INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN PJMS3092 (TUGASAN 2) PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Nama : MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN JAAFAR No. K/P : 020610-08-0879 Angka Giliran : 2021242340180 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : W11 Nama Pensyarah : MOHD FOAZI BIN MD NOR Tarikh Hantar : 21/3/2022 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN....................................................................................................................... 3 PENGENALAN .......................................................................................................................... 4 1.0 NAMA PERTANDINGAN................................................................................................. 4 2.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT ....................................................................................... 4 3.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN.................................................................. 5 4.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN ..................................................................................... 7 5.0 FORMAT PERTANDINGAN...........................................................................................10 6.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN..................................................................11 7.0 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN YANG DIHADAPI. ...12 8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .................................................................................13 9.0 RUMUSAN .....................................................................................................................13 RUJUKAN.................................................................................................................................14
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kesihatan yang sempurna dan memberi petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna Untuk makluman semua kerja kursus ini saya telah laksanakan dengan jayanya. Penghasilan kerja kursus ini hasil daripada bantuan pelbagai pihak. Antara daripada mereka termasuklah orang perseorangan. Mereka yang dimaksudkan disini ialah rakan sekelas saya daripada unit W11 yang membantu saya menyiapkan tugasan ini. Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Foazi Bin Md Nor, pensyarah bagi subjek PJMS 3092, kerana beliau banyak membimbing saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun beliau sibuk, namun beliau tetap ada masa untuk saya dan rakan-rakan untuk memberi penerangan melibatkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya berharap dapat menambah banyak ilmu pengetahuan hasil daripada kerja kursus dan memberi manfaat kepada saya di masa yang akan datang
PENGENALAN Menurut Kurniati (2011) permainan anak tradisional dapat mestimulasi kanak-kanak dalam mengembangkan kerjasama, membantu kanak-kanak menyesuaikan diri, saling berinteraksi secara positif, dapat menyesuaikan kanak-kank dalam mengawal diri, mengembangkan sikap empati terhadap rakan, mengikut peraturan, serta menghargai orang lain. Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat unik dan menarik. Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan permainan tradisi yang terhasil dari asimilasi pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Permainan tradisi secara amnya terdiri daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung termasuklah batu seremban, congkak, tutup botol, dam aji dan lainlain. Manakala permainan laman pula seperti galah panjang, ketinting, gasing, baling selipar, konda kondi, rebut negeri dan lain-lain. Kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan, ini mewujudkan interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. Pada suatu masa dahulu aktiviti permainan merupakan suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan meriah seakan-akan pesta keramaian. Penduduk kampung tanpa mengira usia akan turun beramai-ramai sama ada untuk menyertai pertandingan atau sebagai penyokong dalam suasana pertandingan yang sihat. Permainan-permainan dahulu juga kebanyakannya banyak memberi manfaat kepada individu dan masyarakat. Selain membina kemahiran sosial, juga memberi faedah fizikal dan mental. Permainan strategi seperti dam aji dan congkak, akan merangsang minda seseorang berfikir secara kritis dan membantu mempertingkatkan kemahiran mengira dan sentiasa fokus dalam sesuatu tugas. 1.0 NAMA PERTANDINGAN Galah Panjang 2.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT TARIKH : 19 Mac 2023 HARI : Sabtu MASA : 8.00 am – 2.00 pm TEMPAT : Gimnasium IPG Kampus Ipoh
3.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN SENARAI PESERTA KAMPUNG DURIAN RUNTUH BIL. NAMA CATATAN 1. MUHAMMAD AMIRUL AMRI BIN MD SAAD 2. MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MF FAUDZI 3. MUHAMMAD HAIQAL SAIFUDDIN BIN ZAINUDDIN 4. MUHAMMAD ALIFF BIN YAHYA 5. NUR BATRISYIA BINTI ZAIDI 6. NUR FATIHA BINTI HARUN SENARAI PESERTA KAMPUNG BUNTUNG BIL. NAMA CATATAN 1. MUHAMMAD HAFIZ BIN SHAHRUDIN 2. AHMAD DANISH IMAN BIN AHMAD YUSRI 3. MUHAMMAD IRFAN SHAMIR BIN KADIR 4. MUHAMMAD AZIM IZZUDDIN BIN ROSLI 5. NUR AIN BINTI MOHD IDRIS 6. NUR AKALILI BINTI YUSRI
SENARAI PESERTA KAMPUNG JALAN BAHAYA BIL. NAMA CATATAN 1. LUM ZHONG JIE 2. MUHAMMAD SYAHMI BIN AZLAN JASAH 3. AMAD IRFAN BIN ROSENIZAMH 4. WAN NABIHAN BIN WAN ZAIRUDIN 5. FATIN NUR ZAFIRA BINTI SHAARI 6. NUR AMALINA BINTI HASHIM SENARAI PESERTA KAMPUNG PENING LALAT BIL. NAMA CATATAN 1. NIMROD MORGAN ANAK RANTIS 2. WAN KHAIRUL HAMIZAN BIN WAN KASWADI 3. AHMAD DANISH MIRZA BIN AHMAD REZAUDIN 4. AIRIEL AFFAN BIN AMRAN 5. NURSHAMIRA NAZILA BINTI MUHAMMAD NAZRI 6. PUTRI IRDINA BINTI ROHIMAN
4.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN CARTA PERLAWANAN Juara Akhir Pusingan 1 Tempat 3 dan 4 Petunjuk : KDR : Kampung Durian Runtuh KB : Kampung Buntung KJB : Kampung Jalan Bahaya KPL : Kampung Pening Lalat KJB KJB KB KPL KDR KDR KDR KPL KB KPL
PUSINGAN 1 Pelawanan 1 - Kampung Jalan Bahaya VS Kampung Buntung KAMPUNG MARKAH Jalan Bahaya 5+5+5 = 15 Buntung 0 PEMENANG : Kampung Jalan Bahaya Perlawanan 2 - Kampung Pening Lalat VS Kampung Durian Runtuh KAMPUNG MARKAH Pening Lalat 5+5+5+5 = 20 Durian Runtuh 5+5+5+5+5+5 = 30 PEMENANG : Kampung Durian Runtuh
TEMPAT 3 DAN 4 Perlawanan Tempat ke-3 dan ke-4 - Kampung Buntung VS Kampung Pening Lalat KAMPUNG MARKAH Kampung Buntung 0 Kampung Pening Lalat 5+5 = 10 PEMENANG : Kampung Pening Lalat AKHIR Perlawanan Akhir - Kampung Durian Runtuh VS Kampung Jalan Bahaya KAMPUNG MARKAH Kampung Durian Runtuh 5+5+5+5+5+5 + 30 Kampung Jalan Bahaya 5+5+5 = 15 PEMENANG : Kampung Durian Runtuh
5.0 FORMAT PERTANDINGAN Format Sistem Kalah Mati. 1. Permainan ini melibatkan 2 kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan. 2. Giliran untuk memulakan permainan akan ditentukan melalui undian. 3. Kumpulan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan. 4. Kumpulan penyerang akan mencuba untuk menembusi pertahanan pihak lawan. 5. Pasukan penyerang yang berjaya mara ke hujung gelanggang akan diberikan 5 markah. Jika pasukan penyerang berjaya kembali ke tapak diberikan 5 markah lagi. Permainan akan diteruskan sehingga semua pemain kumpulan penyerang menamatkan permainan. 6. Bagi ahli kumpulan penyerang yang disentuh oleh mana-mana ahli pertahanan akan dikira sebagai mati bagi pusingan tersebut. 7. Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan pertahanan, maka keseluruhan kumpulan dikira mati. Markah diberikan sekiranya terdapat pemain yang berjaya melepasi hujung gelanggang dan berpatah balik sebelum ketua kumpulan mati. 8. Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar daripada kawasan permainan masing-masing, permainan akan diberhentikan dan diberikan demerit sebanyak 1 markah.
6.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN
7.0 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN YANG DIHADAPI. Sepanjang berlangsungnya Karnival Pertandingan Tradisional pelbagai acara telah dipertandingkan termasuklah pertandingan Galah Panjang. Semasa penganjuran pertandingan tersebut telah timbul beberapa isu yang patut diberikan perhatian dan diteliti dari setiap sudut. Antara isu yang telah timbul ialah dari segi penyertaan para peserta. Di dalam tentatif karnival tersebut pertandingan Galah Panjang sepatutya berlangsung di hujung karnival. Oleh sebab itu, para peserta telah mengikuti pertandingan lain sebelum pertandingan ini. Hal demikian menyebabkan para peserta telah keletihan bermain permainan lain dan menyebabkan mereka tidak mahu menyertai pertandingan ini. Seperti yang kita sedia maklum permainan Galah Panjang ini memerlukan banyak pergerakan dan strategi yang baik untuk menjayakan permainan tersebut. Namun disebabkan faktor keletihan dan ditambah pula dengan permainan yang agak ekstrem ini menyebabkan para peserta hilang minat untuk bermain dan menghadapi masalah dari segi penyertaan peserta. Selain itu, ketika pertandingan berlangsung, para penganjur mendapati bahawa peserta mengalami kesukaran untuk mendapatkan mata bagi setiap pasukan. Hal ini kerana, peraturan yang telah dibuat telalu ketat sehingga menyukarkan peserta untuk bermain. Gelanggang yang sepatutnya cukup lebar telah dibahagikan kepada dua bahagian menjadikan pasukan penyerang sukar untuk melepasi pasukan bertahan. Hal ini dapat dibuktikan dengan terdapat beberapa pasukan yang menamatkan pertandingan dengan tidak mempunyai mata. Kebanyakkan pasukan yang menyerang terkandas di halangan sehingga tidak dapat menghabiskan permainan sehingga masa tamat. Akhir sekali, isu yang telah timbul semasa penganjuran pertandingan ini ialah penggunaan alatan yang tidak sesuai. Dalam pertandingan ini pasukan bertahan dibekalkan dengan sarung tangan plastik dan tepung untuk menyentuh pasukan bertahan. Namun disebabkan sarung tangan tersebut diperbuat daripada plastik, tepung tidak melekat sepenuhnya disarung tangan dan menyebabkan kesan tepung tersebut tidak ketara di bahagian badan pasukan menyerang. Ini menyukarkan pihak pengelola untuk membuat keputusan untuk menyingkirkan pasukan penyerang kerana kesan yang ditinggalkan tidak jelas. Selain itu, disebabkan sarung tangan tersebut diperbuat daripada plastik yang bersifat tidak menyerap air, sarung tangan tersebut menjadi basah apabila dipakai semasa bermain. Isu yang timbul daripada situasi ini ialah, peserta yang lain tidak mahu memakai sarung tangan yang telah dipakai peserta lain dan hanya menggunakan tangan kosong sahaja.
8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk mengatasi isu-isu tersebut timbul di penganjuran yang akan datang, beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan bagi mengelakkan situasi sama akan berlaku. Bagi isu penyertaan peserta yang kurang memberangsangkan, pihak pengajur perlu menyusun semula tentatif karnival dengan meletakkan permainan ini di awal karnival. Hal ini untuk mengelakkan peserta terlalu letih untuk bermain permainan yang agak ekstrem ini. Permainan yang kurang pergerakkan seperti boling kepala boleh diletakkan di hujung karnival kerana kurang memenatkan. Bagi isu, peraturan yang telalu ketat pula, pihak pengelola perlu melihat semula semua peraturan yang telah dibuat dan mengolah semula peraturan tersebut dengan mempertimbangkan semua aspek. Hal ini kerana permainan Galah Panjang ini akan menguji kepantasan dan kebijaksaan pemain dan peraturan yang dibuat seakan dibuat untuk menguji ketangkasan pemain. Oleh yang sebab demikian, pengelola perlu meneliti semula semua peraturan yang telah dibuat. Akhir sekali, bagi isu penggunaan peralatan yang tidak sesuai iaitu sarung tangan diperbuat daripada plastik, pihak pengelola boleh menukarkan sarung tangan plastik kepada sarung tangan kain. Hal ini kerana sarung tangan kain mampu memengang kuantiti tepung yang lebih banyak dan memudahkan kesan tepung untuk ditinggalkan di bahagian badan pemain penyerang. Sarung tangan kain juga mampu menyerap air dan ini membolehkan peserta lain memakai sarung tangan yang sama walauapun dalam keadaan berpeluh. 9.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat memberi peluang kepada siswa guru pelatih untuk mempelajari sendiri bagaimana hendak menganjurkan sesuatu pertandingan dan secara tidak langsung penganjuran ini dapat memberi pengalaman yang sebenar dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam persekolahan. Penganjuran karnival ini juga dapat sedikit sebanyak dapat memperkasakan permainan tradisional ini dalam kalangan siswa guru pelatih bagi mengelakkan permainan saban hari ditelan dek zaman. Segala kelemahan yang berlaku semasa penganjuran karnival ini perlu diteliti semula dan perlu membuat penambahbaikkan untuk penganjuran yang akan datang. Jadi dengan pengalaman yang ada ini, diharapkan supaya penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat dilakukan oleh para siswa guru ketika melangkah di alam pekerjaan nanti di sekolah.
RUJUKAN Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal of Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23. Kostelnik, M.J., Soderman, A.K. and Wiren, A.P. (1993) Developmentally appropriate programs in early childhood education. New York: MacMillan Publishing Company. Mulyana, Y., & Lengkana, A. S. (2019). Permainan tradisional. Salam Insan Mulia.