NATIONAL ENVIRONMENTAL
HEALTH ACTION PLAN
(NEHAP) MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH
TWG 3: SISA PEPEJAL NEHAP MALAYSIA
OKTOBER 2020
MOH/BPKj/EH/SRiKAS/2021-01/04
© Sekretariat NEHAP
Cetakan Pertama 2021
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan garis panduan ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada Sekretariat NEHAP, Sektor Risiko Kesihatan Alam Sekitar,
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteran, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Putrajaya, Malaysia
Diterbit oleh:
Sekretariat NEHAP
Sektor Risiko Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, E3, Kompleks E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya,
62590, Putrajaya
Tel : 03-8892 4889
Fax : 03-8892 4704
Laman Web: https://nehapmalaysia.moh.gov.my
Dicetak oleh:
Percetakan ASI Sdn Bhd
801-G, Kompleks Diamond,
Bangi Business Park,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-89265598
PRAKATA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, garis panduan ini berjaya
diterbitkan oleh NEHAP Malaysia melalui Kumpulan Kerja Tematik Sisa Pepejal (Thematic
Working Group - TWG). Garis panduan ini diterbitkan untuk memberikan panduan pengurusan
pembuangan sisa pepejal tidak sempurna kepada negeri-negeri yang tidak menggunapakai
Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang telah
dikuatkuasa oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
Dalam mengatasi isu pembuangan sisa pepejal yang tidak sempurna di negeri-negeri tidak
menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672),
garis panduan ini boleh dijadikan rujukan kerana isi kandungan garis panduan ini merangkumi
proses penerimaan aduan sehingga pengawasan dan pencegahan kawasan pembuangan
sisa pepejal tidak sempurna.
Sekretariat NEHAP ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada TWG Sisa
Pepejal yang telah menerajui pembangunan garis panduan ini dan semua pihak yang telah
secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan input serta pandangan dalam
penyediaan garis panduan ini. Semoga garis panduan ini dapat memberi manfaat dan
melindungi alam sekitar serta mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada
pembuangan sisa pepejal tidak sempurna.
Sekretariat NEHAP Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4
1.0 TUJUAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5
2.0 LATAR BELAKANG. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5
3.0 SKOP GARIS PANDUAN. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
4.0 DEFINISI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7
5.0 IMPAK NEGATIF PEMBUANGAN SISA PEPEJAL TIDAK SEMPURNA. . . . . . . . . . . 8
6.0 PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL YANG TIDAK SEMPURNA . . . . 9
6.1 Penubuhan Jawatankuasa . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9
6.2 Peranan Dan Tanggungjawab Jawatankuasa . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9
7.0 PROSES KERJA BAGI PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL YANG
TIDAK SEMPURNA. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
7.1 Proses menerima adua. .n. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
7.2 Mengkategorikan aktiviti dan tapak pembuangan sisa pepejal yang
tidak dibenarkan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11
7.3 Prosedur penguatkuasaan pembuangan sisa pepejal tidak sempurna . 11
7.4 Prosedur pembersihan tapak pembuangan sisa pepejal secara tidak
sempurna . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12
8.0 PENGAWASAN DAN PENCEGAHAN KAWASAN PEMBUANGAN SISA
PEPEJAL TIDAK SEMPURNA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 13
8.1 Mendaftarkan dan Melabelkan Kesemua Lori Sisa Pepejal dan
Roll-On / Roll-Off (RORO) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 13
8.2 Menggunakan papan tanda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 13
8.3 Meletakkan halangan di laluan masuk ke kawasan pembuangan sisa
pepejal tidak sempurna . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 14
8.4 Mengubah kawasan tersebut menjadi kawasan rekreasi atau tempat
letak kereta. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 14
8.5 Memasang sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) . . . . . . . . . . . . 15
8.6 Melaksanakan Proses Pendakwaaan dan Hebahan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15
8.7 Melaksanakan Pemantauan Berkala . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15
8.8 Meletakkan tanggungjawab kepada pemilik tanah . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15
9.0 PENUTUP. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 16
LAMPIRAN 1
Borang Aduan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna . . . . . . 17 - 18
LAMPIRAN 2
Contoh Laporan Lawatan dan SOP Proses Dakwaan . . . . . . . . . . . . . . 19 - 83
LAMPIRAN 3
Contoh Papan Tanda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 84
4
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini diwujudkan bagi tujuan memberikan panduan pengurusan
pembuangan sisa pepejal tidak sempurna kepada negeri-negeri yang tidak
mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672).
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Persidangan Bangsa – Bangsa Bersatu “Alam Sekitar dan Pembangunan”
pada tahun 1992 di Rio de Janeiro, telah mengiktiraf bahawa terdapat kaitan
rapat antara kualiti alam sekitar dan kesihatan manusia. Justeru itu, perkara
ini telah menjadi salah satu tema utama dalam persidangan tersebut. Dalam
Agenda 21 Persidangan Rio program-program untuk mencapai
pembangunan mapan telah diberi penekanan dan prinsip pertama Deklarasi
Rio menyatakan bahawa pembangunan mampan hanya akan dapat dicapai
sekiranya perhatian diberikan kepada hak untuk memiliki kehidupan yang
sihat dan nilai sebenar kehidupan yang harmoni bersama alam sekitar.
2.2 Sasaran skop perlindungan alam sekitar dan skop kesihatan awam secara
umumnya adalah saling berkaitan untuk mencapai kesihatan persekitaran
yang efektif. Dalam hal ini, kesihatan persekitaran adalah merupakan cabang
utama kepada skop kesihatan awam dan alam semulajadi yang akan
memberi kesan kepada kesihatan manusia bagi mengelakkan penularan
penyakit dan mewujudkan persekitaran yang kondusif.
2.3 Aktiviti yang dijalankan oleh manusia telah banyak mengubah komposisi
atmosfera bumi seterusnya menyumbang kepada pemanasan global yang
juga merupakan ancaman besar kepada kesihatan awam. Pemanasan global
juga telah mengakibatkan banyak kematian dan penyebaran wabak melalui
bencana alam seperti gelombang haba, banjir dan kemarau. Kebanyakan
wabak tersebut menjadi kritikal kerana ianya sangat sensitif terhadap
perubahan suhu dan taburan hujan. Perkara ini dijangka akan bertambah
buruk di masa akan datang. Oleh itu, usaha bersepadu oleh semua
pemegang taruh perlu diambil bagi mengatasi isu-isu terkini yang
mempengaruhi kesihatan persekitaran.
5
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
2.4 Sektor pengurusan sisa pepejal adalah merupakan salah satu aktiviti yang
menyumbang kepada pemanasan global dan akan menjejaskan kesihatan
awam sekiranya tidak diuruskan dengan sempurna. Pelupusan sisa pepejal
telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama dalam penghasilan gas
metana dan berlakunya pencemaran air serta tanah yang secara tidak
langsung berpotensi untuk menjejaskan kesihatan awam.
2.5 Tapak pelupusan yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal hendaklah
direkabentuk, dibina dan diuruskan secara sanitari dalam mengawal dan
merawat pencemaran yang berlaku agar ianya tidak menjejaskan
persekitaran. Oleh itu, pelupusan sisa pepejal di kawasan yang tidak
dibenarkan selain daripada tapak pelupusan hendaklah dibendung dan
dikawal sepenuhnya.
3.0 SKOP GARIS PANDUAN
3.1 Garis panduan ini disediakan untuk negeri-negeri yang tidak menerima pakai
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan
hendaklah digunakan sebagai panduan dalam menguruskan sisa pepejal
yang dilupuskan selain dari kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan.
Garis Panduan ini boleh diguna pakai kepada semua kawasan dan tidak
tertakluk kepada kawasan seliaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan
sahaja.
Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan boleh menggunakan kuasa
masing-masing yang diperuntukkan selaras dengan sub-seksyen 72 (1) (a),
Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]:
72 (1) Sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan adalah mempunyai kuasa bagi
melakukan semua atau mana-mana daripada perkara berikut, iaitu:
untuk mengadakan, menyenggara dan menjalankan perkhidmatan
kebersihan bagi membuang dan menghapuskan, ataupun bagi
menguruskan, sampah, bangkai binatang dan segala jenis sampah
sarap dan cecair buangan.
6
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Kuasa Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan juga tertakluk kepada
Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]:
Undang-undang Kecil
73 (1) Sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan boleh dari semasa ke semasa
membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil untuk
menjalankan peruntukan Akta ini dengan cara lebih baik dan khususnya
dalam mengenalpasti tindakan undang-undang berkaitan yang boleh
dikenakan ke atas individu / syarikat yang melakukan pembuangan sisa
pepejal tidak sempurna di negeri-negeri yang tidak menerima pakai Akta 672.
“Air larut resap” adalah cecair yang telah menyerap melalui sisa pepejal dan telah
dikeluarkan atau dilarut, atau bahan terampai daripada sisa pepejal itu, atau cecair
yang dibuang atau dilepaskan daripada satu stesen pemindahan sisa pepejal atau
kambus tanah.
“Kambus tanah” ertinya tempat pelupusan sisa untuk longgokan sisa pepejal di
atas atau di dalam tanah.
“Sisa pepejal” ertinya adalah seperti berikut:
Apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau
keluaran yang ditolak yang timbul daripada pengunaan apa-apa proses;
Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh,
tercemar atau selainnya rosak; atau
Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang
bertulis dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah
termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], kumbahan sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisa
radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom
1984 [Akta 304].
7
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
“Pembuangan sisa pepejal tidak sempurna” adalah sebarang proses pelupusan
atau pengumpulan sisa pepejal ditapak pelupusan yang tidak dibenarkan yang
boleh dialihkan menggunakan lori atau jentera.
“Tapak pelupusan sisa pepejal tidak dibenarkan” adalah merupakan sebarang
tapak atau kawasan yang tidak dibenarkan atau diwartakan yang digunakan untuk
melupuskan atau menempatkan sisa pepejal.
“Pihak Berkuasa Tempatan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya
di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
“Syarikat atau Pihak Yang Dilantik” adalah sebuah entiti perniagaan yang dilantik
oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan.
“Syarikat panel” adalah sebuah entiti perniagaan yang dilantik khusus untuk
melaksanakan kerja-kerja yang telah ditetapkan dan boleh diarahkan untuk
melaksanakan kerja-kerja pada bila-bila masa.
“Syarikat panel” adalah sebuah entiti perniagaan yang dilantik khusus untuk
melaksanakan kerja-kerja yang telah ditetapkan dan boleh diarahkan untuk
melaksanakan kerja-kerja pada bila-bila masa.
Selain itu, tapak sisa pepejal yang tidak dibenarkan sering dijadikan kawasan
pembakaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kesannya kualiti udara di kawasan terbabit akan terjejas dan seterusnya
menjejaskan kesihatan masyarakat di sekitar tapak tersebut. Sekiranya tapak
sisa pepejal yang tidak dibenarkan tidak diuruskan dengan segera, ia akan
menjadi tempat pembiakan bagi vektor seperti lipas, lalat, tikus dan nyamuk
(LILATIN) yang boleh menjadi ejen penyebar kepada wabak-wabak
berbahaya seperti denggi dan leptospirosis.
Kawasan sekitar tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak dibenarkan ini juga
akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan hasil daripada proses
pereputan sisa-sisa organik. Pencemaran bau tersebut akan memberi kesan
secara langsung kepada penduduk sekeliling dan lokasi tapak yang tidak
bersesuaian akan menjejaskan panorama kawasan tersebut. Secara tidak
langsung, aktiviti ini akan mencemarkan imej negara sebagai negara
pelancongan dan seterusnya akan turut menjejaskan keselesaan hidup
masyarakat.
8
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL YANG TIDAK SEMPURNA
Sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan gejala
pembuangan sisa pepejal yang tidak sempurna. Jawatankuasa ini hendaklah
terdiri daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) / Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), Pejabat Tanah dan Daerah (PDT), Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
lain-lain agensi berkenaan. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan
untuk menilai dan menguruskan gejala pembuangan sisa pepejal yang tidak
sempurna mengikut tahap kes yang dilaporkan.
Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa
merangka pelan tindakan pembersihan tapak pembuangan sisa pepejal
tidak dibenarkan termasuklah pihak-pihak yang terlibat dalam proses
pembersihan, cara pembersihan tapak dan langkah-langkah
pencegahan bagi membendung kejadian pembuangan sisa pepejal
tidak sempurna dari terus berulang.
mengenal pasti dan melantik pihak yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan proses pembersihan seperti syarikat / pihak yang dilantik
atau kontraktor panel. Pihak yang dilantik seterusnya hendaklah
membuat laporan bertulis kepada jawatankuasa tersebut mengenai
kerja pembersihan yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.
Laporan tersebut perlulah mengandungi maklumat-maklumat seperti
tarikh dan masa pembersihan serta lokasi sisa pepejal tersebut
dilupuskan. Selain itu, gambar sebelum dan selepas pembersihan juga
hendaklah disediakan bagi memudahkan proses siasatan dan bayaran
bagi perkhidmatan pembersihan yang telah dilaksanakan.
menubuhkan sistem aduan, sistem siasatan, sistem komunikasi dan
jadual rondaan bagi memastikan aktiviti pembuangan sisa pepejal di
kawasan terlibat tidak berlaku.
9
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
merancang program-program berbentuk pendidikan seperti ceramah,
seminar, hebahan melalui poster, iklan dan lain-lain medium bagi
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab
menguruskan pembuangan sisa pepejal dengan sempurna dalam
menerapkan budaya kebersihan di setiap lapisan masyarakat dan
lokaliti.
mengenalpasti dan merangka Standard Operating Procedure (SOP)
yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi pengurusan sisa pepejal
selepas bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh,
tsunami dan lain-lain.
PROSES KERJA BAGI PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL YANG
TIDAK SEMPURNA
Proses Menerima Aduan
Menerima aduan daripada orang awam melalui saluran seperti aplikasi
telefon pintar, emel dan lain-lain yang mana bersesuaian.
Setelah menerima aduan, maklumat tersebut hendaklah direkodkan
menggunakan Borang Aduan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak
Sempurna seperti di Lampiran 1. Antara maklumat yang perlu diperoleh
adalah tarikh, masa dan lokasi kesalahan yang dilakukan.
Borang aduan tersebut hendaklah dimuat naik di laman sesawang PBT
masing-masing dan juga diletakkan di kaunter atau mana-mana
kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Segala aduan hendaklah
dialamatkan ke ibu pejabat PBT masing-masing.
Maklumat lokasi kejadian seperti alamat, jarak tapak pembuangan sisa
pepejal yang tidak dibenarkan dari persimpangan yang terdekat, point
GPS dan ciri – ciri geografi yang berhampiran perlu direkodkan.
Maklumat seperti nama pengadu, saksi (sekiranya ada) dan gambar
aktiviti pembuangan sisa pepejal secara tidak sempurna serta nombor
pendaftaran kenderaan juga hendaklah direkodkan untuk memudahkan
proses siasatan dan pendakwaan ke atas pesalah/pelaku.
Deskripsi jenis sisa pepejal yang dibuang perlu direkodkan dan sampel
sisa pepejal (jika perlu) tersebut perlu disimpan dengan baik. Selain itu,
anggaran jumlah sisa pepejal yang dibuang juga hendaklah dicatatkan
bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan.
10
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Pemberian insentif atau apa-apa bentuk penghargaan yang
bersesuaian mengikut kemampuan PBT kepada pemberi maklumat
pembuangan sisa pepejal secara tidak sempurna akan menggalakkan
penyertaan masyarakat terhadap aktiviti pemantauan. Walau
bagaimanapun, insentif atau penghargaan tersebut hanya boleh
dipertimbangkan sekiranya maklumat yang diberikan oleh pengadu
adalah mencukupi dan sehingga pesalah/pelaku dibuktikan bersalah.
Mengkategorikan Aktiviti dan Tapak Pembuangan Sisa Pepejal Yang
Tidak Dibenarkan
Aktiviti pembuangan sisa pepejal tidak sempurna boleh dikategorikan kepada
dua (2) jenis iaitu:
Aktiviti pembuangan sisa pepejal yang tidak sempurna hanya berlaku
sekali dan aduan tidak lagi diterima setelah kerja-kerja pembersihan
dilaksanakan.
Aktiviti pembuangan sisa pepejal yang tidak sempurna berlaku secara
berterusan dan aduan kerap diterima walaupun kerja-kerja
pembersihan telah dilaksanakan. Aktiviti pemantauan di tapak
pelupusan sisa pepejal yang tidak dibenarkan yang berulang perlu
dipertingkatkan dan proses siasatan dalam mengesan pelaku
kesalahan perlu disegerakan. Selain itu, pemilik tanah tapak perlu
dikenal pasti agar tindakan sitaan dapat dilaksanakan dengan serta
merta.
Prosedur Penguatkuasaan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Sebaik sahaja aduan atau maklumat berkenaan pembuangan sisa
pepejal tidak sempurna diterima, satu siasatan hendaklah dibuat oleh
Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengikut piagam aduan bagi
mengenal pasti jenis sisa pepejal yang dibuang secara tidak sempurna.
Sekiranya sisa pepejal yang dibuang merupakan sisa buangan
terjadual, perkara ini perlu dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS)
dan agensi berkaitan dengan kadar segera agar tindakan selanjutnya
dapat diambil bagi memastikan pencemaran dapat dikawal.
11
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah meletakkan papan tanda dan pita
sitaan di tapak sasaran pembuangan sisa pepejal dengan serta merta
bagi menunjukkan tindakan pembuangan sisa pepejal dikawasan
berkenaan adalah salah di sisi undang-undang dan siasatan sedang
dijalankan. Tindakan ini akan dapat mencegah aktiviti pembuangan sisa
pepejal secara tidak sempurna daripada berleluasa dan berulang di
kawasan yang sama.
Kenderaan yang terlibat dengan pembuangan sisa pepejal tidak
sempurna hendaklah ditahan, disita dan disimpan selama 14 hari dan
dikenakan tindakan kompaun dengan kadar yang maksimum di bawah
perundangan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, selepas sitaan
kenderaan dilakukan, satu laporan polis hendaklah dibuat bagi tujuan
rekod dan keselamatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan / Pihak
Berkuasa Negeri.
Pihak pesalah/pelaku atau pemilik tanah hendaklah menanggung kos
pembersihan di lokasi pembuangan sisa pepejal, kos penghantaran
sisa pepejal ke tapak pelupusan yang sepatutnya dan kos yuran tipping
di tapak pelupusan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah/pelaku
atau pemilik tanah ingkar untuk melakukan seperti yang dinyatakan,
kerja tersebut akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terlebih
dahulu sebelum tuntutan semula kos terlibat daripada pesalah/pelaku
atau pemilik tanah.
Standard Operating Procedure (SOP) yang jelas mengenai kaedah
pendakwaan perlu disediakan agar proses dakwaan dapat
dilaksanakan dengan lancar. Contoh laporan lawatan dan SOP proses
dakwaan adalah seperti di Lampiran 2.
Prosedur Pembersihan Tapak Pembuangan Sisa Pepejal Secara Tidak
Sempurna
Pelantikan syarikat atau pihak yang dilantik perlu mengikut peraturan
perolehan semasa yang berkuatkuasa.
Tindakan kawalan ke atas tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak
dibenarkan perlu dilakukan dalam tempoh selewat-lewatnya tiga (3) hari
daripada tarikh aduan atau maklumat diterima dan tapak pelupusan sisa
pepejal hendaklah dibersihkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh
aduan atau maklumat diterima. Sekiranya pembersihan tidak dibuat
dalam tempoh tiga (3) hari, semburan kawalan larva (larviciding)
hendaklah dilaksanakan. Sepanjang tempoh ini, pemantauan secara
ketat hendaklah dilaksanakan bagi memastikan aktiviti pelupusan sisa
12
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
pepejal tidak diteruskan. Proses pembersihan yang dilakukan perlu
mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan sebarang
pencemaran yang dikenalpasti perlu dirawat mengikut kaedah yang
telah ditetapkan. Seterusnya sisa pepejal tersebut hendaklah
dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal yang telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan.
Peralatan keselamatan yang mencukupi hendaklah disediakan oleh
pihak kontraktor dan pihak yang melantik perlu memastikan agar semua
pekerja dilindungi oleh peralatan keselamatan. Selain itu, jentera yang
digunakan perlulah bersesuaian agar tiada tumpahan air larut resap
atau keciciran sisa pepejal berlaku.
8.0 PENGAWASAN DAN PENCEGAHAN KAWASAN PEMBUANGAN SISA
PEPEJAL TIDAK SEMPURNA
8.1 Mendaftarkan dan Melabelkan Kesemua Lori Sisa Pepejal dan
Roll-On / Roll-Off (RORO)
Kesemua lori dan jentera pengurusan sisa pepejal yang menjalankan
aktiviti pengurusan sisa pepejal hendaklah didaftarkan dan dilabelkan
bagi memudahkan pemantauan dibuat. Selain itu, pemantauan juga
perlu dibuat ke atas premis-premis perniagaan dan industri bagi
memastikan mereka menggunakan lori dan jentera yang berdaftar
sahaja.
Tindakan sitaan perlu dilakukan secara serta-merta ke atas kenderaan
yang didapati tidak berdaftar agar pemilik kenderaan tersebut tidak lagi
boleh menjalankan kegiatan pelupusan sisa pepejal tidak dibenarkan.
Sekiranya pengusaha yang berdaftar didapati menjalankan aktiviti
pelupusan sisa pepejal yang tidak sempurna, kelulusan kepada
pengusaha hendaklah dibatalkan dengan serta merta dan tindakan
perundangan hendaklah diambil ke atas pemilik kenderaan.
8.2 Menggunakan Papan Tanda
Menaikkan papan tanda sebagai langkah pencegahan adalah salah
satu cara yang efektif untuk menyampaikan mesej kepada orang awam
mengenai aktiviti pembuangan sisa pepejal di tapak tersebut adalah
dilarang. Dengan meletakkan papan tanda amaran dan maklumat
perhubungan pihak berkuasa di kawasan tersebut dapat meningkatkan
kepekaan orang ramai mengenai kesalahan yang sedang dilakukan.
Papan tanda perlu diletakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang
ramai dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami dan
berkesan.
13
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Perkataan yang digunakan pula mestilah tidak terlalu banyak,
menggunakan saiz tulisan yang besar dan jelas. Maklumat yang ingin
disampaikan di papan tanda tersebut adalah secara terus agar mudah
difahami. Mesej hendaklah mengandungi amaran kepada orang yang
ingin membuang sisa pepejal bahawasanya denda yang tinggi akan
dikenakan kepada mereka. Oleh itu, papan tanda tersebut mestilah
mudah dilihat dan mengandungi maklumat pihak yang patut dihubungi
apabila berlaku pembuangan sisa pepejal di kawasan tersebut. Contoh
papan tanda adalah seperti di Lampiran 3.
8.3 Meletakkan Halangan Di Laluan Masuk Ke Kawasan Pembuangan
Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Pencegahan juga dapat dilakukan dengan meletakkan halangan di
laluan masuk ke tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak dibenarkan.
Ketinggian halangan yang diletakkan hendaklah bersesuaian dan kukuh
supaya kenderaan yang besar dan tinggi seperti lori dan jentera tidak
dapat melalui kawasan tersebut. Contoh halangan yang sesuai untuk
digunakan seperti meletakkan bongkah batu, membina bukit daripada
tanah atau menanam pokok di laluan masuk kawasan tersebut
mengikut kesesuaian lokasi di tapak.
8.4 Mengubah Kawasan Tersebut Menjadi Kawasan Rekreasi Atau
Tempat Letak Kereta
Pusat rekreasi yang cantik dan bersih akan menarik perhatian bukan
sahaja daripada penduduk setempat malah juga kepada pengunjung.
Menjadikan Tapak pelupusan sisa pepejal tidak dibenarkan yang telah
dibersihkan kepada taman rekreasi dapat meningkatkan kesedaran dan
perhatian orang ramai mengenai kebersihan tapak. PBT juga boleh
bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menubuhkan
jawatankuasa bagi mengawal dan memastikan kawasan tersebut kekal
bersih dan selamat.
Sekiranya tapak didapati mempunyai ruangan yang mencukupi dan
terletak di kawasan yang strategik, kawasan tersebut boleh dijadikan
tempat letak kenderaan dan seterusnya melantik operator
swasta/kerajaan bagi menguruskan dan mengawasi kawasan tersebut.
14
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
8.5 Memasang Sistem Pengawasan Kamera Litar Tertutup (CCTV)
Memasang kamera litar tertutup di kawasan yang sering dijadikan tapak
pelupusan sisa pepejal tidak dibenarkan adalah salah satu langkah
yang berkesan. Hal ini kerana pemasangan kamera litar tertutup dapat
merakam kejadian pembuangan sisa pepejal yang tidak sempurna dan
boleh dijadikan bukti semasa proses pendakwaan kelak. Kewujudan
kamera litar tertutup dapat menjadi pencegah kepada aktiviti
pembuangan sisa pepejal tidak sempurna kerana pelaku kesalahan
akan merasakan kegiatan mereka sedang dipantau oleh pihak
berkuasa.
Penggunaan sistem CCTV statik dan mudah alih boleh digunakan
mengikut kesesuaian lokasi di tapak bagi memantau kawasan
pedalaman.
8.6 Melaksanakan Proses Pendakwaaan dan Hebahan
Proses pendakwaan perlu dilakukan dengan segera dan pesalah harus
didenda dan diambil tindakan bagi memastikan kejadian yang sama
tidak berulang lagi. Selain itu, liputan daripada media mengenai proses
dakwaan juga akan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat
bahawa pihak kerajaan memandang serius mengenai kesalahan
pembuangan sisa pepejal tidak sempurna.
8.7 Melaksanakan Pemantauan Berkala
Pemantauan berkala perlu dijalankan selepas kerja-kerja pembersihan
selesai. Kawasan pembuangan sisa pepejal tidak sempurna yang
sering berlaku pembuangan sisa tidak sempurna secara berulang perlu
dipantau dengan lebih rapi. Pihak Berkuasa Tempatan boleh
bekerjasama dengan persatuan penduduk atau meletakkan CCTV
untuk memantau tapak ini.
8.8 Meletakkan Tanggungjawab Kepada Pemilik Tanah
Pemilik tanah terbiar perlu diberi tanggungjawab untuk memasang
pagar dan melaksanakan segala pencegahan yang perlu bagi
mencegah tapak miliknya digunakan sebagai tapak pelupusan sisa
pepejal yang tidak dibenarkan.
15
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Tanah yang kosong perlu dibersihkan daripada semak samun agar
kegiatan pembuangan sisa pepejal tidak sempurna dapat dikesan
dengan mudah.
9.0 PENUTUP
Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan dan rujukan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri dalam menangani aktiviti pembuangan
sisa pepejal tidak sempurna mengikut kesesuaian kawasan pentadbiran
masing – masing.
16
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 1
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
17
LAMPIRAN 1Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
18
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Garis panduan ini bertujuan untuk menetapkan dan menerangkan kaedah
menyediakan kertas siasatan bagi setiap kes yang disiasat.
Garis panduan ini digunapakai oleh semua Pegawai Penyiasat dari proses
penyediaan kertas siasatan bagi setiap siasatan yang telah dilakukan.
Pegawai Penyiasat adalah bertanggungjawab memastikan pelaksanaan garis
panduan ini.
Kandungan dan Susunan Kertas Siasatan
Kertas Siasatan disusun mengikut turutan folio dan dicatatkan
dipenjuru kanan sebelah atas.
19
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
4.1.2 Folio A
20
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Pada tarikh 23 Oktober 2015 lebih kurang jam 5.30 pagi semasa saya memandu bersama adik ipar
saya Abu Bin Muin melalui Jalan Kastam 4/7, Taman Kastam, Titiwangsa Kuala Lumpur, (hadapan
rumah TNB) saya telah melihat 2 (dua) orang lelaki sedang membuang sampah dari lori yang
bernombor pen daftaran WJQ 2792.
21
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
22
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
23
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
24
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
4.1.3 Folio B
LAMPIRAN 2
25
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
4.1.4 Folio C
26
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
4.1.5 Folio D
LAMPIRAN 2
27
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Arahan Kerja Menyediakan Fail Kes / Kertas Siasatan (KS)
Perkara 1 Nama Pegawai Penyiasat
Perkara 2 Negeri / Daerah / No Kertas Siasatan
Perkara 3 Butir-butir aduan
LAMPIRAN 2 (pejabat cawangan, no. aduan, tarikh dan waktu aduan /
tempat kejadian / tarikh kejadian / nama dan alamat pengadu)
Perkara 4 Butir-butir kes
[no.daftar kes, (session), (mahkamah tinggi), (mahkamah
kanak-kanak), tuduhan (sebut seksyen) / tarikh dituduh di
mahkamah / tangguhan / tarikh perbicaraan bicara]
Perkara 5 Butir-butir Orang Yang Disyaki (OYD)
(nama / bangsa / umur / jantina / no. kad pengenalan /
hukuman-hukuman yang telah lalu)
28
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
29
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
LAMPIRAN 2 Keterangan Ringkas
Fakta Kes
Negeri / Cawangan;
Tarikh Siasatan / No. KS / No. Laporan;
Tarikh Terima Laporan / Masa;
Tempat Kesalahan;
Tarikh / Masa Pegawai Penyiasat di maklumkan;
Tarikh / Masa Pegawai Penyiasat ke Tempat Kesalahan;
Tarikh / Masa Pegawai Penyiasat balik dari Tempat Kesalahan;
Nama Pegawai Penyiasat; dan
Klasifikasi Kesalahan (Peruntukan Undang-Undang).
Perkara 7 Pengadu
Nama / No. KP / Umur / Jantina / Bangsa / Pekerjaan
Alamat / No. Tel
Suspek
Nama / No. KP / Umur / Jantina / Bangsa / Pekerjaan / Jawatan
Alamat / No. Tel
Ringkasan / Hasil Siasatan Kes
Tarikh / Tempat Kesalahan
Kesalahan (Butir-butir kesalahan): mulakan dengan...
Pada....... jam lebih kurang.........pagi ................. /petang/malam
Barang Kes
Senaraikan barangan kes (eksibit) mengikut Folio
30
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
31
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Perkara 8 Nama Saksi-saksi
Perkara 9 Laporan Aduan Pertama / Laporan Berkaitan /
Nama Saksi -Saksi (Folio A)
Surat-surat Siasatan dan Lain-lain
DS Pegawai Penyiasat dan lain-lain pegawai yang terlibat dalam
penyiasatan (Folio C) dan dokumen (Folio D);
LAMPIRAN 2 Perkara 10 Surat-surat Siasatan dan Lain-lain
DS Pegawai Penyiasat dan lain-lain pegawai yang terlibat dalam
penyiasatan (Folio C) dan dokumen (Folio D);
Bil. Waran Tangkap
Perkara 11 Bil. Gambar
Perkara 12 Bil.Jaminan dan Tarikh
Polis
Mahkamah
32
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
33
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Perkara 13 Barang Kes
Jenis Barang-barang Kes / Tanda / Tanda Mahkamah /
Bil.Didaftar Kes Barang-barang / Keputusan
LAMPIRAN 2 Perkara 14 Waran Tangkap / Bongkar / Tarikh dipulangkan ke Mahkamah /
Perkara 15 Pendaftar Jenayah pada……..
Perkara 16
Kompaun
Tarikh kompoun / Jumlah bayaran
Keputusan
Tarikh / Mahkamah / Hakim / Nama Pendakwa / Nama Pembela /
Dihukum di bawah Undang-undang / Hukuman / Tanda Tangan
Pendakwa
Perkara 17 Ulang bicara
Bil / Mahkamah / Nama Hakim / Nama Timbalan Pendakwa Raya
/ Nama Pembela / Haribulan / Keputusan / Tandatangan
Pendakwa Raya
34
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
35
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
4.3 Melengkapkan Kertas Minit
Tujuan penyediaan kertas minit:
Untuk makluman sesuatu kes yang disiasat dan tindakan yang telah
diambil kepada Pegawai Penyelia.
Untuk mendapatkan nasihat-nasihat dan arahan-arahan untuk
meneruskan siasatan selanjutnya.
Menunjukkan pergerakan sesuatu KS.
Huraikan mengenai kejadian dan fakta kes dengan merujuk
kepada keterangan ringkas di muka 2 kertas siasatan.
Klasifikasi kes dan seksyen yang berkenaan.
Nyatakan penyiasatan yang telah dijalankan dan
tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil.
Pendapat-pendapat di atas penyiasatan yang telah dijalankan.
Memohon nasihat-nasihat atau pun arahan-arahan untuk
meneruskan siasatan.
Minit perlulah ringkas dan padat.
Memberi ulasan di atas keterangan-keterangan yang berkaitan
dengan kes jika perlu.
36
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Pegawai penyiasat boleh membuat cadangan-cadangan yang
berkaitan dengan kes jika perlu.
Teknik-teknik mencatat:
Memberi nombor helaian kepada kertas minit.
Setiap kertas minit perlulah dicatat di bahagian atas (tengah)
dengan no.KS.
Setiap minit yang dibuat perlulah dengan siri nombor iaitu
1,2,3….dan seterusnya.
Menggunakan perenggan berasingan pada setiap fakta dan diberi
nombor 1,2,3…dan seterusnya.
Jangan biarkan garisan kosong.
Di akhir minit, tuliskan tarikh di sebelah kiri manakala di sebelah
kanan Pegawai Penyiasat / Pegawai Penyelia perlulah
menurunkan tanda tangan dengan mencatat jawatan.
37
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
38
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
39
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
40
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
41
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Butir-butir yang Perlu Direkodkan Dalam DS
Tarikh dan masa maklumat diterima oleh Pegawai Penyiasat / PDK serta
arahan yang diterima / diberikan.
Tarikh dan masa memulakan dan menamatkan siasatan.
Tempat yang dilawati dalam penyiasatan.
Pemerhatian dan penilaian awal di tempat kejadian.
Catatan tentang keterangan mengenai, kedudukan dan keadaan eksibit
yang dijumpai, penandaan yang dibuat, penyerahan kepada siapa.
Pergerakan eksibit seterusnya termasuk untuk dihantar kepada pakar.
Orang yang ditemui, disoal dan dirakam percakapan.
Butir-butir orang yang ditangkap dan tangkapan dibuat oleh siapa.
Butir-butir orang yang disyaki dan langkah-langkah yang diambil untuk
mengesan mereka.
Bantuan berhubung dengan kawad cam dan bila dikendalikan.
Bantuan untuk merakam percakapan suspek.
Butir-butir surat menyurat yang dihantar dan diterima dalam masa
penyiasatan.
Tindakan-tindakan yang diambil untuk menghubungi saksi-saksi.
Tindakan yang diambil untuk menghubungi mereka yang boleh membantu
dalam penyiasatan.
Kenyataan ataupun pendapat PDK dalam sesuatu penyiasatan yang
dijalankan.
Tiap-tiap muka surat diberi nombor dan setiap hari selesai penyiasatan
digariskan dan ditandatangani dan tiada barisan yang boleh ditinggalkan
kosong.
Kandungan dan Susunan DS
42
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
5.6.1 Lain-lain
Tiap-tiap mukasurat diari dinomborkan – setiap baris dipenuhi /
jangan ditinggal kosong
Tiap-tiap tindakan diambil – dinomborkan dan diberi tajuk ringkas
Di akhir tiap-tiap hari – buat satu garisan – ditandatangani
Diari – Folio C
43
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
44
Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna LAMPIRAN 2
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
6. PENANDAAN DOKUMEN
Tandakan Dokumen-dokumen Yang Berkaitan Mengikut Folio D Seperti
Di bawah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
Ringkasan Kesalahan dan Siasatan
Satu ringkasan kesalahan dan siasatan disediakan mengikut format yang
ditetapkan dan ditandakan sebagai Folio D.
Ringkasan Kesalahan dan Siasatan yang lengkap dimajukan kepada PN
mengikut kepentingan dan seriusnya kes.
Senarai Pemeriksaan
Lengkapkan Borang Senarai Pemeriksaan dengan barangan yang disita /
eksibit yang di periksa dan dikumpulkan mengikut format dan susunan yang
ditetapkan.
Maklumat Agensi Lain/Luar
Mendapatkan maklumat atau pengesahan dari agensi-agensi lain (jika
perlu), terutamanya berkaitan dengan alamat dan status lesen / permit.
45
LAMPIRAN 2Garis Panduan Pengurusan Pembuangan Sisa Pepejal Tidak Sempurna
Di Negeri – Negeri Yang Tidak Menerima Pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
Dan Pembersihan Awam (Akta 672)
Kertas Pertuduhan
Menyedia dan melengkapkan Kertas Pertuduhan mengikut format dengan
menggunakan Borang Mah.114 (Borang Mahkamah 114)
46