan budaya bumi hijau di
kalangan murid-murid seperti :-
• Mengadakan projek pengurusan sisa pepejal di kelas dan persekitaran sekolah dengan
menyediakan tong kitar semula di setiap kelas bersaiz kecil dan satu tong kitar semula yang
bersaiz besar untuk kawasan sekolah. Hasil yang terkumpul boleh dijual dan hasil jualan
digunakan untuk tujuan penambahbaikan dan peningkatan akademik anak-anak di sekolah ini.
• Melaksanakan kempen pengurangan beg plastik dan polistein di sekolah. Murid digalakkan
membawa bekas makanan sendiri seperti “ tuperware ” supaya boleh digunakan semula.
• Murid mengamalkan penjimatan elektrik di dalam kelas dan ketua kelas bertanggungjawab
memastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan kelas .
• Mengasah kreativiti murid-murid melalui pelbagai aktiviti semasa seperti Minggu Sains dan
Matematik iaitu Projek STEM.
• Menjemput pihak tertentu untuk mengadakan ceramah atau pameran tentang alam sekitar dan
teknologi bumi hijau seperti Jabatan Alam Sekitar, Indah Water, Toyota, Perodua, Pusat Sains
bagi mengetengahkan isu pencemaran alam sekitar, konsep kitar semula dan pelupusan sisa
pepejal.
• Menggalakkan murid membantu guru membina taman herba dan ibu bapa boleh menyumbang
anak pokok dan biji benih sayuran untuk taman herba sekolah dan kompus boleh dihasilkan
daripada sisa makanan murid. Sayur-sayuran boleh dijual kepada kantin sekolah atau sesiapa
yang berminat.

4.2 En. Muhammad Suftan Bin Zakaria mencadangkan supaya disediakan ruang khas untuk murid
tinggalkan buku teks di dalam kelas. Guru Besar menyatakan bahawa buku teks tahun 1 sahaja
yang tinggalkan di dalam kelas dan telah memaklumkan kepada ibu bapa tentang penggunaan
bekas penyimpanan tersebut yang telah dibeli dan diletakkan di belakang kelas tahun 1 kecuali
buku teks Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bawa balik ke rumah untuk murid baca
buku tersebut setiap hari “1 day 1 page”.

4.3 En. Anuar Binti Embong mencadangkan membuat buku induksi atau buku tahunan untuk
mempamerkan pencapaian sekolah, PIBG sehingga tahun 2020 dan pihak sekolah PIBG akan
bincangkan semula memandangkan banyak aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dijalankan yang
boleh dikumpulkan di dalam sebuah buku dan ini melibatkan kos. Kita mungkin akan mencari
dana bagi menghasilkan buku ini. Sebelum menghasilkan buku induksi tahunan ini, En. Fauzan
mencadangkan segala aktiviti yang telah dijalankan boleh dimuat turun di dalam laman sosial
seperti facebook. Beliau mencadangkan untuk membuat page facebook khas untuk PIBG.

4.4 En. Muhd Syafiq Bin Harun mencadangkan perlaksanaan program hidangan berkhasiat di
sekolah. Murid dihidangkan menu berkhasiat dengan bayaran RM 2 untuk tahap 1 dan RM 2.50
untuk tahap 2 sehari. Sistem bayaran boleh dibuat secara bulanan oleh ibu bapa. Guru Besar
memberitahu cadangan ini akan dibincangkan dengan pihak kantin sama ada boleh dilaksanakan
atau tidak.

4.5 Pn. Mariana Binti Ghazali mencadangkan pembelian buku tulis di kedai sekolah pada sesi awal
sekolah perlulah lebih sistematik kerana mengambil masa yang terlalu lama. Kedai sekolah
sepatutnya telah menyediakan lebih awal baju sukan untuk semua saiz. Dicadangkan melanjutkan
waktu operasi kedai sekolah bagi memudahkan ibu bapa membeli keperluan barang sekolah.
Guru besar memohon maaf bagi pihak sekolah kerana pada tahun ini ada masalah dengan
pembekal baju sukan murid-murid dan minta pada tahun-tahun akan datang masalah ini tidak
timbul lagi.

4.6 Pn. Rashidah Binti Jusuh memaklumkan bahawa harga makanan di kantin sekolah agak mahal
dan tidak padan dengan harga yang dibayar oleh murid sekolah. Guru besar menyatakan bahawa
harga makanan di kantin sekolah ada yang berpatutan dan akan bincangkan dengan pihak kantin
sekolah. Pihak kantin ada mempamerkan harga makanan dan harga berkenaan memang
berpatutan.

4.7 En. Zainalizam Bin Sulaiman mengatakan bahawa terdapat permukaan simen lantai dan di
tangga sekolah yang tidak sekata yang boleh mendatangkan kecederaan kepada murid-murid.

4.8 En. Muhammad Sanusi Bin Saad mencadangkan pihak sekolah memasang mesin air coway bagi
memberi kemudahan kepada murid-murid dan pihak sekolah menyatakan kemudahan ini
memerlukan kos juga dan ini memberikan komitmen jangka masa yang panjang dan cadangan ini
akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG nanti.

4.9 En. Wan Muhammad Yasir mencadangkan untuk mendapatkan jurulatih di kalangan ibu bapa
untuk melatih latihan sukan di padang. Pihak sekolah dan PIBG amat-amat mengalu-alukan
kehadiran ibu bapa untuk laksanakan program di sekolah seperti sukan.

4.10 En. Mohd Jamaruddin mencadangkan murid-murid dan guru-guru memakai mask/topeng muka
untuk mengelakkan penyakit yang sedang viral sekarang ini. Pihak sekolah akan mengambil
tindakan segera jika penyakit seperti coronavirus dan inflenza semakin teruk.

4.11 Berkenaan dengan tandas. Antara usul yang dibangkitkan oleh Pn. Wan Raihan Binti Wan
Shaadi ialah perlu tukar pintu tandas bagi murid perempuan yang telah tercabut, membaiki flush
tandas bagi kemudahan murid-murid. Guru besar menyatakan perkara ini dalam proses
perbincangan dan baik pulih tandas ini, sekolah tidak membiayainya. Pihak sekolah perlu
menghantar laporan kerosakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah. Proses ini perlu mengikut
giliran dan diutamakan kepada kes yang lebih berat.

4.12 Pn. Nor Anisah Rahman memohon agar dibuka kelas KAFA untuk Tahun 1. Pn. Noraslida selaku
Ketua KAFA menjelaskan bahawa kelas KAFA untuk tahun 1 tidak dibuka pada tahun ini kerana
memberi peluang kepada murid kelas 3S dan 4S yang perlu berada di dalam kelas KAFA untuk
selama 3 tahun bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPKK. Maksudnya murid
yang layak menduduki peperiksaan UPKK, mereka kena belajar dari tahun 3, 4 dan tahun 5.
Sebab itu sekarang Pejabat Yayasan Islam kekurangan guru untuk membuka kelas tahun 1 tetapi
surat permohonan telah dihantar kepada pihak Yayasan Islam Terengganu.

4.13 Guru Besar mencadangkan kepada ibu bapa untuk menyediakan tshirt putih kepada anak-anak
yang memasuki kelas KAFA. Ini bagi murid-murid yang ada kelas Pendidikan Jasmini pada
waktu pagi dan murid bolehlah menukar tshirt putih untuk kelas KAFA bagi memberikan
keselesaan kepada anak-anak belajar terutamanya ketika waktu solat.

4.14 En. Mohd Kassim Bin Yusof mencadangkan berkaitan dengan lalu lintas di hadapan sekolah,
antaranya mencadangkan untuk menyediakan bonggol, tidak membuat pusingan “U” dan
menitikberatkan bendera yang digunakan oleh pengawal keselamatan. Perkara ini akan
dibincangkan bagi menyelesaikan masalah ini.

4.15 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membayar sumbangan PIBG sebanyak RM 30.00 bagi
setiap keluarga dan yuran kecemerlangan sebanyak RM20.00 untuk setiap murid untuk tahun
2020.

1. UCAPAN PENANGGUHAN

1.1. Pn Sarina bt Mohamad mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, En. Ahmad Fauzan bin
Aziz dan semua AJK PIBG yang telah lama menyumbang masa dan tenaga kepada pihak sekolah
sebagai YDP dan AJK PIBG. Beliau juga mengharapkan semua pihak dapat menggembeling
tenaga terutamanya ahli jawatan kuasa baru untuk meneruskan lagi kecemerlangan SK Telok
Kalong. Terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG ini.

1.2. YDP PIBG 2019/2020, En. Ahmad Fauzan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa
yang lepas di atas kerjasama dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau
juga berharap agar ahli jawatankuasa bersama-sama menyumbang idea dan tenaga untuk
memajukan sekolah.

2. PENUTUP

2.1. Majlis ditangguhkan pada 11.00 pagi dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh :

KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK TELOK KALONG, KEMAMAN
KALI KE-33 TAHUN 2020

BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA
1. MARAIN BINTI JUSOH 33. NOR SHAHIZA BINTI ROSLI
2. MARLISA BINTI JUSOH 34. NURUL ASMA BINTI ISMAIL
3. MOHD RIDWAN BIN RASHID 35. ROSHAIRI NOOR BIN AB AZIZ
4. NORAINI BINTI KHAMIS 36. NORZIRAWATI BINTI CHE PILUS
5. JUSNATA AINA BINTI MOHD 37. NOORRAZLENA BINTI OMAR
6. RAHAYU BINTI ATAN 38. HASLINDA BINTI ABDULLAH
7. NORALISAH BINTI NAWI 39. NORAMLIASARI BINTI SAFRI
8. ROSLAN BIN NGAH 40. RASHIDAH BINTI JUSOH
9. MOHD MUSLI BIN MUSTAFFA 41. MARAIN BINTI JUSOH
10. AZLINA BINTI AB. RAHMAN 42. MARLISA BINTI JUSOH
11. NORAZMAN BIN MD NOR 43. MOHD RIDWAN BIN RASHID
12. MOHD YAZID 44. SANISAH BINTI ISMAIL
13. MAINI AZLIAN BINTI MUSTAFHA 45. KADIR BIN AWANG
14. SUHARIZA BINTI SULONG 46. TIZMA BINTI TAHIR
15. RAHIM BIN KHAMIS 47. MAHANI BINTI JUSOH
16. MOHD ANUAR BIN BULIAMI 48. SHARIFAH AKMAL ADZHAR
17. JURAIDA BINTI JUHARI 49. HAFIZA BINTI RAMLI
18. NIK AZLINA BINTI NIK AHMAD 50. NOR HAMDAN BIN MUHAMMAD
19. MOHAMMAD ZAIDI BIN RAZALI 51. MANISAH BINTI ABD WAHAB
20. MOHD EZANI BIN YAHYA 52. NURUL AIN FATYHA
21. NOR BAIZURA BINTI IBRAHIM 53. SITI MUNIRAH BINTI MOHD
22. SITI ZAINAB BINTI MAT ROZI 54. NORASIKIN BINTI ALI
23. NORAZITA BANTI A.SUHIMI 55. ROSALIDAWATI BINTI SABLI
24. NIK ZARIMAH BINTI M.YUSUFF 56. NURFARALIZA
25. ASIAH BINTI DRAMAN 57. NORAIDA BINTI MOHAMAD
26. MARIATI BINTI MAD SAAD 58. ASMA BINTI NGAH
27. SAIDATUL AKMA BINTI OTHMAN 59. KHAIRUL ZAITUL AZLINA
28. KHAIRUL ZAITUL AZLINA 60. MAZIANA BINTI MUSTAFA
29. NURHAYATI BINTI ABDUL KADIR 61. NORLIANA BINTI RAMLI
30. NORMAZLINDA BINTI SAPIAH 62. MOHD AZUAN OTHMAN
31. NORLIANA BINTI RAMLI 63. SURAINI BINTI RUBI
32. RUSLIZA BINTI ROSLI 64. RAZALI BIN ABDULLAH

BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA

65. AHMAD JAFNY BIN JUSOH 99 ROSLI AWANG

66. SITI MARIAM BIDIN 100 ZURAIDA BINTI IDRUS

67. SITI HAWA BINTI ISMAIL 101 ROS MOHD SUPIAN

68. MOHD NAZRI BIN NASIR 102 ROHAYA BINTI MD NOR

69. SURAINI ZAINUL ABIDIN 103 AZWANI MUSTAPA

70. M. LATIFF ZAKARIA 104 CIK YAM BINTI LAH

71. VELA IBRAHIM 105 MOHD SABRI MUAD

72. CHE FADIYATUN HASHIM 106 WAN ASRI BIN M.YUSUFF

73. NIK MOHD HAFIZ NORDIN 107 TINI OBANG

74. FAUZIAH BINTI AHMAD 108 ZALEHA BINTI IBRAHIM

75. MARIANI MAD SAAD 109 MARIANA RAMLI

76. NORZAN TALAHAH BIN MOHD 110 SALIZA BINTI ISMAIL

77. WAN ROHAINI BINTI W. NGAH 111 AHMAD MAULANA MOKHTAR

78. MUHAMMAD IRWAN BIN MOHD 112 HASMAWATI BINTI M.SALLEH
SALEHUDDIN

79. WAN SHAMSURI HERME BINTI WAN LIAS 113 ROHANI MAHMUD

80. SITI NOREZIERAH BINTI ROSMAN 114 NURRU HAYATI BINTI ABDUL KADIR

81. AHMAD FAIRUZ 115 ZARLILAH MAT YUSOF

82. NOR HAYATI BINTI HASSIM 116 ZAILATI MOHD NOR

83. ROHAYATI BINTI RAMLAN 117 ERNIWATI BINTI MOHAMAD

84. NUR LIYANA BINTI ABDULLAH 118 ROSMINAH JELUDIN

85. HASMAWATI BINTI M. SALLEH 119 MOHD SALIMAN

86. DALIAH BINTI ABU BAKAR 120 ROSLINA IDRUS

87. SHARIAH BINTI WAHAB 121 NORLAILA BINTI ABD MANAF

88. NORMIDA BINTI RASID 122 NOOR FAEZAH ABD WAHID

89. NORZILAWATI BINTI CHE PILUS 123 SUHAILIZA NGAH

90. ROSMINAH BINTI JELUDIN 124 SITI HAWATI BINTI SUDIN

91. SYAFARINA BINTI MAT SAFEE 125 MARIA ROSFANIZA

92. SHAFIE BIN DRAMAN 126 NIK AINI BINTI NIK MA

93. HUSSELMY SHAFIEE 127 NOR MASLIZA ABDULLAH

94. RAZALI BIN M. AMIN 128 NURUL HIDAYAH BAHARUM

95. ROHAYANA BINTI RAMLI 129 MAZAHAYU BINTI MUHAMAD

96. NORMASLIANA BINTI MAHMUD 130 NOR AFIZA BINTI BURHANUDDIN

97. ROSEMARIA BINTI SIDEK 131 ROZIRA BIN ISMAIL

98. WAN MUNIRAH 132 ASMAWI BIN ABDULLAH

BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA
133 MOHD MUSLI MUSTAFFA 167 WAN MUHAMMAD IKRAM
134 ROSHAIMI NOOR AB AZIZ 168 SHAHHIBULLAH BIN RUSLY
135 ZAIBAH BINTI ARIFIN 169 NURUL AIN FATYHA
136 M. YAZAD ABD SUANI 170 MAZURA BINTI MAHMUD
137 AIDAH RIMAH WAHAB 171 SYED MOHD FAHMI SYED EDRUS
138 MOHD AZMAN BIN ALI 172 JUNITA MOHAMAD
139 MAIMUN BINTI ABDULLAH 173 MAZNI BINTI MORAD
140 MAIZATUL AZURA BINTI MAMAT 174 MUTIYADARIDA HASSAN
141 SITI SAADAH AMRAN 175 MOHD ANUAR BIN BULIAMI
142 NORSALDILA NORDIN 176 NORLIDA BINTI MUHAMAD
143 NORADILA MAHMUD 177 MUHAMMAD SYAFIQ BIN HARUN
144 MUTIYADARIDA BINTI HASSAN 178 NOR RISAH ALI
145 ZAINUDIN BIN OTHMAN 179 WAN SHAMSURIHERME BINTI WAN LIAS
146 ASHBA JAMALUDDIN 180 NOR ASMAH B. MD. NOR
147 ROHANI ISMAIL 181 ZAIHAZWANI BINTI ZAINU
148 AZIZI BIN ABDUL AZIZ 182 AHMAD FAWAZ
149 JURIA OMAR 183 MOHD HAIRUL ANAM
150 NURUL ASMA BINTI ISMAIL 184 SHARIFAH AKMAL ADZHAR
151 NOR ANISAH BINTI RAHMAN 185 MUHAMMAD ROSLAN BIN MD DAHAN
152 ZAILAWATI BINTI KHALID 186 NIK NOORFAZILAH NURIMAN
153 FAZIRAH BINTI MD ZAMAN 187 AZMIRA ALI
154 MOHD MUSLI MUSTAFFA 188 MOHD HASROL DRAMAN
155 MOHD JAMARUDIN M.JAMIN 189 MUHAINI
156 MOHD NAZRI BIN CHE DAUD 190 NORMASLIANA BINTI MAHMUD
157 MUHAMMAD SANUSI SAAD 191 MARIA BINTI GHANI
158 AZIATI BINTI GHANI 192 ZUBAIDAH BINTI SALLEH
159 NURFAEZAH ABD WAHID 193 WAN AZILAH WAN MOHAMMAD
160 ROSALIDAWATI SABLI 194 MARIA ROSFANIZA YA’ ANI
161 NOR HAMIMAH IBRAHIM 195 KAMALUDIN BIN ENDUT
162 ZALEHA BINTI IBRAHIM 196 SITI FAZILAH BINTI LAH
163 MEK ROMOH BINTI ABDULLAH 197 FATIMAH RUBAIAH CHE JAAFAR
164 SITI ATIKAH BINTI DAUD 198 WAN RAIHAN BINTI WAN JUAAIDI
165 SITI NOR ZUBAIDAH 199 ROSHASMIDA BINTI AB RANI
166 FAUZIAH IBRAHIM 200 WAN ASRI BIN WAN YUSOFF

BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA
235 FARIZA BIN MOHAMAD
201 ABD MANAF BIN JAAFAR 236 KHATIJAH IBRAHIM
237 HINDUN BINTI RASHID
202 AHMAD NURUDDIN MOHAMMAD 238 SITI ROHANI NORDIN
239 ASMAWI ABDULLAH
203 ROSHAIMI NOOR AB AZIZ 240 FAZIRAH BINTI MD ZAMAN
241 HAZMI HILMI
204 ERNIWATI BINTI MOHAMAD 242 NOR NATASHA MAT DIN
243 AIDAH RAMAH WAHAB
205 MASNI AZLINA MUSTAFHA 244 MAZURA BINTI MAHMUD
245 SYED MOHD FAHMI SYED EDRUS
206 JURAIDA JUHARI 246 MUHAMMAD SANUSI SAAD

207 ROHAYANA RAMLI 247 MOHD NAZERI ABDULLAH
248 MOHD NAZRI BIN CHE DAUD
208 SUHARIZA BINTI SULONG 249 MUTIHAZENITA HASSAN
250 ROHAIZAM BINTI ABD GHAFAR
209 AISAH DRAMAN 251 ZUBAIDAH BINTI SALLEH
252 SITI MAISARAH BINTI MD NOR
210 MARLISA BINTI JUSOH 253 M. LATIFF ZAKARIA
254 ROHAYA MD NOR
211 ABU BAKAR JUSOH 255 INA
256 M. AZRI BIN RAHIM
212 SITI KHADIJAH AISYAH BINTI 257 NOR ASMIDAR BINTI ABDUL RAHMAN
ABDULLAH 258 SITI MUNIRAH BINTI MOHD
259 NORSYIDAYU BINTI MAT YUSOF
213 AHMAD FADLI BIN MOHD 260 ROSHALILA BINTI SIDEK
261 NORFAIZAH BINTI MOKHTAR
214 NUR LIYANA BINTI ABDULLAH 262 MUHAMAD NAJIB BIN ISMAIL
263 AHMAD JAFNY BIN JUSOH
215 NURUL IZZATI ASSYAFFAH 264 NORHULAIFAH BINTI ABDULLAH
265 MAZNI BINTI MORAD
216 MOHD RIDWAN BIN RASHID 266 NOOR IDAYU BINTI ABDULLAH
267 ROZITA BINTI SALIMIBRAHIM EMBONG
217 NORAINI KHAMIS 268 FAUZIAH AHMAD

218 MOHD AZUAN OTHMAN

219 WAN M.AZERUL WAN MUBIN

220 ROSLINA BINTI IDRUS

221 ZAMZUR BIN MOHD LAZIM

222 SITI SAADIAH AMDAN

223 NORAHASNIZA BINTI RAHMAT

224 MARIANA BINTI RAMLI

225 HIDAYAHTUL SOLEHAH

226 YUSMAWATI BINTI CHE GHAZALI

227 SAMIHAH BINTI GHANI@ALIAS

228 HAFIZAH BINTI MOHD ALI

229 ZULKIFLY ABDULLAH

230 ASMA NGAH

231 KHAIRO OTHMAN

232 JULIA OMAR

233 SITI NOR ZUBAIDAH

234 DAMHAJI RIFQI

BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA
303 OMAR BIN A.ZAMANI
269 MARIANI BINTI MAD SAAD 304 NORASLIDA BINTI IDRIS
305 YUSOF OSMAN BIN YASIN
270 MOHD KAMARUL BIN ENDOT 306 NOR SHAZLEN BINTI SALLEH
307 SITI KHOTIJAH BINTI ABD RAZAK
271 CHE KU SARIFAH BINTI CHE MAN 308 SADLINA BINTI SALIM
309 NORAMA BINTI MOHAMAD
272 SITI NORAZIERAH BINTI ROSMAN 310 ROKIAH BINTI YAHYA
311 NURIN IZATI BINTI ZAITONG
273 AHMAD MAULANA MOKHTAR 312 NUR AZLINA BINTI WAN SUHARI
313 KARTINA BINTI YUSOF
274 SUHAILA ROZI 314 WAN ASRI BIN WAN YUSOFF
315 MOHD ROPIE BIN ZULKIFLI
275 JUNITA MOHAMAD 316 NOR AZLINA BINTI ISMAIL

276 MARIA BINTI GHANI

277 ROSLI AWANG HITAM

278 NUR FARALIZA

279 ZULKIFLI ABDULLAH

280 MARYANI ISMAIL

281 AZURA AWANG

282 MUHAMMAD IRWAN BIN MOHD
SALEHUDDIN

283 MOHD NAZERI BIN SALLEH

284 AZWADI MUSTAPA

285 NOR BAIZURA IBRAHIM

286 SITI ZAINAB BIN MD ROZI

287 NORAZITA BINTI A.SUHIMI

288 NIK ZARIMAH BINTI M.YUSOFF

289 ASIAH DERAMAN

290 MARIATI BINTI MAD SAAD

291 SAIDATUL AKMA OTHMAN

292 NORAINI KHAMIS

293 CHE KUYASSIN BIN CHE KU MOHD
YASSIN

294 JURAIDA JUHARI

295 JUSNATA AINA MOHD

296 AMELDA BINTI IDERIS

297 AB. RAHIM BIN MUHAMMAD

298 AHMAD FAIZAL BIN ABDULLAH

299 AHMAD ISMAIL TURMIZE

300 MOHD ISSAN BIN ISMAIL

301 MOHD ROSLAN BIN ABDUL RAZAK

302 MOHD SAIFUL BAHARIN BIN ABDULLAH





BIL NAMA 16/2/2021 11/9/2021 20/9/2021

AJK IBU BAPA / PENJAGA

1. TS. AHMAD FAUZAN BIN AZIZ HADIR HADIR HADIR
(YDP PIBG)

2. EN. NIK ADZMAN BIN NIK AHMAD HADIR TH TH
(NAIB YDP PIBG) BERSEBAB BERSEBAB

3. PN. NORAMA BINTI MOHD TH HADIR HADIR
(PEMERIKSA KIRA-KIRA 2) BERSEBAB

4. PN. MARIATI BINTI MAD SAAD HADIR HADIR HADIR

5. EN. MOHAMAD AZMAN BIN ALI HADIR HADIR HADIR

6. EN. RAZALI BIN ABDULLAH HADIR HADIR HADIR

7. EN. YM. CK MOHD YASSIN BIN CHE HADIR HADIR HADIR
NGAH

8. PN. NORBAIZURA BINTI IBRAHIM TH HADIR HADIR
BERSEBAB

9. PN. ROKIAH BINTI YAHYA TH HADIR HADIR
BERSEBAB

PENASIHAT / PENTADBIR

9. CG. SARINA BINTI MOHAMAD (GB) HADIR HADIR HADIR

10. CG. MOHD BUSTAMAM ALLADDIN HADIR HADIR HADIR
BIN SULONG (PKP)

11. CG. RUKIAH BINTI ROSEMEN HADIR HADIR HADIR
(PK HEM)

12. CG. SAYANI BINTI ARSAD (PK KOKO) HADIR HADIR HADIR

AJK GURU

13. CG. NORASLIDA BINTI IDRIS (S/U) HADIR PINDAH PINDAH

14. CG. RAHIM BIN KHAMIS (S/U) - HADIR HADIR

15. CG. NOR HAYATI BINTI HASSIM HADIR HADIR HADIR
(BENDAHARI)

16. CG. ZAIHAZWANI BINTI ZAINU HADIR HADIR HADIR

17. CG. SAIFUL BAHARIN BIN HADIR HADIR HADIR
ABDULLAH

18. CG. SITI KHOTIJAH BINTI ABD. HADIR HADIR HADIR
RAZAK

19. CG. NOR SHAZLEN BINTI SALLEH HADIR HADIR HADIR

20. CG. FADHLINA BINTI ALIAS HADIR HADIR HADIR

21. CG. MOHD ROSLAN BINTI ABD HADIR HADIR HADIR
RAZAK

Sekolah Kebangsaan Telok Kalong



Yang Dipertua :
Naib Yang Dipertua :
Setiausaha : Guru (Lantikan Sekolah)
Penolong Setiausaha : (Guru Lantikan Sekolah)
Bendahari : (Guru Lantikan Sekolah)
Penolong Bendahari: (Guru Lantikan Sekolah)
AJK Guru: Lantikan Sekolah
1.
2.
3.
4.
AJK Ibu Bapa:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Juruaudit Dalaman:
1.
2.













BIL PROGRAM PENGANJUR TARIKH PENCAPAIAN PERINGKAT
ANTARABANGSA/

KEBANGSAAN/
NEGERI

1 Kejohanan Hoki Majlis Sukan Negeri 13 & 14 Johan (L) Negeri
Bawah 12 L/P Terengganu Februari 2020 Naib Johan (P) Terengganu
MSST Terengganu

Pertandingan PHT-JPNT-MSST 1-10 Dis. 2020 Johan (P) Negeri
Menimang Bola Ke-3 (P) Terengganu
2 Hoki Bawah 12 2 Saguhati (P)
Tahun PHT-JPNT- 1 Saguhati (L) Negeri
MSST 2020 Terengganu

Kolokium

3 Penyelidikan IPG Sultan Mizan 1 Nov 2020 Johan L12
Pendidikan PAK21 Naib Johan P12
Sekolah-sekolah

Negeri Terengganu

4 East Coast Hockey SK Permaisuri Nur 7&8 Johan L12 Peringkat
Carnival (ECHC) Zahirah, Besut Februari Naib Johan P12 Kebangsaan

2020

5 Kangaroo Math Kangaroo Math 6 Ogos 2020 Kategori Peringkat
Competition Malaysia Benjamin- Kebangsaan
Silver Medal-1
Honorable Peringkat
Mention - 2 Kebangsaan

Pertandingan Agensi Nuklear Peringkat
Menulis Esei Sains Malaysia Kebangsaan
6 Sempena Minggu Ogos 2020 Saguhati

Sains Negara

7 Pertandingan Kuiz MRSM PASIR SALAK 9 Nov Saguhati – 2
Terbuka Atas Talian 1.Nur Maisya
2020
73/106
2.Nur Anis

82/106

BIL PROGRAM PENGANJUR TARIKH PENCAPAIAN PERINGKAT
ANTARABANGSA/

KEBANGSAAN/
NEGERI

e- Pertandingan

Inovasi
Pembelajaran
Bahasa Sekolah Peringkat
8 Rendah(INO-B IPG Kampus Ipoh Ogos 2020 Pingat PERAK Kebangsaan

2020) Kategori
Bahasa Melayu

e- Pertandingan
Inovasi
Pembelajaran
Peringkat
9 Bahasa Sekolah IPG Kampus Ipoh Ogos 2020 Pingat Kebangsaan
Rendah(INO-B GANGSA
2020) Kategori

Bahasa Inggeris

e- Kuiz Sempena Persekutuan Penyertaan
Sambutan Hari Pengakap Negara 30 Mei – 1 Ahmad Peringkat
10 Menanam Pokok Brunei Darussalam Jun 2020 Faheem Antarabangsa
Irsyad -
2020 Markah Peringkat
(96/100) Antarabangsa
11 Projek EcoWira Jane Goodall’s roots 2020
2020 & Shoots and Penyertaan

LeapEd Services

BIL PROGRAM PENGANJUR TARIKH PENCAPAIAN PERINGKAT
ANTARABANGSA/

KEBANGSAAN/
NEGERI

Kedudukan/
Penyertaan
1. Junior Chef E-
Kokuria
- Aqif (57/118)
-Aqilah(60/118)
-Danisya-
82/118

Karnival e-Kokuria 2. E-Sajak
Peringkat Bahasa Melayu
Antarabangsa. - Anis(100/135)
- Shafitrah
‘Program 15 – 30 Nov (106/135) Peringkat
12 Kelestarian SK Sri Gaya, Sabah 2020 - Alia (115/135) Antarabangsa
Sekolah-sekolah
1. English
SBT/SKK Jabatan Poetry E-
Pendidikan Negari Competition
Sabah Tahun 2020
- Maisya
(66/129)

2. Football
Freestyle E-
Competition/
E-Timang
Bola

- Muhaimin
(23/42)

- Hakim
(24/42)



Sesungguhnya, tiada kata secantik bahasa yang dapat
diungkapkan bagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG TesTKa
Kali Ke-34 Tahun 2021

terutamanya khusus buat
Guru Besar (Penasihat PIBG)

Yang Dipertua PIBG
Serta

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Barisan Penolong Kanan, Guru-guru,

IbuBapa, Anggota Kumpulan Pelaksana
dan murid TestKa

Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka,
ada tawa, bahagia dan rindu...

Dan itu semualah yang memberatkan ketika
kita harus berpisah...


Click to View FlipBook Version