TEMA 4: Kebudayaan,Kesenian dan Estetika Teacher Bianca
Unit 10 : Salam Diberikan Tetamu Dihormati
1. Memuliakan Tetamu Tetamu perlulah dihormati dan dimuliakan iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengungkapkan kata-kata baik 2. Menempatkan tetamu di tempat yang sesuai Tetamu hendaklah diberikan tempat yang selesa, tidak kotor dan tempat yang tidak menampakkan aurat mereka 3. Segerakan hak tetamu Segerakan menghidangkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya.Janganlah ditunggu sehingga tetamu hendak pulang baru hendak dihidangkan minuman dan makanan Salam diberikan tetamu dihormati
Sarawak sememangnya negeri yang memiliki pelbagai etnik. Antaranya termasuklah etnik Lun Bawang. Kebanyakan etknik ini terdapat di utara Sarawak, iaitu di bahagian Limbang terutamanya di daerah Lawas. Pekerjaan etknik Lun Bawang ialah pertanian sara diri. Mereka terkenal dengan penanaman padi Adan. Selain itu, mereka juga menghasilkan garam bukit. Mereka akan mengadakan pesta menuai yang dikenali sebagai Irau Aco Lun Bawang. Pesta ini diadakan selama tiga hari dua malam, iaitu pada 31 Mei hingga 2 Jun setiap tahun. Pelbagai aktiviti kebudayaan diadakan seperti pertandingan permainan tradisional, demonstrasi kebudayaan, pertandingan sukaneka, jualan kraf tangan tradisional. pameran dan jualan makanan tradisional. Kemuncak pesta Irau Aco Lun Bawang ialah pertandingan ratu cantik bagi prempuan dan pertandingan mempamerkan kepahlawanan lelaki. Pemenang ratu cantik akan digelar Ruran Ulung dan pemenang kepahlawanan digelar Padan Liu Burung Mari pelajari tentang Etnik Lun Bawang
Chitty di Melaka merupakan kaum India kelahiran Selat Melaka dan berketurunan pedagang India yang datang dari Panai Koromandel di India. Keturunan komuniti unik ini merupakan waris pedagang India yang telah menjejakkan kaki ke sini sekitar abad ke-15. Mereka mengamalkan kepercayaan Hindu, bertutur Bahasa Melayu, makanan mereka lazimnya makanan India dan mereka mempraktikkan adat perkahwinan tradisional India. Perempuan Chitty memakai kain sarung sama seperti wanita Nyonya dan Melayu tradisional. Kampung Chetti Melaka NAJIHA Murid-murid pernah ke Kampung Chetti di Melaka ?.Mari kita kenali lebih mendalam tentang Kampung Chetti di Melaka
PEJUANG TANJAK MASA KINI Kacaknya saya, bertanjak seperti pahlawan Melayu. Pemakaian tanjak, tengkolok atau destar dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.Tanjak, atau variasi lainnya ialah Tengkolok dan juga Destar merupakan aksesori kepala dalam budaya Alam Melayu, dikatakan pada zaman dahulu kita akan nampak semua orang akan memakainya tak kira darjat. Ini kerana tanjak itu sendiri merupakan pengukur kepada status seseorang itu sama ada bangsawan ataupun marhaen sahaja.
Ribu-ribu atau nama saintifiknya Lygodium tergolong dalam famili paku-pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali dikalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas di zaman silam terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas tembakau, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan bilahan buluh. Anyaman Ribu-Ribu Cucu opah tahu atau tidak tentang anyaman ribu-ribu ?. Opah suka barangan kraf anyaman.