The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Red and Blue Books Teacher Retirement Party Poster

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 14-26-georgina, 2022-12-15 06:21:58

test

Red and Blue Books Teacher Retirement Party Poster

KAPASITI PEDAGOGI
PEMBELAJARAN BE
RMAKNA (KPPB)

semester 1 tahun 2022/2023 (sesi ogos-disember 2022)


" Memacu Pendidikan Bermakna di Persada Dunia "
Dirasmikan oleh:
Dr. Hamidah binti Samsudin


Tarikh:
19 Disember 2022
Masa:
8.00 pagi - 11.30 pagi

Platform:
Google Meet


Ucapan Alu-Aluan Pengarah
IPG Kampus Kent

Ybhg. Dr Hamidah binti Samsudin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya pada hari ini telah diperkenankan untuk kita bersama-sama
dalam program Showcase Maya Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) 2022 peringkat IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah.

Untuk pengetahuan semua, tema pada tahun ini bagi Showcase KPPB peringkat IPG Kampus Kent Tuaran
ialah Memacu Pendidikan Bermakna di Persada Dunia anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Tuaran.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada
jawatankuasa pelaksana Showcase Maya KPPB ini pada tahun 2022 yang telah pun bertungkus-lumus untuk
merealisasikan program kita yang akan dilaksanakan pada pagi ini. Saya juga percaya bahawa pelbagai
cabaran yang dihadapi oleh setiap individu yang terlibat untuk menjayakan program yang sungguh
bermakna pada hari ini.

Program Showcase KPPB ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkukuh dan memantapkan lagi
penyampaian kurikulum melalui kekuatan pedagogi yang berkesan. Selaras dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, Institut Pendidikan
Guru perlulah memberi tumpuan dalam melahirkan guru yang dinamik, berwawasan dan berwibawa. Bukan
itu sahaja, malah ia bertujuan untuk melahirkan guru yang berjiwa pendidik bagi membentuk kemenjadian
murid yang mantap.

Selain itu, program ini dilaksanakan untuk memberi peluang dan ruang kepada para pelajar, pensyarah dan
komuniti untuk berkongsi pengalaman pembelajaran mereka melalui hasil projek di samping melaporkan
apa yang mereka telah pelajari. Sekaligus mendapatkan maklum balas daripada audien yang dianggap
sebagai rakan pembelajaran untuk menambahbaik dapatan hasil pembelajaran projek mereka. Oleh itu,
mereka dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba oleh para pelajar sepanjang program Showcase KPPB ini
berlangsung akan dapat memberikan input yang berguna dan berkesan untuk menjadikan anda sebagai
seorang bakal guru yang kompeten serta mampu mendepani cabaran pada masa hadapan dan mendidik
anak-anak bangsa dalam usaha untuk membangunkan negara kita.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Showcase Maya Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) untuk kali ini. Semoga kita semua warga IPG Kampus Kent kekal komited
untuk terus kreatif dan berinovatif

Sekian,

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih


Penganjuran Showcase Maya Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) memberi ruang dan peluang kepada pensyarah dan
juga pelajar untuk berkongsi pengalaman pembelajaran masing-masing
dan seterusnya menghargai usaha gigih para pensyarah dan pelajar
dalam meneroka dan mencipta pengetahuan dan kemahiran baharu
melalui amalan pedagogi KPPB.

Dalam usaha menjayakan KPPB ini, beberapa aspek, model dan elemen
baharu telah diadaptasi mengikut kesesuaian acuan sistem dan landskap
pendidikan guru, KPPB baharu antara pelajar, pensyarah dan
komuniti. Oleh hal yang demikian, Showcase Maya Kapasititi Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) ini diadakan untuk merealisasikan
kemenjadian pelajar seperti yang dihasratkan.


JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : Ybhg. Dr Hamidah binti Samsudin
TIMBALAN PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI II (Pengarah IPGK Kent, Tuaran )
PENYELARAS
: Datin Dr. Hajah Rosinah binti Edinin

(Timbalan Pengarah IPGK Kent, Tuaran)

: Tuan Haji Harun bin Haji Sarail

(Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik)

: Dr. Adeline Leong Suk Yee

(Penyelaras Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna Jabatan Kecemerlangan Akademik)

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK HOST & TEKNIKAL AJK BUKU PROGRAM
Amirul Ikhwan Bin Tamin Georgina Andrea Leykhai Dominic
Anzellycka Lyssa Hakim
Nu Ainin Sofiya Binti Mohd Sukri Anne Eva Audrey Panus

PENGACARA MAJLIS AJK SIJIL
Mohammad Nazmuddin Mohamad@ Latiff Aby Wardika Angella Jamidin
Dayang Nabilah Fitrina Binti Ag Momin Angela Ahoi
Shusi Christen Yusof
AJK BACAAN DOA
Mohamad Akmal Bin Mohamad Rizal AJK TEKS UCAPAN PEMBUKAAN
Nur Aznidawati Binti Samin
AJK POSTER DAN BACKGROUND Syahirah Nur Irsalina Binti Kefli
Enziela Raizienie Haginsin Aini Camalia Binti Mazlan
Nelin Ambrose Sitam

AJK DOKUMENTASI AJK MONTAJ

Hehdy Jamun Eryick Alyin Mudin
Kalvider Faughin Bryon Johnius
Ellfred Billie Kassim M Eqqalson Dickson


JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PAUTAN KEHADIRAN
Dr. Adeline Leong Suk Yee

AJK MODERATOR & PENJAGA MASA (BILIK 1)
Mustaqim Bin Suhardi

AJK MODERATOR & PENJAGA MASA (BILIK 2)
Nur Hayati Binti Ihsan

AJK PENGUMPULAN RAKAMAN
Dr. Adeline Leong Suk Yee

AJK PELAPORAN PEMBENTANGAN
Nur Batrisyia Balqis Binti Mohd Iqbal
Norazwa Binti Awangku Mohamad
Naqiatul Izzah Binti Ronnie
Wailin Tahar
Mohammad Arif Affendi Bin Silopung
Aisyah Atirah Binti Kamaruzaman


SENARAI PESERTA

Tarikh : 19 Disember 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Bilik :1
Pautan : https://meet.google.com/aqd-vovb-bia
Panel : Dr. Khoo Chwee Hoon & Dr. Adeline Leong Suk Yee


Click to View FlipBook Version