Kesan Positif Pembentukan Kekeluargaan Dalam Sistem Sosial Islam MPU3092 Bicara Ilmu: ISU KEHIDUPAN MASYARAKAT
Our Team MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN JAAFAR PISMP PENDIDIKAN JASMANI (W11) MOHAMAD RIDZUAN BIN MD SAMSUDIN PISMP PENDIDIKAN JASMANI (W11)
Topik Topik 1: Asas Pembentukan Keluarga Menurut Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah Topik 2: Nilai-Nilai Kekeluargaan dan Kepentingannya Menurut Perspektif Al-Quran
Topik 1: Asas Pembentukan Keluarga Menurut Perspektif AlQuran dan Al-Sunnah
Keluarga merupakan satu masyarakat kecil. Ia menjadi asas dan tapak pertama pembentukan dan perkembangan masyarakat dan negara. Hal ini kerana setiap individu keluarga menjadi pendukung utama organisasi masyarakat dan negara. kemantapan atau tidaknya institusi keluarga akan memberi kesan kepada kemantapan atau tidaknya masyarakat dan negara. Apa itu Keluarga
Sabda Rasullulah SAW: ْوا َما ُّل ِض َت ْن َل ْيِن، َر ْم َأ ْم ُك رْكُت ِفْي َت ِّيِه ِب َن َة ِهَما: ِكَتاَب ِهَّللا، َوُسَّن َمَّسْكُتْم ِب َت " Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" (Hadis Riwayat Imam Malik)
Asas-asas Pembentukan Keluarga Memilih Pasangan yang Baik Persetujuan dan Kerelaan Persediaan Material yang Cukup Sekadar yang Mampu Orang yang Boleh Dikahwini Sebelum Perkahwinan: Iman dan Takwa Cinta dan Kasih Sayang (Al-Mawaddah wa al-Rahmah) Pergaulan yang Baik (Husn al-Mu'asharah) Amanah, Tugas dan Tanggungjawab nafkah Keadilan, Ketaatan dan Kesetiaan Selepas Perkahwinan: 1. 2.
Sebelum Perkahwinan
Spiritual dan fizikal yang baik Taat beragama dan berakhlak mulia. Aspek keturunan dan kesihatan Memilih pasangan yang baik
Memilih pasangan yang baik Allah telah menJadikan setıap makhluk- Nya memerlukan pasangan dan mempunyaı pasangan. Mereka tidak dapat berkembang bıak dan meneruskan kehıdupan dengan cara ber- sendinan tanpa’ ada pasangan, kerana ıtu mereka dicıptakan berpasang- an. Firman Allah S.W.T. yang berrnaksud:
َها ِمَّما َّل ْزَواَج ُك َق ا َاْل َل ِذْي َخ َّل ٰحَن ا ْب ُس ُفِسِهْم َوِمَّما اَل َاْن ْرُض َوِمْن ُت ا َاْل ِب ُتْۢن ُمْوَن َل ْع َي " Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. " (Surah Yasin ayat 36)
Persetujuan dan Kerelaan Bagi memperkukuhkan ikatan perkahwinan dan seterusnya kekeluargaan yang bakal disimpul, persetujuan dan kerelaan pasangan terutama pihak wanita it gadis atau janda. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: "Janganlah kamu (wali) nikahkan wanita janda sehingga kamu meminta persetujuannya dan jangan (engkau nikahkan) anak gadismu melainkan dengan izinnya. Sahabat bertanya, bagaimanakah tanda persetujuannya ya Rasulullah? jawab Rasulullah: ia bersetuju dengan diamnya" (Hadis riwayat Abu Daud)
Persediaan Material yang Cukup Sekadar yang Mampu Dalam memulakan sebuah perkahwinan dan membina sebuah keluarga, persediaan dan kemampuan material amat ditekankan oleh Islam, kerana sebelum dan juga selepas perkahwinan tanggungjawab material merupakan satu kewajipan. Mahar dan nafkah yang lain wajib ditunaikan oleh bakal suami.
Orang yang Boleh Dikahwini Bagi menjamin kesucian dan keluhuran pembentukan keluarga. Islam telah menetapkan orang yang harus dan tidak harus dikahwini.
Selepas Perkahwinan
Iman dan Takwa Keluarga mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seperti solat, puasa dansebagainya
Cinta dan Kasih Sayang (Al-Mawaddah wa alRahmah) Membentuk suasana kasih mengasihi dan berkasih sayang seperti hormat menghormati antara suami, isteri dan anak-anak
Pergaulan yang Baik (Husn al-Mu'asharah) Membina pergaulan yang baik seperti bahasa yang baik dan akhlak yang baik.
Amanah, Tugas dan Tanggungjawab nafkah Menjalankan segala amanah dan tanggungjawabseperti suami memberikan nafkah kepada keluarga danisteri menjaga urusan rumah tangga.
Suami terhadap isteri. Isteri terhadap suami Ibu bapa terhadap anak. Anak terhadap ibu bapa Keadilan, Ketaatan dan Kesetiaan Mewujudkan suasana keadilan dalam keluarga
Topik 2: Nilai-Nilai Kekeluargaan dan Kepentingannya Menurut Perspektif Al-Quran
Konsep nilai-nilai kekeluargaan dalam rangka kerja Islam adalah penting kerana bukan sahaja al-Quran menggalakkan nilai-nilai ini, malah Hadis juga menerangkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) adalah contoh terbaik yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan ahli keluarganya. Kedua-dua al-Quran dan Hadis juga telah memberikan perhatian serius kepada tugas-tugas dan tanggungjawab yang harus dilakukan oleh ahli keluarga ke arah nilai-nilai ini untuk mengekalkan keselamatan dan kebahagiaan kehidupan dalam keluarga. Adakah Konsep Nilai-nilai Kekeluargaan itu Penting?
Nilai-nilai Kekeluargaan Di Dalam Al-Quran Nilai-nilai kekeluargaan ini dapat didefinasikan sebagai undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah (SWT) untuk setiap ahli keluarga dalam setiap aspek kehidupan untuk mencapai kehidupan keluarga yang bahagia. Di antara nilai-nilai kekeluargaan yang telah disebutkan di dalam al-Quran ialah; Nilai ‘Iman, Amanah, ‘Adalah, Syura, Sabar, Ihsan, ‘Iffah, Ta’awun wa Takaful, dan Mawaddah wa Rahmah (Norullisza, 2011). Nilai-nilai ini mempunyai peranan yang amat penting dalam pembentukan sebuah keluarga yang bahagia.
Kepentingan Nilai-nilai Kekeluargaan dalam Kehidupan Penting dalam psikologi dan sosio-budaya Menyumbang tenaga seseorang individu untuk menjalankan sesebuah pekerjaan serta mengawal aktiviti seharian mereka. Nilai mempunyai peranan dalam bidang bimbingan dan kaunseling psikologi Nilai mempunyai peranan penting untuk menggabungkan sesebuah bahagian dengan bahagian yang lain dan saling berkait rapat dengan pelbagai elemen dan sistem yang berbeza, sehinggalah ia menjadi satu budaya yang konsisten Nilai juga bertindak untuk menghasilkan keseimbangan dan kestabilan kehidupan sosial
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, jelas di sini bahawa penerapan nilai - nilai murni di dalam institusi kekeluargaan adalah amat penting kerana perkara ini dapat memberi kemaslahatan dan kesejahteraan sejagat. Umat Islam digesa dalam menegakkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan bekeluarga seperti teladan yang telah diajarkan oleh Rasulullah (SAW). Malangnya, sesetengah umat Islam lebih mengutamakan ajaran-ajaran Barat yang sebenarnya membawa kepada kemusnahan dan kebinasaan.