Perkembangan Seni Visual di Malaysia NAMA : AHMAD AL MURTADZA BIN SHARUDIN TINGKATAN : 1 IBNU KHALDUN SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA
Kandungan • SENI HALUS ➢Sejarah ➢Tokoh & Karya ➢Pertubuhan & Persatuan • SENI REKA ➢Sejarah ➢Tokoh & Karya ➢Pertubuhan & Persatuan • SENI KRAF ➢Sejarah ➢Tokoh & Karya
Sejarah & Perkembangan Sejarah Seni Visual negara kita bermula pada tahun 1920-an dengan penubuhan Penang Impressionist Society. Ahlinya adalah isteri-isteri golongan ekspatriat. Puan Lim Cheng Kung sebagai penaja dan Abdullah Ariff sebagai guru seni lukis. Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan pelukis yang dikenali sebagai pelukis perintis di Pulau Pinang, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat air mereka. Pada tahun 1950-an, muncul pula pelukis seperti Chuah Thean Teng dan Khalil Ibrahim yang menggunakan subjek tempatan sebagai tema dalam karya catan mereka. Penubuhan Wednesday Art Group melahirkan para pelukis yang menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya mereka bertemakan subjek yang mencerminkan warisan sosiobudaya masyarakat Malaysia. Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah. Kepulangan pelukis-pelukis seperti Jolly Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah menampilkan catan gaya ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak hasil pengaruh gaya seni barat. Perkembangan seni visual semakin rancak dengan penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia. Penubuhan Institusi seperti institusi Teknologi MARA dan institusi seni swasta menawarkan pelbagai kursus seni menyemarakkan lagi bidang seni visual di negara kita.
Tokoh & Karya Cetakan - Long Thien Shih - Ahmad Khalid Yusof - Chew Teng Beng - Redza Piyadasa - Ismail Zain - Ponirin Amin - Lee Joor For - Juhari Said - Lise Noor
Beliau merupakan pengerusi persatuan bagi Kesatuan Kesenian Guru Pulau Pinang dan merupakan ahli Penang Impressionist. Dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau juga menjadi guru seni di Anglo Chinese School, Penang. Juga diiktiraf sebagai Pelapur Seni Lukis Cat Air dan meninggal dunia pada tahun 1962 Abdullah Ariff Seni Lukisan Karya beliau
Seni Arca Anthony Lau Anthony Lau dilahirkan pada tahun 1933 di Johor Bahru, Johor. Beliau menerima Pendidikan seni formal di England, Amerika. Beliau juga banyak mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni dengan konsepkonsep terbaru pada tahun 1960-an. Sumbangan utama beliau ialah dalam bidang arca. Anthony Lau mempunyai sikap kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional seni arca. Karya beliau
Seni Cetakan Redza Piyadasa Karya beliau Redza Piyadasa dilahirkan pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Beliau menuntut di Brinsford Lodge untuk menjadi cikgu dan berjaya menjadi guru di Universiti Teknologi MARA. Beliau mendapat anugerah Prince Claus Award di Netherlands. Meninggal dunia pada tahun 2007 di Selayang.
Pertubuhan & Persatuan • Sebelum merdeka Penang Impressionist Society • Tahun penubuhan : 1928 • Tempat : Pulau Pinang • Ciri istimewa : Semua ahli terdiri daripada pegawai dagang Eropah, terutamanya suri rumah berbangsa Inggeris • Ahli-ahli istimewa : a) Puan Lim Cheng Kung, isteri seorang jutawan yang memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan • b) Abdullah Ariff, guru lukis kepada ahli-ahli pertubuhan
Wednesday Art Group Tahun penubuhan : 1952 Tempat : Kuala Lumpur Pengasas : Peter Harris Tema Kumpulan : “ Seni Sebagai Wadah Ekspresi Diri “ Objektif : Memperkenalkan estetika, cara seni Lukis, serta alat dan media catan baru kepada ahli-ahlinya. Aktiviti : Bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan tubuh manusia (figuratis), gubahan dan lakonan. Gaya Catan : Pelbagai aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri. Ahli yang aktif : Peter Harris, Cheong Lai Tong, Patrick Ng Kah Onn, Dzulkifli Buyong, Syed Ahmad Jamal, Ismail Mustam dan Grace Selvanayagam. Sumbangan : Pernah dikatakan bahawa asas falsafah yang disemai telah menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni di Malaysia pada hari ini.
Selepas Merdeka Persatuan Pelukis Malaysia Tahun penubuhan : 1979 Nama asal : Persatuan Pelukis-pelukis Nasional Nama baharu : Persatuan Pelukis Malaysia Objektif : Memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan yang mewakili pelukis. Jawatankuasa peringkat awal PPM : Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dan lain-lain. Aktiviti : Merngadakan pameran perdana, khidmat nasihat kepada pelukispelukis yang ingin mengadakan pameran, ceramah, bengkel, seminar tentang seni Lukis dan menerbitkan majalah seni.
Angkatan PelukisSeMalaysia Tahun penubuhan : 6 Julai 1956 Jawatankuasa awal : Senu Abdul Rahman dan Yaacob Latiff (Penasihat), Mohammad Hossein Enas (Pengerusi), Idris Salam (Setiausaha), Yusof Nordin (Pemangku Setiausaha), Habibah Baharuddin dan Tamby Abdullah long (Bendahari) dan lain-lain. Aktiviti : Pameran Seni Lukis di Dewan British Council, Kuala Lumpur.
Sejarah & Perkembangan Sejarah perkembangan seni reka negara kita agak muda berbanding dengan perkembangan seni halus dan seni kraf. Seni reka terbahagi kepada komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi Institut Teknologi MARA (kini UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan institusi swasta misalnya, merupakan titik tolak transformasi terhadap bentuk-bentuk rekaan dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Bidang seni reka di negara ini terus berkembang dengan penubuhan Majlis Reka Bentuk Malaysia dan Majlis Inovasi Negara. Beberapa buah institusi seperti Institut Teknologi MARA dan institusi swasta telah berjaya melahirkan ramai pereka yang berkaliber.
Karya beliau Zulkifli Haron Tokoh Reka Bentuk Teknologi Dilahirkan pada tahun 1959 di Kelantan dan mendapat Pendidikan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru. Beliau merupakan pereka cipta peralatan berteknologi dalam pelbagai sektor. Beliau juga pernah menerima Anugerah Guinness Effort Award 1989 dan Anugerah Belia Selangor Darul Ehsan 1996. Tokoh & Karya
Karya beliau Hj. Hashim Hassan Tokoh Seni Reka Grafik Hj. Hashim Hassan dilahirkan pada tahun 1938 di Johor. Beliau mendapat Pendidikan di Canterbury College of Art, England dan University Ohio, USA. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah antaranya ialah Pertandingan Mencipta Logo Hari Kebangsaan 1980, 1981, 1983–1987 dan 1991. Beliau dikenali sebagai “ Bapa Logo Hari Kebangsaan “. Tokoh & Karya
Karya beliau Jimmy Choo Tokoh & Karya Tokoh Seni Reka Bentuk Fesyen Jimmy Choo dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang. Beliau mendapat Pendidikan di London College of Fashion. Beliau menerima anugerah gelaran “Professor” dari University of the Arts, London atas sumbangannya dalam bidang fesyen dan mendapat Anugerah Order of the British Empire (Knighthood) daripada Queen Elizabeth II, England pada tahun 2002.
Karya beliau Hassan Abdul Muthalib Tokoh & Karya Tokoh Seni Reka Animasi Beliau dilahirkan pada tahun 1945 di Kedah. Mendapat Pendidikan sehingga SPM tetapi meminati bidang animasi. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Animasi Malaysia dan pernah dianugerahkan Anugerah Sri Angkasa bagi kategori Idea Terbaik dan Trailer Terbaik untuk animasi pendek, iaitu“Sang Kancil dan Buaya“ dan “Sang Kancil dan Monyet”.
Ahmad Hj. Zainuddin Tokoh & Karya Tokoh KomunikasiVisual Ahmad Hj. Zainuddin dilahirkan pada tahun 1950 di Pahang. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dari Manchester Metropolitan University, England. Beliau juga menjadi Profesor di UCSI University, Malaysia dan merupakan Pengerusi Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), Ahli Majlis Profesor Negara dan Pakar Seni Grafik dalam Kluster Industri dan Inovasi. Ahmad Hj. Zainuddin merupakan Tokoh yang mempelopori kepimpinan reka bentuk.
Karya beliau Lim Kok Wing Tokoh & Karya TokohSeniReka Bentuk Teknologi Kreatif Lim Kok Wing dilahirkan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelopor dan juga Presiden Lim Kok Wing University of Creative Technology. Beliau juga menerima banyak penghargaan seperti Anugerah Father of Innovation in Africa dalam The Bizz Awards 2014 di Texas, USA.
Pertubuhan & Persatuan • Majlis Reka Bentuk Malaysia • Ditubuhkan pada tahun 1993 •Terletak bawah pengawasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. • Tujuannya untuk membuka masa depan inovasi dan reka bentuk di Malaysia • Majlis Inovasi Negara • Ditubuhkan pada tahun 2007 • Terletak di bawah pengawasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. • Tujuannya untuk membentuki dan melaksanakan agenda inovasi negara yang lebih mantap
Sejarah & Perkembangan Sejarah seni kraf Malaysia boleh dikaitkan dengan kerja tangan yang diusahakan oleh masyarakat Melayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang sekitar tahun 1780 - an. Contoh hasil rekaan mereka ialah keris, perahu payang, wau dan gasing. Seni kraf tradisi mengandungi unsur-unsur kebudayaan penciptanya yang berupa hiasan. Kedatangan imigrasi luar seperti kaum Cina dan India telah mempengaruhi rekaan tempatan. Proses asimilasi budaya ini terlihat pada rekaan seperti ukiran kayu, sulaman dan barang kemas.
Seni Kraf Tradisonal ❖ Batik ❖ Tembikar ❖ Ukir kayu ❖ Anyaman ❖ Tenunan ❖ Tekatan Moden ❖ Seni kertas ❖ Kraf sabun ❖ Kraf manik ❖ Kraf lilin ❖ Kraf tali
Adiguru & Produk Batik Yusoff Haji Abdullah dilahirkan pada tahun 1928 di Kelantan. Beliau pernah mengikuti kursus seni kreatif (Seni Halus) di Universiti Sains Malaysia. Rekaannya menampilkan budaya masyarakat Pantai Timur. Beliau juga pernah mengadakan Pameran Lukisan Batik di Moscow pada tahun 1978 dan menjadi penceramah di pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Yusoff Hj Abdullah
Adiguru & Produk Tembikar Zamari @ Zamri Pandak Zamri Pandak dilahirkan pada tahun 1942 di Perak. Beliau memperolehi kemahiran daripada datuknya. Berpengetahuan luas dalam teknik penghasilan tembikar. Menjadi pakar rujuk dan khidmat nasihat kepada pelajar dan orang perseorangan. Beliau juga menerima anugerah Seal of Excellence daripada UNESCO - AHPADA 2002 dan dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Labu Sayong pada tahun 2007.
Haji Abd. Rahman Long dilahirkan pada tahun 1943 di Terengganu. Beliau mewarisi kemahiran seni ukiran daripada ayah dan datuknya. Beliau juga merupakan pakar dalam ukiran kayu tradisional dan penghasilan sarung serta hulu untuk senjata Melayu seperti keris. Hasil karyanya menghiasi Bank Negara dan Istana Negara. Beliau dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Perlis pada tahun 1986. Adiguru & Produk Ukiran kayu Hj. Abd. Rahman Long
Hajah Habibah Zikri dilahirkan pada tahun 1948 di Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Institut Teknologi MARA dalam Jurusan Tekstil. Beliau telah memberikan nafas baharu kepada kain songket agar boleh dimiliki dan diterima pakai oleh semua masyarakat. Melatih dan membimbing penenun muda sehingga menjadi penenun yang mahir. Karya kreatifnya dijadikan hiasan di Istana Negara, Istana Johor, hotel dan resort. Beliau juga dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Songket dan juga dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2007. Adiguru & Produk Tenunan Hjh. Habibah Zikri
Aminah Haji Amat dilahirkan pada tahun 1928 di Melaka. Beliau mewarisi kemahiran menganyam daripada keluarganya. Mengajar orang perseorangan dan pelajar sekitar Melaka tentang anyaman rombong. Beliau mengahasilkan teknik pemprosesan bahan mentah dan anyaman yang lebih mudah. Aminah Haji Amat dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Anyaman Rombong pada tahun 1988. Adiguru & Produk Anyaman Aminah Hj. Amat
Hajah Azizah Mohd Yusof dilahirkan pada tahun 1938 di Perak. Beliau mewarisi kemahiran daripada ibunya dan seterusnya memajukan kegiatan menekat dengan membuka bengkel dan ruang pameran. Beliau juga sangat kreatif dalam memilih dan mengubah reka corak berunsurkan motif flora. Sering diundang menjadi pengajar dalam pelbagai program yang diadakan di dalam dan luar negara. Hajah Azizah dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995. Hjh. Azizah Mohd. Yusof Adiguru & Produk Tekatan