The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abubakarnajiha7, 2024-03-11 10:11:04

Cerpen Mana Tompok Tok Wan

Cerpen Mana Tompok Tok Wan

Mana Tok Tompok nor najiha Wan?


Mana Tok Tompok nor najiha wan?


1


2 Terik matahari petang menyambar ke bumi, kelihatan seorang nenek sedang meraut daun kelapa di beranda rumahnya. Seorang kanak-kanak berlari ke arah nenek itu sambil berteriak, “Tok wan, Lela tak mahu berkawan dengan mereka lagi”. “Sekarang kamu memang tak mahu berkawan dengan mereka, esok lusa kamu juga yang cari meraka” Lela mencebik. “Sudah pergi mandi, Tok Wan tak dapat nak bezakan bau Tompok dengan kamu ”. Kata nenek Lela sambil ketawa kecil. “Tok wan! Lela wangilah Tompok saja yang busuk”. Tok Wan menyambung meraut daun kelapa untuk dijadikan penyampu lidi


3


4 Seperti yang telah dikatakan nenek Lela, Lela masih berjumpa dengan rakan-rakannya iaitu Kevin dan Logesh. Kevin berbangsa Iban manakala Logesh berbangsa India. Namun pada hari tersebut Logesh tidak dapat bermain bersama Lela dan Kevin. “Eleh, Lela kau kata semalam tak mahu berkawan dengan aku dan Logesh lagi”. getus Kevin. “ Alaa, aku mana ada kawan lain selain kau dan Logesh, kau pura-pura lupa saja perkara yang aku cakap semalam”balas Lela sambil tersenggeh. “Kevin, aku lupa nak tanya kau, kenapa Logesh tak datang main sekali hari ini ?”soal Lela. “Oh, Logesh ikut ayah dia ke ladang getah”. “Ohh, macam itu, jom la sambung main”. “Jom, kita ajak Tompok main sekali”. Tertawa Lela mendengarkan kata-kata Kevin.


5


6 Keesokan harinya, kelihatan Tok Man dan Tok Wan sedang berbual di bawah sebatang pokok yang rendang. Nenek Lela sedang menunggu Tompok makan rumput berhampiran kawasan padang. “ Wan, aku tengok Si Tompok tu bukan main sihat sekarang”kata Tok Man, “Iyalah Man, aku rajin bawa dia makan rumput segar dekat kawasan ni, sebab tu bukan main besar badan Si Tompok tu” balas Tok Wan. Tok Man menganggukkan kepalanya, “ Wan, kau tak mahu ke korbankan Si Tompok tu Raya Haji nanti”. “Aku memang berniat nak buat macam tu Man, tapi kau tahulah Si Tompok ni sudah jadi kawannya Lela.” kata Tok Wan dengan nada yang tidak gembira. “Aku faham tu Wan, tapi sampai bila kau nak bela Si Tompok ni”. “Ye, aku akan fikirkan macam mana untuk beri tahu Lela nanti”. “Yelah Wan, aku pergi dulu ya, aku nak ke masjid ni” balas Tok Man yang ingin beransur ke masjid. “Hati-hati ke masjid tu” balas nenek Lela, Tok Man membalas dengan senyuman.


7


8 Lela dan kawan-kawannya akan bermain setiap petang. Lela disambut oleh Tok Wan di hadapan pintu rumah. “Kamu sudah pulang Lela ?”,tanya Tok Wan. “IyaTok Wan”, balas Lela . “Masuk, mandi dan solat ya Lela, selepas itu kita makan malam”. “Baik Tok Wan, Tok Wan masak apa malam ini ?” tanya Lela. “Tok Wan masak makanan kegemaran kamu, Masak Lemak Rebung”, balas Tok Wan. “Wahh!, Lela kena mandi cepat ”, berlari Lela ke bilik air untuk bermandi. Sewaktu makan malam, “Lela, Tok Wan nak beritahu kamu sesuatu”. “Iya Tok Wan, beritahulah”, balas Lela. “Raya Aidiladha sudah tak lama saja lagi, Tok Wan berniat untuk korbankan Tompok”, ujar Tok Wan dengan berhati-hati. “Tok Wan nak korbankan Tompok ?” balas Lela dengan nada yang terkejut, mana tidaknya Tompok merupakan kawannya sejak kecil lagi. “ Ya, Tok Wan rasa ini masa yang sesuai kita lepaskan Tompok”. Mengalir air mata Lela. Namun Lela seorang yang tabah dan mendengar kata, dia cuba akur dengan kata-kata Tok Wan walaupun hatinya teramat sakit. “ Maafkan Tok Wan Lela,bukan niat Tok Wan untuk buat Lela sedih, tapi ibadah korban baik untuk kita jalankan jika kita berkemampuan”. “Tak apa Tok Wan Lela faham”, balas Lela dengan nada yang sedih.


9


10 Keesokan harinya, sewaktu di sekolah. “Murid-murid cikgu nak dengar sajak yang telah kamu karang ”,Cikgu Bahasa Melayu Lela meminta kerja rumah yang telah diberikan. “Lela, jauh kamu termenung, cikgu nak kamu bacakan sajak kamu”, Cikgu itu terus menyuruh Lela, namun Lela terpingga-pingga, ternyata Lela terlupa menyiapkan sajak tersebut, kerana memikirkan tentang Tompok sahaja. Logesh terus bertindak dengan mengangkat tangan menyatakan bahawa dia ingin membacakan sajaknya, Logesh sahaja berbuat demikian untuk mengelakkan Lela dimarahi guru. “Okay baiklah Logesh, kamu sukarela ya mahu mendeklamasikan sajak kamu ?” tanya cikgu. “Ya cikgu” balas Logesh. Logesh mendeklamasikan sajaknya. Logesh sengaja berbuat demikian untuk menyelamatkan Lela. Lela mengucapkan terima kasih menggunakan isyarat mulut kepada Logesh. Logesh mendeklamasikan sajaknya dengan indah sekali.


11 Di bawah mentari yang cerah berseri, Terhampar lembaran biru meluas, Di sana tercipta tanda-tanda kekuasan, Perpaduan yang abadi tersemat di hati. Warna-warna berpadu dalam harmoni, Seperti rima alam yang merdu, Bersatu dalam buana yang agung, Menyatu dalam kehidupan yang damai. Dari setiap sudut dunia, Bersama-sama mencapai sinaran, Tak terhalang oleh perbezaan, Tetap bersatu dalam kecintaan. Bumi ini persinggahan kita semua, Tempat saling berdamai dalam kasih, Perpaduan menjadikan kita manusia, Menyinari dunia dengan kekitaan.


13


12 Mereka bertiga berkumpul di tempat biasa bertemankan Si Tompok yang berada di bawah pokok di hujung padang. “Apa yang kau nak ceritakan,Lela ?”, tanya Logesh tertanya-tanya. “Itulah tak sabar kami nak dengar”, sampuk Kevin. “Tok Wan nak korbankan dia Hari Raya Aidiladha nanti”, kata Lela dengan riak wajah yang muram. “ Kau biar betul Lela”, terkejut Kevin dan Logesh mendengarkan kata-kata Lela itu. Lela mengangguk . “Kita kena buat sesuatu, Tompok tu kawan kita”, Kevin cuba mencari idea. “Apa yang kita boleh buat Hari Raya Aidiladha dua minggu saja lagi”, Lela menjawab dengan pasrah. “Kita tak boleh berputus asa Lela, kita kena fikir macam mana nak selamatkan Tompok”, Logesh memberikan semangat kembali. Mereka bertiga memandang sahaja Tompok yang sedang memakan rumput di hujung padang. Tiba-tiba “Haa, aku ada idea”, jerit Logesh. “Apa ideanya ?” tanya Kevin. “Belakang ladang getah tempat ayah aku menoreh ada kawasan lapang yang agak tersembunyi. Aku rasa kita boleh sembunyikan Tompok di situ”, Logesh meluahkan idea yang bernas itu. “Wahh!, bijaknya kau Logesh, tak sia-sia aku ada kawan macam kau”, balas Lela dengan teruja.


14


15 Setelah beberapa hari mereka berbincang tentang rancangan mereka, akhirnya mereka bertindak untuk membina sebuah pondok sebagai tempat berteduh Tompok. Mereka hanya mampu membina atap daun kelapa dan empat batang kayu sebagai tiang. “Akhirnya, siap juga tempat berteduh untuk Tompok” kata Lela. “Tak sangka kita mampu buat begini” balas Logesh. “Betul, sempat juga kita siapkan juga akhirnya”, sambung Kevin. “Jadi bila kita nak bawa Tompok ke sini ?”, tanya Logesh. “Aku ada dengar, Tok Wan nak hantar Tompok ke masjid sehari sebelum Tompok dikorbankan”, nyata Lela. “Jadi, dua hari sebelum Tompok dihantar ke masjid kita kena sorok Tompok di sini”, kata Kevin. Mereka berdua mengangguk tanda setuju. Hari berganti hari, telah tiba masanya mereka membawa Tompok ke tempat persembunyian . “Tok Wan, Lela nak bawak Tompok makan di padang hari ini boleh ?”, tanya Lela, “Tak apa, biar Tok Wan saja yang bawa Tompok”, balas Tok Wan. “Tok Wan biarlah Lela bawa Tompok untuk kali terakhir”, kata Lela dengan wajah yang sayu. “Baiklah Lela, kamu bawa Tompok makan petang ini”, Tok Wan termakan pujuk rayu Lela. Lela tersenyum mendengarkan kata-kata Tok Wan. Berhasil juga Lela membawa lari Tompok.


16


17 Pada petang itu, Lela dan dua sahabatnya membawa Tompok ke padang dahulu sebelum mereka menyembunyikan Tompok. “Berjaya ya kau pujuk Tok Wan”, kata Kevin. “Mestilah, aku kan Lela”, balas Lela dengan bangga. “Iya, kau memang hebat”, balas Kevin dan Logesh. Mereka berbual sambil memandang ke arah Tompok Setelah Tompok selesai makan, mereka pun membawa Tompok ke belakang Ladang Getah milik ayah Logesh. Mereka menambat Tompok di sebatang pokok. Mereka menyediakan air minum untuk Tompok dan daun-daun kering sebagai alas tempat Tompok tidur. Mereka pulang ke rumah masing-masing. “Tok Wan, Lela dah tambat Tompok di kandangnya”, bohong Lela. “Terima kasih Lela, sekarang pergi mandi dan makan ye”, balas Tok Wan. “Maaf Tok Wan, Lela terpaksa berbohong”,kata Lela dalam hatinya. Dia sebersalah kerana telah berbohong kepada Tok Wan. Setelah selesai makan malam, ”Baju raya kita sudah siap,Lela”, kata Tok Wan lalu menunjukkan dua pasang baju kurung berwarna biru muda. “Wah! Cantiknya baju ini Tok Wan”, Lela teruja melihat baju baru yang bakal dipakai pada hari Raya Aidiladha dua hari saja lagi.


18


19 Keesokan paginya, Tok Wan pergi ke kandang Tompok, alangkah terkejutnya Tok Wan melihat Tompok tiada di kandangnya. Tok Wan resah memikirkan kehilangan Tompok apatah lagi dia akan sibuk seharian untuk menyiapkan persiapan hari Raya Aidiladha esok. Tok Wan memanggil Lela yang berada di dalam rumah. “Lela, Tompok sudah hilang”, kata Tok Wan sambil kelihatan resah dan cemas. “Alamak!, macam mana ini Tok Wan”, balas Lela sambil berlakon cemas juga, padahal dia yang telah menyorokkan Tompok. Kebetulan Tok Man lalu dihadapan rumah Tok Wan. Tanpa berlengah Tok Wan memanggil Tok Mat yang sedang menaikki motosikalnya. “Ada apa ni Wan, cemas semacam saja kau”, tanya Tok Man. “Tompok sudah hilang”, balas Tok Wan. “Hah! Macam mana boleh hilang ini Wan”, terkejut Tok Man dibuatnya. “Aku pun tak tahu”, balas Tok Wan. “Tak apa Wan, aku akan minta orang kampung cari Tompok sekarang, kau siapkan persiapan untuk esok ya”, kata Tok Man. “Terima kasih banyak Man” balas Tok Wan. Selepas beberapa jam Tok Man dan orang kampung mencari Tompok. Tok Man datang kembali ke rumah Tok Wan dengan khabar gembira. Rupa-rupanya, mereka sudah menjumpai Tompok di ladang getah. Tok Wan berasa sungguh Lega, manakala Lela berasa kecewa kerana rancangan dia dan kawankawan sudah gagal.


20


21 Pada malam hari Raya Aidiladha, Logesh dan Kevin datang berkunjung ke rumah Lela setelah mendapat tahu tentang rancangan mereka telah gagal. “Naik la Kevin dan Logesh”, Tok Wan menjemput mereka berdua untuk naik ke rumah. Mereka masuk ke rumah Lela dan melihat Lela hanya termenung di hadapan televisyen, dihadapanya terdapat ketupat dan rendang yang tidak dijamah sedikit pun. “Lela kami tahu kau sedih sebab rancangan kita dah gagal”, kata Kevin. Lela hanya diam seribu bahasa.”Jangan begini Lela, mak aku ada kata, setiap yang jadi mesti ada sebabnya, lagipun kita sudah cuba”, sambung Logesh. “Aku tak boleh bayangkan macam mana hidup akan tanpa Tompok”,balas Lela. “Kami juga sayangkan Tompok, tapi kita hanya budak berumur 9 tahun.”, kata Kevin. “Betul, kita kena dengar kata orang yang lebih tua, mereka tahu lebih dari kita”, sampuk Logesh. Lela mengeluh berat mengenangkan apa yang telah berlaku. “Tak apa la, mungkin ini yang terbaik”, kata Lela dengan tidak bersemangat sekali. “Macam itu la, Jom kita makan, sedap ni Tok Wan masak”, kata Kevin sambil membuka ketupat yang telah dihidangkan. Tanpa mereka sedari, Tok Wan terdengar perbualan mereka. Tok Wan hanya tersenyum kecil mendengar rancangan tidak jadi budak bertiga itu.


22


23 Takbir raya berkumandang, Lela dan Tok Wan bersiap-siap memakai baju raya baharu, untuk ke masjid bagi menunaikan solat hari Raya Aidiladha. Sesungguhnya, Lela tidak rela untuk ke masjid kerana dia tahu Tompok ada di sana. Mereka berjalan kaki sahaja ke masjid. Setelah sampai, Lela dapat melihat Tompok sudah ditambat di sebatang pokok. Tanpa disedari air mata Lela jatuh sedikit demi sedikit. Lela langsung berlari ke arah Tompok tanpa mengikuti Tok Wan masuk ke dalam masjid. “Lela, membelai Tompok sambil menangis teresak-esak. “Lela tak mahu Tompok mati, Lela sayang Tompok”, ujar Lela sambil menangis teresak-esak. Tompok seolah-olah memahami perasaan Lela. Tompok memandang sahaja tuan kecilnya itu dengan pandangan sayu. Orang ramai menyaksikan kejadian itu, segera berlari ke arah Lela untuk memujuk Lela, termasuk Tok Wan yang keluar semula dari dalam masjid untuk memujuk cucunya itu. “Sudah Lela, jangan kamu menangis lagi”, pujuk Tok Wan sambil mengusap-usap belakang cucunya. “Tak boleh Tok Wan, Lela sayangkan Tompok”, Lela masih menangis sehingga basah telekung yang dipakainya. “Kalau kamu menangis begini Tompok lagi sedih”, kata Tok Wan. Tangisan Lela semakin reda. Lela mula redha dengan takdirnya, dia mengusap Tompok buat kali terakhir. Tok Wan memimpin tangan Lela untuk masuk ke dalam masjid. Selesai solat, mereka pulang ke rumah, Lela langsung tidak berpaling ke arah Tompok kerana dia takut dia menangis lagi.


24


25 Sampai di rumah, Tok Wan dan Lela makan bersama-sama. Wajah Lela masih tidak ceria, tetapi dia tetap menjamah makanan. Tidak lama kemudian, beberapa orang sahabat Tok Wan datang ke rumah mereka. Lela juga bertemu dengan Kevin dan Logesh. “Kau menangis ya Lela ?”, tanya Logesh. “Aku tak boleh tahan melihat Tompok”, balas Lela. “ Tak apa Lela, nanti kau cari kucing pula”, Kevin memberi cadangan untuk Lela. “Kau sengaja ya , aku tak suka kucing”, balas Lela sambil tertawa kecil. Gembira Tok Wan melihat Lela kembali tersenyum Tidak selang beberapa minit , kedengaran bunyi motosikal di hadapan rumah. Tok Wan menarik tangan Lela untuk turun ke halaman rumah. “Ehh!, Tok Wan nak bawa Lela ke mana ini ?”, tanya Lela. Alangkah terkejutnya Lela melihat Tompok di halaman rumahnya. Lela terus mengusap Tompok. “Tok Wan tak jadi nak sembelih Tompok ?”, tanya Lela sambil tersenyum. “Tidak, Tok Mat sudah gantikan dengan lembu lain”, balas Tok Wan. Lela segera berterima kasih kepada Tok Wan dan Tok Man. “Tok Wan tahu dari awal lagi, kamu dan kawan-kawan kamu yang sembunyikan Tompok”, kata Tok Wan. “Macam mana Tok Wan tahu ?”, tanya Lela sambil tersipu malu. “Ayah Logesh nampak perbuatan kamu bertiga”, jawab Tok Wan. Logesh dan Kevin menepuk dahi mendengar kata-kata Tok Wan “Maaf Tok Wan, Lela sudah menipu”, kesal Lela. “ Tak apa Lela, Tok Wan maafkan. Tetamu yang berada di rumah Tok Wan menyaksikan kejadian itu dengan perasaan terharu. Akhirnya, Lela dan kawan-kawannya dapat kembali seekor lembu bernama “Tompok”.


25 Rujukan :


Click to View FlipBook Version