SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI
BUKU SKRAP DIGITAL
TUN ABDUL RAZAK BIN HJ. DATO’ HUSSEIN
NAMA GURU : CIKGU NORULAIN BINTI ABDULLAH
MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN ANIS
TAHUN 6
BIODATA SAYA
Nama Penuh : Muhammad Haziq Aiman Bin Anis
12 Tahun
Umur : 05 Februari 2009
Hospital Muar
Tarikh Lahir : 4 Orang
Bermain Badminton
Tempat Lahir :
Bilangan Adik Beradik :
Hobi :
MOTTO HIDUP
“Pengetahuan Adalah Senjata Paling Hebat Untuk Mengubah Dunia”
2
BIODATA TUN ABDUL RAZAK
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’
telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Nama Abdul
Razak itu bermakna, ‘Hamba Allah’, maka benarlah beliau sentiasa memikir dan
bekerja menurut suruhan Allah di mana sentiasa memikir dan berusaha membaiki
kehidupan rakyat jelata. Bapa beliau digelar Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk
Hussein Bin Mohd Taib iaitu daripada keturunan pahlawan Sulawesi, Indonesia yang
datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan kemudian menetap di Pahang. Ibu Tun
Abdul Razak bernama Hajah Teh Binti Daud dan merupakan orang biasa. Tun Abdul
Razak adalah daripada keluarga yang bertaraf bangsawan dan hidup dalam serba
kemewahan. Oleh itu, keluarga beliau amat disegani di kalangan penduduk Pekan,
Pahang.
Meskipun dilahirkan dalam keluarga bangsawan, Tun Abdul Razak menjalani
kehidupan yang tidak berbeza daripada orang lain. Beliau dibesarkan secara
sederhana kerana bapanya tidak mahu beliau hidup dalam kemewahan. Di peringkat
awal zaman kanak-kanak, beliau tinggal di Pulau Keladi, Pekan, Pahang iaitu rumah
datuknya. Apabila bapa beliau telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Temerloh,
Pahang, Tun Abdul Razak telah dihantar untuk tinggal bersama datuk sebelah
bapanya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan dalam suasana kampung yang penuh
disiplin.
3
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mula menerajui tampuk pemerintahan negara
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua bermula dari tahun 1970 hingga 1976.
Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Hal ini
kerana, beliau merupakah seorang negarawan yang telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang bersifat idealistik dan realistik telah berjaya melakar
sejarah dalam menentukan hala tuju ekonomi negara seterusnya memberi impak
yang amat mendalam kepada rakyat sehingga ke hari ini. Justeru itu, rasionalisasi
saya dalam memilih beliau sebagai tokoh pilihan adalah kerana kebijaksanaan dan
kepimpinannya dapat dilihat seawal zaman sebelum merdeka apabila beliau adalah
antara individu penting yang terlibat bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj dalam bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara daripada British.
Bahkan, beliau telah memainkan peranan penting dalam membentukkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang disegani di peringkat global. Beliau menumpukan
sepenuh perhatian dan tenaganya dalam memastikan keamanan sejagat dapat
dicapai meliputi aspek politik,sosial dan ekonomi. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa
Tun Abdul Razak Hussein menjadi tokoh pilihan saya kerana beliau telah
meninggalkan warisan yang “tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas” dalam
kehidupan kita. Pemergiannya pada 14 Januari 1976 di London disebabkan penyakit
leukemia telah merobek hati segenap lapisan masyarakat di negara tercinta,
Malaysia. Namun, namanya terus mekar merentasi masa kerana ketokohon wajar
dijadikan teladan oleh generasi muda modenisasi ini.
4
KELEBIHAN TUN ABDUL RAZAK
Tun Abdul Razak telah menyerlahkan kepemimpinannya sebagai pemimpin yang
berjiwa besar, mendengar permasalahan rakyat, berani mengambil risiko dan tidak
takut untuk membuat keputusan selain memiliki idea luar biasa dalam membangunkan
negara.
Antara kelebihan lain beliau adalah seorang yang prihatin dan berjiwa rakyat tatkala
melihat kesukaran dan kesempitan hidup masyarakat kampung terutama orang
Melayu. Beliau bukan sekadar memandang atau merenung kosong tetapi komited
mengubah kehidupan masyarakat luar bandar sekali gus bermatlamat memodenkan
serta meningkatkan pendapatan mereka.
Di samping itu, beliau juga merupakan pemimpin yang bertoleransi dan amat terkenal
dengan kesediaannya mendengar pelbagai pandangan daripada semua pihak. Hal ini
dapat dilihat ketika memperkenal Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini juga bersifat
holistik bukan semata-mata bertindak sebagai ekstremis Melayu apabila matlamatnya
bukan sahaja membantu orang Melayu memperoleh peluang dalam pembangunan
ekonomi malahan memastikan kepentingan kaum bukan Melayu turut dilindungi.
Akhir sekali, beliau juga tidak sama sekali memiliki unsur elitism dalam dirinya
sepertimana mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tun Abdul Rahman
Putra al-Haj. Beliau mempunyai keterampilan diri yang ampuh apabila berjaya
membentuk sahsiah ‘kesederhanaan” yang kuat walaupun menyandang status
sebagai anak bangsawan. Hal ini ditonjolkan apabila beliau turut sama tidak memakai
kasut dan hanya berkaki ayam ke sekolah seperti anak-anak dari golongan miskin
kerana tidak mahu wujudnya jurang perbezaan antara miskin mahupun kaya.
5
BUKTI KREDIBILITI
TUN ABDUL RAZAK
Ketokohan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selaku pemimpin yang terkenal
dengan jolokan Bapa Pembangunan telah berjaya melonjakkan nama Malaysia ke
mercu kegemilangan pada era kepemimpinannya. Kredebilitinya tiada tolok
bandingnya. Segala jasa dan pengorbanan beliau bukanlah bertitik tolak semenjak
menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi bermula semenjak era
kegemilangan Tun Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu ketika beliau dilantik sebagai
Menteri Pelajaran pada tahun 1955.
Sebagai Menteri Pelajaran pertama, Allahyarham telah memainkan peranan penting
dalam membentuk asas awal sistem pendidikan negara yang amat penting untuk
menggantikan sistem pendidikan penjajah yang diguna pakai pada zaman itu. Justeru,
lahirlah Penyata Razak pada 1956 yang dibentuk bagi menyatupadukan sistem
pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu manakala Bahasa
Melayu pula diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan merangkap bahasa pengantar.
Bukan itu sahaja, pada tanggal 13 Mei 1969, Allahyarham yang ketika itu memegang
jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan merupakan
individu penting melaksanakan usaha mengekang insiden berkenaan daripada terus
berlarutan. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan dan berjaya memulihkan semula ketenteraman awam dan membentuk
Rukun Negara bagi merapatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Akhir sekali, beliau telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
menekankan strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan.
Walaubagaimanapun, Allahyarham tidak dapat merencanakan lebih banyak
pembangunan negara apabila menghembuskan nafas terakhir pada 14 Jan 1976
akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.
6
JASA DAN SUMBANGAN
TUN ABDUL RAZAK
Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau
gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang
rakyat alami. Di bawah kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak Berjaya semangat
bergotong-royong dan mengurangkan budaya colonial menghidupkan di kalangan
pentadbir Melayu. Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak telah
melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi
kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat
dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah banyak memberikan sumbangan antaranya
dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk
sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku
Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan
tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar
pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah- sekolah
Vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada
pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras
dalam masyarakat pelbagai kaum. Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada
terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan system
pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dengan harapan,
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama.
Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan,
iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum
yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu
menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan
Ordinan Pelajaran 1957.
7
PENUTUP
• Tun Abdul Razak semasa hayat beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan
usahanya kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan
rakyat dan keamanan dunia. Jasanya yang tidak ternilai ini diharapkan dapat
dicontohi serta diteladani oleh semua pemimpin – pemimpin dan juga seluruh
rakyat Malaysia.
• Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana
penyakit Leukemia. Jenazah AllahyarhamTun Abdul Razak telah disemadikan
di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
8