HARI>> RABU MASA>> 7:30 PAGI - 1:20 TGHARI TARIKH>> 8 FEBRUARI 2023 TEMPAT>> SURAU AL-HIDAYAH SMK KHIR JOHARI
PENGENALAN PROGRAM AMALI SEMBELIHAN Melaksanakan sebahagian kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan 4. Mendedahkan teknik sembelihan yang betul kepada murid. Memberi pengalaman baru kepada murid. Memberi kesedaran kepada murid tentang kesempurnaan Syariat Islam. Memupuk sikap menyayangi, menghormati dan menghargai haiwan yang dianugerahkan oleh Ilahi. Islam merupakan agama yang sempurna kerana bukan sahaja menekankan aspek ibadat kepada Allah S.W.T tetapi meliputi semua urusan kehidupan manusia. Islam telah mensyariatkan kaedah penyembelihan haiwan peliharaan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah dari sumber yang terjamin halal dan kebersihannya. Kaedah penyembelihan yang diajar oleh Islam juga merupakan satu penghormatan kepada haiwan yang banyak berjasa kepada manusia kerana tidak terdapat sebarang unsur kezaliman terhadap haiwan. Kemahiran menyembelih haiwan tidak dihadkan hanya kepada tukang sembelih bertauliah sahaja bahkan ianya boleh dilaksanakan oleh semua umat Islam. Perkara yang penting ialah untuk mengetahui kaedah ringkas dan mudah yang diajar oleh Islam dan sedikit keberanian. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam SMK Khir Johari, Tanjong Malim bersepakat mengadakan satu program amali sembelihan untuk mendedahkan kepada pelajar kaedah sembelihan yang tepat sebagaimana diajar oleh Islam dan sebagai satu pengalaman baru yang berharga. Di samping itu, sembelihan juga merupakan salah satu tajuk di dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan 4 di mana isi kandungan yang dipelajari secara teori akan lebih mudah difahami melalui amali. Dengan itu, diharapkan objektif yang berikut juga dapat dicapai: 1. 2. 3. 4. 5.
ATUR CARA PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 7:30 pg Pendaftaran peserta 8:00 pg Teori sembelihan 8:30 pg LDK (Amali Sembelihan) 9:30 pg Aktiviti memproses hasil sembelihan. 10:00 pg Gotong-royong memasak 11:30 tgh Jamuan makan 12:30 tgh Gotong-royong mengemas 1:20 ptg Bersurai
JAWATANKUASA INDUK Tn. Hj. Aman Shah bin Idris (Pengetua) Pn. Hjh. Sharifah binti Sharif (PK Pentadbiran) Tn. Hj. Yunus bin Jamuri(PK Hal Ehwal Murid) Pn. Arne Suzila binti Nasam (PK Kokurikulum) En. Amran bin Marhamdan (PK PPKI) Tn. Hj. Mohd. Anuar bin Mohd. Salleh Pn. Asmiza binti Omar (KP Pendidikan Islam) Pn. Hjh. Mardiah binti Muhammad Semua Guru Tingkatan 4 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Penyelaras 1 (GK Kemanusiaan) Penyelaras 2 Setiausaha AJK
JAWATANKUASA PELAKSANA Tn. Hj. Mohd. Anuar bin Mohd. Salleh Pn. Zuriana binti Jusoh Pn. Siti Nur Hidayah binti Amin Pn.Hjh. Wan Aziah binti A. Kadir (Teori sembelihan) Tn. Hj. Mohd. Anuar bin Mohd. Salleh (Amali sembelihan) Pn. Asmiza binti Omar Pn. Hjh. Norrizan binti Seman Pn. Nor Azura binti Osman Pn. Noor Fazliyana binti Ali Pn. Hjh. Nuzilah binti Shafi'ee Pn. Junainah binti Mohd Yunos Dr. Zunita binti Mohamad Maskor Pn. Siti Hajar binti Razali Pn. Sharifah Hanum binti Syed Omar Pn. Laila binti Abdullah Cik Rafidah binti Dahlan Tn. Hj. Wan Abdul Hadi bin Wan Yusof En. Zainal Abidin bin Razak Penyelaras Bendahari Buku Program Pengendali Amali Sembelihan Peralatan/Memasak Persiapan Tempat Kebersihan Kawalan Pelajar
FAKTA RINGKAS SEMBELIHAN MAKSUD SEMBELIHAN Menyembelih haiwan yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum (saluran pernafasan) dan urat marih (saluran makanan). HUKUM SEMBELIHAN WAJIB supaya HALAL dimakan dagingnya. DALIL SEMBELIHAN Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Maaidah,5: 3) RUKUN SEMBELIHAN 1. Penyembelih 2. Binatang Sembelihan 3. Alat Sembelihan
FAKTA RINGKAS SEMBELIHAN SYARAT SAH PENYEMBELIH 1. Beragama Islam atau Ahli Kitab. 2. Melakukan penyembelihan hanya kerana Allah SWT. SYARAT SAH HAIWAN SEMBELIHAN 1. Masih mempunyai hayat mustaqirrah. 2. Putus urat halqum dan urat marih. SYARAT SAH ALAT SEMBELIHAN 1. Alatan yang tajam kecuali gigi, kuku, tulang. PERKARA SUNAT SEMBELIHAN (PENYEMBELIH) 1. Menajamkan pisau. 2. Menyembelih pada waktu siang. 3. Menghadap kiblat. 4. Membaca basmalah. PERKARA SUNAT SEMBELIHAN (HAIWAN) 1. Membaringkan haiwan sembelihan pada rusuk kiri. PERKARA SUNAT SEMBELIHAN (ALAT SEMBELIHAN) 1. Alatan yang tajam seperti pisau. HIKMAH SEMBELIHAN 1. Membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram supaya ibadah diterima Allah SWT. 2. Menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam haiwan kerana toksin dan bakteria yang terdapat dalam darah haiwan telah dikeluarkan. 3. Mempercepatkan proses kematian haiwan yang disembelih agar haiwan tersebut tidak terseksa.
Notes SEKALUNG PENGHARGAAN Pihak Jawatankuasa PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2022/2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak baik secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya murid-murid tingkatan 4 dalam urusan penyembelihan yang betul agar dapat memastikan haiwan yang disembelih menepati piawaian halalan toyyiban.
Notes CATATAN MEMORI
Proud to be kjorians DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK KHIR JOHARI, TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN