The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU DANA ISU KESALAHAN BAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fanellaelizafanella, 2024-03-20 23:09:47

TUGASAN 2-MORFOLOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU DANA ISU KESALAHAN BAHASA

ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU & ISU KESALAHAN BAHASA DALAM MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK Dg khairunnisa,, fatin,, dess


TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK Proses pembentukan kata ialah proses yang terlibat dalam penghasilan binaan-binaan perkataan, iaitu bagaimana morfem sebagai unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk membentuk perkataan (Nik Safiah Karim et. al., 2009). Pembentukan kata dalam bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh pengaruh asing. Sejajar dengan kedudukan bahasa Melayu pada abad 21 ini, bahasa Melayu turut menerima cabaran besar berkaitan dengan kesalahan bahasa oleh pengguna bahasa Melayu sama ada dalam media cetak mahupun dalam media elektronik. Berdasarkan pernyataan di atas, secara berkumpulan (dua atau tiga orang dalam satu kumpulan), anda dikehendaki membincangkan tentang pembentukan kata baharu. Seterusnya, anda juga perlu membincangkan dan menilai isu kesalahan bahasa yang terdapat dalam media cetak dan media elektronik dengan merujuk pada sumber dan bahan yang pelbagai. Persembahan pembentangan mestilah dalam bentuk flip book ataupun ebook.


Pembentukan Perkataan Baharu Bunyi asli Bahasa Melayu Bunyi bahasa pinjaman Pembentukan kata daripada imbuhan


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Bidang fonetik iaitu bunyi bahasa dikenali sebagai fonem. Nik Safiah Karim ; Fonem ialah bunyi bahasa yang terkecil dalam sesuatu bahasa. Fonem memainkan peranan penting dalam bahasa dan perubahan fonem dalam kata-kata menghasilkan perubahan makna. Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa akan mengalami proses pengayaan yang melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan perbendaharaan kata (leksikon)


Konsonan Vokal Diftong BUNYI ASLI BAHASA MELAYU


KONSONAN Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah sebaliknya. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara melalui rongga mulut atau rongga hidung


Cara membunyikan konsonan


VOKAL Terdapat 6 fonem vokal yang digunakan dalam Bahasa Melayu standard vokal depan iaitu [i] dan [e] vokal tengah iaitu [a] dan [ə] vokal belakang iaitu [u] dan [o] Jenis-jenis vokal dapat ditentukan menerusi aspek bentuk bibir, posisi ketinggian dan bahagian lidah semasa penghasilan bunyibunyi vokal


Kedudukan bunyi vokal


DIFTONG Diftong bersifat satu suku kata dengan satu puncak kelantangan. Hal ini menyebabkan timbulnya perbezaan dengan konsep vokal rangkap ai au oi cantuman dua bunyi vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja. Bunyi diftong dihasilkan menerusi penggeluncuran pantas lidah pada posisi satu vokal ke posisi vokal lain. Dengan kata lain, diftong ialah proses menggabungkan sebutan vokal dengan satu vokal lain


Contoh kaedah menyebut vokal bergandingan Terjadi apabila wujud dua huruf vokal yang duduk bersebelahan dalam perkataan namun sebutan bunyi dalam suku kata terpisah. Setiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri Contoh; aa ai ua Contoh kaedah menyebut vokal berganding saat sa-at sains sa-ins bunga bu-nga


BUNYI BAHASA PINJAMAN Bahasa Melayu menerima sebanyak sembilan konsonan pinjaman. Pinjaman bahasa ini boleh berlaku apabila suatu bahasa bertembung dengan bahasa yang lain Punyi bahasa pinjaman yang digunakan pada masa kini adalah disebabkan oleh beberapa pembaharuan yang dilakukan bagi memastikan bahasa tersebut relevan untuk digunakan.


TH-S mithali > misal bahath > bahas DZ-Z DH-D dzalim > zalim dzam > zat dhalf > daif hadir > hadir Perubahan penggunaan bunyi konsonan pinjaman Perubahan penggunaan bunyi konsonan pinjaman


sharat > syarat shaitan > syaitan SH - SY Q-K qadhi > kadi maqam > makam Perubahan penggunaan bunyi konsonan pinjaman Perubahan penggunaan bunyi konsonan pinjaman


Contoh kedudukan konsonan


PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING Bahasa Sanskrit Bahasa Arab-Parsi Bahasa Yunani-LatinInggeris


Pengimbuhan merupakan salah satu proses pembentukan kata yang produktif dalam bahasa Melayu. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak boleh berdiri secara bersendirian. Bentuk ini akan menjadi bermakna apabila digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai morfem bebas Pembentukankatadaripada imbuhanbahasaasing Pembentukankatadaripada imbuhanbahasaasing


Bahasasanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit Jenis imbuhan yang telah lama diserap ke dalam tatabahasa Melayu Imbuhan Sanskrit terbahagi kepada dua bahagian 1. Imbuhan Awalan 2. Imbuhan Akhiran


IMBUHAN AWALAN maha- tata- praMembentuk kata adjektif & kata nama Membawa maksuda paling / tahap terbesar, tertinggi teraggung maha + rani > maharani maha + mulia > maha mulia Menerbitkan kata nama Membawa maksud suatu susunan / peraturan tata + tertib > tatatertib tata + susila > tatasusila Menerbitkan kata nama Membawa pengertian sebelum/ syarat kepada sesuatu yang mengikutinya pra + kata > prakata pra + syarat > prasyarat


IMBUHAN AWALAN swa- tunaMembentuk kata nama yang memberikan makna sendiri Contoh: swa + daya > swadaya swa + asta > swasta Menerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada / tidak mempunyai Kurang digunakan dalam bahasa Melayu tetapi sering terdapat dalam bahasa Indonesia Contoh: tuna + anggota > tunaanggota (tanpa anggota, cacat) tuna + netra > tunanetra (buta)


IMBUHAN AWALAN eka- dwi- triMenerbitkan kata nama Mebawa pengertian bilangan Contoh: eka + bahasa - ekabahasa dwi + fungsi - dwifungsi tri + bulan - tribulan panca + indera - pancaindera panca


IMBUHAN AKHIRAN -wan -man Menerbitkan kata nama yang bermaksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan / tugas Kata dasar yang berakhir dengan huruf i (akhiran -man ) & kata dasar yang berakhir dengan huruf lain ( akhiran -wan ) Contoh: seni + man - seniman sejarah + wan - sejarahwan Dalam bidang ilmu, kecenderungan lebih kepada penggunaan kata ahli (pelaku) Contoh: ahli + kimia - ahli kimia


IMBUHAN AKHIRAN -wati -nita Usaha menimbulkan padanan kepada kepada akhiran -man dan -wan Menimbulkan kategori jantina , iaitu -man, -wan bagi lelaki dan -wati, -nita bagi wanita Contoh: seni + wati - seniwati (bintang filem perempuan) bidua + nita - biduanita (artis wanita yang banyak menyumbang jasa)


Bahasa Arab Parsi Pengaruh Arab Parsi terhadap Bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagai bahasa rasmi agama islam, Bahasa Arab telah mendapat tempat di kalangan orang Melayu dan memudahkan proses asimilasi unsur Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu


IMBUHAN AWALAN Imbuhan awalan ialah yang berada di hadapan kata akar. imbuhan awalan bagi bahasa Araab-Parrsi hanya terdapat satu iaitu [bi] [bi] membawa maksud tidsk dsn digunakan dalam bentuk adjektif, namun penggunaannya adalah terhad Contoh bi + lazi > bilazim ( tidak lazim ) bi + adab > biadab ( tidak beradab) Contoh dalam bidang sains dan teknologi adalah terhad: bi + normal > binormal ( tidak normal )


IMBUHAN AKHIRAN sejara(h) + wi = sejarawi manusia + wi = manusiawi -wi -i -iah -in,-at dan -ah Penggunaannya ditentukan oleh huruf kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan. abad + i = abadi Membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat/ciri yang terkandung dalam kata dasar alam + iah = alamiah ilm(u) + = ilmiah -in hadir + in > hadirin -at hadir + at > hadirat -ah qari + ah > qariah


BahasaYunani-Latin-Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa melayu berasal daripada bahaa yunani-latin-inggeris. Namun hanya terdapat beberap bentuk imbuuhan awalan yang berfungsi dalam bahasa melayu Penggunaan kata nama khas selepas imbuhan aing perlu diletakkan tanda sempang (-) sebelum kata nama khas tersebut dan kata nama khas tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh , pro- Amerika. Amerika (kata nama khas)


Imbuhan Maksud Contoh perkataan automemberi pengertian secara bersendirian automatik autograf submemberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan subidang subkategori supraMemberi pengertian melebihi, mengatasi atau merentasi supranasional suprasistem Imbuhan Awalan


Imbuhan Contoh perkataan Imbuhan Contoh perkataan -isme sosiolisme nasionalisme -al klinikal praktikal -ik fonemik saintifik -is ekonomis praktis -si klasifikasi sensasi Imbuhan Akhiran


ANALISIS KESALAHAN ISU BAHASA MEDIA ELEKTRONIK


Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan atas faktor tertentu seperti alpa, tidak faham atau kejahilan pengguna terhadap peraturan yang dipelajarinya. (Raminah Hj Sabran et.al, 2014) KESALAHAN BAHASA


MEDIA SOSIAL


Analisis 1 Kesalahan Ejaan Kesalahan Pembetulan banyakk banyak tahann tahan puass puas kawin khawin suda sudah Sumber : Facebook


Analisis 1 Kesalahan Tatabahasa 1) Kata Ganti Nama Diri Kesalahan Pembetulan Catatan mama ku mamaku Kata ganti nama diri yang berupa singkatan perlu dirapatkan pada kata mendahuluinya 2) Kata Sendi Nama didalam di dalam Kata sendi nama perlu dieja secara terpisah dengan kata yang mengikutinya 3) Kata Ganda sangat sangat sangat Lewah kerana penggunaan sangat sudah gramatis. ubat ubatan Ubat-ubatan Kata ganda penuh perlu diberi tanda sempang Sumber : Facebook


Kesalahan Ejaan Kesalahan Pembetulan anakda anakanda d adakan diadakan d ucapkan diucapkan Analisis 2


Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Pembetulan Catatan 1) Kata Majmuk terimakasih terima kasih Perkataan ini perlu dieja berjarak kerana perkataan ini merupakan kata majmuk rangkai bebas. 2) Kata Ganda sayat sayat sayat-sayat Kata ganda penuh perlu diberi tanda sempang (-) * Bagi perkataan ini, sayat merujuk kepada keluarga dalam bahasa Murut. 3) Imbuhan kebanyakkan kebanyakan Kesalahan berlaku apabila kata dasar yang berakhir dengan huruf (k) digabung dengan akhiran -kan dipermudahkan dipermudah Kata adjektif tidak boleh menerima 3 imbuhan dalam satu perkataan yang sama d adakan diadakan di harapkan diharapkan Imbuhan apitan di-..-an perlu dieja dengan rapat. d ucapkan diucapkan Analisis 2


LAMAN SESAWANG


Kesalahan Ejaan Kesalahan Pembetulan pelangagnnya pelanggannya daning daging tdak tidak menggoggong menggonggong ahitnya akhirnya Analisis 3 Sumber : https://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com (Blogspot)


Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Pembetulan Catatan 1) Kata Ganti Nama Diri -nya/ia - Kata ganti nama diri ketiga -nya/ia hanya boleh merujuk kepada manusia dan benda sahaja. 2) Imbuhan merugi kan merugikan Imbuhan apitan me-..-kan perlu dieja dengan rapat. 3) Kata Pemeri adalah ialah Kata pemeri “adalah” hanya digunakan untuk kata adjektif dan kata sendi nama yang hadir setelahnya. Analisis 3 Sumber : https://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com (Blogspot)


Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Pembetulan Catatan 1) Kata Hubung bila apabila Perkataan "bila" hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sementara "apabila" pula digunakan dalam ayat penyata 2) Kata Ganda bertungkus muluus bertungkus-lumus Kata ganda penuh perlu diberi tanda sempang (-) 3) Imbuhan di seru diseru Imbuhan awalan di perlu dieja dengan rapat dan tidak boleh dipisahkan mengelengkan menggelengkan Huruf bermula dengan g perlu menggunakan imbuhan awalan meng- bukan menmenrampas merampas Huruf bermula dengan r perlu menggunakan imbuhan awalan me- bukan menberhentikan memberhentikan Kesalahan Penggantian Varian berperwatakan memiliki perwatakan Analisis 4 Sumber : https://www.wattpad.com/story/1908 71839-book-1-tengku-adam-mikhail (wattpad)


Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Pembetulan Catatan 1) Kata Hubung bila apabila Perkataan "bila" hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sementara "apabila" pula digunakan dalam ayat penyata 2) Kata Ganda bertungkus muluus bertungkus-lumus Kata ganda penuh perlu diberi tanda sempang (-) 3) Imbuhan di seru diseru Imbuhan awalan di perlu dieja dengan rapat dan tidak boleh dipisahkan mengelengkan menggelengkan Huruf bermula dengan g perlu menggunakan imbuhan awalan meng- bukan menmenrampas merampas Huruf bermula dengan r perlu menggunakan imbuhan awalan me- bukan menberhentikan memberhentikan Kesalahan Penggantain Varian berperwatakan memiliki perwatakan Analisis 4 Sumber : https://www.wattpad.com/story/1908 71839-book-1-tengku-adam-mikhail (wattpad) Kesalahan Penggantian Varian Penggantian ini berlaku akibat kurangnya pengetahuan murid tentang penggunaan imbuhan yang betul untuk digabungkan dengan kata dasar Sekiranya murid tahu konsep perubahan varian, pengejaan perkataan yang berimbuhan akan menjadi lebih mudah dan penyampaian maksud juga lebih tepat.


ANALISIS KESALAHAN ISU BAHASA MEDIA Cetak


BUKU


ANALISIS 1


ANALISIS 2


Poster & bahan cetak


ANALISIS 3


Rumusan Secara keseluruhan, isu kesalahan bahasa terdiri daripada kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa. Setiap penutur perlu menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu dalam konteks bertutur seharian agar kesalahan seperti yang dinyatakan dalam tugasan ini dapat di atasi. Pelbagai pihak juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mengaplikasikan bahasa Melayu baku agar tidak berlaku percampuran kod. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu agar isu ini tidak berleluasa hinga ke generasi berikutnya


Rujukan Ahmad Fahmi Zamzam. (2017). Bidayatul-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Khazanah Banjariah Maahad Tarbiah Islamiah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Carian Umum. Laman Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword Muhd. Labib Ahmad. (1979). Penyakit-Penyakit Hati. Dian Darulnaim Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran. (1987). Analisis Kesalahan Bahasa Melayu. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Terima Kasih PERGI KE PASAR MENJUAL IKAN, IKAN DIAMBIL DARI PERIGI, TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN, HARAP DAPAT MARKAH TINGGI.


Click to View FlipBook Version