PERANAN AL-QURAN
DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
AHLI KUMPULAN
NUREEN SYAUQINA MUHAMMAD SYAHILUL
17DIB21F2053 17DIB21F2057
ANIS NUR IMAN NATASHA NUR AIN QISTINA
17DIB21F2051 17DIB21F2055
ISI KANDUNGAN 4
6
pengenalan 8
peranan Al-Quran 11
ciri-ciri Al-Quran 13
nama-nama seerti 15
kesan beriman 17
kesan buruk
kesimpulan
QuranP E N G E N A L A N
Al-Quran merupakan wahyu Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,
menjadi panduan dan petunjuk kepada umat
manusia. Ianya bersifat syumul dan pelengkap
kepada kehidupan manusia kerana segala-
galanya ada di dalam ; akidah, ibadah,
muamalah dan sebagainya.
Al-Quran sebagaimana yang disebut oleh para
ulamak ialah kitab yang diturunkan ke atas Nabi
Muhammad s.a.w dengan menggunakan lafaz
Arab. Ia diturunkan secara mutawatir dan
dimulai dengan surah al-Fātihah dan disudahi
dengan surah al-Nās.1 Allah menamakan al-
Quran itu sebagai roh dan menjadikannya
cahaya. Sekiranya umat Muhammad
mengasingkan dirinya dari Al-Quran,maka
diumpakan seperti hidup tanpa roh.
PERANAN
AL-QURAN
menjadi petunjuk kepada manusia
Al-Quran membantu kita mengambil keputusan dalam
hidup, menyederhanakan kerumitan hidup. Misal:
bermuamalah (contohnya satu ayat dalam Al-Baqarah
yang panjang satu halaman penuh menjelaskan tentang
hutang), cara memilih teman, mengatur hubungan
keluarga (mahram, hubungan dengan ayah ibu, dll). Al-
Quran bukan hanya sekedar buku, namun harus
dijalankan sebagai petunjuk hidup.
Al-Quran menjadi penenang jiwa manusia
kita akan mendapat ketenangan jiwa apabila membaca
ayat-ayat Al-Quran.Surah Ar-Rad: Berzikirlah, karena
dengan berzikirlah maka hati akan tenang. Jika kita bingung
ingin berdoa apa, maka bacalah Al-Quran. Insha Allah itu
cukup untuk mententramkan jiwa kita.
Al-Quran menjadi penerang di alam kubur
Secara kasat mata, alam kubur itu sempit, gelap, sunyi.
Alam kubur akan menjadi lebih indah dibanding kamar kita
di dunia jika bekal kita cukup di dunia. Al-Quran yang telah
di hati kita kelak menemani kita di alam kubur. Menemani
di alam kubur, menerangi, memberi wangi-wangian. Orang
tua hendak mengingatkan dan mendorong anak-anaknya
agar cinta dengan Al-Quran karena kelak ia pun akan
sendirian di Alam kubur.
ciri-ciri
Al-Quran
CIRI-CIRI AL-QURAN
1. Kandungan Al-Quran tetap ada sepanjang masa, tanpa semakan
Kitab Al-Qur'an adalah wahyu yang dihantar oleh Allah SWT
secara langsung melalui malaikat Jibril sehingga Al-Quran
tidak pernah disemak atau diganti dengan kandungan
sehingga kesahihannya tetap terjaga. Sesuai dengan takdir
Allah SWT, Al-Quran adalah kitab suci panduan bagi umat
manusia yang isinya selalu relevan sepanjang zaman.
2. . Bahasa al-Quran tidak dapat ditiru
Para pencari kuno ketika membaca Al-Quran, mereka
mengagumi penggunaan bahasa Al-Quran yang sangat indah.
Selain itu, Al-Quran juga menggunakan bahasa Arab yang sangat
tinggi.Keindahan dan ketepatan bahasa al-Quran membuktikan
bahawa kitab suci ini bukan dibuat oleh manusia.
3.Al-Quran adalah Penyembuh
Al-Quran adalah firman Allah SWT yang sangat agung.
Sebenarnya, jika anda ingin mencuba, membaca Al-Quran dengan
hati yang tenang akan membantu menyembuhkan anda.Membaca
dan mentafsir Al-Quran adalah penawar bagi sifat-sifat beracun
agama dan rohani seperti syirik, kemunafikan, cemburu dan
dengki, dan sifat-sifat jahat yang lain.
4.Al - Quran mengandungi cerita
jika anda membuka Al-Quran, anda akan mendapat banyak
kisah di dalamnya. Sama ada kita menyedarinya atau tidak,
Allah telah mengajar kita banyak pelajaran dari kisah-
kisah yang terdapat dalam Al-Quran.Di dalam Al-Quran,
terdapat banyak kisah. Di antara kisah-kisah tersebut
adalah kisah keluarga Imran, kisah Nabi Musa, kisah Siti
Maryam, kisah Nabi Daud, dan kisah Nabi Muhammad
Shalallahu 'Alaihi Wasallam sendiri.
5.Al-Quran adalah Kitab Tamadun
Al-Quran adalah kitab peradaban, dari mana umat dapat
dimuliakan. Seperti keistimewaan Al-Quran dengan
pelbagai kisahnya, terdapat beberapa kisah peradaban
sebelumnya yang dimuliakan atau dihina.
6.. Membaca Al-Quran adalah Kebaikan
Membaca Al-Quran adalah aktiviti yang membawa
banyak pahala. Pahala ini akan meningkat ketika kita
berinteraksi erat dengan Al-Quran, dari membaca
makna dan tafsirannya, memahami, hingga
menghafalnya.
Nama-nama Al-Quran
Nama-nama seerti bagi Al-Quran
nama pertama ialah Al-Quran,Ianya nama yang paling
masyhur diguna pakai oleh seluruh umat islam
didalam dunia
nama kedua Al-Quran juga sangat biasa digunakan
untuk merujuk kepada ganti nama Al-Quran,ianya
adalah Al-Kitab.Nama Al-Kitab diguna secara meluas
untuk merujuk kepada Al-Quran,bahkan perkataan Al-
Kitab juga digunakan bagi merujuk kepada kitab-kitab
Allah yang pernah diturunkan kepada para rasul dam
umat yang terdahulu.
nama ketiga bagi Al-Quran ialah Al-Furqaan,yang
membawa maksud sebuah pembeza atau pemisah
antara perkara yang haq dan batil atau yang
membezakan antara yang betul dan perkara yang
salah.
yang keempat bagi nama Al-Quran adalah Az-Zikr,yang
membawa sebuah peringatan.Ia kerana Al-Quran
adalah sebuah kitab yang terkandung di dalamnya
pelbagai peringatan dan pedoman buat manusia.Agar
manusia yang berpegang dengan hukum hakamnya
sentiasa mendapat peringatan dan selamat dalam
kehidupan mereka di dunia bahkan di akhirat.
1.iman semakin bertambah
Al-Quran merupakan panduan hidup bagi umat islam .
Kesan Beriman kepada Al Quran dapat menambahkan
iman seseorang kerana dalam Al-Quran banyak
mengisahkan kisah islam dan al sunnah yang boleh
digunakan dalam kehidupan seharian..Al Quran dapat
menambahkan pahala dan memantapkan iman apabila
kita membacanya.
2.Mendapat ketenteraman jiwa
Apabila kita membaca Al-Quran kita akan merasa tenang
dan merasa aman apabila kita membaca ayat suci Al-
Quran.Ia juga dapat meningkatkan rasa cinta terhadap
Allah SWT,terhadap semua nabi dan rasul serta para
malaikat.
3.Mendapat hidayah daripada Allah
Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang
membaca Al-Quran.sesiapa yang membaca ataupun
mendengar orang membaca akan turut mendapat hidayah
dan rahmat.
4.Diberi perlindungan
para malaikat juga akan memberikan perlindungan daripada
segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada
orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.
kesan buruk
meninggalkan Al-Quran
1.Kehidupan menjadi sempit dan susah.
Tanpa rujukan daripada alquran, kehidupan kita didunia ini
menjadi tidak teratur dan tidak terurus kerana didalam alquran
sudah menjelaskan pelbagai bentuk pengurusan hidup manusia
sejak dari azali lagi.
2.Terpengaruh dengan hawa nafsu yang melampau
Nafsu didorong oleh syaitan yang membawa kepada kesesatan.
Syaitan lebih suka kepada orang yang menjauhkan diri mereka
daripada alquran sehingga dia dapat menghasut manusia
melakukan perkara yang tidak senonoh.
3.Mendatangkan sifat keras hati
Sekiranya kita sering menjauhkan diri daripada alquran, hati
juga akan jauh daripada petunjuk Allah sehinggakan hati
menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran
sehinggakan disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu.
4.Menjadi zalim dan hina
Apabila kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah
maka tempat untuk kita adalah kezaliman kerana kita telah
meletakkan sesuatu tidak pada posisi yang sepatutnya menurut
apa yang dikehendaki Allah.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah
diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia
berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada
orang-orang yang berdosa” (as-Sajdah: 22)
PENUTUP
Penutup Sebelum mengakhiri penulisan ini,
suka untuk penulis mengingatkan kepada diri
sendiri serta umat Islam di luar sana agar
sentiasa berusaha memperbaiki mutu bacaan
al-Quran dari semasa ke semasa. Buanglah
jauh-jauh perasaan malu untuk belajar al-
Quran sekalipun baru mahu bermula di lewat
usia. Sentiasalah juga membaca serta
mentadabbur Kalam-Nya agar ianya dapat
memberi syafaat kepada diri kita di akhirat
kelak bertepatan dengan sabda Baginda s.a.w:
“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat sebagai syafaat
(pertolongan) kepada tuan (yang
membacanya)”. 286 Semoga dengan
sumbangan yang kecil melalui penulisan ini
akan dapat membantu memartabatkan lagi
keagungan dan kegemilangan al-Quran
sepertimana yang telah berlaku dalam lipatan
sejarah dunia Islam di zaman silam. Āmīn Yā
Rabb al-‘Ālamīn.